Anda di halaman 1dari 35

Kes Tatatertib Guru

1.
2.
3.
4.
5.

Tidak Hadir Bertugas


Kesalahan Kerana Menagih Dadah
Jenayah
Khalwat
Datang Lewat Balik Cepat
6.
Tidak Masuk Kelas/ Tidak Hadir
Kokurikulum
7.
Tidak Melengkap Dan Tidak Menghantar
Buku
Persediaan Mengajar
8.
Lawan Ketua
9.
Menghasut
10. Bergiat Cergas Dalam Politik
11.
12.
13.

Dera Pelajar
Gangguan Seksual
Membuat Kerja Luar Semasa Bertugas

14.
15.

Pekerjaan Luar
Kegagalan Menyerahkan Kutipan Yuran

TIDAK HADIR BERTUGAS


Definisi
Peraturan 23, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam 9 Kelakuan dan Tatatertib) 1990
telah menggariskan ketidakhadiran bertugas seperti berikut :

1. Ketidakhadiran bertugas tanpa cuti atau tanpa kebenaran terlebih dahulu atau tanpa
sebab yang munasabah boleh menyebabkan seseorang pegawai dikenakan tindakan
tatatertib.
2. Jika seseorang pegawai tidak hadir daripada bertugas, Ketua Jabatan hendaklah
dengan seberapa segera, melaporkan fakta itu kepada pihak berkuasa Tatatertib
yang berkenaan beserta dengan tarikh-tarikh dan hal keadaan ketidakhadiran itu dan
apa-apa maklumat selanjutkan yang mungkin dikehendaki berkenaan dengan
pegawai itu.
3. Pihak berkuasa Tatatertib yang berkenaan boleh, setelah menimbangkan laporan
dalam subperaturan (2). mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai itu
mengikut peraturan 27 atau 28.
4. Bagi maksud peraturan ini, ketidakhadiran termasuklah kegagalan untuk hadir
bagi apa-apa jua tempoh masa pun pada satu-satu masa dan tempat di mana
pegawai itu dikehendaki hadir bagi pelaksanaan tugas-tugasnya.

Carta Aliran

Mula
Pegawai tidak hadir
Bertugas (3 hari pertama)
Hubungi Pegawai di
Rumah
Jawab

Tidak Jawab

Arah untuk kembali


Bertugas (secara
Lisan)
Hantar Surat Arahan
Kembali

Masih tidak hadir


Hadir

Tidak Hadir
Hantar Surat Arahan
Kembali Bertugas II
Hadir
Tidak Hadir

Hantar Surat Arahan


Kembali Bertugas III
Hadir

Tidak Hadir
Hantar Surat Arahan
Kembali Bertugas
Dengan cara serahan
tangan

Pegawai diminta
Menjawab surat
Tunjuk sebab
Pengetua beri
Teguran setelah
membaca surat
penjelasan

Pegawai bertugas
seperti biasa

Hadir
Tidak Hadir
Laporkan Ke JPN
untuk tindakan
tatatertib

Tamat

5.

2. KESALAHAN KERANA MENAGIH DADAH


Peraturan
Mengikut Peraturan 7 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam ( Kelakuan Dan Tatatertib)
1993, seseorang penjawat awam boleh dikenakan tindakan tataertib atas kesalahan dadah
apabila :
7. (1) Seseorang pegawai tidak boleh menggunakan atau mengambil (kecuali
bagi maksud perubatan sebagaimana yang ditetapkan oleh seorang pengamal
perubatan yang didaftarkan di bawah Akta Perubatan 1971) atau
menyalahgunakan atau menagih dadah berbahaya.
(2) Perkhidmatan seorang pegawai yang diperakui oleh Pegawai Perubatan
Kerajaan sebagai menggunakan, mengambil ( selain daripada maksud
perubatan), menyalahgunakan atau menagih, dadah berbahaya berlanggaran
dengan subperaturan (1) boleh ditamatkan demi kepentingan awam di bawah
peraturan 49.

Carta Aliran

Mula

Terima aduan dan jalankan


Pemerhatian serta siasatan
Panggil pegawai untuk
Memberi penjelasan- nasihat

Tidak

Ya
Pemantauan

Jika positif, lapor ke PPD/JPN


Kes selesai

Tamat

9.

Proses Kerja ( Kes Polis )


Jika terdapat pegawai yang terlibat dengan kes dadah dan menjadi kes polis berikut adalah
proses yang perlu diikuti :
Bil
1.

