Anda di halaman 1dari 4

1.

BIDAH DALAM MASYARAKAT JULAI 2011 PROGRAM PEMBANGUNAN MODAL INSAN (PMI) STAF CENTRE FOR ISLAMIC THOUGHT AND UNDERSTANDING (CITU), UiTM SHAH ALAM

2. DEFINISI BIDAH Bahasa : Dari perkataan bida iaitu mengadakan sesuatu tanpa ada contoh. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 117 maksudnya : Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak (untuk menciptakan) sesuatu, maka (cukuplah) Dia hanya mengatakan kepadanya: "Jadilah!" Lalu jadilah ia. Firman Allah dalam surah Al-Ahqaf, ayat 9 maksudnya : Katakanlah: "Aku bukanlah rasul yang pertama di antara rasul-rasul dan aku tidak mengetahui apa yang akan diperbuat terhadapku dan tidak (pula) terhadapmu. Aku tidak lain hanyalah mengikuti apa yang diwahyukan kepadaku dan aku tidak lain hanyalah seorang pemberi peringatan yang menjelaskan."

3. Istilah : Setiap penambahan atau pengurangan masalah-masalah agama yang datang dari Nabi tanpa dikuatkan oleh dasar hukum syarak baik dalam bentuk perkataan atau perbuatan yang jelas mahupun yang samar. Al-Allamah As-Syammani : Yang baru (diada-adakan) berlawanan dengan yang hak yang dijumpai pada sunnah Rasulullah SAW lalu dijadikan agama yang tegak serta jalan yang lurus. Kesimpulan definisi bidah : Amal perbuatan yang tidak ada dalil dalam syariat.

4. HUKUM BIDAH Orang yang melakukan bidah dianggap penipu dalam agama. Contoh seperti orang yang memalsukan wang (penipu negara). Ulama sepakat menyatakan bidah yang menyerupai akidah dan hukum syariat dalam hal- hal ibadah tetapi tidak dinaskan dalam al-Quran mahupun hadis adalah sesat dan setiap perlakuan tersebut ditolak. Sabda Rasulullah SAW : Barangsiapa yang mengadaadakan hal baru dalam agama yang bukan dari agama itu, maka batil dan ditolak. (HR Bukhari 5:221, Muslim 12:6) Sabda Rasulullah SAW : Setiap bidah adalah sesat dan setiap yang sesat adalah di neraka. (HR Nasaie)

5. PEMBAHAGIAN BIDAH Imam Syafie membahagikan bidah kepada dua bahagian : 1. Bidah Mahmudah (Bidah yang dipuji) : Apa yang selari dengan Sunnah. 2. Bidah Mazmumah (Bidah yang dikeji) : Apa yang bertentangan dengan Sunnah. Dalil dari kenyataan Saidina Umar ibn al-Khattab (ra) kepada jemaah yang mengerjakan sembahyang terawih di bulan Ramadhan dengan katanya: Alangkah cantiknya bidah ini!

6. Ulama Ahli Sunnah Wa Jamaah sepakat menyatakan bidah terbahagi kepada dua iaitu : 1. Bidah Hasanah : Perkara baru yang selari dengan syariat 2. Bidah Dhalalah : Perkara baru yang bertentangan dengan syariat.

7. SEBAB-SEBAB TIMBULNYA BIDAH Jahil tentang agama . Memperkatakan urusan agama tanpa ilmu adalah dusta dan dusta adalah haram kerana ia adalah permainan dan perangkap syaitan. Firman Allah dalam surah Al-Araaf, ayat 33 maksudnya : Katakanlah, Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan keji, baik yang nampak ataupun yang tersembunyi dan perbuatan dosa, melanggar hak manusia tanpa alasan yang benar, mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah tidak menurunkan hujjah untuk itu dan mengada-adakan terhadap Allah apa yang kamu tidak ketahui. Firman Allah dalam surah Al-Anaam, ayat 144 maksudnya : Maka siapakah yang lebih zalim daripada orang yang berbuat dusta terhadap Allah supaya menyesatkan manusia tanpa ilmu. Rasulullah SAW bersabda : Barangsiapa yang diberi fatwa tanpa ilmu, maka dosanya tertanggung atas orang yang memberi fatwanya. (HR Abu Daud, Al-Hakim, Ibnu Majah dan Ad-Darimi)

8. Mengikut hawa nafsu iaitu orang yang berpaling dari Al-Quran dan As-Sunnah. Firman Allah dalam surah Al-Qasas, ayat 50 maksudnya : "Sesungguhnya mereka hanya mengikut hawa nafsu mereka dan tidak ada yang lebih sesat daripada orang yang menurut hawa nafsu tanpa berdasarkan hidayah pertunjuk daripada Allah Firman Allah dalam surah Al-Jaatsiyah, ayat 18 maksudnya : Kemudian Kami jadikan engkau atas satu syariat (Islam) maka ikutilah dia dan janganlah engkau mengikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui.

