Anda di halaman 1dari 14

KOMPONEN I (Perintah Am): SOALAN 1A (a) a.

Berdasarkan situasi yang telah dinyatakan, Ketua Jabatan boleh mengambil

tindakan terhadap salah laku pegawainya sebagaimana yang telah termaktub dalam Perintah Am Bahagian III iaitu ketidakhadiran tanpa cuti. Menurut peraturan 26(1), sekiranya seseorang pegawai tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebarang sebab yang munasabah selama tujuh hari bekerja berturut-turut dan gagal dikesan, maka Ketua Jabatannya hendaklah menyebabkan suatu surat diserahkan kepada pegawai itu sendiri atau dihantar melalui Pos Berdaftar Akuan Terima kepada pegawai itu di alamat terakhirnya yang diketahui, bagi mengarahkan pegawai itu supaya segera melaporkan diri untuk bertugas. Peraturan 26(2) menyatakan bahawa setelah surat itu diserahkan, terdapat dua kemungkinan yang akan wujud iaitu sama ada pegawai tersebut melaporkan diri untuk bertugas atau pegawai itu tidak melaporkan diri untuk bertugas ataupun yang lebih kritikal apabila tiada khabar diperoleh daripada pegawai tersebut. Seterusnya, Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan suatu laporan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan dan pihak Berkuasa Tatatertibitu hendaklah memulakan tindakan tatatertib terhadap pegawai itu. Walau bagaimanapun, peraturan 26(3) menyatakan jika surat berkenaan tidak dapat diserahkan kepada pegawai itu sendiri disebabkan beberapa faktor seperti pegawai itu tidak lagi tinggal di alamatnya yang terakhir diketahui dan juga jika surat Pos Berdaftar Akuan Terima telah dikembalikan tidak terserah, Ketua Jabatan hendaklah melaporkan perkara tersebut kepada Pihak Berkuasa Tatatertib yang memiliki bidang kuasa untuk mengenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat ke atas pegawai itu. Kemudian, berdasarkan peraturan 26(4) Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan hendaklah apabila menerima laporan yang disebut dalam subperaturan (3) mengambil langkah untuk menyiarkan notis dalam sekurang-kurangnya satu surat khabar harian yang diterbitkan dalam bahasa kebangsaan dan mempunyai edaran di

seluruh negara sebagaimana yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib iaitu sama ada menerima hakikat bahawa pegawai itu telah tidak hadir bertugas dan tidak dapat dikesan ataupun menghendaki pegawai itu melaporkan diri untuk bertugas dalam masa tujuh hari dari tarikh penyiaran itu. Namun begitu, peraturan 26(5) menyatakan bahawa apabila pegawai itu melaporkan diri untuk bertugas dalam masa tujuh hari dari tarikh penyiaran notis yang disebut dalam subperaturan (4) yakni, Ketua Jabatan hendaklah melaporkan perkara itu kepada Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan dan Pihak Berkuasa Tatatertib itu hendaklah memulakan prosiding tatatertib terhadap pegawai itu. Akan tetapi, peraturan 26(6) menyatakan sekiranya pegawai itu tidak melaporkan diri untuk bertugas dalam maasa tujuh hari dari tarikh penyiaran notis yang dinyatakan dalam subperaturan (4), pegawai itu hendaklah disifatkan telah dibuang kerja daripada perkhidmatan berkuat kuasa mulai dari tarikh dia tidak hadir bertugas. Menurut peraturan 26(7), pembuangan kerja seseorang pegawai menurut kuasa subperaturan (6) hendaklah diberitahukan dalam Warta. b. Berdasarkan elemen dalam perintah-perintah am, terdapat tujuh hukuman

