Anda di halaman 1dari 4

SOALAN 1A (a) : JELASKAN TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL OLEH KETUA JABATANNYA TERHADAP SALAH LAKU PEGAWAI TERSEBUT.

JAWAPAN :Ketidakhadiran bertugas merupakan kesalahan tatatertib yang sering dilakukan oleh pegawai awam. Ia berdasarkan statistic kes-kes tatatertib (tahun 2002 hingga 2010) yang dilaporlan oleh Ketua Jabatan dan jumlah kesalahan tidak hadir bertugas ini menyumbang sebanyak 50 peratus daripada keseluruhan kes-kes tataterib pegawai awam setiap tahun. Di bawah Peraturan- Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, tidak hadir bertugas bermaksud tidak hadir bagi apa-apa tempoh masa dan di tempat di mana pegawai itu dikehendaki hadir bertugas serta tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah. Pegawai yang tidak hadir bertugas boleh dikenakan tatatertib selaras dengan peraturan 24, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (kelakuan dan Tatatertib) 1993,

[P.U.(A)395/1993] buang kerja.

dan mereka yang bersalah boleh dikenakan tindakah sehingga

Kesalahan tidak hadir bertugas dibahagikan kepada empat bahagian iaitu: Tidak Hadir Bertugas Dan Dapat Dikesan Tidak Hadir 7 Hari Bekerja Berturut-Turut Dan Tidak Dapat Dikesan Tidak Hadir Bertugas : Meminda Sijil Cuti Sakit Atau Mengemukakan Sijil Cuti Sakit Palsu Tidak Hadir Pada Masa Dan Tempat Yang Ditetapkan (Ponteng Kerja)

Pegawai tidak hadir bertugas 7 hari bekerja berturut-turut dan usaha-usaha sewajarnya untuk mencari serta mengesan pegawai telah dilakukan tetapi masih gagal. Ketua jabatan perlu menyediakan dokumen yang berkaitan dan melaporkan segera kepada Pihak Berkuasa Tatatertib yang ada kuasa buang kerja dan turun pangkat serta

memamklumkan ketidakhadiran pegawai kepada Bahagian Kewangan untuk potong gaji. Tindakan Ketua Jabatan seperti berikut :1. Mengeluarkan surat arahan kembali bertugas melalui Surat Berdaftar Akuan Terima (A.R.Regeister) / serahan tangan kepada pegawai di alamat akhir diketahui. 2. Mengemukakan laporan berhubung ketidakhadiran pegawai kepada Lembaga Tatatertib. 3. Menyiarkan notis dalam sekurang-kurangnya sebuah akhbar berbahasa kebangsaan dan edaran seluruh Negara sebagaimana yang diputuskan oleh Lembaga Tatatertib. Notis tersebut hendaklah mengandungi fakta ketidakhadiran pegawai dan arahan kembali bertugas dalam tempoh 7 hari dari tarikh penyiaran. 4. Mewartakan pembuangan kerja pegawai mulai dari tarikh pegawai tidak hadir bertugas, jika pegawai tidak hadir selepas tempoh 7 hari dalam notis. 5. Mewartakan pembuangan kerja pegawai mulai dari tarikh pegawai tidak hagir bertugas, jika pegawai tidak hadir selepas 7 hari dari notis.

SOALAN 1A (b) : HURAIKAN 4 (EMPAT) JENIS HUKUMAN TATATERTIB YANG TERDAPAT DALAM PERATURAN TATATERTIB PENJAWAT AWAM. Setiap pegawai awam yang telah melanggaar peraturan dan disabitkan kesalahan boleh dikenakan tindakan tatatertib. Terdapat beberapa jenis tindakan tatatertib yang boleh dikenakan terhadap penjawat awam yang melakukan kesalahan tatatertib. Perintah Am 36, Bab D telah menetapkan beberapa jenis tindakan yang boleh dikenakan terhadap penjawat awam yang melakukan kesalahan tatatertib. Antara jenis tindakan tatatertib yang telah ditetapkan ialah amaran. Setiap penjawat awam yang tidak mematuhi peraturan atau melanggar tatatertib boleh diberi amaran secara lisan ataupun bertulis. Amaran ini boleh diberi oleh seorang ketua Jabatan. Jenis tindakan tatatertib seterusnya ialah denda atau lucut hak emolumen. Penjawat awam yang melanggar peraturan tatatertib boleh dikenakan apa-apa jua denda yang dikenakan pada satu-satu masa dan tidak boleh melebihi amaun yang sama banyak dengan emolument bagi tujuh hari pegawai berkaitan. Segala dengan atau lucut hak emolumen hendaklah dipotong daripada emolumen bulanan pegawai itu dan dimasukkan ke dalam hasil kerajaan. Tindakan seterusnya yang boleh dikenakan terhadap penjawat awam yang melanggar peraturan ialah, tangguh pergerakan gaji. Seseorang pegawai yang dikenakan hukuman tangguh pergerrakan gai tidak berhak untuk menerima apa-apa pergerakan gaji dalam tempoh hukuman itu sedang berkuatkuasa.

Selain itu, tindakan tatatertib seterusnya ialah turun gaji. Lembaga Tatatertib yang berkenaan boleh mengenakan hukuman turun gaji ke atas seseorang pegawai mengikut peruntukan-peruntukan berikut: Gaji hanya diturunkan secara mendatar dalam peringkat gaji yang sama. Penurunan gaji tidak boleh melebihi tiga pergerakan gaji.

Tempoh hukuman tidak boleh kurang daripada dua belas bulan tetapi tidak boleh lebih daripada tiga puluh enam bulan.

Pegawai yang dikenakan hukuman turun gaji tidak berhak untuk menerima apa-apa pergerakan gaji dalam tempoh hukuman itu sedang berkuatkuasa.

Antara tindakan tatatertib yang lain yang boleh dikenakan kepada penjawat awam yang melanggar peraturan ialah turun pangkat. Lembaga Tatatertib boleh mengenakan hukuman turun pangkat mengikut cara menurunkan pangkat ke gred yang lebih rendah dalam skim perkhidmatan yang sama. Gaji pegawai itu akan ditentukan pada suatu mata gaji dalam jadual gaji gred yang dikurangkan itu. Gaji adalah lebih rendah tetapi paling hampir dengan gaji akhir yang diterima pegawai itu sebelum hukuman dikenakan ke atasnya.

Tindakan tatatertib yang akhir sekali ialah buang kerja. Kerajaan boleh meminta laporan daripada Ketua Jabatan terhadap tatakelakuan pegawai jika perkhidmatannya wajar ditamatkan. Adalah sah di sisi undang-undang untuk mengesyorkan kepada Kerajaan bahawa seseorang pegawai itu wajar ditamatkan demi kepentingan awam walaupun prosiding tatatertib belum dijalankan.

Anda mungkin juga menyukai