2.

3.

4.

5.

Proses
Terima laporan dari Bahagian
Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah
mengenai penangkapan ke atas
pegawai terlibat.
Dapatkan salinan surat pertuduhan
dan surat mengenai pegawai
Kerajaan yang dituduh melakukan
kes jenayah dari Majistret, dan
Mahkamah Majistret Daerah yang
berkaitan.
Dapatkan salinan surat-surat arahan
Mahkamah yang mengarahkan
pegawai dihantar ke Pusat
Pemulihan dari Mahkamah yang
berkenaan seperti :
a) Laporan doktor mengenai ujian
air kencing:
b) Laporan Pegawai Pemulihan
Dadah Daerah:
c) Perintah Pengawasan Di bawah
Akta Penagih Dadah
(Rawatan dan Pemulihan)
1993 Seksyen 6(1) (b):
d) Bon Berkenaan Dengan
Perintah Pengawasan dan;
e) Syarat Bon Berkenaan Dengan
Penagih Yang Di Perintah
Diletakkan Bawah Pengawasan
Pemulihan.
Kemukakan laporan lengkap berserta
dokumen sokongan ke Bahagian
Naik Pangkat Dan Tatatertib Jabatan
Pelajaran Pulau Pinang.

Tindakan
Pengetua,
Guru Besar

Catatan
Kes ini perlu diambil
tindakan segera.

Pengetua,
Guru Besar

Semua dokumen
mahkamah yang
diperlukan
hendaklah diminta
melalui surat rasmi.

Pengetua,
Guru Besar

Bon adalah surat


jaminan/perjanjian
yang dikeluarkan
oleh mahkamah.

Pengetua,
Guru Besar

Laporan melalui
surat rasmi.
Contoh laporan
seperti pada halaman
11, 12, 13 dan 14.

Proses Tindakan Tatatertib oleh


Jabatan.

Unit Naik Pangkat


dan tatatertib,
Sektor Pengurusan
Perkhidmatan
Pelajaran, Jabatan
Pelajaran Negeri
Pulau Pinang

10.

Carta Aliran
Mula
Menerima/mendapatkan laporan dari Bahagian
Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah mengenai
penangkapan ke atas pegawai terlibat.
Dapatkan salinan surat pertuduhan dan surat
mengenai pegawai Kerajaan yang dituduh
melakukan kes jenayah dari Majistret, Mahkamah
Majistret Daerah yang berkaitan.
Dapatkan salinan surat-surat arahan Mahkamah yang
mengarahkan pegawai dihantar ke Pusat Pemulihan
dari Mahkamah yang berkenaan.

Tamat

11.
15.

3. JENAYAH
Definisi
Apabila seseorang pegawai awam disaman atau ditangkap oleh pihak Polis atau Badan
Pencegah Rasuah untuk siasatan dan pegawai berkenaan dituduh di Mahkamah.
Contoh kes : Mencuri, membunuh, bergaduh, pecah amanah, membocorkan kertas soalan
peperiksaan, dll

Carta Aliran
Mula

Menerima/mendapatkan laporan dari


Pendaftar Mahkamah atau Penolong
Kanan Pendaftar Mahkamah yang
berkenaan tentang kes tangkapan ke atas
pegawai.

Mendapatkan salinan surat tangkapan dari


Polis/BPR dan kertas pertuduhan dan surat
penetapan tarikh perbicaraan dari
Mahkamah.

Mengemukakan laporan lengkap ke


Jabatan dengan segera dan memperakukan
pegawai di tahan kerja

Tidak

Kemukakan laporan ke Jabatan


untuk perakuan tarik balik
arahan di tahan kerja

Pegawai dituduh di Mahkamah dan


didapati bersalah.

Ya

Kemuka laporan ke Jabatan untuk


perakuan di gantung kerja

Tamat

18.
20.

4. KHALWAT
Peraturan
Mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) No. 9 Tahun 1995 Bahagian IV
Kesalahan Yang Berhubungan Dengan Kesusilaan iaitu di bawah Seksyen 29, definisi
khalwat adalah berbunyi seperti berikut :
Mana-mana
(a) Orang lelaki yang didapati berada bersama dengan seorang atau lebih
daripada seorang perempuan yang bukan isteri atau mahramnya;
(b) Orang perempuan yang didapati berada bersama dengan seorang atau
lebih daripada seorang lelaki yang bukan suami atau mahramnya.
Di mana-mana tempat yang terselindung atau di dalam rumah atau bilik dalam
keadaan yang boleh menimbulkan syak bahawa mereka sedang melakukan perbuatan
yang tidak bermoral adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh
didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak
melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Perlanggaran Tata Kelakuan
4. (2) Seseorang pegawai tidak boleh --(a) berkelakuan dengan sedemikian cara hingga memburukkan nama atau
mencemarkan nama perkhidmatan awam;

21.