tatatertib dalam peraturan tatatertib penjawat awam. Seperti yang telah termaktub dalam perkara 38, apabila sesorang pegawai didapati bersalah atas suatu kesalahan tatatertib, mana-mana satu atau apa-apa gabungan dua atau lebih hukuman boleh dikenakan ke atas pegawai bergantung kepada keseriusan kesalahan yang telah dilakukan. Antara jenis hukuman tatatertib yang boleh dikenakan ialah amaran, denda, lucut hak emolument, tangguh pergerakan gaji, turun gaji, turun pangkat dan juga buang kerja. Walau bagaimanapun, hanya empat jenis hukuman yang akan diperjelaskan secara terperinci pada bahagian ini. Hukuman pertama ialah denda atau lucut hak emolumen. Peraturan 39(1) berkaitan denda atau lucut hak emolumen menyifatkan hukuman denda atau lucut hak emolument hendaklah dibuat mengikut subperaturan (2), (3), (4), (5) dan (6). Berdasarkan perkara 39(2), apa-apa denda yang dikenakan pada mana-mana satu

masa tidak boleh melebihi amaun yang sama banyak dengan emolumen bagi tujuh hari pegawai yang berkenaan. Sementara itu pula, peraturan 39(3) menggariskan sekiranya seseorang pegawai didenda lebih daripada sekali dalam mana-mana bulan calendar, agregat denda yang dikenakan ke atasnya dalam bulan itu tidak boleh melebihi amaun yang sama banyak dengan empat puluh lima peratus daripada emolument bulanannya. Namun begitu, peraturan 39(4) menyatakan jika hukuman yang dikenakan adalah kerana pegawai tidak hadir untuk bertugas tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah, apa-apa pelucuthakan emolument pegawai ini hendaklah, melainkan jika diputuskan selainnya oleh Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan, dihitung dengan mengambil kira tempoh sebenar pegawai itu tidak hadir. Walau bagaimanapun, peraturan 39(5) ada memberitahu pelaksanaan hukuman denda atau lucut hak emolument\ tidak boleh dijalankan ke atas seseorang pegawai yang tidak hadir tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah sekiranya emolument pegawai itutelah dilucuthakkan, berkenaan dengan ketidakhadiran untuk bertugas itu di bawah peraturan 27. Oleh itu, peraturan 39(6) menetapkan segala denda atau lucut hak emolumen hendaklah dipotong daripada emolument bulanan pegawai itu dan hendaklah dimasukkan ke dalam hasil kerajaan. Hukuman kedua yang terdapat dalam peraturan tatatertib penjawat awam ialah tangguh pergerakan gaji. Menurut peraturan 40(1), hukuman tangguh pergerakan gaji boleh dikenakan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan bagi tiga bulan, enam bulan, sembilan bulan ataupun dua belas bulan sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Pihak Berkuasa Tatatertib itu. Namun begitu, dalam peraturan 40(2) telah dinyatakan bahawa hukuman tangguh pergerakan gaji yang dikenakan ke atas seseorang pegawai hendaklah

dilaksanakan pada tarikh ulang tahun pergerakan gaji yang berikutnya bagi pegawai itu selepas tarikh pengenaan hukuman itu oleh Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan. Malah, seseorang pegawai yang dikenakan hukuman tangguh pergerakan gaji tidak berhak untuk menerima apa-apa pergerakan gaji bagi dalam tempoh hukuman itu berkuatkuasa sebagaimana tertulis pada peraturan 40(3). Menurut peraturan 40(4), sesuatu hukuman tangguh pergerakan gaji

mengakibatkan dua kemungkinan; pertama, pergerakan gajinya hendaklah diubah ke tarikh pergerakan gaji yang paling hampir selepas tamat tempoh hukuman itu dan yang kedua, tarikh pergerakan gajinya hendaklah kekal pada tarikh yang diubah di bawah perenggan pertama sehingga pegawai itu mencapai tangga maksimum dalam jadual gajinya. Jenis hukuman tatatertib ketiga yang terdapat dalam peraturan tatatertib penjawat awam ialah turun gaji. Peraturan 41(1) menetapkan bahawa Pihak Berkuasa Tatatertib berkenaan boleh mengenakan hukuman turun gaji ke atas seseorang pegawai mengikut tiga peruntukan. Pertama ialah gaji itu hanya boleh diturunkan secara mendatar dalam peringkat gaji yang sama. Kedua, penurunan gaji itu tidak boleh melebihi tiga pergerakan gaji dan yang ketiga, tempoh hukuman itu tidak boleh kurang daripada dua belas bulan tetapi tidak boleh lebih daripada tiga puluh enam bulan pada mana-mana satu masa. Walau bagaimanapun, hukuman turun gaji yang dikenakan ke atas seseorang pegawai hendaklah dilaksanakan pada tarikh yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan atau sekiranya tiada tarikh ditetapkan, pada tarikh hukuman itu dijatuhkan seperti tertulis dalam peraturan 41(2). Malah, peraturan 41 (3) pula menyatakan tarikh pergerakan gaji seseorang pegawai yang dikenakan hukuman turun gaji perlulah diukur ke tarikh pergerakan gaji yang berikutnya setelah hukuman itu tamat.

