Anda di halaman 1dari 28

1.0 KERACUNAN MAKANAN 1.

1 PENGENALAN Keracunan makanan adalah suatu masalah gastroenteritis yang berpunca daripada ingesi makanan atau minuman yang terkontaminasi,biasanya oleh bakteria.Apabila sesuatu makanan atau minuman dicemari oleh mikroorganisma,ia akan membebaskan exotoxin iaitu sejenis racun atau toxin yang dihasilkan oleh vesikel di dalam sel bakteria kepada pesekitaran.Toxin tersebut memberi kesan langsung pada sistem pencernaan terutamanya usus dan perut dan seterusnya mengakibatkan keradangan pada sistem tersebut.Biasanya,kesan keracunan makanan berlaku dalam tempoh masa 12 hingga 72jam setelah makam makanan yang tercemar tetapi ia bergantung kepada jenis mikroorganisma yang menyebabkan kontaminasi.Antara simptom-simptom yang biasa dialami oleh pesakit adalah muntah,cirit-birit(diarrhoea),loya,sakit perut dan kekejangan otot pada bahagian perut.

Sistem pencernaan manusia

Keracunan makanan menjangkiti pada saluran usus.

1.2 SIMPTOM SIMPTOM KLINIKAL KERACUNAN MAKANAN Secara umumnya,pesakit yang mengalami keracunan makanan akan menunjukan tanda-tanda klinikal seperti: Cirit-birit (Diarrhoea) Muntah (Vomit) Disenteri(Dysentery) Pening Kekejangan otot Demam

Cirit-birit atau lebih dikenali sebagai diarrhoea ialah keadaan dimana seseorang hilang kawalan dalam pembuangan cair.Ia merupakan gejala yang najis dan kerap kali membuang najis yang utama dalam keracunan makanan yang

menyebabkan komplikasi dehidrasi iaitu kehilangan air dalam badan secara mendadak dan boleh menyebabkan kematian,terutamanya pada

bayi.Disenteri(dysentery) pula adalah pembuangan najis yang cair bersertakan mukus dan darah akibat infeksi bakteria Shigella.Muntah(vomit) merupakan reaksi tubuh akibat irritasi pada bahagian lapisan dinding sel perut yang disebabkan oleh tindakan bakteria.

1.3 PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA KERACUNAN MAKANAN Punca utama berlakunya keracunan makanan ialah kehadiran bakteria dalam makanan atau minuman akibat proses penyediaan makanan yang kurang sanitasi dan kotor.Selain itu,makanan yang tidak dimasak dengan sempurna terutamanya makanan mentah seperti daging,ayam dan ikan juga merupakan salah punca keracunan makanan.Malah,pendedahan makanan kepada pesekitaran suhu bilik iaitu antara 28 hingga 30 darjah Celcius untuk tempoh waktu lama mengalakkan pertumbuhan bakteria.Sumber makanan dari kawasan perairan yang dicemari dengan bahan kumbahan dan najis juga mengakibatkan keracunan makanan.Berikut ialah contoh-contoh keadaan yang mengakibatkan infeksi bakteria yang menyebabkan keracunan makanan: Makanan mentah seperti daging,ayam,dan ikan tidak disimpan di tempat dingin Makanan tin terdedah kepada persekitaran suhu bilik untuk jangka masa yang panjang selepas dibuka Makanan beku yang dibiarkan cair pada suasana yang panas untuk tempoh masa yang lama. Bayi yang menyusu dari botol Bahan tenusu seperti susu dan keju tidak dipasteur atau disterilkan pada suhu yang sesuai Pengunaan peralatan penyediaan makanan yang tidak bersih Tidak mengamalkan prosedur mencuci tangan dengan betul dan tepat

1.4 TABURAN KES KERACUNAN MAKANAN DI MALAYSIA Mengikut perangkaan yang dikeluarkan oleh Pusat Racun Negara,dari Januari hingga Ogos 2010,sebanyak 13 kes keracunan makanan yang melibatkan seramai 801 orang termasuk satu kematian telah dilaporkan daripada jumlah tersebut,601 mangsa terdiri dari pelajar sekolah.Secara tidak langsung,setiap daripada kita mengalami keracunan makanan sekurang-kurangnya sekali dalam jangka waktu satu tahun.Berikut adalah statistik bilangan kes penyakit bawaan makanan dan air(keracunan makanan) dari tahun 2005 hingga 2009 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia; Bilangan kes penyakit bawaan makanan dan air. 2005 6284 2006 7548 2007 15 553 2008 17 774 2009 19 760

