Pengurusan biasiswa: - Meneliti pekeliling daripada Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri dan pihak penaja (cth.: Yayasan Pahang) untuk memastikan syarat dipatuhi. - Menyimpan rekod pemegang biasiswa mengikut jenis dan tingkatan. - Mengedarkan borang biasiswa kepada pelajar mengikut kriteria dan tempoh tawaran. - Menyemak permohonan, menentukan tarikh penghantaran, membuat penilaian dan perakuan. - Memastikan bantuan biasiswa dibankkan dan diagihkan dengan segera. - Menyemak daftar pemegang biasiswa mengikut tingkatan setiap semester. - Memberitahu ibu bapa/ penjaga pelajar yang mendapat biasiswa.
Prestasi pemegang biasiswa:
- Memastikan pemegang biasiswa mengisi surat aku janji (salinan fail/ salinan penjaga) - Menyemak prestasi pemegang biasiswa dan menyampaikan laporan kepada Penolong Kanan HEM. - Menghantar surat amaran kepada ibu bapa bagi pemegang biasiswa yang prestasi akademik dan sahsiahnya merosot.
Menentukan semua pemegang biasiswa mempunyai akaun simpanan (tanpa
kad) di Bank Simpanan Nasional/ CIMB/ bank yang berkenaan.
Menentukan daftar buku/ rekod penerimaaan cek/ baucer di pejabat.
Mewujudkan borang kawalan pengeluaran dan penggunaan wang biasiswa.
Memastikan semua buku akaun pemegang biasiswa disimpan di pejabat