Berdasarkan peraturan 41(4), seseorang pegawai yang dikenakan hukuman turun gaji tidak berhak menerima sebarang pergerakan gaji bagi dan dalam tempoh hukuman itu berkuatkuasa. Jenis hukuman tatatertib keempat yang terdapat dalam peraturan tatatertib penjawat awam ialah turun pangkat. Merujuk peraturan 42, Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan boleh mengenakan hukuman turun pangkat ke atas sesorang pegawai melalui dua cara. Cara yang pertama ialah dengan menurunkan gred pegawai itu kepada gred yang lebih rendah dalam skim perkhidmatan yang sa Cara kedua adalah dengan menentukan bahawa gaji baru pegawai hendaklah pada suatu mata faji dalam jadual gaji gred yang dikurangkan agar gaji lebih rendah daripada, tetapi paling hamper dengan gaji pertama yang diterima oleh pegawai itu sebelum hukuman itu dikenakan ke atasnya.

Komponen III (Arahan Perkhidmatan & Arahan Keselamatan): Soalan 3A a. Berdasarkan situasi yang telah dinyatakan, antara sebab-sebab berlakunya

masalah tersebut adalah kerana fail-fail yang didaftarkan tidak menggunakan kulit fail sebagaimana yang telah ditetapkan. Berdasarkan peraturan 7.1 yang terkandung pada bahagian VII; Pengurusan Fail, surat dan dokumen lampiran yang diterima dan diwujudkan oleh jabatan dan agensi Kerajaan dalam menjalankan urusan rasminya hendaklah dikandungkan dalam satu fail yang didaftar menggunakan kulit fail yang telah ditetapkan. Penggunaan fail ini bertujuan untuk membolehkan maklumat yang terkandung di dalamnya dikawal dan dicapai dengan cepat dan tepat apabila sesuatu fail diperlukan. Kesemua fail perlu diurus dengan sistematik mengikut piawaian dan prosedur pengurusan rekod seperti yang ditetapkan oleh Jabatan Arkib Negara. Sebab kedua berlakunya masalah tersebut adalah kerana fail-fail tidak dikategorikan secara bersistematik. Menurut peraturan 7.2 menyatakan fail boleh dikategorikan kepada dua iaitu fail urusan am atau juga dikenali sebagai house

keeping files dan fail urusan fungsian functional files. Umumnya, fail am mengandungi surat dan dokumen lampiran berkaitan dengan hal pentadbiran, bangunan dan harta kelengkapan dan bekalan, kewangan dan personal. Di samping itu, fail urusan fungsian pula mengandungi surat dan dokumen lampiran berkaitan dengan fungsi dan akitiviti asas jabatan. Walau bagaimanapun, fail terperingkat hendaklah dikelaskan mengikut peringkat keselamatan selaras dengan Arahan Keselamatan. Sebab yang ketiga berlakunya masalah tersebut adalah kerana fail-fail yang disimpan tidak diberikan tajuk. Berdasarkan peraturan 7.4, setiap fail hendaklah diberi tajuk fail yang membayangkan kandungan fail tersebut. Tajuk fail diberi berdasarkan pengkelasan perkara yang berasaskan fungsi dan aktiviti jabatan dan agensi berkenaan. Setiap perkara diberi pengkodan nombor untuk dijadikan nombor rujukan fail. Selain itu, jabatan dan agensi boleh mendapat khidmat nasihat kepakaran daripada Jabatan Arkib Negara bagi penyediaan Pengkelasan Perkara dam Pengkodan.

b.