(Sumber:Jabatan Perangkaan Malaysia)

2.0 JENIS JENIS BAKTERIA YANG MENYEBABKAN KES KERACUNAN MAKANAN 2.1Salmonella spesies PENGENALAN Infeksi yang disebabkan oleh bakteria Salmonella dikenali sebagai Salmonellasis dan tanda-tandanya dialami selepas 24 hingga 48 jam.Bakteria Salmonella terdiri daripada famili Enterobacteriaceae,tribe Salmonellae,genus Salmonella dan

mempunyai beberapa spesies yang penting dari segi perubatan iaitu Salmonella paratyphi,Salmonella typhi,Salmonella typhinurium,Salmonella pullarum, dan

Salmonella gallinarum.Salmonella paratyphi mempunyai lima jenis strain iaitu Salmonella paratyphi strain A,B,C,dan D.Genus Salmonellae mempunyai antigen seperti flagellar H,somatik O, dan virulence Vi pada flagelanya.Salmonella typhi dan Salmonella paratyphi biasa berhabitat di bahagian usus manusia manakala Salmonella typhinurium berhabitat di bahagian usus haiwan seperti lembu,kambing dan khinzir.Jangkitan ini berpunca daripada daging,ayam,telur dan bahan tenusu. CIRI-CIRI AM Ia adalah sejenis bakteria gram negatif dan mempunyai morfologi seperti rod.Organisma ini tidak berkapsul dan berupaya untuk bergerak(motile).Ia juga menghasilkan enzim catalase dan oxidase serta menurunkan nitrat kepada nitril.Selain itu,ia mampu menapai glukosa dengan menghasilkan gas dan menggunakan citrate sebagai sumber karbon untuk pertumbuhan kecuali Salmonella typhi.Bakteria Salmonella membiak pada suhu 37 darjah Celcius dan dieram selama
5

semalaman (18-24 jam)secara aerobik atau fakulatif anaerobik.Ia dikultur pada media pengasingan seperti media darah,Mac Conkey(MAC), Salmonella-

Shigella(SS),Xylose Lysine Deoxycholate(XLD),dan media pengangkutan seperti Selenite broth dan Cary-blair. SIGNIFIKASI KLINIKAL Genus Salmonellae amat patogenik pada sistem pencernaan manusia dan haiwan.Enteric fever atau dikenali sebagai demam thyphoid merupakan simptom yang amat serius dan manifestasi klinikal infeksi oleh Salmonella typhi.Organisma ini tidak dapat dimusnahkan oleh sel makrofaj dan berupaya membahagi dalam sel tersebut.Selepas mengingesi,bakteria Salmonella berupaya hidup dalam keadaan keasidan yang tinggi di dalam perut dan bergerak ke usus kecil serta mensebabkan infeksi pada sistem limfatik.Pesakit mengalami peningkatan suhu badan iaitu antara 39 hingga 40 darjah Celcius dan biasanya berlarutan untuk beberapa minggu.Ia boleh menyebabkan bacteremia pada awal infeksi dan diteruskan dengan cirit-birit yang bersertakan darah. 2.2 Shigella spesies PENGENALAN Shigellosis atau bacillary dysentery adalah jangkitan yang disebabkan oleh bakteria Shigella.Simptomnya boleh dilihat dalam masa 1 hingga 7 jam selepas makan makanan yang tercemar.Organisma ini ditransmisikan oleh seseorang individu kepada individu yang lain adalah melalui makanan,najis, vektor lalat dan tangan yang kotor.Bakteria Shigella terdiri daripada famili Enterobacteriaceae,tribe Escherichiaea,genus Shigella dan mempunyai beberapa spesies yang amat

patogenik iaitu Shigella dysenteriae,Shigella flexneri,Shigella sonnei dan Shigella boydii.Genus Shigella spesies mempunyai 40 somatik O antigen.Bakteria Shigella biasanya berhabitat di salur intestinal manusia.Menurut Bailey and Scotts diagnostic microbiology(9th Edition),ujian hibridasi DNA membuktikan genus Shigellae adalah seiras dengan Escheriachia. CIRI-CIRI AM Ia adalah sejenis bakteria gram negatif dan berbentuk seperti basili.Semua kumpulan genus Shigella tidak motil(non-motile)dan tidak berkapsul serta tidak berspora.Ia tidak menapai laktos,kecuali Shigella sonnei (subgroup D) lewat menapai laktos iaitu dikenali sebagai late lactose fermenter.Ia tidak menapai glukosa dan tidak menghasilkan gas serta tidak menggunakan citrate. Organisma ini memerlukan keadaan areobik atau fakulatif anaerobik untuk membiak serta suhu 37 darjah Celcius selama semalaman.Ia sesuai dikulturkan pada media seperti media darah,Salmonella-Shigella(SS),Xylose Lysine Deoxycholate(XLD),Deoxycholate

