Anda di halaman 1dari 27

1.

PENGENALAN. Lontar peluru merupakan salah satu acara padang yang dipertandingkan

dalam kebanyakan perjumpaan olahraga. Penyertaan bagi acara ini agak meluas dan ianya disertai oleh peserta lelaki dan perempuan. Teknik lontarannya telah diperbaiki dan disesuaikan dari semasa ke semasa bagi menjamin kelicinan dan peningkatan dalam lontarannya. Begitu juga dengan kaedah latihan untuk peserta yang mengambil bahagian dalam acara ini, turut ditingkatkan termasuk penekanan terhadap jenis, latihan, tempoh latihan aktivitiaktiviti sampingan, serta pemakanan. Atlit yang berbadan tinggi dan sasa biasanya mempunyai kelebihan dalam acara lontar peluru. Ketinggian tubuh membolehkannya melepaskan peluru itu dari sudut paras yang agak tinggi berbanding dengan atlit yang rendah. Badan yang sasa dan tegap juga akan memberikan dasar / tapak yang agak stabil dalam gerakan melontar. Lontar peluru juga merupakan acara yang memerlukan kekuatan dan kemahiran tertentu bagi menghasilkan jarak yang baik. Pelontar peluru harus mampu mengenal pasti dan mengaplikasi teknik dan gaya lontaran yang baik yang diperolehi melalui latihan bersistem di bawah pengawasan jurulatih khusus untuk acara ini. Acara lontar peluru memerlukan peserta yang mempunyai struktur fizikal yang tegap di samping kecekapan mengimbang badan dengan baik untuk memastikan jarak yang maksimum.

2.0

SEJARAH LONTAR PELURU.

Mengikut sejarah, aktiviti melontar batu telah dijadikan pertandingan bermula pada abad ke-19. Orang Scotland dan Ireland telah dianggap sebagai golongan pertama yang mencipta acara lontar peluru, berdasarkan pertandingan melontar batu yang mereka lakukan ketika itu. Bagaimanapun, acara lontar peluru tidak dapat diterima sebagai acara sukan di kedua-dua buah negara ini. Setelah diperkenalkan di Amerika Syarikat, acara lontar peluru telah mendapat sambutan dibeberapa kejohanan sukan olahraga. Sebagai sebuah negara yang mengambil berat tentang kegiatan sukan, Amerika Syarikat telah menganggap kegiatan sukan sebagai sangat menarik, dan akhirnya menjadi acara olahraga yang dipertandingkan. Dari sini, bermulalah sejarah baru bagi acara lontar peluru. Pada ketika ini, peluru diperbuat daripada besi seberat 16 paun. Beberapa peraturan yang berkaitan dengan kawasan lontaran telah dicipta. Pada mulanya kawasan lontaran berbentuk segi empat sama denganukuran 7 kaki x 7 kaki. Dengan ini, acara lontar peluru telah diperkenalkan ke negara-negara lain seperti Greek. Acara ini telah diterima untuk dipertandingkan di Sukan Olimpik moden tahun 1896. Malah bentuk kawasan lontaran ini terus digunakan untuk Sukan Olimpik pada tahun1900 dan 1904. Pada tahun 1909, bentuk kawasan telah ditukar kepada bentuk bulatan yang berdiameter 7 kaki, dengan bahagian hadapan tempat melakukan lontaran diletakkan papan yang seakan-akan penanda, yang terdapat pada kawasan lontaran seperti yang diguna pakai sekarang. Namun begitu, tiada peraturan yang tetap berhubung teknik melontar peluru.

3.0

PERALATAN DAN KELENGKAPAN. Lontar peluru adalah merupakan satu acara lontaran dalam sukan

olahraga. Acara ini menggunakan peralatan tertentu dan di dalam kawasan khas yang disediakan di kawasan yang bebas daripada sebarang gangguan dan halangan. Dalam melaksanakan acara ini, peserta serta pegawai pertandingan harus memberikan perhatian pada aspek keselamatan sama ada kepada peserta itu sendiri ;peserta lain mahupun orang ramai. Oleh itu beberapa perkara perlu dititikberatkan sebelum memulakan acara lontar peluru.