Terdapat beberapa tindakan yang boleh diambil oleh En.M untuk mengatasi

masalah tersebut. Antaranya ialah pembukaan fail, fail sementara, penyimpanan dan pergerakan fail, simpan dalam perhatian, fail timbul (float file) dan sebagainya. Tindakan pertama iaitu pembukaan fail berlaku apabila sesuatu dokumen diterima atau diwujudkan dan fail mengenainya belum ada, maka fail baru hendaklah dibuka. Tajuk dan nombor rujukan fail berserta tarikh pembukaan fail baru perlu dicatatkan di atas kulit fail. Fail yang dibuka itu hendaklah didaftarkan dalam daftar fail jabatan. Fail yang mengandungi 100 kandungan atau ketebalannya 4 sentimeter hendaklah ditutup dan fail baru dibuka. Di atas kulit fail yang ditutup, hendaklah dipalang dengan dakwat merah dan dicatatkan perkataan DITUTUP-JILID 2 DIBUKA dengan dakwat biru atau hitam menggunakan dakwat kekal. Di atas kulit fail yang baru pula hendaklah dicatat tajuk dan nombor rujukan yang sama beserta dengan catatan Jilid 2 (Jld.2). Tindakan kedua yang boleh diambil oleh En. M ialah dengan mewujudkan fail sementara. Kewujudan fail sementara hanya berlaku disebabkan dua perkara; pertama, surat atau dokumen yang diterima atau diwujudkan memerlukan tindakan segera sedangkan fail yang berkenaan tidak dapat dikesan atau yang kedua, apabila lebih dari seorang pegawai perlu mengambil tindakan dengan menggunakan fail yang sama. Sementara itu pula, merujuk peraturan 7.11, nombor rujukan fail dan tajuk fail bagi fail sementara mestilah sama dengan nombor dan tajuk fail asal. Malah, isi kandungan beserta kulit fail sementara hendaklah dimasukkan kembali ke dalam fail asal sebagai satu kandungan apabila fail asal telah diperoleh atau tindakan serentak te;ah selesai dilakukan. Walau bagaimanapun, sekiranya fail asal gagal dikesan sehingga satu tempoh tertentu, fail baru hendaklah dibuka bagi menggantikan fail sementara tersebut. Tindakan ketiga yang juga boleh dilakukan oleh En. M ialah dengan membuat penyimpanan dan pergerakan fail. Secara amnya, fail terbuka perlu disimpan di Bilik Rekod dengan menggunakan rak yang sesuai. Ia hendaklah disusun seturut mengikut nombor rujukan fail. Bukan itu sahaja, setiap rak juga hendaklah dilabel bagi memudahkanpengesanan fail. Bagi fail terperingkat pula, ia perlu disimpan dalam kabinet berkunci yang berpalang, rak bergerak yang berkunci atau bilik kebal selaras

dengan Arahan Keselamatan. Di samping itu, pergerakan fail hendaklah direkodkan bertujuan memudahkan pengawalan dan pengesanan fail. Tindakan seterusnya yang turut boleh diambil oleh En.M ialah membuat simpan perhatian serta mewujudkan fail timbul yang juga dikenali sebagai Float File. Kaedah Simpan Dalam Perhatian (SDP) hendaklah digunakan bagi memudahkan tindakan susulan ke atas sesuatu surut dalam tempoh masa dan tarikh yang telah ditetapkan. Sementara itu pula, bagi fail timbul, ia digunakan untuk memaklumkan Ktua Jabatan, pegawai-pegawai penyelia atau pegawai-pegawai atasan mengenai sesuatu tindakan yang telah diambil. Walau bagaimanapun, sekiranya pengedaran maklumat di jabatan dan agen menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), fail timbul tidak perlu diwujudkan. Di samping itu, En. M juga boleh menggunakan sistem pengurusan dokumen dan rekod elektronik dalam mengatasi masalah yang dihadapinya. Selaras dengan perkembangan teknologi maklumat, setiap jabatan mahupun agensi digalakkan membangunkan aplikasi bagi menguruskan maklumat dan rekod di jabatan masingmasing. Sistem pengurusan maklumat dan rekod elektronik membolehkan

penyimpanan dan capaian maklumat dan rekod secara maya. Selain itu, pembangunan sistem aplikasi berkomputer boleh membantu En. M mengangani masalah yang dihadapinya. Melalui sistem ini, setiap jabatan dan agensi hendaklah mendapatkan nasihat Jabatan Arkib Negara semasa membangunkan sistem aplikasi berkomputer bagi memastikan rekod elektronik yang diwujudkan, disenggara dan dilupus mengikut piawaian kearkiban.