Citrate Agar(DCA) dan media pengangkutan seperti Cary-blair dan Selenite F broth. SIGNIFIKASI KLINIKAL Selepas mengingesi bakteria spesies Shigella,organisma tersebut akan

menembusi lapisan mukosa sel pada dinding sel epithelium usus besar dan terminal ileum.Ia akan memasuki sitoplasma sel,terus membahagi dan merebak ke sel yang berhampiran.Ini mensebabkan pendarahan,necrosis dan ulser pada lapisan mukosa dan membentuk pseudomembrane yang mengandungi bakteria,fibrin,leuk osit dan debris sel mati.Tanda-tanda yang biasa dilihat pada pesakit

adalahdemam,kekejangan otot,sakit perut pada hari pertama infeksi.Diarrhoea biasanya cair,bermukus dan berdarah akibat infeksi teruk pada kolon dan
7

ileum.Biasanya,pesakit dewasa sembuh selepas 2 hingga 5 hari infeksi tanpa rawatan ubat tetapi dalam kalangan pesakit tua dan kanak-kanak boleh membawa kematian akibat komplikasi dehidrasi yang teruk. 2.3 Vibrio spesies PENGENALAN Vibrio spesies ialah sejenis bakteria yang menjangkiti sumber makanan laut seperti ikan,udang,ketam dan kerang yang ditangkap di kawasan perairan air yang tercemarkawasan perairan air yang tercemar.Tanda-tanda bermula antara 1 hingga 3 hari selepas makan,dimana ia bermula dengan cirit-birit (rice watery stool) dan membawa maut akibat dehidrasi.Vibrio spesies berasal daripada famili Vibrionacea, genus Vibrio dan mempunyai dua jenis spesies yang penting dalam perubatan iaitu Vibrio cholerae 01(serovar 1) dan Vibrio cholerae non-01.Vibrio cholerae 01 terbahagi kepada dua jenis iaitu Vibrio cholerae eltor boivar dan Vibrio cholerae classical biovar berdasarkan kehadiran antigen somatik O pada flagellanya manakala Vibrio cholerae non-01 adalah Vibrio parahaemolyticus,Vibrio

mimicus,Vibrio fluvialis,Vibrio alginolyticus dan Vibrio vulnificus. CIRI-CIRI AM Ia adalah sejenis bakteria gram negatif basilli yang berbentuk koma dan amat motil(motile) dengan monotrichous flagellum.Ia tidak mempunyai kapsul dan tidak berspora.Bakteria ini mampu menghasilkan enzim catalse dan enzim oxidase.Ia berupaya menapai glukosa,sukrosa,maltose,mannitol dan arabinose.Media yang sesuai untuk pengkulturan adalah seperti media agar,Thiosulphate Citrate Bile Sucrose(TCBS),Monsurs Agar,Alkaline Bile Salt Agar (BSA) dan media

pengangkutan Cary-blair dan Alkaline Peptone Water.Ia sesuai dikultur pada suhu 37 darjah Celcius dalam keadaan fakulatif anaerobik.

SIGNIFIKASI KLINIKAL Vibrio cholerae 01 merupakan spesies Vibrio yang menyebabkan epidemic cholera dimana kebanyakan infeksi disebabkan oleh jenis Vibrio cholerae eltor biovar.Ia melekat pada bahagian dinding usus tanpa menembusinya dan membebaskan enterotoxin atau exotoxin yang mengaktifkan enzim

adenylcyclase.Enzim ini merembeskan jumlah cecair dan elektrolit yang banyak ke dalam lumen usus dimana ia menyebabkan keadaan najis yang sangat cair , rice watery stool yang mengandungi mukus,sel epithelium dan bakteria Vibrio.Kekerapan kehilangan cecair badan melalui pembuangan najis dan muntah mengakibatkan dehidrasi dan kesakitan abdominal yang teruk.Vibrio cholerae dan Vibrio parahaemolyticus amat umum dalam jangkitan keracunan makanan.

