Anda di halaman 1dari 6

Jenis Kata Tugas i.

Kata Tugas

Ayat

Kata Hubung Kata Hubung Gabungan Menghubungkan klausa yang sama tara sifatnya. Ayat yang terbentuk yang menggunakan kata hubung gabungan ini disebut ayat majmuk gabungan.

Gabungan

dan, atau, tetapi, serta, lalu, malahan, sambil, kemudian

i.

Tak fasal-fasal tumbuh benci dan meluat dalam hatiku.

ii.

Jangankan nak menulis atau membaca, buka mulut pun tidak mahu.

iii.

Aku hentakkan dua tiga kali tetapi Midun macam hari-hari lain juga.

Kata Hubung Pancangan Menyambungkan klausa tak setara atau klausa pancangan pada klausa utama atau klausa induk. Relatif yang i. Beg plastik yang diletakkan di belakangnya terperenyuk apabila disandarinya. Komplemen bahawa i. Dalam kebenciaan dan kemeluatanku, aku tidak menafikan bahawa aku guru dan dia murid. Keterangan bahawa i. Sekiranya bapanya dating mengambilnya sebelum waktu pulang, aku cukup berterima kasih.

Jenis Kata Tugas ii.

Kata Tugas

Ayat

Kata Praklausa 1. Sejumlah perkataan yang terletak di hadapan klausa, iaitu yang terdiri daripada kata seru, kata tanya, kata perintah, kata pembenar, dan kata pangkal ayat. 2. Tugas perkataan yang demikian adalah untuk menimbulkan seruan, pertanyaan, pengeyaan, atau sebagai penerang kepada pangkal klausa.

Kata seru

aduh, amboi, cis, oh, celaka, eh, wah, syabas, aduhai, wahai

i.

Aduh, terasa sesuatu yang tajam menikam tapak tanganku. Ini Apa? jerkahku dengan kuat.

Kata tanya

berapa, bila, siapa, bagaimana, mengapa, apa, mana

i.

Kata perintah

jangan, usah, jemput, sila, harap minta, tolong,

i.

Buka buku conteng, lukis apa pun. Jangan bising! pintaku dengan suara yang cukup lembut dan meminta simpati kepada semua murid.

Kata pembenar

ya, benar, betul

i.

Sebenarnya doctor memberi cuti sehari, tetapi aku tidak mengambilnya.

Kata pangkal ayat

hatta, maka, sekali, syahadan, adapun, alkisah, kalakian, sebermula, peristiwa, arakian

i.

Maka atas tanggungjawab ini, aku memanggilnya dua tiga kali.

ii.

Sesiapa saja, hatta kambing sesat pun boleh masuk

Jenis Kata Tugas iii.

Kata Tugas

Ayat

Kata Prafrasa 1. Sejumlah perkataan yang hadir sebelum dan sesudah frasa sama ada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif atau frasa sendi nama. 2. Perkataan-perkataan ini mendukung tugas menonjolkan maksud yang terkandung dalam ayat, seperti tugas membantu, menguatkan, menegas, menafikan, memerikan, menyediakan, menunjukkan arah dan membilang.

Kata bantu

1. Bantu Aspek: telah, pernah, baru, sedang, masih, akan, belum

i.

Sayang sekali bapanya tidak pernah datang berjumpa aku sewaktu aku mengajar.

2. Bantu Ragam: hendak, mahu, harus, mesti, boleh, dapat

i.

Sebaik-baik sahaja aku masuk ke kelas yang ada seorang murid yang paling aku benci, lantas minat hendak mengajar menjadi tawar hambar.

Kata penguat

1. Penguat hadapan ialah terlalu, paling, agak, cukup

i.

Sesungguhnya aku cukup benci kepada kanak-kanak bernama Midun ini.

Kata penguat hadapan ialah perkataan yang letaknya di hadapan kata adjektif

Jenis Kata Tugas

Kata Tugas

Ayat

2. Penguat belakang: sekali, benar, betul, nian

i.

Kelakuan budak-budak itu baik sekali.

Kata penguat belakang ialah perkataan yang letaknya di belakang kata adjektif

3. Penguat bebas: amat, sangat, sungguh

i.

Lidahnya amat cepat menjelir di celah gigi yang rabit dan dia cuba menampakkan gigi jongangnya yang jarang.

Kata penguat bebas ialah perkataan yang letaknya bebas, sama ada di hadapan atau belakang kata adjektif

Jenis Kata Tugas Kata penegas

Kata Tugas

Ayat

1. Penegas frasa predikat: -kah, -lah, -tah Hanya berlaku apabila frasa predikat atau bahagian yang ditegaskan mengalami proses pendepanan.

i.

Kalaulah bapanya datang, aku akan berterus terang sahaja; lebih baik bawa balik anakmua dari jadi sampah dalam bilik darjah.

2. Penegas frasa subjek atau frasa predikat: juga, pun, jua, hanya, lagi, memang Bersifat bebas dari segi kehadirannya dalam ayat.

ii.

Tangannya yang hanya mempunyai tiga jari tanpa kuku itu menekan-nekan mata pensel ke buku tetapi dia tidak tahu apa yang ditulisnya.

Jenis Kata Tugas Kata nafi

Kata Tugas

Ayat

1. Menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama : bukan

2. Menjadi unsur nafi frasa kerja dan frasa adjektif : tidak 3. Menjadi unsur nafi frasa kerja dan frasa adjektif jika kedua-dua frasa mendukung maksud pertentangan maklumat: bukan

i.

Rambutnya sedikit merah, lurus tidak bersikat.

i.

Aku bukan tak tahu sifat yang aku miliki ini sangat buruk, tidak islamik, kotor dan tamak.

Kata pemeri

1. Hadir di hadapan frasa nama: ialah

i.

Anda mungkin juga menyukai