Soalan 2B Tonggak Dua Belas telah diilhamkan oleh Yang Berbahagia, Ketua Setiausaha Negara, Tun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid pada 2 Mac 1992 sempena ucapan Perasmian Seminar Nilai dan Etika di Hotel Pan Pacific, Kuala Lumpur. Secara umumnya, Tonggak Dua Belas ialah dasar, panduan dan pokok kepercayaan yang menjadi asas sesuatu tindakan yang perlu diamalkan oleh semua peringkat kakitangan perkhidmatan awam. Tonggak Dua Belas mengemukakan panduan-panduan, contohcontoh nilai dan etika serta amalan-amalan baik yang perlu diamalkan dan amalanamalan negatif yang perlu dihindari. Tonggak Dua Belas terdiri daripada 12 peringatan yang perlu ditunaikan dalam melahirkan anggota perkhidmatan awam yang berperibadi mulia. Bukan itu sahaja, Tonggak Dua Belas juga mengandungi nilai-nilai yang sekiranya dihayati dapat mewujudkan anggota perkhidmatan awam yang unggul dan berkualiti. Malah, ini merupakan salah satu pendekatan yang telah diambil kerajaan dalam menerapkan nilai dan etika perkhidmatan awam. Antara elemen-elemen yang terkandung dalam Tonggak Dua Belas ialah menghargai masa, nikmat mencipta, peningkatan bakat, kemuliaan kesederhanaan, kebijaksanaan berhemat, kewajipan menjalankan tugas, pengaruh teladan, kekuatan sifat baik hati, ketinggian peribadi, keutamaan kesabaran, keseronokan bekerja dan ketekunan membawa kejayaan. Berdasarkan laporan yang telah diberikan dalam soalan, antara elemen-elemen Tonggak Dua Belas yang boleh diaplikasikan oleh guru besar tersebut ialah

KOMPONEN II (Dasar-dasar Kerajaan): SOALAN 2A Pengenalan Seperti semua sedia maklum, negara kita Malaysia, adalah sebuah negara yang sedang membangun. Justeru, amat penting bagi kita mempunyai falsafah pendidikan tersendiri. Menyedari hakikat tersebut, maka pada tahun 1988, Falsafah Pendidikan Negara (FPN) telah digubal berdasarkan dokumen-dokumen dasar dan ideologi negara. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang dahulunya disebut Falsafah Pendidikan Negara (FPN) merupakan dasar kepada pendidikan di Malaysia. Hal ini bermakna, semua aktiviti pendidikan dan persekolahan di Malaysia mestilah selaras dengan FPK. Justeru, semua bakal guru di Malaysia diwajibkan membaca, memahami dan mengingati falsafah ini agar tindakan mereka melalui proses pembelajaran dan pengajaran sentiasa berada pada landasan yang betul. Intipati utama dalam FPK ini ialah melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial yang juga dikenali sebagai JERIS. Falsafah Pendidikan Kebangsaan menggariskan segala istilah, pemikiran dan prinsip berkaitan dengan bidang pendidikan di negara kita. Dengan kata lain, FPK menggabungkan matlamat, dasar-dasar dan amalan-amalan pendidikan sebagai satu entiti keseluruhan yang tekal, jelas dan logik. Berlandaskan kepada FPK yang telah dinyatakan, maka Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah bertujuan untuk menjelaskan secara rasional amalanamalan pendidikan terkini serta membimbing tindakan dan tren pendidikan masa depan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1982). Ini adalah kesinambungan daripada matlamat pendidikan negara iaitu melahirkan insan yang baik dan sempurna supaya menjadi warganegara Malaysia yang baik dan berguna.

