Anda di halaman 1dari 1

SEKAPUR SIREH Bersyukur kami ke hadrat Allah SWT kerana memberikan kesihatan dan kesempatan masa untuk menyiapkan

laporan ini. Walaupun dihujani dengan pelbagai aktiviti dan tugasan di sekolah, pengurusan masa dan disiplin diri adalah penting bagi memastikan setiap pelajar menyiapkan tugasan yang diberi.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Muhamad Sobri bin Harun kerana telah memberi didikan secara berterusan kepada kami untuk mengikuti pembelajaran PJM 3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan serta bimbingan yang amat baik untuk membantu kami bagi menyiapkan tugasan ini.

Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang turut berkongsi maklumat untuk menyiapkan tugasan ini dengan sebaik yang mungkin. Mudah-mudahan kita semua akan sentiasa dilimpahi rahmat dan dilindungi oleh Allah SWT di dalam usaha kita untuk memartabatkan ilmu dan pendidikan di negara kita.

Anda mungkin juga menyukai