22.

Carta Aliran
Mula

Menerima aduan, menyiasat dan memberi penjelasan


dan nasihat

Kes berulang, secara bertulis diberi amaran keras dan


lapor kepada berwajib.

Menerima/mendapatkan laporan dari Mahkamah


Syariah mengenai penangkapan dan hukuman yang
dikenakan ke atas pegawai.

Mendapatkan salinan surat tangkapan dari Bahagian


Penguatkuasaan JAIS dan salinan surat
pertuduhan/surat jatuh hukum dari Mahkamah
Syariah.
Memanggil pegawai terlibat untuk pengesahan benar
atau tidak laporan yang diterima.

Mengemukakan laporan lengkap berserta dengan


sokongan ke Unit Naik Pangkat dan Tatatertib
Jabatan.

Tamat

23.

5. DATANG LEWAT/ BALIK CEPAT TANPA SEBAB YANG


MUNASABAH
Denifisi
Mengikut Perintah Am Bab G 1(5)
Semua penjawat awam termasuk Ketua Jabatan sendiri hendaklah mematuhi waktuwaktu bekerja dan hadir di sekolah / pejabat dalam masa yang ditetapkan.
Seseorang penjawat awam yang hendak meninggalkan sekolah/ pejabatnya di waktu
bekerja hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran dari Ketua Jabatan yang
menjaganya sebelum berbuat demikian.
Perlanggaran Tata Kelakuan di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam
( Kelakuan Dan Tatatertib) 1993.
4(2) Seseorang pegawai tidak boleh --a) tidak bertanggungjawab
b) ingkar perintah atau kelakuan dengan apa-apa cara yang boleh
ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah;

Carta Aliran
Mula

Mengenalpasti staf yang datang lewat/


balik cepat
Panggil staf yang datang lewat/balik
cepat
(a) Minta penjelasan
(b) Beri nasihat
(c) Amaran lisan
Tidak
Kes berulang kali ke-2 dan ke-3

Tamat

Ya

Memanggil staf yang datang lewat/balik


(a) Minta penjelasan
(b) Beri nasihat
(c) Amaran lisan

Tidak

Kes berulang kali ke-4

Ya

Tamat

Panggil staf yang datang

lewat/balik
(a)

cepat
Ulangi proses (a) dan (b) di atas
(b) Keluarkan surat tunjuk sebab
(c) Sesi kaunseling di PPD/JPN

Tidak
Kes berulang kali ke-5
Ya
Panggil staf yang datang lewat/balik
cepat
(a) Ulangi proses (a) dan (b) di atas
(b) Keluarkan surat Amaran
Pentadbiran

Tamat

Tidak
Kes berulang kali ke-6
Ya
Tamat

Hantar laporan ke JPN dan cadangan


Tindakan tatatertib

Tamat
28.

6. GURU TIDAK MASUK KELAS/TIDAK HADIR


KOKURIKULUM
Definisi
Seseorang guru yang tidak masuk kelas untuk mengajar atau tidak menghadiri
kokurikulum sebagaimana yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan di dalam jadual / takwim
adalah dianggap telah melanggar Peraturan Sekolah dan boleh dikenakan tindakan
tatatertib.
Perlanggaran Tata Kelakuan Di Bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam
(Kelakuan Dan Tataertib) 1993 :
3 (2) Seseorang pegawai tidak boleh
(g) tidak bertanggungjawab
(i) ingkar perintah atau kelakuan dengan apa-apa cara yang bolrh ditafsirkan
dengan munasabah sebagai ingkar perintah

31.