2.4 Escheriachia coli(diarrheal strains) PENGENALAN Escheriachia coli ialah sejenis spesis mikroorganisma yang terdiri daripada famili Enterobacteriaceae,tribe Escherichieae,genus Escherichia.Organisma ini wujud secara berpasangan atau bersendirian di dalam pencelupan Gram.Ia mempunyai lima jenis strain yang menyebabkan diarrhea kepada manusia iaitu

Enteropathogenic

Escheriachia

coli(EPEC),

Enterotoxigenic

Escheriachia

coli(ETEC),Enteroinvasive Escheriachia coli(EIEC),Enteroagregative Escheriachia


9

coli(EIEC),dan Enteroheaemorrhagic Escheriachia coli(EHEC).Enteropathogenic E.coli atau dikenali sebagai infant gastroenteritis biasanya menjangkiti pada bayi yang berumur kurang dari 2 tahun manakala Enterotoxicgenic E.coli,travellers diarrhea kebanyakkanya berlaku pada para pelancong yang berasal dari luar negara akibat penyediaan makanan dan air yang tidak bersih.Escheriachia coli merupakan punca utama yang menyebabkan diarrhoea dalam kalangan pasukan tentera US sewaktu peperangan Teluk(Gulf War). CIRI-CIRI AM Ia adalah bakteria gram negatif rod dan mempunyai ukuran diameter 2 hingga 3mm.Ia mempunyai peritrichous flagella untuk pergerakan dan tidak

berspora.Tetapi,Enteroinvasive E.coli tidak motil dan tidak berupaya menapai laktos atau lambat menapai laktos.Biasanya,ia adalah normal flora di bahagian usus manusia dan haiwan.Ia mampu menapai glukosa dengan menghasilkan

gas.Bakteria ini menghasilkan enzim tryptophanase yang berupaya menguraikan tryptophan kepada indol,asid pyruvik dan ammonia dan mampu menapai laktos.Ia sesuai dikulturkan pada media seperti media darah,Mac conkey(MAC),Xylose Lysine Deoxychoclate(XLD),dan Deoxychoclate Citrate Agar(DCA) serta memerlukan suhu 37 darjah Celcius dan keadaan aerobik atau fakulatif anaerobik untuk membiak.

SIGNIFIKASI KLINIKAL Jangkitan Escherichia coli amat sinonim dengan infeksi gastroenteritis

terutamanya diarrhoea.ETEC merupakan strain yang utama menyebabakan penyakit enteritis di negara-negara membangun.Ia menghasilkan dua jenis enterotoksin iaitu heat-stable toxin(ST) dan heat-labile toxin(LT) dimana ia berfungsi
10

merencatkan penyerapan nutrien di usus besar dan menstimulasikan perembesan cecair dan elektrolit pada lumen usus seperti Vibrio cholerae enterotoxin.Patogenisiti strain ETEC bukan sahaja bergantung kepada penghasilan toxin tetapi juga keupayaan bakteria melekat pada permukaan usus,membahagi dan kolonisasi pada usus dan menyebabkan cirit-birit yang teruk dan berakhir dengan dehidrasi. 3.0 PENYIASATAN MAKMAL KES KERACUNAN MAKANAN 3.1 JENIS SAMPEL YANG DIPERLUKAN Spesimen atau sampel yang paling sesuai untuk pendiagnosan makmal kes keracunan makanan adalah najis.Hal ini demikian,keracunan makanan adalah penyakit gastroenteritis yang berkaitan dengan usus dan perut serta cirit-birit iaitu keadaan najis yang cair dimana ia adalah abnormal pada orang yang sihat, merupakan tanda klinikal yang umum kepada pesakitnya.Rectal swab iaitu swab yang steril dimasukkan ke dalam rektum juga merupakan salah satu sampel yang boleh digunakan.Sesetengah hospital,menerima sampel duodenal,colostomy,muntah dan ileostomi untuk penyiasatan makmal keracunan makanan.Makanan yang disyaki terkotaminasi dengan bakteria biasanya dihantar ke bahagian makmal kesihatan awam untuk dianalisiskan. 3.2 PEMUNGUTAN DAN PENGANGKUTAN SAMPEL Najis untuk pemeriksaan mikrobiologikal haruslah dipungut sewaktu peringkat akut diarrhoea.Sampel najis haruslah diambil dengan menggunakan wide-mouth container yang bersih,kering dan tidak bocor.Bekas yang digunakan tidak semestinya steril tetapi bekas tersebut hendaklah bebas daripada sebarang bahan diinfeksi.Pesakit perlu diberitahu bahawa,spesimen najis yang diperlukan adalah

