Anda di halaman 1dari 18

MEI / 2012

ABSH 2103

ULUM HADITH

NO. MATRIKULASI : 900822065609001


NO. KAD PENGENALAN : 900822-06-5609
NO. TELEFON : 014-8111169
E-MEL : bal_muslimsejati@yahoo.co.uk

PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN MELAKA


<ABSH 2103>

ISI KANDUNGAN

TAJUK MUKA SURAT

1. PENDAHULUAN 2

2. DEFINISI BIDA’AH DAN HURAIAN 3

3. AMALAN BID’AH DALAM MASYARAKAT 10

4. PUNCA KEKELIRUAN MASYARAKAT TERHADAP


BID’AH 13

5. PENYELESAIAN KEPADA KEKELIRUAN TERHADAP


BID’AH 14

6. PENUTUP 16

7. BIBLIOGRAFI 17

1
<ABSH 2103>
Pendahuluan

Bida’ah merupakan satu perkara yang menjadi permasalahan umat Islam sejak dahulu
lagi. Pelbagai isu dan konflik yang timbul sehingga menyebabkan perpecahan dalam
kalangan umat Islam. Perbincangan mengenai topik bid’ah telah mendapat perhatian para
ulama‟ sejak zaman lampau hinggalah ke hari ini. Ini kerana al-Quran al- Karim dan
sunnah nabi Muhammad s.a.w. ke dua-duanya telah menyebutkan istilah ini beserta
maksudnya secara jelas dan mudah difahami.

Namun demikian, kita melihat mutakhir ini terdapat unsur penyalahgunaan terhadap
istilah ini. Kita dapat melihat perbezaan pandangan seseorang dalam memahami maksud
bid’ah. Ini dalam banyak keadaan disertai pula dengan sentimen-sentimen fanatik dan
ketaksuban kepada pandangan puak dan kumpulan sedangkan sepatutnya umat Islam
dituntut untuk kembali kepada kitab Allah dan sunnah nabi Muhammad s.a.w. dengan
kepatuhan secara menyeluruh serta bersih dari dorongan hawa nafsu.

Dalam kerja kursus ini diterangkan berkaitan bida’ah serta ciri-cirinya. Juga diterangkan
berkaitan permasalahan umat Islam masa kini akibat timbunya isu bidaah yang akhirnya
memecah belahkan kesatuan dan kesepaduan umat Islam hari ini.

2
<ABSH 2103>
Pengertian Bid’ah

Bid’ah dari segi bahasa bermaksud mengadakan sesuatu yang tidak pernah wujud
sebelumnya. Ini berdasarkan firman Allah s.w.t.:
Maksudnya: “Allah telah menjadikan langit dan bumi ini tanpa ada contoh sesuatupun
sebelumnya. “
Sementara bid’ah dari segi istilah adalah mengadakan sesuatu yang tidak ada sebarang
sandaran dari sudut syariat sama ada dari al-quran, as-sunnah, ijmak dan qias serta tidak
termasuk di bawah kaedah-kaedah feqah dan prinsip-prinsip umum yang terdapat dalam
Islam atau dengan lain perkataan mengadakan sesuatu yang bercanggah dan bertentangan
terus dengan Islam.
Berdasarkan takrif dan pengertian ini, maka apa-apa saja perkara baru yang diadakan,
perlu dilihat dan dipastikan. Jika terdapat di sana dalil-dalil dari al-quran, as-sunnah,
ijmak, atau qias maka ia dikira sebagai mengikut syariat. Jika sekiranya tidak terdapat
apa-apa dalil dari sumber syariat yang disebutkan sebelum ini, maka dilihat pula adakah
ia termasuk di bawah mana-mana kaedah daripada kaedah-kaedah umum Islam atau
tidak. Jika sekiranya ia termasuk di bawah mana-mana kaedah ini, maka ia dikira sebagai
mengikut syariat dan tidak dinamakan bid’ah. Jika sekiranya tidak termasuk, maka ia
dikira sebagai bid’ah dan sesat.