Carta Aliran
Mula

Mengenalpasti guru yang terlibat

Memanggil guru yang terlibat kali


pertama
(a) Minta penjelasan
(c) Beri nasihat
(d) Memberi amaran lisan
Tidak
Kes berulang kali ke-2 dan ke-3

Tamat

Ya
Memanggil guru yang terlibat

Tidak

Kes berulang kali ke-4

Ya
Panggil guru yang terlibat
(a) Ulangi proses di atas
(b) Keluarkan Surat Tunjuk Sebab
(c) Sesi kaunseling di PPD/JPN

Tamat

Tidak
Kes berulang kali ke-5
Ya
Panggil guru yang terlibat
(a) Ulangi proses (a) dan (b) di atas
(b) Keluarkan surat Amaran
Pentadbiran

Tamat

Tidak
Kes berulang kali ke-6
Ya
Tamat

Hantar laporan ke JPN dan cadangan


Tindakan tatatertib

Tamat

4. TIDAK MELENGKAP DAN MENGHANTAR BUKU REKOD


PERSEDIAAN MENGAJAR
Definisi
Peraturan Perkhidmatan (Kurikulum Keb. 1997) berkuatkuasa pada 1 Januari 1998
Rujukan Warta Kerajaan P. U. (A) 531 bertarikh 31 Disember 1997 Fasal (B) menyatakan:
Seseorang guru dalam sesebuah sekolah hendaklah menyimpan dan
menyelenggara suatu buku rekod dalam mana hendaklah direkod olehnya tidak lewat pada
hari akhir persekolahan setiap minggu yang akan diajar pada minggu
berikutnya dan buku rekod hendaklah dengan serta merta diadakan
untuk pemeriksaan .
Perkara 135. Seseorang yang melakukan di bawah Akta Pendidikan 1996 (Akta 510) yang
baginya tiada penalty diperuntukan dengan nyata boleh, apabila disabitkan, didenda tidak
melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam
bulan atau kedua-duanya.
Perlanggaran Tata Kelakuan Di Bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam
(Kelakuan Dan Tatatertib) 1993,
4

(2) Seseorang pegawai tidak boleh --(a) tidak bertanggungjawab


(b) ingkar perintah atau kelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan
munasabah sebagai ingkar perintah

37.

Carta Aliran
Mula

Tidak menghantar Buku Rekod


Mengajar
Memanggil guru yang terlibat kali
pertama
(a) Minta penjelasan
(b) Beri teguran
(c) Merujuk Akta Persediaan Buku
Rekod Mengajar

Tidak

Kes berulang kali kedua


Ya
(a) Ulangi proses a,b, dan c diatas
(b) Mengeluarkan Surat Tunjuk Sebab
dalam tempoh 7 hari
Tidak
Kes berulang kali ketiga
Ya
(a) Ulangi proses a,b dan c
(b) Mengeluarkan Surat Amaran
Pentadbiran

Tidak
Kes berulang kali keempat
Ya
Menghantar laporan ke JPN untuk
tindakan tatatertib

Tamat

39.

8.

MELAWAN KETUA/ MAJIKAN DI TEMPAT KERJA

Definisi
Melawan ketua di tempat kerja didefinisi sebagai :
1. Apa sahaja bentuk pertuturan yang tidak dikehendaki dalam bebagai bentuk seperti
berbahasa kasar, marah, menengking, menjerit, mencemuh, menghina atau
perkataan yang berunsurkan emosi marah atau dendam secara langsung dan tidak
langsung.
2. Sebarang tingkahlaku sama ada perlakuan atau sentuhan fizikal ke atas tubuh
badan seperti memukul, menghentak, menumbuk yang boleh mendatangkan
kemudaratan.
3. Sebarang penyataan berbentuk tulisan atau surat yang membuat tuduhan dan
tohmahan yang tidak berasas semata-mata dengan niat memburuk-burukkan atau
menjatuh reputasi seorang ketua.
Perlanggaran Tata Kelakuan Di Bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam
( Kelakuan dan Tatatertib) 1993
4 (2) Seseorang pegawai tidak boleh --(a) berkelakuan dengan sedemikian cara hingga memburukkan nama atau
mencemarkan nama perkhidmatan awam

40.

Carta Aliran
Mula

Memanggil pegawai yang terlibat


a. Meminta penjelasan
b. Berbincang
c. Memberi nasihat
Ya
Tidak
Kes berulang kali kedua

Tamat

Ulangi proses a,b dan c


Mengeluarkan Surat Tunjuk Sebab

Tidak

Kes berulang kali ketiga

Ya
Tamat

Melaporkan ke JPN untuk cadangan


Tindakan tataertib

Tamat

42.

