Anda di halaman 1dari 11

PEMAHAMAN BIDAH DALAM SYARIAT ISLAM Oleh : Prof. Dr.

Abdul Razzaq Abdul Rahman As-Asadiy Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, begitu juga para sahabat serta mereka yang mengikut jejak langkahNya. Perbincangan mengenai topik bidah telah mendapat perhatian para ulama sejak zaman lampau hinggalah ke hari ini. Ini kerana al-Quran al- Karim dan sunnah nabi Muhammad s.a.w. ke dua-duanya telah menyebutkan istilah ini beserta maksudnya secara jelas dan mudah difahami. Namun demikian, kita melihat mutakhir ini terdapat unsur penyalahgunaan terhadap istilah ini. Kita dapat melihat perbezaan pandangan seseorang dalam memahami maksud bidah. Ini dalam banyak keadaan disertai pula dengan sentimen-sentimen fanatik dan ketaksuban kepada pandangan puak dan kumpulan sedangkan sepatutnya umat Islam dituntut untuk kembali kepada kitab Allah dan sunnah nabi Muhammad s.a.w. dengan kepatuhan secara menyeluruh serta bersih dari dorongan hawa nafsu. Di atas asas inilah saya memutuskan untuk menulis topik pemahaman bidah berdasarkan nas-nas syariat serta jauh dari pengaruh kecenderungan dan bersikap memihak. Pengertian Bidah Persoalan : Apakah itu bidah? Adakah terdapat apa yang dikatakan bidah yang baik (hasanah) dan bidah yang tidak baik (sayyi-ah)? Apakah bidah al-haqiqiyyah (tidak mempunyai sebarang sandaran dalil syarie) dan bidah al-idhafiyyah (perkara yang disyariatkan dari satu sudut, namun dari sudut yang lain tidak). Jawapan: Bidah dari segi bahasa bermaksud mengadakan sesuatu yang tidak pernah wujud sebelumnya. Ini berdasarkan firman Allah s.w.t.:
1

" " Maksudnya: Allah telah menjadikan langit dan bumi ini tanpa ada contoh sesuatupun sebelumnya. (*1/1 33\ 2 : :)

Sementara bidah dari segi istilah adalah mengadakan sesuatu yang tidak ada sebarang sandaran dari sudut syariat sama ada dari al-quran, as-sunnah, ijmak dan qias serta tidak termasuk di bawah kaedah-kaedah feqah dan prinsip-prinsip umum yang terdapat dalam Islam atau dengan lain perkataan mengadakan sesuatu yang bercanggah dan bertentangan terus dengan Islam. Berdasarkan takrif dan pengertian ini, maka apa-apa saja perkara baru yang diadakan, perlu dilihat dan dipastikan. Jika terdapat di sana dalil-dalil dari al-quran, as-sunnah, ijmak, atau qias maka ia dikira sebagai mengikut syariat. Jika sekiranya tidak terdapat apa-apa dalil dari sumber syariat yang disebutkan sebelum ini, maka dilihat pula adakah ia termasuk di bawah mana-mana kaedah daripada kaedah-kaedah umum Islam atau tidak. Jika sekiranya ia termasuk di bawah mana-mana kaedah ini, maka ia dikira sebagai mengikut syariat dan tidak dinamakan bidah. Jika sekiranya tidak termasuk, maka ia dikira sebagai bidah dan sesat. Dengan pengertian ini, kita mampu menyelaraskan tuntutan-tuntutan nas yang memberi peringatan tentang pembaharuan dan larangan bidah dengan nas-nas lain yang menyebutkan tentang suruhan menunjukkan teladan jalan kehidupan yang baik serta galakan kepadanya, seperti sabda Rasulullah s.a.w.: " " .

(*1/2 Riwayat Abu Daud dan Tarmizi dan menurutnya: Hadis Hasan Soheh/ Ruyadhus Solihin Bab Al Muhaafazoh alas sunnah.)