Dengan pengertian ini, kita mampu menyelaraskan tuntutan-tuntutan nas yang member
peringatan tentang pembaharuan dan larangan bid’ah dengan nas-nas lain yang
menyebutkan tentang suruhan menunjukkan teladan jalan kehidupan yang baik serta
galakan kepadanya, seperti sabda Rasulullah s.a.w maksudnya: “Wajib ke atas kamu
dengar dan patuh sekalipun ketua yang dilantik ke atas kamu itu seorang hamba habsyi.
Sesungguhnya sesiapa yang hidup di kalangan kamu pasti dia akan melihat banyak
berlaku pertelingkahan. Dalam keadaan itu kamu hendaklah mengikut sunnahku dan
sunnah Khulafak ar-Rasyidin selepas dariku. Gigitlah sungguh-sungguh dengan geraham
kamu dan hindarkanlah diri kamu dari sesuatu yang diada-adakan kerana setiap bid’ah
yang diada-adakan itu adalah sesat.”

3
<ABSH 2103>

Dalam satu riwayat yang lain disebutkan :


“Setiap sesuatu yang sesat itu tempatnya adalah neraka.” Manakala tentang galakan
menunjukkan teladan yang baik dinyatakan seperti sabda Rasulullah s.a.w :
“Barang siapa yang menunjukkan teladan yang baik maka dia akan mendapat ganjaran
pahala untuk dirinya dan pahala orang yang beramal denganya sehingga hari kiamat. Dan
barang siapa yang menunjukkan teladan yang jahat maka dia akan menanggung dosa
untuk dirinya dan dosa sesiapa yang melakukannya sehingga hari kiamat. Apabila kita
memerhatikan pembahagian di atas, kita mendapati bahawa bahagian yang pertama hadis
ini menggalakkan kita mengajar satu contoh dan teladan yang baik. Ini kerana kebaikan
itu adalah dari asas- asas Islam. Oleh sebab itu, si pelakunya akan mendapat ganjaran
pahala. Sementara bahagian kedua pula menyebutkan celaan terhadap orang yang
mengajar kejahatan di mana pelakunya akan menanggung dosanya dan dosa orang yang
melakukannya.
Dan bahagian kedua inilah yang disebut sebagai bid’ah yang sesat seperti yang
dinyatakan dalam hadis pertama. Pengertian dan pembahagian ini adalah bersumber dari
sabda Rasulullah s.a.w.: “Barang siapa yang mengada-adakan di dalam urusan kami ini
sesuatu yang bukan darinya maka ia adalah tertolak (tidak diterima). Dalam suatu riwayat
yang lain, “Sesiapa yang mengamalkan sesuatu amalan yang tiada kaitan dengan ajaran
kami maka ianya adalah tertolak (tidak diterima).”

Hadis ini menjelaskan bahawa perbuatan mengadakan-adakan amalan itu tidak terlepas
dari terbahagi kepada dua keadaan:
1. Perbuatan mengada-adakan yang ditolak kerana bertentangan dengan ajaran agama
seperti yang dinyatakan oleh nas hadis, dan
2. Perbuatan mengada-adakan yang boleh diterima apabila ianya menepati serta selari
dengan agama. Ini diambil dari mafhum mukholafah (pemahaman bertentangan yang
tersirat daripada lafaz) dari hadis nabi. Ini kerana apa yang difahami dari hadis : “Barang
siapa yang mengamalkan sesuatu amalan yang menepati ajaran kami maka dia adalah
diterima. Dan yang dimaksudkan dengan " ‫أ‬EE‫ " انرم‬ialah agama secara keseluruhan
merangkumi ibadat dan muamalat.

4
<ABSH 2103>

Yang dimaksudkan dengan lafaz " ‫ " ُتس‬pula ialah jalan dan cara. Ia juga meliputi urusan
ibadat dan muamalat. Dari sini jelaslah bahawa apa-apa jua amalan yang diada-adakan
yang bertepatan dengan kaedah-kaedah syarak, maka ia dikira sebagai sunnah yang baik
(hasanah). Sementara apa jua amalan yang diada-adakan tetapi bercanggah dengan nas-
nas agama atau kaedah-kaedah syarak, maka ia dikira sebagai bid’ahdan termasuk dalam
sunnah yang tidak baik (sayyi-ah).