3.1

FIZIKAL PELURU. Peluru diperbuat daripada besi, tembaga atau logam yang tidak

kurang lembutnya. Bentuknya mesti bulat dan mempunyai permukaan yang licin. Saiz dan berat peluru berbeza-beza mengikut peringkat peserta dan jenis pertandingan. Berat peluru bagi peserta dewasa lelaki ialah 7.265 kg manakala berat peluru untuk peserta wanita ialah 4.005 kg. Berat peluru untuk peserta remaja ialah 4.000kg. Berat peluru untuk murid sekolah pula bergantung pada umur mereka. Perbezaan berat ini adalah bagi memudahkan lontaran mengikut keupayaan seseorang peserta berdasarkan peringkat umur mereka. Ukuran diameter peluru untuk peserta lelaki ialah 110 hingga 130 mm, manakala untuk peserta perempuan ialah 95 hingga 110 mm.

3.2

KAWASAN LONTARAN. Kawasan lontaran peluru disediakan khas bagi membolehkan

setiap peserta melakukan lontaran. Kawasan ini berbentuk bulat dan dipagari oleh garisan sekelilingnya setebal 5 cm. Saiz bulatan ini ialah 2.135 meter pada diameternya yang diukur dari sebelah luar garisan. Pada bahagian hadapan bulatan lontaran dipasang papan penahan untuk menentukan sama ada kaki peserta menyentuh atau pun melepasi papan penahan yang akan mengakibatkan lontarannya batal. Pada bagahian tengan bulatan lontaran disediakan satu garisan lurus yang merentangi dan membahagikan bulatan ini kepada dua bahagian selari dengan kawasan pendaratan peluru dihadapannya. Peserta hendaklah membuat lontaran dari dalam bulatan tanpa memijak garisan yang mengelilingi bulatan.

Kawasan lontaran

3.3

KAWASAN PENDARATAN. Satu kawasan khas hendaklah disediakan bagi membolehkan

peluru yang dilontar mendarat atau dijatuhkan. Kawasan ini hendaklah bebas daripada sebarang gangguan dan dirintangi oleh dua garisan lurus yang ditandakan pada sudut 40odi tengah bulatan lontaran. Setiap lontaran yang dilakukan peserta hendaklah jatuh di dalam kawasan tersebut. Sekiranya peluru terjatuh diluar kawasan yang dipagari maka lontaran itu dianggap batal. Oleh itu peserta hendaklah memastikan setiap lontaran hendaklah mendarat di dalam kawasan yang dikhaskan.

3.4

PITA PENGUKUR Pita ini digunakan untuk mengukur jarak lompatan yang dibuat oleh

peserta. Ukuran dibuat dari titik tengah bulatan tetapi bacaan hanya diambil dari papan penanda hingga kesan tempat peluru mendarat. Peserta yang mencapai jarak yang paling jauh menerusi lontaran yang sah dikira pemenang.

3.5

CARA MENGUKUR JARAK LONTARAN Jarak lontaran diukur dari kesan peluru di kawasan mendarat

sehingga ke bahagian dalam penahan atau garis bulatan. Hujung pita ukur ditempatkan pada bahagian kesan peluru yang paling dekat dengan bulatan lontaran. Pita ukur ditarik sehingga di tengah bulatan. Bacaan pita yang bertemu dengan bahagian dalam penahan akan menunjukkan bacaan lontaran.

4.0

PRINSIP ASAS MELONTAR PELURU. Gaya melontar Parry OBrien adalah kurang sesuai bagi pelajar sekolah

rendah sekiranya mereka tidak mempunyai kaki yang kuat. Di samping itu acara ini terlalu teknikal dan memerlukan koordinasi yang tinggi. Justeru itu adalah memadai sekiranya para pelajar hanya diajar cara berdiri dan melontar dan cara melungsur ke belakang sebagai suatu usaha untuk memenuhi kehendakkehendak pelajaran Pendidikan Jasmani. Para pelajar seharusnya membina kesedaran bahawa melontar memerlukan pergerakan yang icin dan koordinasi seluruh anggota badan dan bukan setakat menolak dengan tangan sahaja.