Maksudnya: Wajib ke atas kamu dengar dan patuh sekalipun ketua yang dilantik ke atas kamu itu seorang hamba habsyi. Sesungguhnya sesiapa yang hidup di kalangan kamu pasti dia akan melihat banyak berlaku pertelingkahan. Dalam keadaan itu kamu hendaklah mengikut sunnahku
2

dan sunnah Khulafak ar-Rasyidin selepas dariku. Gigitlah sungguh-sungguh dengan geraham kamu dan hindarkanlah diri kamu dari sesuatu yang diada-adakan kerana setiap bidah yang diada-adakan itu adalah sesat. Dalam satu riwayat yang lain disebutkan : Maksudnya : Setiap sesuatu yang sesat itu tempatnya adalah neraka. Manakala tentang galakan menunjukkan teladan yang baik dinyatakan seperti sabda Rasulullah s.a.w : ( ) Maksudnya: Barang siapa yang menunjukkan teladan yang baik maka dia akan mendapat ganjaran pahala untuk dirinya dan pahala orang yang beramal denganya sehingga hari kiamat. Dan barang siapa yang menunjukkan teladan yang jahat maka dia akan menanggung dosa untuk dirinya dan dosa sesiapa yang melakukannya sehingga hari kiamat.
Solihin: Bab Sesiapa yang mengajar sunnah yang baik) (*2/1 Hadis ini riwayat Muslim/ Lihat Riyadhus

Apabila kita memerhatikan pembahagian di atas, kita mendapati bahawa bahagian yang pertama hadis ini menggalakkan kita mengajar satu contoh dan teladan yang baik. Ini kerana kebaikan itu adalah dari asas- asas Islam. Oleh sebab itu, si pelakunya akan mendapat ganjaran pahala. Sementara bahagian kedua pula menyebutkan celaan terhadap orang yang mengajar kejahatan di mana pelakunya akan menanggung dosanya dan dosa orang yang melakukannya. Dan bahagian kedua inilah yang disebut sebagai bidah yang sesat seperti yang dinyatakan dalam hadis pertama.

Pengertian dan pembahagian ini adalah bersumber dari sabda Rasulullah s.a.w.: " "
(*2/2 Hadis riwayat Bukhari Dan Muslim / Lihat Riyadhus Solihin: Bab Larangan dari perkara bidah.)

Maksudnya : Barang siapa yang mengada-adakan di dalam urusan kami ini sesuatu yang bukan darinya maka ia adalah tertolak (tidak diterima). Dalam suatu riwayat yang lain: " " Maksudnya: Sesiapa yang mengamalkan sesuatu amalan yang tiada kaitan dengan ajaran kami maka ianya adalah tertolak (tidak diterima).
perkara Bidah). (*2/3 Hadis riwayat Muslim / Lihat Riyadhus Soolihin: Bab Larangan dari

Hadis ini menjelaskan bahawa perbuatan mengadakan-adakan amalan itu tidak terlepas dari terbahagi kepada dua keadaan: 1. Perbuatan mengada-adakan yang ditolak kerana bertentangan dengan ajaran agama seperti yang dinyatakan oleh nas hadis, dan 2. Perbuatan mengada-adakan yang boleh diterima apabila ianya menepati serta selari dengan agama. Ini diambil dari mafhum mukholafah (pemahaman bertentangan yang tersirat daripada lafaz) dari hadis nabi. Ini kerana apa yang difahami dari hadis : Barang siapa yang

mengamalkan sesuatu amalan yang menepati ajaran kami maka dia adalah diterima. Dan yang dimaksudkan dengan " "ialah agama secara keseluruhan merangkumi ibadat dan muamalat. Yang dimaksudkan dengan lafaz " "pula ialah jalan dan cara. Ia juga meliputi urusan ibadat dan muamalat. Dari sini jelaslah bahawa apa-apa jua amalan yang diada-adakan yang bertepatan dengan kaedah-kaedah syarak, maka ia dikira sebagai sunnah yang baik (hasanah). Sementara apa jua amalan yang diada-adakan tetapi bercanggah dengan nas-nas agama atau
4