Jelaslah di sini bahawa pembahagian bid’ah kepada hasanah (baik) dan sayyi-ah (buruk)
atau pun pembahagian bid’ahkepada hakikiyyah dan idhafiyyah seperti mana yang
dilakukan oleh Imam as-Shatibiy dalam kitab “I‟tisom” atau pembahagian bid’ahkepada
wajib, sunat, haram, makruh, dan harus seperti yang dilakukan oleh Imam al -Eiz Bin
Abdus Salam di mana ianya adalah merupakan pembahagian dari sudut bahasa sahaja.
Adapun dari segi syarak, setiap apa saja yang bertentangan dengan asas-asas serta
perkara pokok dalam Islam, maka ia dikira sebagai bid’ah yang sayyi-ah. Adapun apa
saja yang selari dan tidak bertentangan maka ia dikira sebagai sunnah yang baik
(hasanah) dan diterima disudut syarak.

PEMBAHAGIAN BID‘AH

Ibn al-Athir menyebutkan dalam kitab al-Nihayah:

Bid’ah ada dua, iaitu bid’ah petunjuk dan bid’ah sesat. Bid’ah yang bercanggah dengan
perintah Allah dan Rasul-Nya maka ia berada dalam lingkaran tercela dan diingkari.
Bid’ah yang termasuk dalam erti kata keumuman firman yang Allah galakkan serta
digesa oleh Rasululullah s.a.w termasuk dalam lingkaran bid’ah yang terpuji. Bid’ah
yang tidak ada contoh yang telah wujud seperti perbuatan baik, pemurah dan melakukan
perkara yang makruf termasuk dalam lingkaran perbuatan-perbuatan yang terpuji. Tetapi
perbuatan-perbuatan itu tidak harus bersalahan dengan ajaran yang dibawa oleh syarak.
Ini kerana Nabi s.a.w telah menjadikan untuk perbuatan-perbuatan yang baik itu ada
pahalanya. Baginda bersabda:

5
<ABSH 2103>

”‫“َم ْن َس َّن ُس َّنًة َحَس َنًة َك اَن َلُه َأْج ُرَها َو َأْج ُر َم ْن َع ِمَل ِبَها‬

Terjemahan:
Barang siapa yang mempelopori sunnah yang baik, maka dia memperolehi pahalanya dan
pahala orang yang mengamalkannya.

Sebaliknya pula baginda bersabda:

”‫َو َم ْن َس َّن ُس َّنًة َس ِّيَئًة َك اَن َع َلْيِه ِو ْز ُرَها َو ِو ْز ُر َم ْن َع ِمَل ِبَها‬


Terjemahan:
Barang siapa yang mempelopori sunnah yang buruk, maka dia menanggung dosanya dan
dosa orang yang mengamalkannya.
Sunnah yang buruk itu ialah apabila ia bercanggah dengan perintah Allah atau perintah
Rasul-Nya.

Antara contoh sunnah yang baik ialah seperti yang dikatakan oleh Umar r.a: “ ‫ِنْع َم ِت اْلِبْد َع ُة‬
‫( ”َهِذِه‬sebaik-baik bid’ah ialah yang ini) (iaitu bersembahyang tarawih secara berjemaah
pada setiap malam di bulan Ramadan). Ini kerana amalan tersebut termasuk dalam
lingkaran kebaikan dan perbuatan yang terpuji. Oleh kerana itu Umar menamakannya
sebagai bid’ah dan memujinya. Ia (sembahyang tarawih berjamaah pada setiap malam)
dinamakan bid’ah kerana Nabi s.a.w tidak menganjurkannya kepada mereka. Baginda
hanya mengerjakannya beberapa malam, kemudian baginda meninggalkannya dan tidak
bertekun memeliharanya serta tidak pula mengumpulkan orang untuk sama-sama
berjemaah. Ia juga tidak berlaku semasa zaman Abu Bakar. Umarlah orangnya yang
mengumpulkan manusia dan menggalakkan mereka ke arahnya. Kerana itulah Umar
menamakannya bid’ah, sedangkan pada hakikatntya ia adalah sunnah, berdasarkan sabda
Rasulullah s.a.w:

6
<ABSH 2103>

”‫“َع َلْيُك ْم ِبُس َّنِتْي َو ُس َّنِة اْلُخَلَفاِء الَّراِشِد ْيَن ِم ْن َبْع ِد ي‬

Terjemahan:
Hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku, dan sunnah khulafa’ al-Rasyidin
selepasku.

