Anda di halaman 1dari 8

Segala bantuan dari sahabat sekalian didahului dengan ucapan terima kasih.

Semoga ALlah juga yang dapat membalas kebaikan


tuan-tuan sekalian.

Hukum Mengeluarkan Zakat Fitrah Dengan Wang


Dimasukkan oleh IbnuNafis Label: Soal Jawab Ibadah

Penulis : Ustaz Abu Zahrah

Entri ini adalah untuk memenuhi permintaan seorang


pengunjung al-Fanshuri yang e-mail kepada ambo bertanyakan mengenai membayar
zakat dengan nilaian wang yang diamalkan di tempat kita. Ambo bukannya ahli untuk
menjawab persoalan ini, ambo sekadar mendatangkan pendapat-pendapat atau fatwa
yang telah dikeluarkan oleh alim-ulama atau pihak berkuasa yang berfatwa.

Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal


Ugama Islam Malaysia Kali Ke-57, bertarikh 10 Jun 2003.

Kategori: Zakat
Tajuk: Penentuan Zakat Fitrah Seluruh Malaysia

Keputusan:
a) Harga zakat fitrah bagi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia adalah berdasarkan
harga setempat yang ditetapkan oleh BERNAS bagi beras Super Tempatan Gred A
mengikut timbangan satu gantang Bagdhdad bersamaan 2.60kg.

b) Harga zakat fitrah bagi negeri-negeri Sabah dan Sarawak adalah berdasarkan harga
setempat yang ditetapkan oleh BERNAS, masing-masing bagi beras Vietnam White
Rice bagi negeri Sabah dan Thai White Rice bagi negeri Sarawak mengikut
timbangan satu gantang Baghdad iaitu bersamaan 2.70kg

Oleh: Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam
Malaysia Kali Ke-57
Tarikh Keputusan: 10 Jun 2003
Tarikh Muzakarah: 10 Jun 2003 hingga 10 Jun 2003

Fatwa ini menunjukkan bahwa pihak pemerintah Malaysia yang mazhab rasminya
adalah Mazhab Syafie telah menerimapakai pendapat bahwa membayar zakat fitrah
dengan nilaian wang adalah dibolehkan.

Di dalam kitab Mustika Hadits, Jilid Ketiga terbitan JAKIM, dinyatakan: Tersebut di
dalam kitab al-Itsaarah (‫)االيثارة‬, karangan Shohibul Fadhilah Dato’ Haji Mahmud
Ghazali bin ‘Abdullah, Mantan Mufti Negeri Selangor [menjadi mufti sekitar tahun 1968
– 1973, beliau kemudiannya kembali ke Perak dan menjadi Mufti Perak dari tahun 1977
- 1981], terbitan Majlis Agama Islam Selangor:

Berdasarkan hadits yang lalu, zakat fitrah WAJIB dikeluarkan dari jenis
makanan utama [asasi] penduduk sesebuah negeri, dan ini menjadi
pegangan dalam mazhab Syafie (kecuali adanya dharurat, atau
diperintahkan oleh pihak yang berkuasa, maka diHARUSkan membayarnya
dengan wang sebagai ganti makanan – beras), seperti yang sedang di’amalkan
oleh jabatan-jabatan agama Islam di Malaysia, kerana memudahkan urusan
pemungutan zakat fitrah dan pembahagiannya [pengagihannya]. Masalah ini
dihuraikan di dalam kitab al-Itsaarah [Al-Ithaarah Pada Huraian Hukum-hukum Zakat
dan Fitrah] seperti berikut:
Berfitrah dengan wang:

(a) Membayar fitrah dengan wang adalah TIDAK SAH mengikut MAZHAB
SYAFIE jika diniatkan wang menjadi zakat fitrah seperti diniatkan “Wang
ini fitrah yang wajib atasku, bagi diriku dan orang-orang
tanggunganku”. Tetapi HARUS digantikan makanan dengan wang dan
hendaklah diniatkan seperti berikut: “Wang ini ialah ganti beras fitrah
yang wajib atasku, bagiku dan (orang-orang) tanggunganku – pada
tahun ini".

(b) Berfitrah dengan wang sebagai ganti beras (makanan) adalah HARUS
dalam mazhab Syafie tetapi LEBIH AFDHAL dengan makanan. Di dalam
mazhab Hanafi pula lebih afdhal dengan harga daripada makanan.

Didalam mazhab kita Syafie yang mengharuskan ialah;

 Kerana dharurat
 Kerana diperintahkan oleh raja (pemerintah) [menurut kitab al-Itharah, bahwa
keterangan mazhab Syafie tersebut ada dinyatakan dalam kitab Majmu’ Syarah
al-Muhazzab 5/431 dan keterangan mengenai mazhab Hanafi yang mengatakan:
Tiap-tiap benda yang harus disedekahkan maka haruslah dikeluarkan menjadi
bayaran ganti zakat – ada disebutkan dalam kitab al-Majmu’ (5:429). Dalam
kitab al-Itharah juga ada menyebutkan keterangan kitab al-Majmu’ (5:429)
bahawa dalil pihak yang mengharuskan zakat fitrah dengan harganya ialah hadits
yang disebut oleh Imam Bukhari ‫ رحمه هللا‬dengan tegas sebagai ulasan, bahawa
Sayyidina Muadz ‫رضي هللا عنه‬, semasa diutuskan oleh Rasulullah ‫صلى هللا عليه وآله وسلم‬
ke negeri Yaman sebagai pemungut zakat, ia telah meminta mereka membayar
zakat dengan kain keluaran negeri itu sebagai ganti gandum (kerana cara yang
demikian katanya bukan sahaja memberi kemudahan kepada pembayar-
pembayar zakat bahkan orang-orang miskin yang berhak menerima zakat di
Madinah juga memerlukan pakaian].

