Anda di halaman 1dari 9

PROSEDUR DAN ALIRAN KERJA

PEMANTAUAN PELANGGARAN
TATAKELAKUAN

Unit Tatatertib & Keutuhan,


Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan
TIDAK HADIR BERTUGAS (P24)

1. KETIDAK HADIRAN TANPA CUTI/ TANPA


ALASAN DAN TANPA SEBAB MUNASABAH
2. KETIDAK HADIRAN TANPA DAPAT DIKESAN
3. TIDAK HADIR BERTUGAS DI TEMPAT DAN
MASA YANG DITETAPKAN
4. MEMINDA SIJIL CUTI SAKIT ATAU
MENGEMUKAKAN SIJIL CUTI SAKIT PALSU
PROSEDUR URUSAN
KETIDAK HADIRAN TANPA CUTI/ TANPA ALASAN DAN TANPA SEBAB MUNASABAH (BIASA)

1. Mendapatkan Salinan Laporan Kehadiran (Punch Card/ Thumbprint/Buku Kehadiran)

2. Mengeluarkan Surat Tunjuk Sebab (STS) kepada Pegawai Terlibat untuk dijawab dalam tempoh 7 hari

3. Jika STS dijawab dan Ketua Jabatan berpuashati, Pegawai diletakkan dalam pemantauan

4. Jika STS tidak dijawab atau jawapan tidak memuaskan, Pegawai dipanggil untuk sesi bersemuka untuk mengetahui
masalah sebenar dan dinasihatkan.

5. Bagi hari Ketidakhadiran, Pengesyoran Pemotongan Gaji / Buang Payroll Dipanjangkan Ke Unit Tatatertib, JPN untuk
tindakan lanjut

6. Pegawai dicadangkan untuk sesi kaunseling

7. Jika masih berterusan, Ketua Jabatan menghantar laporan dan cadangan tindakan tatatertib ke Unit Tatatertib, JPN

8. Unit Tatatertib, JPN akan menguruskan kes untuk tindakan tatatertib, pihak sekolah / pentadbir akan membantu
melengkapkan dokumen jika diperlukan dokumen tambahan.
PROSEDUR URUSAN
KETIDAK HADIRAN TANPA CUTI DAN TIDAK DAPAT DIKESAN (WARTA)

1. Mendapatkan Salinan Laporan Kehadiran (Punch Card/ Thumbprint/Buku Kehadiran)

2. Mengeluarkan Surat Arahan Kembali Bertugas Dengan Segera (2 kali) menggunakan AR Register

3. Jika Pegawai melapor diri, boleh ambil tindakan seperti prosedur 1.

4. Jika pegawai gagal melaporkan diri dan tidak dapat dikesan, buat semakan ke Jabatan
Pendaftaran Negara (rekod kematian), Jabatan Imigresen Malaysia (Keluar-masuk sempadan
negara) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (Alamat terakhir).

5. Memanjangkan laporan ketidak hadiran ke Unit Tatatertib, JPN untuk tujuan penahanan gaji dan
pewartaan akan diangkat ke KPM untuk penyiaran notis penamatan perkhidmatan.

6. Pegawai dianggap telah ditamatkan perkhidmatan dan dimaklumkan kekosongan jawatan ke JPA
selepas tempoh sah notis penyiaran selesai.
PROSEDUR URUSAN
TIDAK HADIR BERTUGAS DI TEMPAT DAN MASA YANG DITETAPKAN
1. Mengenalpasti pegawai yang sering ponteng seterusnya membuat STS dan teguran secara bersemuka.

2. Jika STS Dijawab Dan Penyelia Berpuashati, Pegawai Diletakkan Dalam Pemantauan

3. Jika STS Tidak Dijawab Atau Jawapan Tidak Memuaskan, Pegawai Dipanggil Untuk Sesi Bersemuka
Untuk Mengetahui Masalah Sebenar Dan Dinasihatkan.