Begitu juga sabda baginda s.a.w:

” ‫“ِاْقَتُد ْو ا ِبالَّلَذ ْيِن ِم ْن َبْع ِد ي َأِبى َبْك ٍر َو ُع َم َر‬

Terjemahan:
Ikutlah dua orang yang selepasku iaitu Abu Bakar dan Umar. Berdasarkan takwilan inilah
difahamkan hadith yang menyebutkan: Setiap yang baru diada-adakan itu bid’ah.

Yang dimaksudkan oleh baginda (tentang bid’ah yang sesat) ialah: Setiap perkara yang
bercanggah dengan prinsip syariat dan tidak sejajar dengan sunnah. Selesai nukilan
daripada Ibn al-Athir.

Al-Fayyumi menyebutkan dalam al-Misbah:

Perkataan ‫( َأْب َدَع ُهللا اْلَخ ْل َق ِإْب َداعًا‬Allah menciptakan makhluk dengan sebenar-benar
penciptaan) bermaksud Allah menciptakan mereka tanpa berdasarkan contoh. Apabila
dikatakan ‫ َأْب َد ْعُت َو َأْبَد ْعُت ُه‬ia bermaksud aku berusaha menerbitkannya dan baru
mengadakannya. Berdasarkan ungkapan inilah dikatakan kepada keadaan yang
bercanggah dengan nama bid’ah. Bid’ah ialah kata nama bagi nama terbitan ibtida’ ( ‫)ِاْبِتَداٌع‬
seperti perkataan rif’ah (‫ )ِرْفَع ٌة‬adalah kata nama bagi nama terbitan irtifa’ ( ‫)ِاْر ِتَفاٌع‬. Setelah
itu ia banyak digunakan untuk maksud mengurangkan ajaran agama atau membuat
penambahan. Namun sebahagiannya ada yang tidak makruh, lantaran itu ia dinamakan
bid’ah yang harus. Bid’ah yang harus ialah yang terdapat bukti amalan sejenisnya pada
prinsip syarak, atau amalan yang dilakukan kerana adanya kemaslahatan berbuat

7
<ABSH 2103>
demikian demi mengelakkan mafsadah (kerosakan), seperti khalifah yang menghindarkan
diri daripada bercampur gaul dengan orang ramai. Selesai petikan daripada al-Fayyumi.

Dalam al-Qamus al-Muhit dan syarahnya menyebutkan:

Perkataan bid’ah bererti perkara baru dalam agama setelah agama menjadi sempurna.
Antara yang termasuk dalam pengertian ini ialah yang disebutkan dalam hadith:

”‫“ِإيَّاُك ْم َوُم ْح َد َثاِت اُألُم ْو ِر َفِإَّن ُك َّل ُم ْح َد َثٍة ِبْد َع ٌة َو ُك ُّل ِبْد َعٍة َض َالَلٌة‬

Terjemahan:
Awaslah kamu daripada perkara-perkara baru yang diada-adakan, kerana setiap yang
baru diada-adakan adalah bid’ah dan setiap bid’ah adalah sesat.

Jenis-Jenis Bidaah

Adapun jenis- jenis Bid’ah terbagi menjadi 5, semuanya sesat dan sebagiannya lebih
jelek dari yang lainnya.

1. Bid’ah I’tiqodiyah, yaitu : semua keyakinan yang menyelisihi Kitab (Al-Qur’an) dan
Sunnah, seperti : orang yang meyakini bahwa Qutub-Qutub, Badal-badal dan Ghauts-
Ghauts memiliki daya upaya di dalam (pengaturan) alam atau mengetahui yang ghaib. Ini
merupakan kekufuran karena mengandung kesyirikan di dalam Rubbubiyyah ALLAH
serta kesyirikan dalam Al-Asma wa shifat ALLAH Azza wa Jalla.

2. Bid’ah Lafdziyah, yaitu : semua lafadz yang dilafadzkan oleh seseorang dalam rangka
beribadah sedangkan dia menyelisihi Kitab (Al-Qur’an) dan Sunnah, seperti : orang yang
berdzikir kepada ALLAH dengan nama mufrad ‘ALLAH’ atau dengan nama ganti
‘HUWA’. Lihat Majmu’ Fatawa karya Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah Rahimahullahu
Ta’ala 10/226-229.

