Anda di halaman 1dari 3

Ruj.

Tuan :
Ruj.Kami : JPKn/SKPP/1311/03/01JLD.8( )
Tarikh : Januari 2020

SEPERTI SENARAI EDARAN

Tuan,

LANGKAH PENCEGAHAN AWAL YANG PERLU DIAMBIL OLEH


KETUA JABATAN KE ATAS SALAH LAKU TATATERTIB PEGAWAI
DAN KAKITANGAN SELIAAN

Saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Seperti yang pihak tuan sedia maklum, pegawai-pegawai


perkhidmatan awam adalah tertakluk di bawah peruntukan-peruntukan
yang telah digariskan dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam
(Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Mana-mana pegawai yang didapati telah
melanggar tatakelakuan yang telah ditetapkan boleh dikenakan hukuman
tatatertib selaras dengan peruntukan 38 Peraturan tersebut.

3. Peraturan yang sama juga menggariskan bahawa semua Ketua


Jabatan perlu menjalankan kawalan dan pengawasan ke atas pegawai dan
kakitangan di bawah seliaan masing-masing. Ianya selaras dengan
Peraturan 3C(1) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan &
Tatatertib) 1993 yang mana memperuntukkan bahawa;

“maka menjadi tugas tiap-tiap pegawai untuk menjalankan kawalan


dan pengawasan tatatertib ke atas pegawai bawahannya dan
mengambil tindakan yang sesuai dengan seberapa segera yang
mungkin bagi apa-apa pelanggaran mana-mana peruntukan
Peraturan-peraturan ini.”

1
Manakala Peraturan 3C(2), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam
(Kelakuan & Tatatertib) 1993 pula memperuntukkan;

“Seseorang pegawai yang gagal untuk menjalankan kawalan dan


pengawasan ke atas pegawai bawahannya, atau untuk mengambil
tindakan terhadap pegawai bawahannya yang melanggar mana-
mana peruntukan peraturan-peraturan ini hendaklah disifatkan cuai
dalam melaksanakan tugasnya dan tidak bertanggungjawab, dan dia
boleh dikenakan tindakan tatatertib.”

4. Peraturan 3C, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan


Tatatertib) 1993 menegaskan bahawa Ketua Jabatan hendaklah
mengambil tindakan yang sesuai dengan seberapa segera atas apa-apa
perlanggaran kepada peruntukan peraturan tersebut. Setiap Ketua Jabatan
perlu memandang serius perkara tersebut dan perlu sentiasa membuat
pemantauan tatakelakuan ke atas pegawai bawahan masing-masing dan
melaporkan kepada Sektor Integriti Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan
sekiranya terdapat sebarang perlanggaran yang berlaku. Sekiranya
seseorang pegawai didapati telah gagal untuk menjalankan kawalan dan
pengawasan kepada pegawai bawahan mereka serta gagal untuk
melaporkan sebarang perlanggaran tatatertib yang telah dilakukan, maka
pegawai tersebut boleh dikenakan tindakan tatatertib kerana telah cuai
dalam melaksanakan tugasnya. Salah satu bentuk kawalan dan
pengawasan yang terlibat adalah dengan mengambil tindakan awal ke atas
sebarang salah laku yang timbul sebagai langkah pencegahan sebelum
dipanjangkan ke Jabatan untuk diambil tindakan.

5. Justeru, bagi tujuan memperkemaskan lagi setiap laporan tatatertib


yang dikemukakan kepada Sektor Integriti, setiap pelaporan yang
dikemukakan perlulah dikepilkan bersama sesalinan pembuktian tindakan
pentadbiran yang telah diambil oleh Ketua Jabatan (Pengetua dan Guru
Besar di peringkat sekolah/ Pegawai Pendidikan Daerah atau Timbalan
Pegawai Pendidikan Daerah di peringkat PPD/ Timbalan Pengarah atau
Ketua Penolong Pengarah Kanan atau Ketua Penolong Pengarah di
peringkat JPN) sebelum dipanjangkan kepada Sektor Integriti. Setiap

2
Ketua Jabatan perlu mengambil tindakan dengan membuat pertemuan
secara bersemuka dengan pegawai/kakitangan yang terlibat dengan
merekodkan setiap pertemuan yang dijalankan sekurang-kurangnya dua
(2) kali. Sekiranya tindakan pentadbiran yang diambil itu tidak berkesan
maka kes pegawai/kakitangan tersebut perlu dirujuk kepada Kaunselor
Organisasi Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing (Kaunselor JPN
bagi kes-kes di peringkat JPN). Walaubagaimanapun, sekiranya
pegawai/kakitangan tersebut masih tidak berubah maka pelaporan
tatatertib hendaklah dikemukakan kepada Sektor Integriti dengan
mengepilkan sekali sesalinan pembuktian pertemuan secara
bersemuka yang telah dibuat oleh Ketua Jabatan serta sesalinan
laporan daripada Kaunselor Organisasi bersama-sama dengan
dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan (kecuali bagi kes-kes
jenayah/ kes yang telah dituduh di Mahkamah).

6. Semua Pegawai Pendidikan Daerah adalah dipohon untuk


memanjangkan pemakluman ini kepada semua sekolah di bawah seliaan
Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing. Bersama-sama ini
dikemukakan sesalinan template tindakan pentadbiran perjumpaan secara
bersemuka seperti di Lampiran untuk makluman dan tindakan. Sekiranya
pihak tuan mempunyai sebarang persoalan berhubung perkara di atas,
pihak tuan boleh menghubungi Sektor Integriti di talian 09-741 8030 / 8032.
Kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan dalam perkara ini amatlah
dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“Raja Berdaulat, Rakyat Muafakat, Negeri Berkat”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(ABU HANIPAH @ FAUZI BIN ZAHARI K.M.N., P.M.K.)


Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan.

Anda mungkin juga menyukai