4. Bagi Hari Ketidakhadiran, Arahan Pemotongan Gaji Dipanjangkan Ke Unit Tatatertib, JPN Untuk
Tindakan

5. Pegawai Dicadangkan Untuk Sesi Kaunseling

6. Jika Masih Berterusan, Ketua Jabatan menghantar laporan dan cadangan tindakan tatatertib ke Unit
Tatatertib, JPN

7. Unit Tatatertib, JPN akan menguruskan kes untuk tindakan tatatertib, pihak sekolah / pentadbir akan
membantu melengkapkan dokumen jika diperlukan dokumen tambahan.
PROSEDUR URUSAN
MEMINDA SIJIL CUTI SAKIT ATAU MENGEMUKAKAN SIJIL CUTI SAKIT PALSU

1. Ketua Jabatan menerima Sijil Cuti Sakit (SCS). KJ perlu semak samada SCS tersebut telah dipinda atau
diragui kesahihannya.

2. Membuat semakan ke Hospital dan Klinik Kesihatan yang mengeluarkan SCS tersebut.

3. Jika didapati dipinda, pegawai boleh dicadangkan untuk dipotong gaji ke Unit Tatatertib, JPN bagi jumlah
hari yang telah dipinda tersebut

4. Jika disahkan pegawai mengemukakan sijil cuti sakit palsu, kemukakan laporan ke Unit Tatatertib, JPN
bahawa SCS tersebut adalah palsu.

5. Ketua Jabatan boleh membuat laporan ke Balai Polis berdekatan jika berlaku unsur jenayah.

6. Laporan SCS dikemukakan ke Unit Tatatertib, JPN untuk tindakan tatatertib.

7. Unit Tatatertib, JPN akan menguruskan kes untuk tindakan tatatertib, pihak sekolah / pentadbir akan
membantu melengkapkan dokumen jika diperlukan dokumen tambahan.
PELANGGARAN TATAKELAKUAN
YANG LAIN
PROSEDUR URUSAN GANGGUAN SEKSUAL (PERATURAN 4A- PUA 395/1993)

1. Ketua Jabatan menerima laporan gangguan seksual kakitangan seliaan

2. Ketua Jabatan memanggil pegawai yang diadukan melakukan gangguan.


Beri nasihat dan teguran.

3. Jika selepas ditegur pegawai masih mengulangi perbuatan, dapatkan saksi


dan dokumen bertulis serta keluarkan STS kepada pegawai yang diadukan.

4. Sekiranya semakin teruk, Laporkan ke Unit Tatatertib, JPN untuk siasatan


dan tindakan lanjut
PROSEDUR URUSAN KESALAHAN TERTAKLUK PERINTAH MAHKAMAH
(PERATURAN 28- PUA 395/1993)

1. Ketua Jabatan menerima maklumat tangkapan daripada PDRM, AADK atau Jabatan Agama dan
dipanjangkan ke Unit Tatatertib, JPN

2. Sekiranya pegawai dituduh di Mahkamah, Ketua Jabatan hendaklah mendapatkan Surat Pertuduhan
dari mahkamah majistret/syariah menggunakan surat rasmi jabatan. Seterusnya diangkat bersama
laporan dan ulasan Ketua Jabatan ke Unit Tatatertib, JPN bagi tujuan Tahan Kerja.

3. Sekiranya pegawai telah disabitkan bersalah oleh mahkamah, Ketua Jabatan hendaklah mendapatkan
Kertas Keputusan Hukuman dan resit pembayaran denda dari mahkamah majistret/syariah
menggunakan surat rasmi jabatan. Seterusnya diangkat bersama laporan dan ulasan Ketua Jabatan ke
Unit Tatatertib, JPN bagi tujuan Gantung Kerja .

4. Unit Tatatertib, JPN akan menguruskan prosedur penahanan atau penggantungan kerja

5. Selepas pegawai dijatuhkan hukuman di mahkamah dan digantung kerja, PBTT akan bersidang untuk
memutuskan hukuman berdasarkan perakuan Jabatan .

Anda mungkin juga menyukai