5.0

FASA PERGERAKAN MELONTAR PELURU. Fasa-fasa atau peringkat pergerakan melontar peluru biasanya terdiri daripada yang berikut: 1. Pegangan peluru 2. Lakuan sedia 3. Lungsuran 4. Kilasan badan 5. Lontaran Pulihan

5.1

KAEDAH PEGANGAN PELURU. Cara memegang peluru perlu diberikan keutamaan oleh peserta.

Terdapat dua cara memegang peluru yang lazim digunakan iaitu Gaya Tiga Jari dan Gaya Lima Jari. 5.1.1 Gaya Tiga Jari.

Peluru diletakkan pada pangkal tiga jari tengah dan di atas ibu jari. Jari kelingking agak bengkok dan berada di samping peluru. Jari-jari agak renggang. Kaedah ini sesuai bagi individu yang mempunyai jari-jari yang kuat.

Gaya Tiga Jari


7

5.1.2 Gaya Lima Jari.

Semua jari digunakan untuk mengawal peluru yang terletak pada pangkal jari. Ibu jari digunakan sebagai penyokong dan pengawal dari sebelah rusuk. Teknik ini disyorkan untuk murid sekolah rendah. Peserta tidak boleh memegang peluru di tapak tangan. Ini merupakan satu kesalahan biasa yang dibuat oleh kebanyakan peserta yang baru belajar melontar peluru.

Gaya Lima Jari

Cara memegang peluru.

6.0

TEKNIK MELONTAR PELURU Terdapat beberapa teknik yang boleh digunakan untuk melontar peluru. Diantaranya ialah : a) Teknik berdiri dan melontar (tanpa lungsuran) b) Teknik lontaran sisi c) Teknik O Brien d) Teknik membelakangi kawasan lontaran (step-back) e) Teknik melungsur selangkah

6.1

Teknik berdiri dan melontar.

Untuk mendapat pergerakan tangan dan bahu yang betul, boleh dilakukan dengan teknik berdiri sebagai satu latihan. Berikut adalah cara lontaran dalam teknik berdiri:

1. Berdiri

dengan

luas

kaki

lebih

kurang

30

cm,

tangan

memegang peluru di bawah dagu sehingga bersentuhan dengan tengkuk. Siku tangan yang memegang peluru hendaklah keluar dan mendatar. 2. Pusingkan sedikit arah ke kanan dan bawakan tangan kiri menyilang ke kanan. 3. Bawakan kembali tangan kiri dengan cepat ke arah kiri manakala kaki dilurus dan peluru di tolak keluar. 4. Tangan diluruskan mengikut arah lontaran peluru manakala tangan kiri membantu mengimbangkan tangan.

Gerakan dalam teknik berdiri.

Cara melontar peluru secara berdiri.

Lakuan sedia mengilas badan lontar

10

6.2

Teknik lontaran sisi.

Peserta boleh menggunakan teknik sisi badan ini sama ada dari sisi kanan atau sisi kiri. Peserta perlu berdiri secara mengereng dengan mana-mana sisi badannya menghadap ke kawasan pendaratan lontaran. Ini bermakna bahagian hadapan peserta mengarah pada sudut 90 0 bulatan lontaran. Teknik lontaran ini adalah seperti berikut:

1.

Berdiri dengan kedudukan kaki selangkah ke belakang dari garisan tengah bulatan lontaran. Tentukan kedudukan peluru adalah selesa dan kaki kanan di angkat.

2.

Letakkan kaki kiri pada gelanggang dan pusingkan sedikit bahu ke hadapan.

3. 4.

Luruskan kaki kiri dan bersedia untuk membuat lontaran. Pusingkan tapak kaki kanan dan angkat tumit serta tolak peluru keluar.

Gerakan dalam teknik lontaran sisi.

11

6.3

Teknik membelakangi kawasan lontaran (step-back).

