Anda di halaman 1dari 15

TAJUK KAJIAN KEBERKESANAN KAEDAH INKUIRI PENEMUAN DALAM PENGAJARAN SAINS TAHUN 6 TOPIK PENCEMARAN ALAM SEKITAR

DISEDIAKAN OLEH LOK TECK JIE

NAMA SEKOLAH : SEKOLAH RENDAH JENIS KEBANGSAAN CINA , 78100 LUBOK CHINA, MELAKA.

Kandungan Isi kandungan 1.0 Pendahuluan - Refleksi pengalaman yang lalu 2.0 Fokus Kajian / Isu Keprihatinan - Tinjau dan Analisis Masalah 3.0 Tinjauan Literatur 4.0 Objektif Kajian / Soalan Kajian 5.0 Kumpulan Sasaran 6.0 Tindakan Yang Dicadangkan - Perancangan Tindakan - Perancangan Cara Mengumpul Data 9, 10 10, 11 5, 6, 7 8 8 3, 4 Muka surat 3

- Perancangan Cara Menganalisis Data 11, 12, 13 7.0 Jadual Pelaksanaan & Anggaran Kos Kajian 8.0 Senarai Rujukan 14 14 15

1.0 Pendahuluan Semasa saya mengajar Sains tahun 6 di sekolah, saya dapati pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh saya untuk mengajar murid di sekolah kurang berkesan. Saya menggunakan kaedah pengajaran berpusatkan guru untuk mengajar di sekolah. Selepas saya belajar pengajaran sains sekolah rendah di IPG kampus Pulau Pinang, saya dapati kaedah pengajaran berpusatkan murid lebih menyeronok dan berkesan berbanding dengan kaedah pengajaran berpusatkan guru. Kaedah pengajaran berpusatkan murid dengan menggunakan kaedah pendekatan inkuiri penemuan memberi peluang kepada murid untuk terlibat secara langsung. Pembelajaran melalui inkuiri menyediakan pelajar mempunyai kemahiran penyelesaian masalah. Murid akan didedahkan dengan pembelajaran yang melibatkan proses meneroka kehidupan secara semula jadi dan akan menggalakkan penyoalan , melakukan penyiasatan dan melakukan eksperimen untuk mendapatkan pengetahuan baru. Pembelajaran ini menyediakan satu situasi yang efektif kepada murid di sekolah. Sebelum ini, murid hanya mendengar apa yang diajar oleh saya dan tidak diberi peluang untuk menanya soalan kerana saya mengamalkan pengajaran secara autokratik. Murid kelihatan tidak berminat terhadap mata pelajaran sains dan sukar memahami konsep yang diajar oleh saya terutamanya dalam topik pencemaran alam sekitar sains tahun 6. Masalah di atas perlu diatasi oleh saya sebelum saya mengajar mata pelajaran sains bertopik pencemaran alam sekitar tahun 6 pada tahun hadapan. Maka saya mengambil tindakan menjalankan kajian tindakan terhadap kaedah inkuiri penemuan berdasarkan teori konstruktivisme untuk mengkaji

keberkesanan kaedah inkuiri penemuan dalam meningkatkan pengetahuan dan minat murid terhadap pencemaran alam sekitar. 2.0 Fokus kajian / Isu keprihatinan Semasa saya mengajar mata pelajaran sains tahun 6 topik pencemaran alam sekitar, saya dapat memerhati murid kurang minat dan kurang memahami topik ini, murid menganggap bahawa semua bahan buangan boleh dihapuskan dengan cara membakar dan menanam sahaja. Akan tetapi bukan semua bahan buangan boleh dihapuskan dengan cara membakar dan menanam sahaja. Bahan
3