8
<ABSH 2103>
3. Bid’ah ‘Amaliyah, yaitu : semua gerakan yang muncul dari seorang manusia dalam
rangka beribadah sedangkan gerakan itu menyelisihi Kitab (Al-Qur’an) dan Sunnah,
seperti : orang yang berjoget atau bergoyang-goyang ketika berdzikir.

4. Bid’ah Maliyah, yaitu : semua harta yang dibelanjakan dalam rangka beribadah pada
suatu perkara yang menyelisihi Kitab (Al-Qur’an) dan Sunnah, seperti : memberikan
harta untuk membangun kubah-kubah di atas kuburan dan membuat tabut-tabut/peti-peti
di atasnya.

5. Bid’ah Tarkiyah, yaitu : setiap orang yang meninggalkan sesuatu dari agama atau
sesuatu yang mubah dalam rangka beribadah, seperti : orang yang tidak mau menikah
atau tidak mau makan daging dalam rangka ibadah.

Kriteria Amalan Bidaah

Syeikh Nasiruddin al-Albani r.h (kitab Ahkam al-Janaaiz) telah menggariskan beberapa
kriteria bagi amalan tersebut :
 Segala ibadah yang tertentangan dengan sunnah, baik dalam bentuk ucapan,
perbuatan atau akidah walaupun ia daripada hasil ijtihad.

 Segala cara yang digunakan untuk mendekatkan diri (taqarrub) kepada Allah,
namun terdapat larangan daripada Rasulullah S.A.W.

 Setiap ibadah yang tidak terdapat dalil tentangnya dianggap bid’ah kecuali jika
terdapat dalil daripada sahabat Nabi S.A.W

 Adat-adat orang kafir yang dimasukkan ke dalam ibadah

 Sesuatu yang dikatakan sebagai mustahab (sunat) oleh sebahagaian ulama


khususnya ulama terkemudian namun tidak ada dalil menyokongnya.

9
<ABSH 2103>
 Setiap ibadah tidak terdapat keterangan tentang cara pelaksanaannya melainkan
hadith dhaif (lemah) dan maudu (palsu)

 Melampaui batas (ghuluw) dalam ibadah.

 Setiap ibadah yang umum syariah tetapi dikhususkan tertentu seperti tempat,
waktu, sifat atau bilangan.

Amalan-Amalan Bid’ah Dalam Masyarakat


Solat Bulan Rejab

Terdapat beberapa solat yang dikhususkan sempena bulan Rejab seperti solat pada malam
pertama bulan Rejab, solat Nisfu Rejab, solat pada malam 27hb Rejab dan yang paling
diketahui ramai yakni solat yang dikerjakan pada malam Jumaat minggu pertama bulan
Rejab yang dikenali sebagai solat Raghaib. Kesemua dalil tentang solat-solat khusus
sempena bulan Rejab ini adalah sama ada dhabif atau mawdhubsebagaimana yang telah
diperkatakan oleh al-Hafidz Ibnu Hajar r.h dalam Tabyin al-Ajib Bimaa Warada Fi Fadli
Rajab. Tentang solat Raghaib ini Imam al-Nawawi yang juga merupakan seorang tokoh
dalam mazhab Syafie telah berkata di dalam Fatawa an-Nawawi (ms. 40):

Solat Raghaib adalah bidaah yang tercela, mungkar dan sangat diingkari, yang mencakup
kemungkaran-kemungkaran sehingga harus ditinggalkan, ditentang dan diingkari
pelakunya. Kepada para penguasa harus melarang manusia dari melaksanakan solat ini
kerana mereka adalah pemimpin dan setiap pemimpin bertanggungjawab atas rakyatnya
Para ulamak telah menulis buku-buku khusus tentang masalah ini untuk mengingkari dan
mencelanya serta membodohkan pelakunya. Janganlah kita terperdaya oleh banyaknya
orang yang melakukannya di banyak negara Islam dan jangan pula tergoda kerana solat
itu tertulis dalam kitab Quut al-Qulub (karya Muhammad bin Ali bin Athiyah al-Ajami
al-Makki) dan IhyabbUlum ad-Din (karya Hujjatul Islam Imam al-Ghazali) dan
sebagainya kerana kedua solat itu iaitu (solat Raghaib dan solat Nisfu Syaaban) itu adalah
bidaah yang batil.