Teknik ini merupakan gaya yang lebih maju dan mempunyai kelebihannya jika dapat dipelajari dan diaplikasikan. Langkah-langkah di dalam teknik ini ialah :

1. Mulakan dengan membelakangi arah membuat lontaran. 2. Bongkokkan badan dan lutut kanan serta luruskan kaki kiri di belakang. 3. Kaki kiri diangkat sedikit. 4. Turunkan kaki kiri berhampiran dengan papan penahan di dalam kawasan lontaran. 5. Tolak peluru keluar dengan kuat.

Gerakan dalam teknik membelakangi lontaran sisi.

12

6.4

Teknik pemindahan (OBrien).

Teknik ini merupakan teknik yang digunakan oleh atlit-atlit di peringkat tinggi yang mempunyai kemahiran melontar yang tinggi serta berpengalaman luas dalam pertandingan melontar peluru. Cara untuk melakukan teknik OBrien adalah seperti berikut :

1. Berdiri dengan

membelakangi arah

lontaran dan

kaki kanan

bersentuhan dengan garis belakang. 2. Bongkokkan badan dan angkat kaki kiri serta rapatkan dengan kaki kanan. 3. Mulakan langkah dengan kaki kanan. 4. Bongkokkan lutut kanan dan ayunkan tangan kiri keluar. 5. Pusingkan bahu dan pinggang. Tolak serta lepaskan peluru dengan kuat. 6. Lakukan lajakan ayunan dengan memindahkan berat badan ke hadapan dan imbangkan dengan tangan kiri.

Gerakan dalam teknik pemindahan OBrien


13

6.4.1 Lakuan sedia.

Pelontar berdiri membelakangkan arah lontaran. Kaki bebas diangkat ke atas sambil bahagian badan dibongkokkan ke hadapan sehingga hampir selari dengan tanah.

6.4.2 Lungsuran.

Sebaik sahaja badan condong ke hadapan dan berat badan dirasa di atas kaki kanan, pergerakan melungsur dilakukan. Lungsuran ini dibuat dengan kaki kanan dijengketkan ke belakang. Serentak dengan pergerakan ini, kaki kiri ditendang ke bahagian hadapan bulatan. Badan pelontar ketika ini masih di dalam keadaan condong.

14

6.4.3 Kilasan badan.

Pada akhir pergerakan lungsuran dan apabila kaki bebas (kaki kiri) telah bertapak di belakang papan penahan, badan mula mengilas ke atas dan ke hadapan. Lungsuran dan kilasan badan hendaklah dilakukan sebagai satu pergerakan yang terus menerus supaya tidak menjejaskan pengumpulan daya untuk membuat lontaran.

Mengilas badan

Melontar ikut lajak pulihan

15

6.4.4 Lontaran, ikut lajak dan pulihan.

Lontaran.

Apabila kilasan badan selesai, kaki yang melungsur menolak dengan kuat sehingga badan terangkat dan melentik. Pergerakan ini hendaklah disusuli dengan pergerakan menolak yang bermula dengan menggunakan bahagian bahu diikuti pula dengan tangan yang memegang peluru. Tangan mengikut peluru sejauh yang boleh dan kaki mestilah digunakan untuk menahan dengan kuat. Kedua-dua belah kaki mesti bersentuhan dengan tanah semasa peluru dilontar.

Pulihan.

Sebagai langkah mengelakkan pelontar daripada kehilangan keimbangan dan terjatuh di kawasan hadapan selepas melepaskan peluru, pergerakan pulihan hendaklah dilakukan jika perlu. Pergerakan ini merupakan sebahagian daripada pergerakan ikut lajak. Langkah pulihan ini dilakukan dengan membawa kaki kanan ke hadapan bulatan dan pada masa yang sama kaki kiri digerakkan ke belakang secara tergantung untuk membantu imbangan badan.

Kedudukan kaki
16

7.0

ASPEK PENTING DALAM LONTAR PELURU.

7.1

Cara memegang dan menempatkan peluru pada bahu harus dilakukan dengan betul sebelum gerakan ke belakang dimulakan.

7.2

Gerakan berjingkit (shift) ke belakang jangan dilakukan terlalu tinggi, iaitu lakukan seberapa rendah yang boleh.