buangan seperti plastik, bahan logam dan kaca tidak boleh dihapuskan dengan cara membakar dan menanam sahaja. Murid sukar memahami dan tidak percaya bahawa plastik, bahan logam dan kaca boleh digunakan semula tanpa menghapuskannya. Kesedaran ini penting bagi murid untuk meningkatkan pengetahuan murid tentang pencemaran alam sekitar. Murid akan diberikan pendedahan awal tentang isu pencemaran alam sekitar, saya akan bertanya soalan mengenai kesan pencemaran alam sekitar. Murid akan berusaha mencari maklumat berkaitan pencemaran sekitar dengan menggunakan bantuan internet, bahan bacaan buku dan majalah. Selepas murid mencari jawapan murid mengumpul maklumat dan membentangkan di depan kelas. Dengan memahami kesan pencemaran alam sekitar, murid akan sedar betapa pentingnya alam sekitar terhadap kehidupan alam flora dan fauna di dunia ini. Secara tidak langsung mereka akan berfikir cara untuk melindungi alam sekitar supaya bebas dari pencemaran. Murid akan lebih bersedia dan minat untuk mempelajari cara

mengurangkan pencemaran alam sekitar. Sebelum itu, murid tidak sedar bahawa dengan pengetahuan yang mereka ada untuk menghapuskan bahan buangan boleh menyebebkan pencemaran alam sekitar. Murid diberi ujian pra oleh saya untuk menguji keberkesanan kaedah inkuiri penemuan. Murid dikehendaki menjawab soalan ujian pra berdasarkan pengalaman sedia ada mereka. Selepas itu, murid dikehendaki mencari bahan buangan yang boleh dikitarkan semula dan cara mengelaskan bahan buangan dengan betul. Murid akan mencarikan maklumat sendiri. Jika murid menghadapi kesukaran mencari maklumat, murid boleh dibimbing oleh saya. Saya akan cuba menjawap soalan yang ditanya oleh murid. Saya melaksanakan kaedah inkuiri penemuan yang menggalakkan murid bertanya soalan. Selepas itu murid diberi peluang untuk melakukan eksperimen untuk mengenalpasti cara yang digunakan untuk menghapuskan bahan buangan berkesan atau tidak. Akhirnya, keputusan murid dinilai dengan lebaran kerja dan ujian yang diberikan oleh guru. Keputusan ujian dan lembaran kerja yang diberi dibandingkan dengan keputusan ujian pra.

3.0 Tinjauan literatur Dengan menggunakan kaedah inkuri penemuan dalam P&P, Konstruktivisme memberi penekanan kepada tingkah laku pelajar (hand on) serta menekankan aktiviti mental (minds on) pelajar. Koswer ElectroChem akan dibangunkan dan memberikan penekanan aktiviti hands on dan minds on. Berdasarkan koswer yang menerapkan teori konstruktivisme, pelajar telah mempunyai idea tersendiri mengenai kejadian suatu fenomena sebelum melalui proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar akan membina reality mereka sendiri atau mentafsir reality berasaskan persepsi pengalaman mereka ( Good & Brophy, 1990). Teori

Pembelajaran melalui inkuiri menyediakan pelajar mempunyai kemairan penyelesaian masalah. Pelajar akan didedahkan dengan pembelajaran yang melibatkan proses meneroka kehidupan secara semulajadi dan akan

menggalakkan penyoalan , melakukan penyiasatan dan melakukan eksperimen untuk mendapatkan pengetahuan baru. Pembelajaran ini menyediakan satu situasi yang efektif kepada pelajar (Onyancha, Armour & Endrizzi, 2006).

Menurut Meyer (2005), National Science Education Standards juga menyatakan tentang inkuiri didalam sains. Pernyataan National Science Education Standards adalah seperti berikut:

Students at all grade levels and in every domain of science should have the opportunity to use scientific inquiry and develop the ability to think and act in ways associated with inquiry, including asking questions, planning and conducting investigations, using appropriate tools and techniques to gather data, thinking critically and logically about relationships between evidence and explanations, constructing and analyzing alternative explanations, and communicating scientific arguments

Berdasarkan pernyataan National Science Education Standards pelajar perlu diberi peluang memperkembangkan kemahiran berfikir dan bertindak dengan menggunakan inkuiri. Pendekatan inkuri melibatkan pertanyaan soalan,

merancang dan menjalankan eksperimen dengan menggunakan alatan dan teknik yang sesuai untuk mengumpul data.