11

dalam kuantiti yang sedikit iaitu antara 1ml hingga 2ml dan tidak dicemari dengan urin atau tisu kerana ia boleh membunuh patogen yang hendak dikulturkan.Spesimen yang tidak dapat diproseskan dalam masa satu hingga dua jam atau perlu dihantar ke tempat lain,harus diambil dengan menggunakan media pengangkutan seperti Cary-Blair,Alkaline Peptone Water dan Selenite Feacal Broth tetapi biasanya Cary-Blair digunakan dan perlu disimpan pada suhu 4 hingga 6 darjah Celcius. Shigella spp. amat peka kepada perubahan pH yang berlaku apabila sampel tidak dihantar dengan menggunakan Cary-Blair medium.Media pengangkutan Alkaline Peptone Water sesuai digunakan jika disyaki tedapat jangkitan Vibrio cholera dan sampel perlu dihantar ke makmal dalam jangka masa 8 jam dari waktu sampel dipungut.Selenite F broth sesuai untuk bakteria Salmonella kerana ia berupaya merencatkan pertumbuhan coliform.Spesiman rectal swab amat sesuai untuk isolasi bakteria spesies Shigella.Ia biasanya diambil daripada pesakit bayi yang kurang dari 2 tahun.Hal ini kerana,sampel najis sukar diperoleh.Swab yang steril dimasukkan ke dalam rektum dam kemudiannya swab diletakkan ke dalam tiub yang mengandungi enrichment broth steril iaitu Cary-Blair, Buffered glycerol saline atau GN broth dengan segera selepas sampel diambil.Bekas spesimen perlu dilabel dengan maklumat pesakit seperti nama,nombor kad pengenalan,tarikh dan masa sampel diambil dan diagnosis yang diperlukan dengan lengkap.Borang permintaan hendaklah disertakan bersama-sama spesimen supaya ujian yang perlu dilakukan terhadapnya diketahui.Ia perlu dilengkapi dengan butir-butir pesakit seperti nama,jantina,tarikh,masa,wad dan rawatan serta sejarah klinikal.

12

Bekas wide-mouth yang bersih

Plain container

Borang permintaan dan sampel yang dihantar ke makmal 3.3 PEMPROSESAN SAMPEL

Pemprosesan sampel di makmal mikrobiologi mengambil masa dalam satu hingga tiga hari.Pada hari pertama,sampel diterima,borang permintaan ujian dan label serta keadaan sampel diperiksa.Selepas segala butiran diperiksa,pemeriksaan secara makroskopik iaitu keadaan fizikal spesimen dijalankan.Sampel perlu diperiksa dan dilaporkan dari segi warna,konsistensi dan kandungan seperti pus,mukus dan darah.Najis bagi seseorang yang normal adalah berwarna cokla dan terbentuk(well formed) manakala bagi bayi berwarna hijau kekuningan dan kurang terbentuk(semi formed).
13

Selepas pemeriksaan makroskopik dilakukan,pemeriksaan secara mikroskopik pula dijalankan dengan menyediakan smear Methylene Blue dan smear Basic Fuchsin.Smear Methylene Blue disediakan dengan sampel dicalitkan pada slaid kaca yang dititiskan dengan Methylene Blue untuk melihat kehadiran leukosit di dalam feces.Smear Basic Fucshin dilakukan untuk melihat kehadiran darah,pus,dan mukus.Pencelupan gram biasanya tidak sesuai dilakukan pada sampel feces kerana sampel feces mempunyai pelbagai bakteria yang normal flora tetapi sesetengah makmal melakukan pencelupan gram bagi mengesan organisma Vibrio yang dapat dibezakan dengan morfologinya.Bagi kes Chlorea,Alkaline Peptone Water diperiksa di bawah mikroskop untuk melihat Vibrio Cholera.Seterusnya spesimen feces atau rectal swab dikulturkan pada media-media seperti Mac Conkey,Xylose Lysine Deoxycholate,Deoxycholate Citrate Agar,Thiosulphate Citrate Bile Salt ,Selenite Feacal Broth dan Alkaline Peptone Water.Kesemua media yang diinokulasi dengan sampel dikulturkan pada suhu 37 darjah Celcius dan dieramkan selama 18 hingga 24 jam. Pada hari kedua,media yang dikultur pada hari pertama diperiksa dan ciri-ciri kultur dikaji untuk mengenalpasti organisma dan diteruskan dengan ujian-ujian identifikasi untuk mengesahkan patogen yang menyebabkan infeksi serta ujian sensitivity dijalankan untuk tujuan menentukan rawatan kepada pesakit.Pada hari yang terakhir,keputusan ujian identifikasi dan ujian sensitiviti diperoleh dan keputusan dihantar kepada pakar perubatan.

