Anda di halaman 1dari 2

Tindakan tatatertib yang akan dikenakan terhadap pegawai yang melanggar Peraturan

4 Bab D Perintah Am Peraturan 4(1) adalah seperti amaran, denda, lucut hak
emolumen, tangguh pergerakan gaji, turun gaji, turun pangkat ataupun buang kerja.
Tindakan tatatertib tersebut akan dijatuhi berdasarkan kesalahan yang telah dilakukan
oleh seseorang pegawai.

Pelanggaran peraturan yang ringan akan diberi amaran pertama, seterusnya amaran
keras dan amaran terakhir akan diberi sekiranya pegawai tersebut masih mengulangi
kesalahan yang sama. Pada masa yang sama, pegawai tersebut juga tidak layak atau
dicalonkan untuk dinaikkan pangkat dalam tempoh 6 bulan atau satu urusan mana
terdahulu.

Selain itu, hukuman denda dalam bentuk wang juga boleh dikenakan berasaskan gaji
pokok bulanan seseorang pegawai. Hukuman denda maksimum tidak melebihi 7 hari
emolumen. Jika dikenakan hukuman melebih sekali dalam mana-mana bulanan,
hukuman denda tidak boleh melebihi jumlah yang sama banyak dengan 45% daripada
emolumen bulanan pegawai. Pegawai tersebut juga tidak layak dicalonkan untuk
dinaikkan pangkat dalam tempoh 12 bulan atau satu urusan mana terdahulu. Bagi
hukuman melucut hak emolumen pula selalunya dikenakan bagi pegawai yang sering
tidak hadir bertugas dengan tanpa sebab yang munasabah. Pegawai tersebut juga tidak
layak dicalonkan untuk dinaikkan pangkat dalam tempoh 18 bulan atau satu urusan
mana terdahulu.

Hukuman yang menangguh pergerakan gaji akan dikenakan bagi tempoh seperti 3, 6, 9
atau 12 bulan dan dilaksanakan pada tarikh ulang tahun pergerakan gaji seseorang
pegawai. Pegawai tersebut tidak berhak menerima pergerakan gaji dalam tempoh
hukuman dan tarikh pergerakan gaji akan berubah ke tarikh yang paling hampir selepas
tamat tempoh hukuman. Pegawai tersebut juga tidak layak dicalonkan untuk dinaikkan
pangkat dalam tempoh 30 bulan atau satu urusan mana terkemudian.
Manakala, hukuman penurunan gaji dilaksanakan secara mendatar dalam peringkat
gaji yang sama dan penurunan gaji itu tidak melebihi tiga pergerakan gaji. Tempoh
hukuman tersebut tidak boleh kurang daripada 12 bulan dan tidak boleh melebihi 36
bulan. Hukuman dilaksanakan pada tarikh yang ditetapkan oleh Lembaga Tatatertib
atau pada tarikh hukuman yang dijatuhkan. Dalam tempoh hukuman tersebut, pegawai
tidak berhak menerima pergerakan gaji dan tarikh pergerakan gaji akan berubah ke
tarikh pergerakan gaji berikutnya selepas hukuman tamat tempoh. Pegawai tersebut
juga tidak layak dicalonkan untuk dinaikkan pangkat dalam tempoh 36 bulan atau satu
urusan mana terkemudian.

Bagi pelanggaran peraturan yang lebih berat maka pegawai tersebut akan dikenakan
hukuman turun pangkat, iaitu gred pegawai diturunkan ke gred yang lebih rendah dalam
skim perkhidmatan yang sama. Gaji pegawai ditetapkan pada satu mata gaji dalam
jadual gaji bagi gred yang dikurangkan itu supaya lebih rendah dan berhampiran
dengan gaji akhir sebelum hukuman. Pegawai tersebut juga tidak layak dicalonkan
dinaikkan pangkat dalam tempoh 48 bulan atau dua urusan mana terkemudian.

Bagi pelanggaran peraturan yang paling kritikal, pegawai tersebut akan dilucutkan
jawatan seterusnya dibuang daripada perkhidmatan awam dan tidak boleh
dikebelakangkan daripada tarikh Mesyuarat JKTT. Maka pegawai tersebut akan hilang
segala hak untuk menerima apa-apa kemudahan dalam perkhidmatan awam.

Anda mungkin juga menyukai