10
<ABSH 2103>
Memanjangkan Kuku dan Mewarnakannya Dengan Pewarna

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:


“Termasuk fitrah bagi manusia itu ada lima: Khitan, mencukur bulu kemaluan,
merapikan misai, memotong kuku, dan mencabut bulu ketiak.”

(Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 5889)

Berkenaan permasalahan trend mewarnakan kuku ini, Syaikh al-Albani rahimahullah


berkata:

Ini adalah merupakan kebiasaan buruk yang dilakukan oleh wanita-wanita Eropah kepada
wanita-wanita Islam, iaitu memanjangkan kuku dan mewarnakannya dengan warna
merah atau selainnya dengan kuteks (pewarna/pengecat kuku). Kebiasaan ini juga turut
dilakukan oleh sebahagian pemuda. Perbuatan ini selain mengubah ciptaan Allah, ia juga
menjadikan pelakunya terlaknat dan perbuatan ini termasuk meniru-niru (tasyabbuh)
perbuatan wanita-wanita kafir.

“Sesiapa yang meniru-niru perbuatan suatu kaum (kebiasaan orang kafir), maka dia
termasuk di dalam golongan mereka.” (al-Albani, Adabuz Zifaf, m/s. 184, Media
Hidayah)

Daripada Ibnu ‘Umar, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Sesiapa yang meniru-niru perbuatan suatu kaum (kebiasaan orang kafir), maka dia
termasuk di dalam golongan mereka.”

(Hadis Riwayat Abu Daud. Sahih menurut Syaikh al-Albani di dalam Shahihul Jami’, no.
6149, juga dijelaskan di dalam Jilbab al-Mar’atil Muslimah)

11
<ABSH 2103>
Mengkhususkan Adanya Cincin Perkahwinan

Perbuatan bertukar cincin atau menetapkan adanya cincin perkahwinan, pertunangan,


atau pun pernikahan, ianya sama sekali bukan berasal daripada ajaran Islam.
Ini adalah sebagaimana yang dijelaskan oleh Syaikh al-Albani rahimahullah:

“Tindakan ini (menyarung cincin) selain meniru tradisi orang-orang kafir sehingga
menjadi sebuah larangan, ia juga mengandungi pelanggaran terhadap dalil-dalil hadis
yang melarang lelaki mengenakan cincin emas…” (al-Albani, Adabuz Zifaf, m/s. 191,
Media Hidayah)

Asal perbuatan (adat) menyarung cincin perkahwinan ini adalah berasal dari adat
kepercayaan kuno kaum Nasrani (kristian). Ini adalah sebagaimana yang dijelaskan oleh
Syaikh al-Albani di dalam kitabnya, Adabuz Zifaf.

Syaikh Ibnu Bazz rahimahullah (Mufti Saudi Arabia) menjelaskan: “Kami tidak
mengetahui dasar amalan ini (sarung cincin) di dalam syari’at.” (Muhammad al-Musnid,
Fatawa Islamiyah, 3/129. Rujuk: Panduan Lengkap Nikah, Abu Hafsh Usamah, m/s. 230,
Pustaka Ibnu Katsir)

Adat Bersanding dan Pelamin

Perbuatan mengadakan pelamin dan adat bersanding bukanlah sebuah amalan yang
berasal dari ajaran Islam. Malah, ia mungkin ditiru dan berasal dari ajaran Hindu atau pun
Kristian. Ini adalah kerana amalan tersebut sangat mirip dengan adat upacara
perkahwinan mereka.

Menurut Syaikh Abdullah bin ‘Abdurrahman al-Jibrin hafizahullah:

“Perbuatan ini (bersanding) adalah tidak dibenarkan. Sebab ini adalah bukti atas
tercabutnya rasa malu dan taqlid (mengikuti) kepada kaum yang suka kepada keburukan.
Perkaranya adalah jelas. Pengantin wanita sepatutnya merasa malu menampakkan diri di

12
<ABSH 2103>
hadapan manusia, lalu bagaimana dengan perbuatan tersebut yang sengaja dilakukan di
hadapan orang-orang yang sengaja menyaksikannya?”