Isi-isi Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah menggariskan 17 elemen utama yang turut mengambil kira pelbagai aspek. Elemen pertama yang terdapat dalam FPK ialah rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Sebagai rakyat Malaysia, kita perlulah berusaha memupuk perpaduan rakyat melalui sifat toleransi, bertimbang rasa, kekitaan, hormatmenghormati dan sebagainya. Selain itu, semua rakyat Malaysia perlu berusaha gigih untuk memajukan ekonomi negara berdasarkan dasar-dasar yang telah ditetapkan. Di samping itu, kita juga perlu mengekalkan kestabilan politik dan keamanan negara serta mematuhi perlembagaan dan peraturan negara. Antara tanggungjawab lain rakyat Malaysia ialah mempertahankan maruah diri, profesion, agama, bangsa dan negara. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab kita semua memastikan kelangsungan kemakmuran yang telah dikecapi, terus dapat dikekalkan. Elemen kedua yang turut digarapkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah insan yang seimbang dan harmonis. Setiap individu seharusnya memiliki ilmu iaitu intelek, sahsiah yang baik dari sudut pandangan emosi, kepercayaan kepada Tuhan serta mempunyai akhlak yang baik dari sudut rohani dan kesihatan diri yang baik dari aspek jasmani. Keseimbangan di antara keempat-empat aspek ini akan menghasilkan individu yang mampu hidup secara harmonis dengan dirinya sendiri dan orang lain. Individu sebegini memiliki ketahanan untuk menghadapi segala cabaran hidup serta sanggup berhadapan dengan apa jua masalah yang timbul. Selain itu, elemen ketiga pula adalah perkembangan potensi individu. Setiap individu telah dianugerahkan oleh Tuhan dengan bakat, potensi dan kebolehan yang mungkin terpendam. Oleh yang demikian, bakat, potensi dan kebolehan ini seelokeloknya dicungkil, dipupuk, dikembangkan dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Bakat, potensi dan kebolehan yang terpendam itu akan diterjemahkan melalui interaksi sosial dengan orang lain dan alam sekeliling. Justeru, pendidikan seharusnya memberi

peluang kepada setiap individu untuk memperkembangkan bakat, potensi dan kebolehan mereka masing-masing melalui saluran yang formal. Elemen keempat yang turut terkandung dalam FPK adalah pendidikan suatu usaha berterusan. Umumnya, pendidikan adalah suatu proses pemerolehan dan pemindahan ilmu, kemahiran serta nilai murni. Proses pemerolehan dan pemindahan ilmu ini berlangsung secara berterusan bermula seawal bayi sehinggalah ke akhir hayat. Pendidikan awal kanak-kanak amat penting untuk membentuk asas sahsiah kanak-kanak yang berada dalam lingkungan umur antara satu hingga enam tahun. Sahsiah yang dibentuk akan terus berkembang sepanjang tempoh persekolahan. Setelah tamat persekolahan, setiap individu masih terus meningkatkan ilmu, kemahiran dan akhlak mereka . Proses pendidikan yang berterusan ini bertujuan membantu individu menyesuaikan diri dengan pelbagai perubahan dan situasi yang bakal dihadapi.

IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) DALAM SISTEM PENDIDIKAN NEGARA Berdasarkan huraian di atas, terdapat beberapa implikasi FPK terhadap sistem pendidikan negara. Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan sebuah dokumentasi yang murni dan luhur, dan memerlukan penghayatan, pemahaman dan keprihatinan para pendidik untuk merealisasikan tujuan dan cita yang tersisip dalam kandungannya. Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi pengetahuan umum pada tahun 1988, telah menjadi teras dan tunjang kepada sistem pendidikan negara kita. Justeru, semua perancangan dan aktiviti pendidikan hendaklah merupakan pancaran nilai-nilai dan prinsip-prinsip yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sememangnya kemunculan Falsafah Pendidikan Kebangsaan akan membawa implikasi-implikasi kepada sistem pendidikan kita seperti yang dihuraikan berikut.