kaedah-kaedah syarak, maka ia dikira sebagai bidah dan termasuk dalam sunnah yang tidak baik (sayyi-ah). Jelaslah di sini bahawa pembahagian bidah kepada hasanah (baik) dan sayyi-ah (buruk) atau pun pembahagian bidah kepada hakikiyyah dan idhafiyyah seperti mana yang dilakukan oleh Imam as-Shatibiy dalam kitab Itisom atau pembahagian bidah kepada wajib, sunat, haram, makruh, dan harus seperti yang dilakukan oleh Imam al Eiz Bin Abdus Salam di mana ianya adalah merupakan pembahagian dari sudut bahasa sahaja. Adapun dari segi syarak, setiap apa saja yang bertentangan dengan asas-asas serta perkara pokok dalam Islam, maka ia dikira sebagai bidah yang sayyi-ah. Adapun apa saja yang selari dan tidak bertentangan maka ia dikira sebagai sunnah yang baik (hasanah) dan diterima disudut syarak. Jenis-Jenis Ibadat Yang Datang Daripada Nabi s.a.w. Ibadat yang datang daripada Nabi Muhammad s.a.w. terbahagi kepada dua: Pertama: Apa yang disebutkan dari Nabi s.a.w. yang terikat dengan masa, tempat, bilangan, keadaan, serta situasi tertentu. Dalam semua keadaan ini, ianya perlu dilakukan seperti mana ianya didatangkan tanpa ada sebarang penambahan atau pengurangan dan perubahan. Dan barang siapa yang menokok tambah serta merubah bercanggah dengan apa yang didatangkan, maka ia dianggap seorang yang melakukan perbuatan bidah. Ini seperti dalam persoalanpersoalan pokok ibadat, bilangan rakaat, bilangan hari-hari puasa dan masanya, peraturan haji dan umrah, kadar-kadar pengiraan zakat, jenis-jenis harta yang diwajibkan zakat, dan persoalanpersoalan yang berkait dengan akidah serta yang seumpama dengannya. Kedua: Apa yang datang dari Nabi Muhammad s.a.w. dalam bentuk perintah, saranan, galakan, pesanan dan ianya tidak terikat dengan bentuk, masa, tempat, keadaan dan bilangan tertentu dan tidak terdapat di sana larangan dalam melakukannya pada sesuatu masa yang tertentu. Maka dalam hal ini, umat Islam bebas memilih masa dan tempat yang sesuai, serta situasi yang baik
5

untuk dia melaksanakannya. Apa yang penting ialah tidak menyandarkan pilihan yang dibuatnya dalam melakukan semua ini sama ada dari segi masa, situasi dan tempat - kepada Nabi Muhammad s.a.w. Pilihan ini hanyalah diasaskan kepada satu keizinan umum yang diberikan oleh syarak. Samalah halnya seperti kita mengerjakan sembahyang sunat mutlak, puasa mutlak, zikir, pembacaan al-Quran, berdoa, berselawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w., memberi sedekah makanan, menyembelih seseekor binatang dengan niat bersedekah serta bertaqorrub kepada Allah dan seumpamanya. Andai kata seseorang muslim hendak mewajibkan dirinya menunaikan solat sunat dalam sesuatu masa tertentu yang bukan masa yang dilarang, maka solatnya ini tidak boleh dianggap sebagai suatu yang bidah. Demikian juga jika dia membiasakan berdoa dengan doa tertentu di masa yang tertentu, atau dia membiasakan diri dengan membaca sejuzuk al-Quran setiap hari di masa-masa yang tertentu, maka yang demikian juga tidak boleh dikira sebagai perbuatan bidah. Begitulah juga halnya dengan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. tidak dikira bidah selama mana dia tidak menyandarkan apa yang dilakukannya itu kepada Nabi Muhammad s.a.w. Sekiranya dia menyandarkan perbuatannya itu kepada Nabi Muhammad, maka ketika itu apa yang dilakukan itu menjadi bidah kerana dia telah mengada-adakan sesuatu terhadap nabi dan ia juga dalam masa yang sama merupakan rekaan dan pendustaan terhadap Nabi Muhammad s.a.w. Pengurangan Dan Penambahan Dalam Perkara Yang Telah Dihadkan Oleh Syarak Pengurangan dalam perkara yang telah ditentukan oleh syarak dalam soal ibadat-ibadat yang telah difardhukan adalah haram dan dikira sebagai bidah yang merosakkan ibadat. Contohnya seperti pengurangan bilangan rakaat solat, atau hari-hari berpuasa, atau bilangan pusingan mengelilingi kabah semasa tawaf, atau bilangan tempat melontar jamrah, atau mempermainkan kadar yang wajib dikeluarkan semasa berzakat serta kadar nisabnya, atau mengurangkan perkara rukun dalan sesuatu ibadat. Adapun perkara yang merupakan penambahan maka ia terbahagi kepada dua iaitu: a) Penambahan Muttasilah b) Penambahan Munfasilah
6