Sains sebagai inkuiri-penemuan mementingkan murid mempelajari kemahiran proses sains seperti pemerhatian, membuat inferens dan

mengeksperimen. Guru sains mesti melibatkan murid dalam inkuiri-penemuan dengan memberi peluang kepada pelajar untuk bertanyakan soalan,

menerangkan kejadian, menguji idea sedia ada dan berkomunikasi tentang apa yang dipelajari (Thangevola et al, 2002). National Science Teachers Association Amerika Syarikat mencirikan inkuiri-penemuan sebagai: Berkolaborasi dan menukar maklumat untuk mencari jawapan

(Collaborating and exchanging information while seeking solutions). Membina konsep dan perkaitan daripada data empirikal (Developing concepts and relationships from empirical data).

Menurut Abu Hassan et al (2005), secara am, inkuiri bermaksud proses mencari dan menyiasat maklumat atau fenomena atau masalah yang berlaku disekeliling, membina hipotesis, merekabentuk eksperimen, mengumpul data dan membuat kesimpulan untuk menyelesaikan masalah secara bersistem. Dengan kata lain, proses inkuiri melibatkan usaha untuk mencari kebenaran, maklumat atau pengetahuan melalui kaedah penyoalan.

Inkuiri-penemuan merupakan satu proses yang aktif terlibat dalam pemikiran sains, penyiasatan dan membina pengetahuan. Guru-guru

mempercayai, melalui inkuiri pelajar dapat mengembangkan sikap saintifiik and kemahiran saintifik mereka. Selain daripada itu, pendekatan ini juga

membolehkan pelajar menguasai konsep sains dengan berkesan (Thangevola et al, 1990). Suchmann (1996), telah memperkenal program Inquiry Development yang membolehkan pelajar menguji teori sendiri dan menyedari proses pembelajaran kendiri yang berlaku. Dengan cara ini, pelajar dpat memupuk sikap ingin tahu, membina keyakinan diri dan mempunyai konsep sains yang kukuh. (Dari http://eprints.utm.my/26230/1/Teori%20Konstuktivisme%20dan%20Pendekatan% 20Inkuiri.pdf)

Jadual 3: Kekerapan Jenis Bahan yang Dikitar Semula dan Diguna Semula
Jenis Bahan Sisa dapur / Makanan Perabot Permainan kanak-kanak Pakaian Bekas plastik Tin aluminium Besi keluli Kaca Kertas Jumlah Dikitar Semula (%) 14 (1.2) 31 (2.8) 26 (2.3) 30 (2.7) 274 (24.4) 273 (24.3) 139 (12.4) 120 (10.7) 215 (19.2) 1,122 (100) Diguna Semula (%) 15 (2.2) 42 (6.1) 40 (5.8) 95 (13.9) 276 (40.3) 70 (10.2) 30 (4.4) 82 (12.0) 35 (5.1) 685 (100)

Dipetik dari Journal UTHO

4.0 Objektif kajian / Soalan kajian Objektif umum Meningkatkan pengetahuan murid terhadap pencemaran alam sekitar. Objektif khusus 1. Meningkatkan pemahaman murid terhadap pencemaran alam sekitar melalui kaedah inkuiri penemuan. 2. Meningkatkan minat murid terhadap pencemaran alam sekitar. 3. Mengenalpasti keberkesanan kaedah inkuiri penemuan dalam meningkatkan pengetahuan dan minat murid terhadap pencemaran alam sekitar. Persoalan kajian 1. Adakah kaedah inkuiri penemuan dapat meningkatkan pemahaman murid terhadap pencemaran alam sekitar? 2. Adakah melalui kaedah inkuiri penemuan ini dapat meningkatkan minat murid terhadap pencemaran alam sekitar? 3. Adakah kaedah inkuiri penemuan ini berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran Sains? 5.0 Kumpulan sasaran Kumpulan sasaran ialah guru yang mengajar sains di tahun 6 dan seramai 5 orang murid tahun 6K yang terdiri daripada 1 orang Cina, 3 orang Melayu dan seorang India.