Implikasi terhadap kurikulum

Perubahan kurikulum sekolah adalah selaras dengan cita-cita

dan tujuan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan. KBSR dan KBSM adalah hasil perubahan yang diaspirasikan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini meliputi perubahan sukatan pelajaran yang berorientasikan kepada program bersepadu. Sukatan pelajaran yang digubal memberi penekanan kepada aspek kesepaduan dan kesinambungan. Oleh itu, konsep-konsep seperti penggabungjalinan (penyatuan kemahiran-kemahiran) dan penyerapan (penyatuan isi) sentiasa dititikberatkan. Tambahan pula, perubahan bahan-bahan pengajaran yang mengutamakan nilai-nilai murni diserapkan dalam semua mata pelajaran. Perubahan program pendidikan yang berorientasikan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Malah, perubahan sistem pendidikan yang berorientasikan ke arah pendidikan umum turut diperkenalkan. Perubahan sukatan pelajaran yang sesuai untuk melatih kemahiran pelajar dalam bidang vokasional dan teknologi. Penekanan juga diberikan kepada bahasa merentasi kurikulum serta pemupukan budaya sains dan teknologi turut ditekankan. Bukan itu sahaja, pemupukan budaya keusahawanan dan budaya niaga ditegaskan. Pengukuhan dan perluasan bahasa Melayu sebagai satu cabang ilmu pengetahuan. Malah, pendedahan dan penguasaan bahasa Inggeris turut ditingkatkan. Penekanan kepada melahirkan individu yang berkeyakinan diri dan bersikap berdikari.

Implikasi terhadap pendidik Perubahan sikap pendidik dan profesionalnya untuk menjalankan tugas sejajar

dengan tujuan dan dasar Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini meliputi perubahan sikap peribadi pendidik sendiri dengan pandangan dan visi yang positif terhadap tugasnya untuk merealisasikan tujuan dan cita-cita Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Selain itu, perubahan profesional dengan mengubah strategi dan teknik pengajarannya yang sesuai untuk melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, berketrampilan serta berakhlak mulia. Pandangan golongan pendidikan tetap ke arah yang positif iaitu sanggup menanggung risiko untuk mendatangkan pembaharuan atau inovasi

terutamanya dalam bidang pendidikan. Golongan pendidik juga akan berpandangan jauh sera luas. Mereka akan berusaha untuk menjadikan hasrat-hasrat yang terkandung dalam Wawasan 2020 itu sebagai satu realiti.

Implikasi terhadap institusi pendidikan Perubahan organisasi sekolah ke arah mewujudkan situasi yang sesuai untuk

melahirkan pelajar-pelajar mengikut tujuan dan cita-cita Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini meliputi perubahan kemudahan-kemudahan seperti bilangan bilik darjah, makmal dan bengkel supaya pelajar-pelajar mendapat peluang

mengembangkan potensi mereka dari segi intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani, secara menyeluruh dan seimbang. Di samping itu, perubahan aktiviti budaya sekolah yang kondusif untuk memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa pelajar dilaksanakan sepenuhnya. Perubahan iklim sekolah yang kondusif untuk melahirkan pelajar-pelajar yang cintakan ilmu dan seterusnya membentuk budaya membaca dalam kalangan mereka. Aspek fizikal yang perlu ditekankan ialah kebersihan, keselamatan, penggunaan kemudahan secara inovatif , keselesaan dan keindahan sekolah. Aspek sosial pula terdiri daripada unsur-unsur seperti hormat-menghormati, rasa

tanggungjawab, kerjasama, rasa kekitaan, kesetiaan dan perpaduan, kemesraan, keriangan dan keadilan. Aspek ketiga yang akan diberi penekanan ialah aspek budaya ilmu merangkumi semangat mahu belajar, rangsangan untuk belajar dan penggunaan Bahasa Melayu secara betul dan jitu serta penggunaan Bahasa Inggeris dalam situasisituasi yang sesuai. Tambahan pula, penekanan terhadap bidang teknik dan vokasional akan berterusan. Pengukuhan dan perluasan Bahasa Melayu sebagai ilmu di institusi pendidikan akan terus meningkat. Institusi akan terus memupuk semangat yakin diri dan berdikari di kalangan murid-murid.

Rumusan

Anda mungkin juga menyukai