Penambahan Muttasilah(bersambungan) : Penambahan yang berkait terus pada satu ibadat tertentu ia merupakan bidah dan sesat seperti penambahan ruku, atau sujud atau penambahan satu rakaat sempurna dengan sengaja atau penambahan lafaz tertentu melebihi susunan lafaz yang telah disebutkan oleh hadis Nabi Muhammad s.a.w. dalam susunan lafaz azan dengan melakukan penambahan lafaz yang menjejaskan susunan asal serta gaya bahasa dan lafaz seumpama penambahan lafaz saiyidina sebelum lafaz Muhammad s.a.w. dalam masa azan. Ini kerana, ia menjejaskan lafaz asal dan gaya bahasanya seperti mana yang disebutkan oleh hadis Rasulullah s.a.w. Jika sekiranya tidak berlaku perubahan pada gaya bahasa, dan tidak dilakukan dengan niat untuk menyempurnakan lagi ibadat dari sebarang kekurangan, tetapi hanya sekadar untuk melahirkan rasa penghormatan dan bersikap sopan seperti menambah lafaz saiyidina sebelum menyebut lafaz Muhammad s.a.w. semasa berselawat seperti dalam selawat Ibrohimiyyah maka ianya bukan suatu yang ditegah dan penambahan seumpama itu tidak dinamakan bidah.

Penambahan Munfasilah (berasingan): Penambahan yang tidak berkait terus dalam sesuatu ibadat tertentu, sama ada ia ibadah yang ditegah ataupun ibadah yang tidak ditegah. Adapun ibadah yang ditegah, maka melakukannya dianggap bidah seperti mengerjakan solat sunat selepas solat subuh dan solat asar. Begitu juga jika kita mengadakan satu lagi solat fardhu selain dari solat lima waktu yang telah difardhukan tanpa ada dalil yang memfardhukannya.

Manakala ibadah yang tidak ditegah, sekiranya seorang muslim melakukannya dengan keyakinan darinya bahawa ibadat yang ada tidak sempurna dan mesti disempurnakan dengan penambahan itu, maka pengerjaan amalan ini dikira sebagai bidah lagi haram. Jika sekiranya dia melakukan penambahan ini dengan menganggapnya sebagai satu ibadat yang terasing dan mendapat keizinan umum dari syarak, maka ia tidaklah dikira penambahan yang ditegah selama mana dia tidak menyandarkan amalan itu kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Contoh penambahan ini ialah seperti menambah jumlah harta yang hendak diberi kepada golongan fakir semasa mengeluarkan zakat. Contoh lain ialah seperti mengadakan sembahyang sunat dua rakaat selepas solat fardhu dengan niat mengerjakan sembahyang sunat dan ianya dikerjakan pada masa yang bukan masa yang dilarang. Begitu juga dengan penambahan selawat kepada Nabi s.a.w. selepas sebutan zikir " " Termasuk juga seperti penambahan bacaan zikir-zikir dan banyak doa-doa yang mathur. Begitu juga dengan apa yang disebut sebelum azan dan selepasnya sebagai mengisyaratkan telah masuk waktu. Beberapa Kaedah Syarak Terdapat beberapa kaedah umum dalam Islam di antaranya: 1. bermaksud tidak memudharatkan diri sendiri dan tidak pula boleh memudharatkan orang lain. Kaedah ini mengharamkan apa saja masalah yang membawa kepada berlakunya kemudharatan sama ada kepada diri sendiri atau kepada orang lain walaupun tidak terdapat di sana nas daripada al-Quran atau as-Sunnah. 2. " " : Ayat ini menyuruh melakukan apa saja bentuk kebaikan sama ada kepada diri sendiri atau pun kepada orang lain selagi mana tidak merupakan sesuatu yang dilarang oleh syarak dengan larangan yang khas atau perlakuan tersebut tidak membawa kepada sesuatu mafsadah atau kerosakan yang nyata pada masa akan datang. 3. Kaedah " : Apa saja yang membawa kemudaratan dan bahaya akan mengharuskan perkara yang dilarang. Bermaksud apa saja yang dilarang oleh syarak diharuskan melakukannya dalam keadaan terpaksa dan mempunyai mudarat. Ini kerana terdapat beberapa hukum dalam masalah dhoruroh (keadaan terpaksa yang mempunyai mudarat). Pengharusan ini pula dibenarkan hanya sekadar melepaskan kemudaratan dan tidak lebih dari itu. Dan dhoruroh pula ialah suatu keadaan yang mana keselamatan manusia atau binatang atau anggota
8