14

3.4 CARTA ALIRAN DIAGNOSIS MAKMAL KES KERACUNAN MAKANAN Borang permintaan dan sampel yang dihantar ke makmal diperiksa

Pemeriksaan secara makroskopik dijalankan

Pemeriksaan secara mikroskopik dijalankan

Pengkulturan sampel najis atau rectal swab pada media-media pengasingan -Mac Conkey untuk isolasi Salmonella,Shigella dan E.coli -DCA dan XLD untuk isolasi Salmonella dan Shigella -TCBS untuk isolasi Vibrio

Pengkajian ciri-ciri kultur pada media dilakukan untuk mengenalpasti patogen Ujian biokimia dijalankan untuk mengidentifikasi patogen dan diteruskan dengan ujian sensitivity

Laporan

15

4.0 CIRI-CIRI KULTUR DAN UJIAN IDENTIFIKASI 4.1Salmonella spesies Bakteria Salmonella spp. biasanya dikultur pada media seperti Mac

Conkey,Xylose Lysine Deoxycholate dan Deoxycholate Citrate Agar atau Salmonella Shigella Agar.Pada media Mac Conkey,Salmonella spesies mempunyai koloni yang tidak berwarna(colourless) dan mempunyai saiz diameter antara 1 hingga 3mm dan ia merupakan non-lactose fermenter manakala pada media Xylose Lysine Deoxycholate,koloni organisma ini berwarna merah dan bahagian tengahnya berwarna hitam menunjukkan penghasilan hidrogen sulfida(H2S).Koloni yang tidak berwarna dan berwarna hitam di bahagian tengah merupakan ciri-ciri kultur pada Deoxycholate Citrate Agar dan Salmonella Shigella agar bagi genus

Salmonellae.Media Wilson and Blair digunakan khas untuk isolasi Salmonella typhi dimana koloninya berwarna hitam, berkilat, serta bahagian tepi agarnya berwarna hitam kecoklatan manakala Salmonella spesies yang lain koloninya berwarna hitam atau kelabu. Organisma Salmonella memberi reaksi Asid butt,Alkaline slope,tiada penghasilan gas hidrogen sulfida dan terdapat penghasilan gas pada ujian biokimia Triple Sugar Iron.Ini menunjukkan ia berupaya menapai dua jenis gula dengan penghasilan gas.Ujian indole memberi reaksi negatif iaitu tiada pembentukan gegelang berwarna merah keunguan pada bahagian atas tiub ujian.Ujian motility pula menujukkan motile.Ujian Urease pula menunjukkan keputusan positif iaitu terdapat penghasilan warna merah keunguan pada tiub ujiannya.Ujian serotyping jenis polyvalent atau monovalent dilakukan untuk menentukan jenis spesies Salmonella.Ujian ini berasaskan kehadiran antigen pada struktur plasmid bakteria dimana genus

16

Salmonellae mempunyai beberapa jenis antigen iaitu flagellar H,Somatic O dan Virulence Vi. 4.2 Shigella spesies Media-media yang sesuai yang untuk isolasi bakteria Shigella adalah Mac Conkey,Xylose Lysine Deoxycholate,Deoxycholate Citrate Agar dan Salmonella Shigella agar.Pada media Mac Conkey,koloni organisma Shigella tidak berwarna akibat ia merupakan non-lactose fermenter,berbentuk bulat dan diameternya bersaiz antara 2 hingga 4mm.Shigella sonnei adalah organisma late lactose fermenter,ia berwarna merah jambu pudar.Koloni bakteria Shigella berwarna merah pada media Xylose Lysine Deoxycholate kerana ia tidak menapai xylose,laktos atau sukros.Pada media Deoxycholate Citrate Agar pula,koloninya adalah kecil dan lutsinar. Shigella spesies memberi reaksi Asid butt,alkaline slope,tiada penghasilan gas dan terdapat penghasilan hidrogen sulfida pada ujian Triple Sugar Iron.Ujian urease pula memberi reaksi negatif dimana tiada penghasilan warna merah keunguan pada tiub ujian.Ia memberi reaksi non-motile pada ujian motility.Ujian citrate menunjukkan reaksi negatif dimana tiada perubahan warna hijau kepada warna biru berlaku.Ujian O-nitrophenyl--D-galactopyranoside(ONPG) dilakukan untuk mengesan late lactose fermenter iaitu Shigella sonnei dimana ia memberi reaksi positif dengan menunjukkan perubahan warna iaitu warna kuning terhasil.Ujian serotyping dilakukan untuk menentukan serotaip spesies Shigella. 4.3 Vibrio spesies Thiosulphate Citrate Bile Salt(TCBS) agar merupakan media selektif yang digunakan untuk pengkulturan spesies Vibrio.Vibrio cholera mempunyai koloni yang

17

berwarna kuning,lembab dan berbentuk bulat.Ia mempunyai ukuran diameter 2 hingga 3mm.Koloninya berwarna kuning kerana ia berupaya menapai sukrosa yang terdapat pada media tersebut.Koloni Vibrio parahaemolyticus pula berwarna hijau kerana ia tidak berupaya menapai sukrosa dan diameternya bersaiz antara 2 hingga 5mm.Pada Monsurs agar,koloni spesies Vibrio adalah kecil,berbentuk bulat dan lutsinar serta mempunyai saiz diameter antara 1 hingga 2mm. Vibrio spesies menghasilkan enzim oxidase maka ia memberi reaksi positif pada ujian oxidase.Pada ujian Triple Sugar Iron,organisma ini memberi reaksi Acid butt,slightly alkaline tip,tiada penghasilan gas dan hidrogen sulfida.Ia menunjukkan reaksi negatif pada ujian urease dimana tiada penghasilan warna merah keunguan pada tiub ujian tersebut.Ujian motility pula menunjukkan ia motile dimana terdapat kekeruhan pada tiub.Ujian salt tolerance yang terdiri daripada kepekatan garam 0%,3%,6% dan 8% ,dilakukan untuk membezakan antara Vibrio cholera dan Vibrio parahaemolyticus.Hal ini kerana,Vibrio cholera hidup pada media yang bebas dari garam atau sedikit garam,maka ia memberi keputusan positif pada kepekatan garam 0% dan 3% manakala Vibrio parahaemolyticus memerlukan media yang bergaram,maka ia memberi keputusan positif pada kepekatan garam 3%,6% dan 8%.Pada ujian penapaian gula pula,Vibrio cholera memberi reaksi positif dengan menapai sukros dan memberi negatif dengan tidak menapai arabinose manakala Vibrio parahaemolyticus memberi positif dengan menapai arabinose dan memberi reaksi negatif dengan tidak menapai sukrosa.Ujian Biovar dilakukan untuk

membezakan Vibrio cholera eltor biovar dengan Vibrio chlora classical biovar.Ujian ini terdiri daripada empat jenis ujian iaitu Voges Proskauer(VP),Haemagglutination test Chick cell,Ujian sensitiviti Polymyxin B dan Phage type IV .Berikut adalah keputusan ujian biovar;
18

Nama ujian Voges-Proskauer(VP) Haemagglutination test Chick cell agglutination Polymyxin B sensitivity test 5010

Vibrio cholera eltor biovar Positif Positif (terdapat agglutinasi)

Vibrio cholera classical biovar Negatif Negatif(Tiada agglutinasi)

Resistan

Sensitif

Phage type IV

Positif

Negatif

Sesetengah makmal menjalankan ujian serovar iaitu untuk mengesan tiga jenis subtypes yang terdapat dalam Vibrio cholera serovar 1 iaitu inaba,ogawa dan hikojima.Brikut adalah keputusan ujian serovar:Subtype Inaba Ogawa Hikojima Anti-inaba Positif Negatif Positif Anti-ogawa Positif Positif Positif

4.3 Escheriachia coli(diarrheal strains) Media yang sesuai digunakan untuk pertumbuhan Escheriachia coli adalah Mac Conkey,Eosin Methylene Blue agar dan Agar darah.Ciri-ciri kultur organisma Escheriachia coli pada media Mac Conkey adalah merah jambu dimana ia merupakan non-lactose fermenter dan
19

bulat.Pada

agar

darah,koloninya

bulat,licin,convex dan mempunyai pinggir yang tidak sekata.Pada media Eosin Methylene Blue, ia menyerupai ciri-ciri kultur pada agar darah tetapi ia bersinar dengan menonjol warna pelangi. Ujian identifikasi yang umum dijalankan adalah ujian Triple Sugar Iron dimana ia memberi reaksi Asid butt,Asid slope,menghasilkan gas dan tiada penghasilan hidrogen sulfida.Ia adalah organisma motil maka,ia memberi reaksi positif dengan mengeruhkan media motility.Ujian Indole pula memberi keputusan positif dengan membentuk gegelang merah keunguan pada tiub.Ia menunjukkan bakteria ini mampu menghidrolisiskan tryptophan dengan menghasilkan asid pyruvik,indole dan ammonia.Ujian Methyl red juga memberi reaksi positif dengan perubahan warna asal iaitu tidak berwarna kepada warna eosin.Bakteria ini memberi reaksi negatif pada ujian citrate dan ujian Voges Proskeur.Strain Escheriachia coli dikenalpasti dengan melakukan ujian serotyping dengan menggunakan antisera yang dihasilkan secara komersial.

20

5.0 PENUTUP Secara keseluruhannya,keracunan makanan terutamanya yang disebabkan oleh bakteria adalah merbahaya dan boleh menyebabkan kematian pada semua lapisan masyarakat.Fenomena ini boleh dikawal dan dicegah dengan beberapa langkah yang mudah,seperti sentiasa utamakan kebersihan ketika

mengendalikan makanan,amalkan prosedur mencuci tangan yang betul,makanan hendaklah ditutup agar tidak dicemari oleh vektor seperti lalat dan sebagainya. Selain itu,pemilihan premis makanan yang bersih amat penting kerana kebanyakkan kes keracunan makanan berpunca daripada makanan yang disediakan di premis-premis makanan.Sikap tidak endah para pemilik premis terhadap faktor kebersihan makanan membawa padah kepada orang ramai.Dari segi undang-undang,para pengusaha tersebut boleh diambil tindakan di bawah Akta Keselamatan Pengguna 1996. Justeru itu,kesedaran mengenai keracunan makanan dalam kalangerapkan kesedaran dan infomasi terkini mengenai keracunan makanan.kanak masih dalam tahap yang rendah.Ibu bapa harus memainkan peranan dalam mendidik anak - anak mengenai hal tersebut dengan menerangkan kepentingan memilih makanan yang bersih untuk dimakan. Jika sesuatu makanan tersebut berbau masam atau busuk,berlendir atau terdapat pertumbuhan kulat ia adalah makanan yang sudah basi dan rosak.Infeksi keracunan makanan dalam kalangan bayi boleh membawa maut oleh itu,segala peralatan dan botol susu bayi harus dicuci dan direndam dalam air panas supaya mengelakan kontaminasi bakteria.Kementerian Kesihatan Malaysia berganding bahu dengan media massa untuk menerapkan kesedaran dan infomasi terkini mengenai keracunan makanan.

21

6.0 LAMPIRAN Signifikasi Klinikal Keracunan Makanan

Diarrhoea

Muntah

Demam

Pening

Kesakitan abdominal

22

SALMONELLA SPESIES

Morfologi: Gram Negatif Bacilli

Pengkulturan

Agar Darah

DCA

XLD

Mac Conkey

Ujian Identifikasi

Triple Sugar Iron Acid butt/alkaline slope/H2S/gas

Ujian Motility Positif (K)

Ujian Indole Positif(A)

Ujian Citrat Positif(B)

Ujian pengenalpastian spesies

Ujian Serotyping
23

ESCHERIACHIA COLI(DIARRHEAL STRAINS)

Morfologi :Gram Negatif Bacilli Pengkulturan

Mac Conkey Ujian Biokimia

Agar darah

Eosin Methylene Blue

Acid butt/Acid slope/ gas/H2S Ujian Lanjutan

Ujian indole Positif(A)

Ujian motility Positif(K)

Ujian Methyl red Positif(M)

Ujian serotyping
24

VIBRIO SPESIES

Morfologi: Gram negatif comma shaped basilli Pengkulturan Media Thiosulphate Citrate Bile

Vibrio cholerae Ujian identifikasi

Vibrio parahaemolyticus

25

SHIGELLA SPESIES

Morfologi : Gram negatif basilli Pengkulturan

26

Media pengangkutan Cary-Blair

Media enrichment Selenite dan Alkaline Peptone Water

Pertumbuhan koloni yang melebihi satu jenis koloni(Mix growth)

Salmonella spesies

Vibrio Spesies

27

RUJUKAN

E.Joan Stokes,(1960) 2th edition,Edward Arnold Publishers Ltd,CLINICAL BACTERIOLOGY,Dysentery and Food Poisoning,page 261 -270. Robert Cruickshank,(1973) 1th edition,The English Language Bacteriology,MEDICAL MICROBIOLOGY,Bacterial food poisoning,page 320-328 Isenberg H.D,(1992) Volume 1 & 2,Washington D.C American Society For Microbiology,CLINICAL MICROBIOLOGY PROSEDURES HANDBOOK,page 89-91 Buletin Pusat Racun Negara,Kementerian Kesihatan Malaysia www.medicalnett.com www.wikipedia.com www.doctorcare.com

28

Anda mungkin juga menyukai