7.3

Semasa

membuat

gerakan

meluncur

ke

belakang,

peluru

hendaklah berada di bahu dan siku tangan sentiasa di belakang peluru. Selepas peluru lepas dari bahu, pandangan hendaklah ditumpukan kearah sudut lontaran. 7.4 Dari permulaan hingga peluru lepas dari tangan, tangan kiri hendaklah selalu diangkat, iaitu pada paras dada. Diperingkat sebelah kiri dapat dikurangkan. 7.5 Pada saat peluru akan ditolak sehingga ia jatuh di tanah, pandangan hendaklah ditumpukan kepada peluru. Semasa

pergerakan awalan, iaitu semasa meluncur, pandangan hendaklah membelakangi arah lontaran.

17

8.0

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN.

8.1

Peluru hendaklah dipegang dengan tapak tangan dan disokong oleh jari serta menyentuh rongga tulang selangka berhampiran leher.

8.2 8.3

Peluru ditolak dari kedudukan atas bahu. Peserta diberikan enam kali percubaan lontaran sekiranya jumlah peserta tidak melebihi lapan orang.

8.4

Peserta yang melakukan lontaran paling jauh dikira sebagai pemenang.

8.5

Lontaran hendaklah dibuat dalam bulatan atau kawasan lontaran dan peluru mesti mendarat di dalam kawasan mendarat. Lontaran yang keluar dari kawasan mendarat dikira batal.

Lontaran yang sah dan lontaran yang batal.

18

8.6

Peserta tidak dibenarkan meninggalkan kawasan lontaran sebelum peluru mendarat.

8.7

Peserta dibenarkan keluar dari sebelah belakang bulatan lontaran. Sekiranya peserta keluar dari sebelah hadapan, lontaran itu akan dibatalkan.

8.8

Peserta tidak dibenarkan memijak atau menyentuh papan penanda semasa membuat lontaran.

8.9

Terdapat empat orang pengadil yang terlibat iaitu pengadil pertama menentukan cara dan kedudukan peluru, pengadil kedua

mengawasi kedudukan kaki peserta, pengadil ketiga dan keempat mengawasi tempat peluru mendarat.

Kedudukan pengadil.

19

9.0

PERATURAN ASAS ACARA LONTAR PELURU. Peserta hendaklah memulakan lontarannya di dalam bulatan.

Peluru mestilah dilontar melalui atas bahu dengan menggunakan sebelah tangan sahaja. Peserta dibenarkan menyentuh di bahagian dalam lengkungan atau papan penahan. Peserta boleh menghentikan percubaan melontar yang telah dimulakannya dengan meletakkan peluru di dalam bulatan, berdiri tegak semula dan memulakan percubaan yang baru. Gangguan seperti ini dibenarkan sekali sahaja dalam setiap pusingan. Peluru yang dilontar mestilah mendarat dalam kawasan garis sector. Selepas peluru mendarat, peserta dikehendaki keluar dari bulatan melalui bahagian belakang bulatan. .

20

10.0

LAKUAN YANG MEMBATALKAN LONTARAN.

Melontar di luar bulatan

Menyentuh bahagian atas lengkungan besi atau papan penahan

Selepas melontar, menyentuh mana mana bahagian kawasan melontar dengan mana-mana bahagian badan.

Semasa melontar peluru dipegang jauh dari tempat yang sepatutnya.


21

11.0

RUMUSAN.

Acara lontar peluru ini adalah acara yang memerlukan kemahiran yang khusus jika seseorang individu itu ingin melibatkan diri di dalam sukan ini. Sebagai acara pertandingan, lontar peluru lebih sesuai bagi pelajar sekolah menengah. Walau bagaimanapun, asas melontar peluru boleh diperkenalkan kepada para pelajar sekolah rendah. Cara pengajaran dan latihan hendaklah disesuaikan dengan kemampuan kumpulan pelajar yang diajar.

22

Aksi melontar peluru


23

Visual acara melontar peluru.