6.0 Tindakan yang dicadangkan 1.Perancangan Tindakan (i) Aktiviti guna lagu Menyanyi lagu merupakan kaedah didik hibur yang boleh menarik minat murid belajar. Murid yang sudah jemu membaca atau malas membaca cenderung untuk mengingat lagu lebih daripada membaca buku teks. Secara tidak langsung menyanyi boleh menarik minat murid belajar sains dengan perasaan ceria dan gembira. Murid tidak akan berasa bosan apabila menyanyi lagu. Pelaksanaan Aktiviti 1 - Nyanyian (melodi - London Bridge is falling down) Guru memaparkan lirik lagu Guru menyanyi diikuti oleh murid

Warna coklat letak kaca,X3

Warna biru letak kertas,X3

Warna jingga letak plastik, aluminium dan keluli.X3

Guru menanya soalan murid cuba menjawab soalan. Contohnya guru bertanya kaca patut letak di tong sampah berwarna apa ? Kemudian murid akan ingat kembali apa yang dinyanyi oleh mereka dan cuba menjawab soalan yang dikemukakan.

(ii) Aktiviti eksperimen Aktiviti ini dijalankan di luar kawasan kelas, contohnya murid diberi bahan buangan seperti plastik, kaca dan logam. Ketiga-tiga bahan buangan ini dibakar murid memerhati perubahan yang terdapat pada bahan buangan itu. Selepas itu, murid dikehendaki mencatat keputusan yang didapat dan tulis laporan. Murid yang bakar plastik akan terhidu bau yang tidak menyenangkan. Pada masa ini, guru akan membimbing mereka mencari maklumat gas yang dibebaskan. Murid akan temui
9

bahawa gas beracun dikeluarkan boleh mencemarkan alam sekitar. Guru akan cuba menjawab soalan yang dikemukakan oleh murid. Maka kaedah inkuiri penemuan dapat dijalankan dengan lancar. Murid akan lebih ingat apa yang diajar oleh saya jika melakukan eksperimen. Murid juga dapat belajar kemahiran proses sains secara langsung

menggunakan kaedah memerhati. Akhirnya murid akan kaitkan pengetahuan yang sedia ada dengan pengetahuan baru yang ditemui. Hasil objektif guru juga dapat dicapai.

(iii) Aktiviti lembaran kerja Lembaran kerja diberikan kepada murid sebaik sahaja mereka selesaikan eksperimen yang dibuat. Lembaran kerja diberikan kepada murid bertujuan menguji tahap penguasaan murid terhadap topik yang diajar. Murid yang lemah akan dibimbing oleh guru dan lakukan aktivit pemulihan untuknya. Manakala murid yang cemerlang akan diberikan aktiviti pengayaan untuk mengukuhan lagi penguasaan murid dalam topik ini.

2. Perancangan Cara Mengumpul Data a) Kaedah Ujian bertulis - Ujian Pra Cara pelaksanaan : I. Guru akan menyediakan satu set soalan ujian pra kepada murid berkenaan topik pencemaran alam sekitar untuk menguji tahap penguasaan murid. II. III. Guru mengagihkan soalan ujian pra kepada murid untuk menjalankan pengujian. Guru akan menjalankan analisis dan interprestasi ke atas skema soalan murid supaya faham dengan masalah pembelajaran murid dalam kelas.

b) Kaedah Pemerhatian Aspek yang diperhatikan menyeluruh, meliputi aspek kognitif, afektif dan psikomotor yang melibatkan juga faktor-faktor bahan dan persekitaran. Cara pelaksanaan: I. Guru menjalankan P&P inkuiri penemuan di dalam kelas.
10

II. III.

Setiap pergerakan dan tingkah laku murid dicatatkan dalam senarai semak. Guru menjalankan analisis tentang kesesuaian kaedah inkuiri penemuan berdasarkan senarai semak.

c) Kaedah Soal Selidik Satu sampel kumpulan soalan yang digunakan untuk mendapatkan maklum balas tentang sesuatu perkara. Digunakan untuk menguji keminatan murid dan keberkesanan aktiviti P&P dalam kelas : Cara pelaksanaan: I. Selepas pengajaran, guru meminta setiap murid mengisi boring soal selidik yang diagihkan oleh guru. II. Setiap murid dalam kelas bebas membuat penilaian mereka tanpa paksaan dari guru supaya data yang diperolehi mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. III. Guru menjalankan penilaian dan pentaksiran ke atas boring soal selidik dengan menggunakan perisian komputer (SPSS).

d) Kaedah Ujian Bertulis - Ujian Pasca Selepas beberapa hari temubual, satu lagi ujian bertulis (ujian pasca) diberikan kepada murid untuk menguji keberkesanan pengajaran kaedah P&P inkuiri penemuan terhadap topik yang sama iaitu pencemaran alam sekitar. Murid diberikan masa yang cukup seperti ujian pra untuk menjawab soalan berdasarkan pemahaman mereka. Markah peratusan akan dikumpulkan murid akan dikumpulan untuk tujuan

menganalisis data. Cara pelaksanaan: I. Satu set ujian bertulis akan dibina dan digunakan untuk menguji tahap pemahaman murid selepas pengajaran topik pencemaran alam sekitar. II. Guru menjalankan analisis ke atas keputusan ujian pasca dan membandingkan keputusan prestasi ujian pra sebelum kaedah inkuiri penemuan . III. Berdasarkan prestasi murid, guru membuat kesimpulan ke atas keberkesanan kaedah P&P guru. 3. Perancangan Cara Menganalisis Data a) Analisis Ujian Bertulis Ujian Pra
11

Langkah-langkah menganalisis dan menginteprestasi data ujian pra: I. Selepas tanda semua set soalan ujian pra murid, markah peratusan mesti susun mengikut turutan untuk kerja menganalisis data. II. Segala permarkahan akan mengikut peratusan dan dimasukkan ke dalam perisian kumputer (SPSS) untuk menjalankan kerja menganalisis data. III. Satu graf taburan min akan dihasilkan dan guru harus menjalankan interprestasi data ke atas taburan tersebut supaya pastikan kesan pengaruh P&P lama ke atas cara pembelajaran murid. IV. Seterusnya, guru perlu menjalankan analisis ke atas JSU soalan untuk mencari masalah pembelajaran murid yang dihadapi. Bilangan kekerapan kesalahan yang dilakukan oleh murid ke atas satu soalan yang sama merupakan masalah pembelajaran yang biasa dihadapi oleh murid dan soalan itu merupakan kes persoalan yang boleh disiasat semasa sesi perbincangan nanti.

b) Analisis Pemerhatian Langkah-langkah menganalisis dan menginteprestasi data kaedah pemerhatian: I. Guru menjalankan analisis ke atas senarai semak dan menjumlahkan senarai soalan yang menunjukkan sikap positif dan negatif murid semasa P&P. II. Berdasarkan bilangan kekerapan menganalisiskan sama ada murid minat dengan kaedah P&P inkuiri penemuan ataupun sebaliknya. III. Guru menganalisiskan senarai semak sekali lagi untuk membuat reflaksi mengubahsuai kaedah P&P supaya bersesuaian dengan minat murid pada sesi pengajaran yang seterusnya pada masa depan.

c) Analisis Soal Selidik Langkah-langkah menganalisis dan menginteprestasi data ujian pra: I. Guru memberikan borang soal selidik sebaik sahaja waktu pembelajaran sains tamat. II. Selepas murid memberikan maklum balas dan mengisi boring soal selidik, maka borang dikutip dan sedia menjalankan kerja-kerja menganalisis data. III. Pilihan murid dimasukkan ke dalam perisian komputer (SPSS) mengikut soalan untuk menjalankan penyusunan dan pemprosesan data. IV. Taburan min dan sisihan piawai akan terbentuk mengikut setiap soalan dalam soal selidik dan guru menjalankan kerja menginteprestasikan data.
12

V.

Guru memastikan item atau soalan yang mempunyai min yang tinggi dan sisihan piawai yang rendah. Jika keseluruhan menunjukkan keputusan ayng baik, maka aktiviti P&P dalam kelas ada berkesanan dan diminati oleh murid.

VI.

Guru menginteprestasikan sekali data untuk mengenalpasti soalan yang mempunyai min yang rendah dan melakukan reflaksi mengubahsuai aktiviti P&P mengikut keminatan murid dalam kelas.

d) Analisis Ujian Bertulis Ujian Pasca Langkah-langkah menganalisis dan menginteprestasi data ujian pasca: I. Selepas tanda semua set soalan ujian pasca, markah peratusan mesti susun mengikut turutan untuk kerja menganalisis data seterusnya. II. Segala permarkahan akan mengikut peratusan dan dimasukkan ke dalam perisian kumputer (SPSS) untuk menjalankan kerja menganalisis data. III. Satu graf taburan min akan dihasilkan dan guru harus menjalankan interprestasi data ke atas taburan tersebut supaya pastikan kesan pengaruh P&P inkuiri penemuan ke atas cara pembelajaran murid. IV. Guru membuat perbandingan keputusan ujian pra (sebelum P&P inkuiri) dan keputusan ujian pasca (selepas P&P inkuiri) secar kasar dan secara terpelinci untuk melihat kesesuaian dan keberkesanan kedua-dua kaedah untuk memudahkan pemilihan P&P yang bersesuaian dengan cara pembelajaran murid zaman sekarang. V. Seterusnya, guru perlu menjalankan analisis ke atas JSU soalan bagi ujian pasca untuk mencari masalah pembelajaran murid yang dihadapi. Bilangan kekerapan kesalahan yang dilakukan oleh murid ke atas satu soalan yang sama merupakan masalah pembelajaran yang biasa dihadapi oleh murid dan soalan itu merupakan persoalan yang boleh disiasat semasa P&P pada masa yang akan datang.

13

7.0

Jadual Pelaksanaan & Anggaran Kos Kajian : Bagi usaha untuk menjamin kualiti kerja saya, saya menyediakan satu

jadual pelaksanaan untuk kajian saya ini.


Bulan Minggu 1.) Ujian pra 2.)Pemerhatian di kelas 3.)menganalisis senarai semak 4.)Menjalankan soal selidik 5.) Menganalisis dan Menginteprestasi Data soal selidik 6.) Menyedikan semula soalan ujian pos 7.) Ujian pos bermula 8.) Menganalisis dan menginterprestasi data ujian pos 9.) Membuat dan kaji Semula kaedah P&P 10.) Refleksi 11.) Bibiografi Jadual Pelaksanaan Kajian Tindakan Jan 2 2014 3 Feb 6 2014 8 Mac 10 2014 12

11

Anggaran kos kajian BIL JENIS BAHAN KUANTITI HARGA SEUNIT JUMLAH KOS 1. Kertas A4 1 rim RM 10.00 RM 10.00 2. Printer Cartridge 1 unit RM 50.00 RM 50.00 3. Fotostat bahan dan Fail pengurusan RM 20.00 Jumlah=RM80.00
14

8.0 Rujukan / Bibiografi Adrianus Nasar. (2011). Pendekatan inkuiri penemuan dalam pengajaran Sains. Retrieved from http://wwwpojokfisikauniflor.blogspot.com/2011/02/pendekataninkuiri-dalam-pembelajaran.html Azura yeob. (2013). Pendekatan inkuiri penemuan dan kemahiran proses sains. Retrieved from http://cikguzurasksr.blogspot.com/2013/04/pendekatan-inkuiripenemuan.html Fatimah Bte Hishamuddin. (2013). Teori Konstuktivisme dan Pendekatan Inkuiri. Retrieved from http://eprints.utm.my/26230/1/Teori%20Konstuktivisme%20dan%20Pendekatan %20Inkuiri.pdf Norkhairulnisama. (2013). Metodologi .Retrieved from http://www.efka.utm.my/thesis/images/4MASTER/2004/3JGP/Part1/NORKHAIR ULNISAMA031042D03TT3A.doc Liew Yin Fen. (2005). Kajian Peninjauan Keberkesanan Pusat Kitar Semula di Johor Bahru Tengah. Retrieved from http://www.efka.utm.my/thesis/images/3PSM/2005/4JKAS/Part1/liewyinfen00073 0d05ttt.pdf

15

Anda mungkin juga menyukai