Anda di halaman 1dari 2

Faktor-faktor adat resam perkahwinan kesemua etnik semakin dilupakan dan tidak diamalkan

Pada zaman modenisasi ini, adat resam tradisional perkahwinan semakin dilupakan and tidak diamalkan terutama di kalangan pemuda-pemuda yang berusia berkahwin. Hal ini demikian kerana perkahwinan secara moden sangat mudah dan hanya perlu mengeluarkan wang yang mencukupi untuk memastikan majlis perkahwinan dapat berjalan dengan lancar. Masyarakat kini juga mengamalkan cara hidup yang lebih moden dan mereka tidak mampu menyediakan tenaga dan masa yang lama untuk menguruskannya sendiri. Masyarakat kini secara subjektifnya merupakan golongan yang terdiri daripada professional dan berkerjaya. Kebanyakan mereka menyerahkan persiapan majlis perkahwinan sepenuhnya kepada pihak tertentu seperti penyediaan makanan dan kelengkapan perkahwinan. Ini disebabkan oleh faktor kekanggan masa dan memerlukan tenaga kerja yang banyak untuk mengelolakannya Segelintir kumpulan juga berpendapat bahawa perkahwinan cara tradisional sudah ketinggalan zaman. Ada adat yang tidak praktikal langsung untuk di amalkan lagi. Antaranya amalan atau budaya membayar tol sebelum menaiki pelamin. Amalan ini dikatakan hanya menyusahkan pihak pengantin lelaki yang kebarangkaliannya berasal daripada keluarga yang sederhana. Selain itu, amalan ini juga mampu menjadi punca pada terbatalnya sesuatu perjanjian yang telah diadakan. Sesetengah orang juga mengatakan bahwa amalan ini jika terus di amalkan seolah-olah menunjukkan perbezaan status yang boleh mengaibkan pihak pengantin yang perlu membayar tol tersebut. Selain itu, pengaruh dari budaya luar terutama budaya barat merupakan factor utama yang menyebabkan golongan pemuda masa kini melupakan and tidak mengamalka adat resam

tradisional yang diwarisi secara turun-temurun. Masyarakat kini terlalu obses dengan perkahwinan cara barat seperti mengadakan majlis perkahwinan secara besar besaran di hotel dan juga dewan terkemuka. Mereka percaya bahawa dengan cara ini mereka dapat menjimatkan masa dan tenaga kerja untuk menjayakan majlis perkahwinan itu. Kekurangan pendedahan mengenai adat berpantun dan cara-cara menghasilkan pantun spontan yang tinggi nilai estetika budayanya juga merupakan salah satu factor yang menyumbangkan masalah ini. Hal ini berikutan kerana masyarakat kini lebih terpengaruh dengan hiburan berbentuk moden dan mereka menganggap adat berpantun merupakan hiburan klasik lama yang sukar lagi untuk dipraktikkan dalam sesuatu majlis perkahwinan. Di samping itu, adat berpantun ini menyusahkan dan melambatkan masa bagi sesuatu majlis perkahwinan. Secara konklusinya, tradisi perkahwinan Melayu harus dipelihara dan diamalkan supaya generasi akan datang tidak akan lupa kepada adat dan asal usul bangsa diri sendiri yang menjadi peneraju kepada tamadun-tamadun yang lain di negara kita.

Anda mungkin juga menyukai