9. Taksub dan kagum dengan pendapat tokoh-tokoh tertentu. Imam Syafie berkata : Jika kamu dapati dalam kitabku bertentangan dengan Sunnah Rasulullah SAW maka berkatalah dengan Sunnah Rasulullah SAW dan tinggalkanlah pendapatku. Imam Ahmad berkata : Perhatikanlah dalam urusan agama kamu kerana sesungguhnya taqlid kepada yang bukan maksum itu adalah tercela dan padanya membutakan kecerdikan pandangan. Imam Ath-Thahawi berkata : Tidak akan bertaqlid (kepada selain Rasul itu) kecuali orang yang fanatik atau orang yang dungu.

10. Terpengaruh dengan budaya kafir dan mengikutinya . Contoh : menyambut kedatangan hari-hari atau tahun-tahun tertentu. Kejahilan dalam Bahasa Arab sehingga menimbulkan kesalahan dan kesesatan. Contohnya di dalam mentafsirkan ayat Al-Quran dan Hadith. Jahil mengenai Sunnah Rasulullah SAW . Menganggap semua hadith adalah sahih dan boleh beramal dengannya sedangkan kategori hadith :

sahih, hasan, dhaif dan maudhu. Jahil tentang konsep ibadah . Skop ibadah disempitkan hanya kepada ibadah khusus sahaja sedangkan ibadah terbahagi kepada 2 : khusus dan umum.

11. Bidah berkembang dengan 3 sebab : 1. Amalan bidah yang diamalkan oleh orang alim dan diikuti oleh orang awam kerana berkeyakinan apa yang dilakukan oleh orang alim tersebut adalah benar. 2. Adat tradisi jahiliah yang diamalkan oleh orang-orang Islam sebelum ini dikekalkan dan diamalkan sebagai suatu amalan agama. 3. Sikap mendiamkan diri oleh para ulama terhadap amalan bidah dalam masyarakat.

12. CARA MENCEGAH BIDAH Haramkan buku-buku yang mengandungi bidah. Memberi penerangan kepada masyarakat tentang bidah. Sebarkan hadith-hadith sahih Rasulullah SAW. Penguatkuasaan undang-undang oleh kerajaan terhadap golongan yang menyebarkan amalan bidah. Hadith Rasululullah SAW : Barangsiapa di antara kamu yang melihat sesuatu kemungkaran hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya (kekuasaannya), jika tidak mampu maka hendaklah dengan lidahnya dan jika tidak mampu hendaklah dengan hatinya dan itu adalah selemahlemah iman. (HR Muslim, Ibnu Majah, Ahmad, At-Tirmizi dan Abu Daud)

13. CONTOH-CONTOH AMALAN BIDAH DALAM MASYARAKAT Bidah Bulan Muharam Bidah Bulan Safar Bidah Bulan Rabiul Awal Bidah Bulan Rejab Bidah Bulan Syaaban Bidah di sekitar urusan jenazah Bidah dalam masjid Bidah dalam wudhuk Bidah dalam berpuasa Bidah dalam urusan perkahwinan Dll

14. KESIMPULAN Setiap amalan dalam masyarakat kita perlu dinilai dan diteliti dengan cermat berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah. Ada ketikanya amalan mereka itu merupakan bidah hasanah, ada juga ketikanya bidah dalalah dan khurafat yang mesti ditentang , dan ada juga ianya merupakan persoalan khilafiyyah (perbezaan pendapat di kalangan ulama). Tidak wajar melabelkan semua perlakuan yang tiada nass khusus mengenainya di dalam satu pengertian yang sama sebagai bid ah dalalah atau sayyiah.

15. RUJUKAN Drs. Abdul Ghani Azmi bin Hj Idris (2000), Al-Bidaah Bahaya & Keburukannya, Al-Hidayah Publishers, Kuala Lumpur. Bahaya Bidah Dalam Islam (1982), terj Jafar Sujarwo BA, Rahnip M.BA, FA Pustaka Progressif, Surabaya. Dr Yusuf Qardhawy Muhammad Al-Ghazali (2004), Bidah Dan Syirik Perkara Yang Membatalkan Tauhid Atau Mengurangkan Kesempurnaannya, Jasmin Enterprise, Kuala Lumpur.

16. Imam Abil Hasanat Muhammad Hayy Al Kanawy Al Hindy (1978), Memperbanyakkan Ibadah Bukan Bidah (Sebuah Analisa), terj Jamaluddin Kafie, PT Bina Ilmu, Surabaya. Prof. Dr T.M Hasbi Ash-Shiddieqy (1983), Kriteria Antara Sunnah Dan Bidah, Bulan Bintang, Indonesia. H.M.H al-Hamid Al-Jusaini (1998), Liku-liku Bidah Dan Masalah Khilafiyah, Pustaka nasional Pte Ltd, Singapura.

17. TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai