Anda di halaman 1dari 5

PANDUAN KURSUS HBEF3603 AMALAN PROFESSIONAL

Standard Program Pendidikan Guru yang disediakan oleh Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (14 Mac 2011) mewajibkan semua guru yang mengikuti Program Pensiswazahan Guru (PPG) menjalani latihan Amalan Professional. Amalan Profesional merupakan latihan yang memberi peluang kepada guru mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang dipelajari dalam situasi sebenar di sekolah. Selian itu, guru dapat membuat refleksi terhadap amalan dan melaksanakan inovasi ke arah menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. OUM telah merangka kursus HBEF3603 ini dalam TIGA Fasa setelah mengambil kira pengalaman semua pelajar (guru) yang telahpun menjalani latihan praktikum selama 3 bulan semasa kursus Diploma Perguruan dan juga pengalaman mengajar sebagai guru terlatih sekurang-kurangnya 3 tahun sebelum mengikuti program PPG. Tiga Fasa tersebut adalah: Fasa 1: HBEF2503 Kajian Penyelidikan Dalam Pendidikan Fasa 2: HBEF3603 Amalan Profesional Fasa 3: HBEF4303 Projek Kajian Tindakan

A. KATEGORI PELAJAR Terdapat 4 kategori pelajar (guru) yang terlibat dalam menjalankan latihan Amalan Profesional iaitu:

1. Pelajar (guru) yang mengajar subjek yang sama dengan opsyen major di OUM. 2. Pelajar (guru) yang mengajar subjek yang tidak sama dengan opsyen major di OUM; tetapi major tersebut ada di ajarkan di sekolah. Mereka perlu menguruskan dengan pihak sekolah memohon untuk mengajar subjek mengikut opsyen major di OUM. 3. Pelajar (guru) yang mengajar di sekolah yang tidak menawarkan subjek sama dengan opsyen major di OUM; perlu mencadangkan nama sekolah berdekatan yang sesuai kepada OUM untuk menjalankan praktikum. 4. Pelajar yang tidak mengajar sebagai contoh pegawai di JPN, PPD atau PKG; perlu mencadangkan nama sekolah berdekatan yang sesuai kepada OUM untuk menjalankan praktikum.

B. CARA PERLAKSANAAN

1. Pelajar harus melaksanakan inovasi P & P sepertimana yang dicadangkan dalam HBEF2503. 2. Semua pelajar PPG perlu mengajar minimum dua waktu subjek major dalam seminggu disamping tugas hakiki sepanjang tempoh praktikum (6 8 minggu). Praktikum ini mestilah dibuat antara bulan Januari April 2014. 3. Segala perbelanjaan sepanjang menjalankan latihan mengajar adalah dibawah tanggungan pelajar.

SYARAT WAJIB: Pelajar (guru) mesti membuat latihan inovasi P & P bagi satu topik/sub topik dalam bidang/opsyen major yang diikuti di OUM.

Peringatan: Setelah melaksanakan inovasi P & P; pelajar (guru) perlu mengumpul data untuk penyediaan laporan lengkap kajian di Fasa 3 HBEF4303 mengikut kaedah/metodologi yang dicadangkan dalam HBEF2503.

C. KEPERLUAN KURSUS Kursus ini dilaksanakan sepenuhnya secara atas talian. EOS dan pelajar dikehendaki melibatkan diri secara aktif dalam portal EPiC/Forum dan memenuhi kriteria penilaian seperti yang dinyatakan.

Sila layari: http://epic.oum.edu.my/

Bagi memenuhi kursus HBEF3603, pelajar dikehendaki melaksanakan semua aktiviti tugasan 1. Aktiviti 1 (T1A1) - Laporan Pemantauan Guru Pembimbing 20 Markah Aktiviti 2 (T1A2) - Rakaman Audio Sesi Praktikum/Amali 10 Markah Aktiviti 3 (T1A3) - Pelaporan 40 Markah Aktiviti 4 (T1A4) - Reflektif Jurnal 20 Markah Forum - Penglibatan atas talian 10 Markah JUMLAH KESELURUHAN : 100 Markah

Aktiviti 1 (T1A1) Praktikum dan Laporan Pemantauan Guru Pembimbing Pelajar akan melaksanakan inovasi P&P seperti mana yang dicadangkan dalam HBEF 2503. Sesi ini akan dipantau/selia oleh Guru Pembimbing. Guru pembimbing dikehendaki menyediakan laporan praktikum seperti format (template) yang disediakan.*

*Sila dapatkan lampiran 'Borang Pemantauaan Pelajar' pada bahagian Assignment (T1A1)

Peringatan: Pelajar dinasihatkan untuk muat naik (upload) laporan Aktiviti 1 sebelum atau pada 1 Mei 2014 (5.00pm). Namakan fail laporan anda sebagai T1A1.

Aktiviti 2 (T1A2) - Rakaman Audio Sesi Praktikum Semasa menjalani sesi praktikum, pelajar dikehendaki merakam /videokan suasana praktikum termasuk aktiviti-aktiviti yang dilakukan. Format audio rakaman mestilah dalam bentuk *.flv semasa di muatnaik (upload).

Peringatan: Pelajar dinasihatkan untuk muat naik (upload) laporan Aktiviti 2 sebelum atau pada 1 Mei 2014 (5.00pm). Namakan fail laporan anda sebagai T1A2.

Aktiviti 3 (T1A3) Pelaporan Pelajar dikehendaki menyediakan laporan mengenai inovasi P & P yang dijalankan. Laporan pelajar merangkumi :

BIL 1. Refleksi P&P lalu -

PERKARA

Pelajar perlu mengaitkan pengalaman P&P lepas dengan empat perkara utama P&P: a. Guru b. Murid c. Isi kandungan pelajaran d. Persekitaran

Bagi mendapatkan maklumat mengenai perkara di atas, pelajar boleh merujuk bahan-bahan seperti markah ujian, buku latihan, bahan pengajaran dan lain-lain yang berkaitan.

2.

Objektif kajian Objektif kajian hendaklah berbentuk positif dan boleh diukur/dikesan/dinilai/dilaksana Contoh objektif kajian, : Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran murid

Kumpulan sasaran Nyatakan dengan terperinci bilangan murid yang dikaji Terangkan secara ringkas latarbelakang pendidikan murid yang dikaji

4.

Perlaksanaan inovasi P&P Pelajar perlu menyediakan P&P yang berteraskan inovasi sebagai contoh: terlibat Flipped classroom; Blog; Wordpress; Prezi; atau lain-lain yang seumpama

Jelaskan mengenai perlaksanaan inovasi dan aktiviti-aktiviti yang

5.

Laporan perlaksanaan konsep inovasi yang dijalankan. Laporkan aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan (terangkan prosesproses yang telah dilalui didalam bilik darjah setelah melaksanakan inovasi dalam P&P) contohnya, jika guru memilih inovasi Flipped Classroom apakah keberkesanan dan kelemahan P&P ini. Laporkan penilaian terhadap aktiviti yang dilakukan (sebelum dan selepas inovasi P&P)

6.

Lampiran Lampirkan soalan/aktiviti yang dijalankan Bukti penilaian selepas dan sebelum P&P

Laporan ini: Ditaip dengan menggunakan saiz font 12 "Times New Roman" dan langkau baris 1.5 Terhad kepada 12-15 muka surat sahaja (tidak termasuk lampiran)

*Note: Pelajar boleh merujuk FORMAT LAPORAN INOVASI P&P di folder Resources

Peringatan: Pelajar dinasihatkan untuk muat naik (upload) laporan Aktiviti 3 sebelum atau pada 29 Mei 2014 (5.00pm). Namakan fail laporan anda sebagai T1A3.

Aktiviti 4 (T1A4) Reflektif Jurnal

Sebagai penamat kepada kursus ini, anda perlu membuat aktiviti terakhir iaitu menulis Jurnal Reflektif. Jurnal Reflektif merupakan catatan luahan perasaan/emosi; reaksi; fikiran anda semasa membuat aktiviti 1 hingga 3. Penulisan Jurnal Reflektif anda haruslah dalam bentuk karangan esei. Hadkan penulisan Jurnal Reflektif kepada 3-5 muka surat sahaja.(Font 12, Times New Roman, TIADA langkau baris).

Peringatan: Pelajar dinasihatkan untuk muat naik (upload) laporan Aktiviti 4 sebelum atau pada 29 Mei 2014 (5.00pm). Namakan fail laporan anda sebagai T1A4.

D. TUNTUTAN

HBEF3603 Perkara Bayaran (RM) 40/ Pelajar

Penyeliaan Forum Pelajar dan Penandaan e-portfolio (menggunakan platfom EpiC)

EOS TIDAK PERLU menghantar borang tuntutan, Kehadiran pelajar/Laporan Kemajuan Penyeliaan pelajar dan salinan markah OMES kepada PPW/PPT. Pembayaran akan dilakukan setelah semakan terhadap markah yang dimasukkan oleh EOS melalui portal EPiC.

Anda mungkin juga menyukai