24

REFLEKSI.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga, sahabat-sahabat Baginda danseterusnya kepada semua saudara.Bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya akhirnya dapat juga saya menyiapkan tugasan olahraga ini dengan baik djayanya mengikut masa yang telah ditetapkan. Walaupun terdapat halangan dan rintangan namun akhirnya segala kesusahan dan kepayahan itu dapat diatasi berkat dari kesabaran dan kerajinan saya untuk menyiapkan tugasan ini.

Pada semester ini saya telah berpeluang untuk mengikuti kursus olahraga. Saya telah didedahkan kepada beberapa acara balapan dan juga acara padang. Saya telah diberi pendedahan tentang asas-asas larian, teknik permulaan larian, acara lari berpagar, acara lompat jauh, acara lompat tinggi, dan lontar peluru. Banyak ilmu baru yang telah saya perolehi dan dapat diaplikasi di sekolah untuk mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Asas-asas ini amat penting terutamanya kepada murid sekolah rendah untuk mengelakkan berlakunya sebarang kecederaan.

Saya telah memilih tajuk Lontar Peluru sebagai tugasan pada kali ini. Oleh kerana pensyarah telah memberi penerangan dan tunjuk cara untuk acara lontar peluru, saya telah mengambil peluang yang ada untuk mendalami lagi tentang acara ini. Saya juga telah berkesempatan untuk membuat praktikal mengenai permainan ini semasa sesi kuliah dijalankan. Dengan adanya praktikal dan melakukan sendiri, ianya lebih jelas dan tidak tertumpu kepada cara pembelajaran dengan hanya mendengar sahaja. Dengan ini juga kita akan lebih ingat dan mudah untuk melaksanakannya. melaksanakan tugasan olahraga yang diberikan oleh pensyarah Sepanjang iaitu Encik

Varugheese Chacko, banyak pengetahuan dan ilmu yang bermanfaat telah saya
perolehi.
25

Hasil daripada tugasan yang disediakan saya dapati acara lontar peluru ini adalah satu acara yang sangat menarik. Saya telah mengetahui dengan lebih jelas lagi tentang sejarah lontar peluru, peralatan dan kelengkapan, fasa pergerakan melontar peluru, teknik melontar peluru, undang-undang dan peraturan melontar peluru, dan lakuan yang boleh membatalkan lontaran. Sebagai seorang guru, tugasan ini dapat menolong saya untuk mendalami ilmu olahraga dan sangat berguna untuk diaplikasi di sekolah. Selain itu dapat membantu saya meningkatkan pengetahuan tentang ilmu yang berkaitan dengan olahraga terutamanya acara melontar peluru. Saya juga dapat mempelajari cara-cara yang betul untuk mengajar dan melatih murid dalam acara melontar peluru. Saya juga mempelajari latihan-latihan ansur maju yang boleh membina kecekapan dan stamina murid untuk mengikuti sesuatu acara olahraga.

Pada keseluruhannya, tugasan ini sangat berguna untuk diaplikasikan di sekolah. Dengan adanya ilmu yang bermanfaat ini saya tidak lagi teragak-agak untuk menyampaikan semula ilmu yang diperolehi kepada anak-anak murid saya terutamanya ketika diberi tanggungjawab untuk menjadi guru Pendidikan Jasmani atau melatih murid untuk acara sukan tahunan.

26

RUJUKAN.

Ahmad Wafi (1996). Olahraga Padang. Kuala Lumpur: Goodmark Enterprise. Helen Ten (1996) Manual Olahraga. Selangor : Penerbit Junjuara Publications. Lontar Peluru, diperoleh pada 13 Mac, 2013, daripada

http:www.scribd.com/doc/4853339/Lontar-Peluru Lontar Peluru, diperoleh pada 15 Mac, 2013, daripada

www.scribd.com/doc/22973747/lontar-peluru. Lontar-Peluru, diperoleh pada 20 Mac 2013, daripada

http://www.scribd.com/doc/22973747/lontar-peluru. Olahraga:Acara-acara padang Jilid ii, Karisma Publications, 2006 Teng Boon Tong (2001). Panduan Pengajaran Olahraga Kursus Diploma Perguruan Malaysia. Selangor: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

27

Anda mungkin juga menyukai