badan atau kesihatan manusia bergantung kepadanya, sekiranya jika tidak dilakukan perkara yang terlarang tersebut maka ia akan membawa kerosakan jiwa atau kebinasaan anggota tubuh badan atau membawa kepada sakit yang berpanjangan dan melambatkan proses penyembuhan. 4. . Maksudnya: Apabila berlakunya pertembungan di antara halal dan haram maka hukum yang diberatkan ialah hukum haram. 5. Maksudnya: Sesuatu yang diharamkan kita mengambilnya maka kita juga diharamkan memberinya. 6. Maksudnya : Keterangan pembuktian hendaklah dilakukan oleh orang yang mendakwa dan sumpah dilakukan oleh orang yang menolak dakwaan. 7. Sesuatu perkara dikira berdasarkan tujuannya. 8. Maksudnya : Beramal dengan nas-nas hukum itu lebih baik dari mengabaikannya. Sebahagian ulama dan fuqaha Islam telah menyusun banyak buku menyentuh persoalan kaedah-kaedah seperti Seikh Iz Bin Salam, Ibnu Rejab Al Hambali, Ibnul Liham, AlIlaaiy, Imam Sayuti, dan Ibnu Nujaim dalam kitab al- Ashbah Wa Al- Nazoir dan ramai lagi. Kaedah-kaedah ini merupakan ciri yang melambangkan keluasan Islam dan kesempurnaannya. Berdasarkan kaedah-kaedah ini, apa saja yang berlaku sehinggalah ke hari Kiamat maka Islam akan mampu meletakkan hukuman yang tertentu kepadanya sama ada wajib, sunat, haram, makruh atau pun harus. Ini dilakukan dengan melihat kepada kelas dan kumpulan kaedah mana yang sesuai untuk hukum tersebut sekalipun nas bersikap berdiam diri tanpa menerangkan hukumnya. Kesemua kaedah-kaedah ini dikeluarkan (istinbat) sama ada dari ayat al-Quran ataupun dari sunnah Nabi Muhammad SAW.

Sesuatu Yang Tidak Dilakukan Oleh Rasulullah Dan Sahabat Tidak Bermakna Tidak Syarie Jika Dilakukan Persoalan: Apabila tidak terbukti dari Nabi bahawa baginda melakukan sesutu amalan atau pun tidak terbukti adanya di kalangan para sahabat melakukan amalan tersebut dan apabila ada pula seseorang hendak melakukannya maka adakah itu dikira sebagai bidah kerana ianya tidak dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. mahu pun para sahabat? Sesiapa yang berpandangan bahawa itu suatu yang bidah maka pandangannya adalah salah dari dua sudut: Pertama: Sesuatu perkara yang tidak dilakukan oleh nabi tidak membawa erti bahawa perkara tersebut syarie dilakukan atau syarie meninggalkan, malah baginda membiarkan sesuatu perkara itu dalam keharusan asalnya. Sebagaimana tidak melakukan perbuatan itu tidak menjadi dalil pensyariatan hukum syarak, maka begitu juga ia tidak menjadi dalil tegahan daripada melakukannya selama mana tidak terdapat nas yang menegahnya. Setelah itu dilihat pula adakah ia termasuk di bawah mana-mana kaedah daripada kaedahkaedah syarak boleh dikiaskan dengan sesuatu yang ada sandaran nas untuk membolehkan kita menghukumnya sebagai syarie atau pun sebaliknya. Jika ia termasuk dalam perkara yang ditolak oleh kaedah syarak atau bertentangan dengan nas maka ketika itu kita akan mengatakan ianya sebagai bidah. Kedua: Pandangan yang menyebutkan: Kalau perkara ini baik dan dibolehkan maka sudah tentu mereka yang dahulu dan jauh lebih baik dari kita akan melakukannya merupakan pandangan yang menjadikan syariat Islam jumud dan kaku serta membataskan kesyumulan Islam kepada perkara yang hanya berlaku di kurun yang pertama di kalangan umat Islam sedangkan hakikatnya adalah sebaliknya.

10

Sesungguhnya syariat Islam tidak pernah lemah dalam memberikan pandangan dan hukumnya terhadap setiap amalan yang dilakukan berdasarkan kepada kaedah-kaedah dan asasasas yang terdapat dalam Islam sama ada amalan tersebut termasuk dalam bab muamalat atau pada sesetengah bab ibadat yang tiada penetapan dan pembatasan tertentu di sudut syarak.

* Artikel ini merupakan sedutan dari kertas yang dibentangkan dalam Seminar Pemurnian Akidah 2010 anjuran Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

11

Anda mungkin juga menyukai