9. MENGHASUT
Definisi
Kes ini adalah antara perbuatan yang melanggar Tata Kelakuan di bawah Peraturan
4(2) (g) Peraturan-Peraturan Pegawai Awan (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993
Tata kelakuan bagi pegawai dalam perkhidmatan awam adalah seperti yang dihuraikan
dalam Peraturan 4, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
Sebarang perlanggaran terhadap mana-mana tata kelakuan itu oleh seseorang pegawai
awam akan membolehkan tindakan tatatertib diambil terhadapnya. Dalam hal ini tindakan
tatatertib adalah diertikan sebagai langkah-langkah yang diikuti bagi menghukum mereka
yang didapati yang didapati melanggar peraturan (tata kelakuan) yang berkenaan, dengan
tujuan untuk memperbaiki tingkahlakunya yang tidak diingi di samping menjadi pedoman
dan teladan kepadanya dan pegawai lain di masa hadapan.
Tata kelakuan yang dimaksudkan itu dan contoh perbuatan-perbuatan yang dianggap
sebagai melanggar atau menyalahi tata kelakuan yang berkenaan adalah seperti peraturan
berikut:
4.(2) (g) Seseorang pegawai tidak boleh tidak bertanggungjawab.
Seseorang pegawai dianggap sebagai telah melanggar tata kelakuan ini jika beliau,
Antara lain :(a) Menghasut kakitangan Kerajaan supaya jangan terlalu berusaha dalam
menjalankan tugas-tugas mereka;
Perlanggaran Tata Kelakuan Di Bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam
(Kelakuan dan Tatatertib) 1993
4 (2) Seseorang pegawai tidak boleh ---(a) tidak bertanggungjawab;

46.

Carta Aliran
Mula

Terima aduan/ laporan mangsa


Dapatkan laporan secara bertulis

a. Memanggil staf yang terlibat


b. Mendapatkan keterangan
c. Memberi nasihat secara lisan
Kes berulang kali kedua

Ulangi proses a, b dan c di atas


Mengeluarkan Surat Tunjuk Sebab
Rujuk kepada sesi kaunseling di PPD/
JPN
Kes berulang kali ketiga

Ulangi proses a,b dan c


Mengeluarkan Surat Amaran
Pentadbiran
(s.k. PPD/JPN)
Kes berulang kali keempat

Menghantar laporan ke JPN


Cadangan tindakan tatatertib

Tamat
48.

10.

BERGIAT CERGAS DALAM POLITIK

Peraturan
Mengikut peraturan 21
(a) Seseorang pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan
Pengurusan Profesional (Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah) adalah
dilarang mengambil bahagian aktif dalam aktiviti politik atau memakai mana-mana
lambang sesuatu parti politik, dan khususnya tidak boleh:
i)
ii)
iii)
iv)
v)
vi)

Membuat penyataan umum


Menerbit atau mengeliling (mengedar) buku, makalah atau risalah
dengan mana-mana parti politik
Terlibat dalam merayu undi bagi menyokong mana-mana calon pada
waktu pilihanraya umum, pilihanraya kecil atau apa pilihanraya untuk
apa-apa jawatan dalam mana-mana parti politik
Bertindak sebagai agen pilihanraya
Masuk pertandingan untuk apa-apa jawatan; dan
Memegang apa-apa jawatan dalam parti politik

(b) Seseorang pegawai dalam Kumpulan Sokongan (Pegawai Perkhidmatan Pendidikan


Bukan Siswazah) boleh bertanding atau memegang jawatan atau dilantik ke dalam
apa-apa jawatan dalam parti politik setelah terlebih dahulu mendapat kelulusan
bertulis dari Ketua Setiausaha Kementerian yang berkenaan.

Carta Aliran
Mula
Menyiasat aduan dan kenal pasti pegawai
yang terlibat samaada dari kumpulan A
atau B.
(Kumpulan A-Pengurusan dan Profesional)
- PPPS
(Kumpulan B- Kumpulan Sokongan)
-PPPBS
Tidak
Ada kes.

Selesai

Ya
Memanggil Pegawai terlibat dan memberi
Penjelasan tentang peraturan yang perlu

Mengarahkan pegawai memohon kebenaran


bagi Kumpulan Sokongan. Bagi Kumpulan
Pengurusan dan Profesional, dilarang sama
sekali bergiat cergas dalam politik

Ya

Selesai

Tidak
Melaporkan ke JPN dan mencadangkan
tindakan tatatertib

Tamat

54.

