Anda di halaman 1dari 2

Peranan guru biasa dalam membantu perkhidmatan bimbingan dan kaunseling Peranan guru di sekolah tidak terhad kepada

proses pembelajaran dan pengajaran, mereka juga kadang kala terlibat dalam proses bimbingan dan kaunseling ini. Sememangnya guru itu adalah seorang insane yang boleh menjadi pemudah cara kepada muridnya di dalam kelas. Menurut pandangan saya, seorang guru mempunyai peranan yang cukup besar dalam membimbing muridnya dalam pdp di dalam kelas walaupun beliau bukan lah seorang kaunselor yang terlatih ataupun yang secara rasminya mempunyai latar belakang kaunseor. Keadaan ini dapat dilihat dengan sesi pdp yang dilakukan di dalam kelas. Guru biasa juga dapat membimbimng murid bukan shaja dalam proses pdp di dalam kelas , malah juga di dalam membuat keputusan. Fenomena ini dapat dilihat pada peringkat sekolah menengah. Ini kerana pelajar tersebut rata-ratanya boleh berkongsi masalah dengan guru yang rapat dengan seseorang pelajar tersebut. Secara tidak langsung, guru boleh memberi sedikit pandangan dan bimbingan kepada pelajar tersebut. Ini bertepatan dengan konsep bimbingan yang dinyatakan oleh Schetzer & Stone (1971) bimbingan sebagai proses menolong individu untuk memahami dirinya dan alam sekelilingnya. Menurut (Shamsuddin, 2013) guru biasa memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi serta kejayaan murid. Meskipun guru biasa tidak mempunyai kelayakan serta kemahiran khusus untuk mengendalikan program bimbingan dan kaunseling di sekolah, namun peranan guru biasa dalam menjayakan program-program tersebut tidak dapat dinafikan. Antara peranan utama yang dapat dimainkan oleh guru biasa adalah sebagai pengumpul maklumat murid serta mengenalpasti masalah murid-murid di bawah jagaannya lantas akan diberikan kepada guru bimbingan dan kaunseling untuk tindakan seterusnya. Di sini, sekali lagi tugas guru biasa adalah pemudah cara kepada guru bimbingan dan kaunseling di dalam proses pengumpulan terhadap muridnya. Hal ini demikian kerana guru biasa lebih dekat dengan murid-murid ini. Memetik pandangan di atas, guru biasa juga menentukan peratusan kejayaan seorang murid daripada segi akedemik mahupun sahsiah murid tersebut. Di sini, guru biasa bertindak sebagai role model kepada pelajar tersebut secara langsung ataupun tidak langsung. Seseorang murid itu mungkin menjadikan gurunya sebagai sebuah figura yang dikaguminya. Guru juga membimbing atau menolong muridnya di dalam bidang pelajaran dan akedemik. Ini dapat dilihat dengan pelbagai inisiatif yang pihak sekolah telah lakukan untuk memajukan diri seorang murid itu. Sebagai contoh, setiap murid tahun 6 akan menjalani kelas tambahan sebagai persediaan untuk menghadapi peperikasaan ujian persekolahan sekolah rendah (UPSR). Peranan guru disini lebih kepada proses membimbing muridnya untuk memperolehi keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan tersebut. Secara tidak langsung berlakunya proses bimbingan akibat kejadian tersebut. Bilamana berlakunya interaksi yang kerap antara guru dan muridnya, proses bimbingan itu akan jadi lebih mudah kepada kedua-dua pihak. Guru akan member bimbingan dan murid akan mudah untuk menerimanya. Ini sebagaimana yang tercatat di dalam kemahiran kaunseling penerimaan, seseorang individu akan lebih selesa untuk menceritakan perkaranya kepada pihak lain apabila wujudnya saling menerima antara

kedua-duanya. Di dalam konteks ini, murid akan lebih selesa untuk menceritakan masalahnya kepada gurunya. Justeru itu, dapat dilihat disini peranan guru biasa yang secara tidak langsung telah melakukan proses bimbingan kepada para muridnya atau pelajarnya yang mempunyai pelbagai latarbelakang dan masalah yang berbeza. Dan bimbingan itu tidak terhad kepada masalah akedemik, malah ia juga melibatkan pembentukan peribadi seseorang murid itu yang merupakan sumber modal insane yang amat berguna kepada Negara kelak.

Anda mungkin juga menyukai