(Muhammad al-Musnid, Fatawa Islamiyah, 3/188. Rujuk: Panduan Lengkap Nikah, Abu
Hafsh Usamah, m/s. 230, Pustaka Ibnu Katsir)

Syaikh Ibnu ‘Utsaimin rahimahullah berkata:

“Di antara perkara mungkar, bahawa rasa malu sebahagian manusia telah tercabut dari
mereka. (Adalah) seorang suami datang di tengah kaum wanita dan naik pelamin bersama
isterinya di hadapan kaum wanita, iaitu pada awal pertemuannya dengan isterinya untuk
bersanding dengannya, bersalaman tangan dengannya, mungkin menciumnya, dan
mungkin memberikan hadiah kepadanya berserta coklat dan selainnya yang dapat
menggerakkan syahwat dan mengakibatkan fitnah.”

(Min Munkaratil Afraah, m/s. 7, 10. Rujuk: Panduan Lengkap Nikah, Abu Hafsh
Usamah, m/s. 231, Pustaka Ibnu Katsir)

Punca Kepada Masalah Kekeliruan Yang Berlaku Dalam Masyarakat


1. Masalah kekurangan ilmu dan pengetahuan yang mendalam tentang agama Islam.
Masyarakat hari ini sememangnya tidak memberikan tumpuan dan fokus khusus
tentang mendalami agama. Mereka hanya sibuk mengejar kemewahan dunia sehingga
mengabaikan pendidikan Islam yang khusus dan mendalam.

2. Kepercayaan karut-marut dan khurafat yang masih menebal dalam masyarakat.


Terdapat segelintir masyarakat yang masih lagi berpegang kepada amalan-amalan
khurafat yang boleh merosakkan akidah. Kepercayaan kepada semangat jahat dan roh
hantu yang sememangnya perbuatan yang seharusnya dikikis dalam jiwa setiap
masyarakat

3. Budaya pak turut yang sering berlaku dalam masyarakat. Setiap orang yang ingin
melakukan sesuatu amalan atau upacara mesti mengetahui asal-usul dan dalil yang
membenarkan upacara itu dilakukan. Bukan hanya meneruskan tradisi nenek moyang

13
<ABSH 2103>
yang kebanyakannya tidak dibenarkan oleh syarak. Seharusnya budaya pak turut ini
dibuang dalam masyarakat supaya setiap amalan yang kita lakukan dituntut oleh
syarak dan tidak bertentangan dengan agama Islam.

Penyelesaian Kepada Masalah Kekeliruan Yang Berlaku Dalam Masyarakat

1) Meninggalkan budaya Pak Turut - Budaya ini memang tak dapat dipisahkan kepada
mereka yang begitu 'sensitif tak menentu' mengenai isu bid'ah ini. Mereka tak boleh
terima perkara baru didalam hidup mereka. Sekurang-kurangnya konflik ini dapat
memecahkan sikap pak turut seperti "Guru saya kata atau Ustaz itu kata perkara ini
sunat" kepada sikap keterbukaan. Tepuk dada, tanya ilmu. Kita wujudkan budaya Pak
Siasat, Pak Ingin Tahu dan sebagainya.

2) Peningkatan didalam budaya merujuk. Mempelajari konflik ini membuat seseorang


Islam ini banyak melakukan rujukan. Contohnya, Sembahyang tasbih; kita akan ketemu
pelbagai-bagai pendapat yang membolehkan dan menolak sembahyang tasbih. Ini
menjadikan kita lebih peka dan 'original' didalam ibadat yang kita lakukan.Ia
menggalakkan masyarakat Islam mewujudkan budaya 'penyelidikkan' disamping
meningkat ilmu pengetahuan. Didalam melakukan rujukan, maka timbullah teknik-teknik
seperti 'citation indexing', siapa yang merujuk siapa?; proses atau langkah yang diambil
apabila melakukan pencarian 'rujukan keatas rujukan'. Maka timbullah minat mengetahui
dan membaca kitab-kitab asal sesuatu persoalan itu. Kalau dilihat dari segi subjek, bidang
'citation indexing' terhadap bahan-bahan bacaan Islam belum ada lagi. Maka usaha-usaha
perlu digembelingkan kearah mewujudkan alat-alat rujukan tersebut.