11. DERA PELAJAR


Definisi
Sesuatu tindakan atau pelakuan yang melibatkan anggota fizikal tubuh badan, mental dan
emosi yang boleh menyebabkan seseorang itu mengalami kecederaan fizikal, gangguan
mental atau tekanan perasaan, ditakrifkan sebagai suatu penderaan.
Perlanggaran Tata Kelakuan Di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam
(Kelakuan dan Tatatertib) 1993 :
4.(2) Seseorang pegawai tidak boleh ---(a)

berkelakuan dengan sedemikian cara hingga memburukkan nama atau


mencemarkan nama perkhidmatan awam;

Carta Aliran
Mula

Terima laporan/aduan
a)
b)
c)
d)
Ya

Tidak

Sekiranya kes polis- hantar laporan ke


Jabatan bersama laporan pihak polis dan
laporan doktor
a) Beri nasihat lisan
b) Beri peringatan keras
c) Direkod dalam Fail Diplin Guru

Tindakan polis

Selesai

Siasatan dijalankan
Dapatkan laporan pihak terlibat
Temubual pihak terlibat dan saksi
Staf terlibat dipanggil beri keterangan

Tidak

Kes Berulang kali ke-2


(Ulangi proses 3a, 3b, 3c dan 3d)
Ya
a) Minta surat tunjuk sebab
b) Surat amaran perkhidmatan I diberi dan
direkodkan
c) Rujuk sesi kaunseling

Selesai

Tidak

Kes berulang kali ke-3


(Ulangi proses 3a, 3b, 3b dan 3d)
Ya

Selesai

Tidak
k

a) Mesyuarat Lembaga Tatatertib sekolah


membincangkan tindakan sama ada
i)
Surat Amaran Pentadbiran II ATAU
ii) Tindakan tatatertib (kes serius)
b) Hantar laporan /minit mesyuarat ke PPD
Kes berulang kali ke-4
(Ulangi proses 3a, 3b, 3c dan 3d)
a) Laporan ke Jabatan
b) Cadangan tindakan tatatertib
Tamat

12. GANGGUAN SEKSUAL


Definisi
Gangguan seksual boleh didefinisikan
a) Apa jua pertuturan yang tidak dikehendaki di dalam pelbagai bentuk seperti bahasabahasa bahasa licah, jenaka-jenaka lucah, ucapan atau penyataan yang
berunsurkan seks dan undangan/permintaan seksual sama ada secara langsung atau
tidak.
b) Sebarang tingkah laku sama ada secara gerak isyarat atau sentuhan fizikal ke atas
tubuh badan dengan sengaja seperti menyentuh punggung, buah dada dan
sebagainya.
Perlanggaran Tata Kelakuan Di Bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam
(Kelakuan Dan Tatatertib) 1993;
3

(2) Seseorang pegawai tidak boleh ---(d) berkelakuan dengan sedemikian cara hingga memburukkan nama atau
mencemarkan nama perkhidmatan awam;

64.

Carta Aliran

Mula

Terima laporan/ aduan kes

Tidak
Siasatan dijalankan
Kes Selesai
Ya
a) Temu bual pihak terlibat
b) Dapatkan keterangan saksi
c) Memberi nasihat lisan
d) Memberi amaran lisan
e) Direkod dan Fail Displin Guru
Tidak
Kes Berulang Kali Ke-2
Kes Selesai
Ya
Surat Amaran Pentadbiran I
Diberi dan direkodkan
a) Ulang proses di atas
b) Minta Surat Tunjuk Sebab
c) Rujuk sesi kaunseling
Tidak

Kes Berulang Kali Ke-3

Kes Selesai
Ya
Laporkan ke JPN
Cadangkan tindakan Tatatertib

Tamat

65.

13. MEMBUAT KERJA LUAR SEMASA BERTUGAS


Definisi
Mengikut Peraturan 5 (3) (a) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan
Tatatertib) 1993
4

(3) Ketua Jabatan hendaklah memastikan bahawa perkerjaan luar itu


(a) tidak dilakukan semasa waktu pejabat dan semasa pegawai itu dikehendaki
menjalankan tugas rasminya.