3) Ulama' pewaris Nabi - Ia mewujudkan budaya merujuk kepada rujukan ulama. Ulama
tempat merujuk. Timbul budaya ulama' mana yang berkata begitu. Bagaimana mana cara
'argument' atau hujah mereka. Bagaimana ulama itu boleh berijtihad dengan hukum itu?
Budaya ini membuatkan nama-nama ulama'-ulama' silam seperti Imam Malik, Imam
Syafie, Ibnu Taimiyah dan sebagainya dirujuk dan disebut sehingga kini. Tanpa

14
<ABSH 2103>
sumbangan ulama'-ulama' ini, tak kemana keislaman kita. Maka timbullah kecintaan
kepada para ulama'-ulama'.

4) Memperbaiki kualiti ibadah. - Konflik ini membuat seseorang Islam itu mendalami
ilmu ibadah mereka. Rujukan-rujukan ulama' seperti buku yang menyentuh 'Bagaimana
Rasulullah sembahyang?', 'Ibadah Haji seperti Rasulullah' dan sebagainnya memberi ilmu
yang 'genuine' atau asli kepada si pembaca tadi. Kita dapat ketahui melalui nas-nas dan
perbincangan ulama' asal-usul, kaifiyat-kaifiyat, fadilat-fadilat sesuatu ibadah itu secara
betul dan bukannya 'membuta tuli' sahaja. Dapatlah kita mengetahui dengan secara detail
sesuatu ibadat itu dilaksanakan.

5) Kembali kepada Al-Quran dan Sunnah Nabi saw - Konflik ini akan menggembalikan
kita kepada rujukan utama kita, iaitu Al-Quran sunnah Rasulullah saw. Rujukan kepada
ayat-ayat Al-Quran dan hadis Rasulullah akan dilakukan apabila timbulnya sesuatu
konflik ini. Dalam mempelajari ilmu hadis ini, maka tahulah kita darjat-darjat sesuatu
hadis itu dan sebagainya.Tahulah kita mana hadis-hadis yang dipalsukan atau yang
tersangat daif.

15
<ABSH 2103>
Penutup

Secara kesimpulannya, permasalahan mengenai bida’ah ini merupakan perkara yang


boleh di atasi dan diselesaikan oleh umat Islam. Perkara yang penting ialah penguasaan
ilmu yang mendalam dapat menjamin diri kita yakin dengan setiap amalan dan ibadat
yang kita lakukan tanpa sebarang syak dan ragu-ragu. Cuma keyakinan itu hanya akan
lahir sekiranya kita mendalami ilmu agama Islam dengan terperinci dari segala aspek dan
sudut.

Allah SWT berfirman:


“Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Aku cukupkan
kepadamu nikmat-Ku, dan telah Aku redhai Islam itu menjadi agama bagimu.” (Surah al-
Ma’idah, 5: 3)

Perkara yang paling penting di dalam beragama ini, bukanlah kata-kata dan perbuatan
manusia yang menjadi ukuran, tetapi yang perlu kita tekankan adalah sejauh mana kita
teguh di dalam sebuah pendirian di atas sebuah kebenaran yang ditegakkan di atas dalil-
dalil dari perkataan Allah SWT dan petunjuk Rasulullah SAW.

Allah SWT berfirman:


“Telah sempurnalah kalimat Tuhanmu (al-Qur’an) sebagai kalimat yang benar dan adil.
Tidak ada yang dapat mengubah kalimat-kalimat-Nya dan Dia lah yang Maha Mendengar
lagi Maha Mengetahui. Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka
bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain
hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta
(terhadap Allah).” (Surah al-An’am, 6: 115-116)

Sebagai penutup, sekali lagi penulis jelaskan bahawa sebenar-benar perkataan adalah
perkataan Allah SWT, dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad SAW.

16
<ABSH 2103>
Bibliografi

1. Al-Quran Al-Karim
2. Wahbah al-Zuhayli. 1989. al-Fiqh al-Islami wa adillatuh. Damsyiq: Dar al-Fikr.
3. Mustofa al-Khin, Mustofa al-Bugho & Ali al-Syarbaji. 2004. Kitab Fikah Mazhab
Syafie. Kuala Lumpur Pustaka Salam Sdn Bhd.
4. Subhi Saleh. Ulum al-Hadith. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa.
5. Fauzi bin Deraman.(2008). Pengantar Usul Hadith. Kuala Lumpur: Warisan
Nabawi Ent.

17

Anda mungkin juga menyukai