Waktu Bertugas :
Kakitangan Guru

Kakitangan Bukan Guru

Waktu persekolahan mengikut sesi

Waktu-waktu yang diarahkan oleh pentadbir

Waktu pejabat

Perlanggaran Tatakelakuan Di Bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam


(Kelakuan Dan Tatertib) 1993
4 (2) Seseorang pegawai tidak boleh ---(a) membelakangkan tugas awamnya demi demi kepentingan peribadi

Carta Aliran

Mula

Menerima aduan/ Laporan kes

(a) Menyiasat/ Staf dipanggil untuk


memberi keterangan
(b) Memantau
(c) Menasihat secara lisan
Tidak
Kes berulang kali ke-2
Tamat

Ya
(a) Ulangi proses (a),(b) dan (c) di
atas
(b) Mengeluarkan surat tunjuk
sebab
(c) Sesi kaunseling di PPD/JPN
Kes berulang kali ke-3

Tamat

Ya
(a) Ulangi proses (a), (b) dan (c)
(b) Mengeluarkan surat amaran
pentadbiran

Kes Berulang kali ke-4


Tamat

Ya

Membuat laporan ke JPN untuk


Tindakan tatatertib
Membuat laporan ke JPN untuk
tindakan tatatertib

Tamat

71.

14. PERKERJAAN LUAR


Definisi
Peraturan 5 (1) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993,
Telah menggariskan 5 (1) kecuali setakat yang ia dikehendaki dalam perjalanan tugasnya
Atau
Diberi kuasa dengan nyata oleh Ketua Jabatannya untuk berbuat demikian seseorang
pegawai tidak boleh
(a)

Mengambil bahagian secara langsung atau tidak langsung dalam pengurusan


atau perjalanan apa-apa perusahaan komersial, pertanian atau perindustrian.

(b)

Mengusahakan bagi mendapatkan upah apa-apa kerja bagi mana-mana


institusi, syarikat, firma atau individu persendirian;

(c)

Sebagai seorang pakar, memberi apa-apa laporan atau keterangan pakar, sama
ada dengan percuma atau dengan mandapat upah;
Atau

(d)

Bertugas sebagai seorang pentadbir atau penerima

Perlanggaran Tata Kelakuan Di Bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan


Tatatertib) 1993 :4

(2) Seseorang pegawai tidak boleh ---(a) membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan peribadi;

Carta Aliran

Mula

Menerima aduan/ Laporan kes

(a) Menyiasat/ Staf dipanggil untuk


memberi keterangan
(b) Memantau
(c) Menasihat secara lisan
Mengarahkan pegawai memohon
kebenaran untuk melakukan
pekerjaan luar dengan serta merta

Ya
Tidak
Sokong

Tidak

Sokong

Membuat laporan ke JPN


Untuk tindakan tatatertib

Tamat

Kemukakan
Boring ke JPN

Tamat

77.

15. KEGAGALAN MENYERAHKAN WANG KUTIPAN


YURAN
Definisi
Mengikut Arahan Perbendaharaan 78 (a) Bila Pungutan mesti dibayar di Perbendaharaan
Semua pemungut yang menerima wang awam sama ada wang itu kena diperakui
sebagai hasil atau tidak adalah dikehendaki jika :
(i)
(ii)

Pungutan wang kertas dan duit syiling RM 500.00 DAN


Jumlah pungutan (termasuk wang kertas, duit syiling, cek, wang pos dan
kiriman wang) melebihi RM 2000.00

Atau apa-apa jumlah yang lebih kecil dibankkan kesemua pungutan yang ada dalam tangan
sama pada hari itu juga atau jika lewat diterima, pada hari kerja yang berikutnya dengan
syarat bahawa tiap-tiap cek mestikan dibankkan dalam tempoh seminggu selepas diterima.
Perlanggaran Tata Kelakuan Di Bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam
(Kelakuan Dan Tatatertib) 1993
4 (2)

Seseorang pegawai tidak boleh ---(a)


(b)

tidak jujur atau tidak amanah


tidak bertanggungjawab

Carta Aliran
Mula

Mengenalpasti staf yang terlibat


Melalui semakan;
a) Laporan audit
b) Buku tunai
c) Buku resit
d) Daftar kutipan kelas
e) Aduan
Membuat siasatan memanggil
Pegawai terlibat
a) Dapatkan penjelasan
b) Tunjuk butiran menunjukkan
kutipan yang tidak diserahkan
Mengeluarkan arahan bersurat
membayar semula kutipan yang belum
dijelaskan dalam tempoh 14 hari.

Sekiranya ingkar ;
a) Melaporkan ke JPN
b) Membuat Laporan polis

Tamat

Anda mungkin juga menyukai