Pemerintah menghukumkan berfitrah dengan wang itu kerana beberapa sebab yang
bertujuan baik, di antaranya:

 Asnaf yang 8 terutama faqir dan miskin lebih suka menerima wang daripada
beras
 Menyimpan wang lebih selamat, sedang beras selain daripada menyusahkan
pihak pemerintah, pejabat agamadan memerlukan upah mengangkutnya – akan
rosak jika disimpan lama.

Fadhilatus Syaikh Dr. ‘Ali Jumaah, Mufti Mesir, ketika ditanya


mengenai membayar zakat dengan menggunakan wang, maka beliau mengatakan
ianya dibolehkan. Hal ini tersebut di dalam kitab beliau bertajuk al-Bayan al-Qawwim li
Tashih Ba’dhi al-Mafaahim [pertanyaan 27] dan al-Bayan Lima Yashghal al-Azhan
[pertanyaan 71].
Pertanyaan: Apakah boleh mengeluarkan (membayar) zakat fitrah dengan
menggunakan wang?

Jawaban: Boleh mengeluarkan (membayar) zakat fitrah dengan menggunakan wang.


Ini adalah pendapat segolongan para ‘ulama yang memandang sebagaimana itu adalah
pendapat segolongan tabi’in, antara lainnya:

 Imam Hasan al-Basri ‫ ;رضي هللا عنه‬diriwayatkan darinya, bahawa beliau berkata: ‫ال‬
‫“ بأس أن تعطي الدراهم في صدقة الفطر‬Tidak mengapa memberikan wang-wang dirham di
dalam membayar zakat fitrah.” (Diriwayat oleh Ibnu Abi Syaibah, Mushannaf Abi
Syaibah)

 Imam Abu Ishaq As-Subai’e, meriwayatkan dari Zuhair, bahawa beliau berkata,
Aku mendengar Imam Abu Ishaq berkata, “Aku berjumpa dengan mereka, dan
mereka memberikan wang-wang dirham pada membayar zakat fitrah dengan
senilai makanan.”

 Sayyidina ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz ‫ ;رضي هللا عنه‬meriwayatkan dari Waqi’ dari
Qurrah, bahawa beliau berkata, “Telah sampai kepada kami surat dari Khalifah
‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz ‫ رضي هللا عنه‬tentang zakat fitrah, satu sha’ (Satu Sha’
mengikut nilaian lama menyamai 5 1/3 rithil (‫‘ )الرطل‬Iraqi iaitu gantang Baghdad
atau dikenali sebagai 1 gantang Baghdad disini – abu zahrah) ke atas setiap
orang atau nilainya adalah setengah dirham.” (‘Abdurrazaq, Mushannaf
‘Abdurrazaq, vol. 2, hlm. 316 (5778))

 Dan, ini juga adalah mazhab ats-Tsauri, Imam Abu Hanifah dan Imam Abu
Yusuf.

Dan juga pendapat dari para ‘ulama Mazhab Hanafi. Pendapat inilah yang diamalkan
dan difatwakan di kalangan mereka pada setiap jenis zakat, kaffarah, nazar-nazar,
cukai, dan lain-lainnya. [Bada’i’ ash-Shana’i’ oleh al-Kasaani, 2/979 dan 980, cetakan
Zakaria ‘Ali Yusuf; dan al-Mabsuuth oleh as-Sarkhasi, 3/113 dan 114] Ini juga adalah
pendapat al-Imam an-Naashir dan al-MuayyadbilLah, dari kalangan para imam ahlul
bait mazhab az-Zaidiyyah. [al-Bahr az-Zakhkhar al-Jami’ li Madzahib ‘Ulama al-Amshar
oleh Ahmad ibn Yahya ibnal-Murtadha, 3/202 dan 203].

Dan, pendapat ini yang dikemukakan oleh Ishaq bin Rahawiyah dan Abu Tsaur kecuali
mereka berdua mengaitkannya dengan keadaan darurat, sebagaimana pendapat para
‘ulama ahlul bait yang lainnya. [as-Sail al-Jarrar ‘ala Hadaaiq al-Azhaar oleh Asy-
Syaukani, 2/ 86] Saya maksudkan boleh mengeluarkan nilai pada keadaan dharurat.
Dan mereka menjadikannya (membayar zakat fitrah dengan wang) termasuk di dalam
keadaan darurat, kerana Imam menuntut harta sebagai ganti apa yang telah ditegaskan
di dalam nash.

Ini juga merupakan pendapat sekumpulan ‘ulama dari mazhab Maliki seperti Ibnu
Habiib, Ashbagh, Ibnu Abi Haazim, Ibnu Dinaar, dan Ibnu Wahab, berdasarkan
pengambilan dari mereka yang berpendapat secara muthlak di dalam membolehkan
mengeluarkan nilai-nilai (harga) dalam zakat; mencakupi zakat harta dan zakat individu-
individu (zakat fitrah). Dan itu adalah berbeza-beza (yakni, tidak secara muthlak)
dengan pendapat yang mereka ambilkan daripada Ibnu Qasim dan Asyhab, bahawa
mereka berdua membolehkan mengeluarkan nilai harga pada zakat kecuali pada zakat
fitrah dan kaffarat sumpah.

Dan atas dasar ini jugalah, kami melihat bahawa terdapat segolongan besar para imam,
kalangan para tabi’in, dan para ahli feqah umat ini yang berpendapat bahawa tidak
mengapa dan boleh mengeluarkan nilai harga zakat fitrah di dalam bentuk wang.
Padahal ketika masa itu, sistem barter (pertukaran barang) masih lagi berlaku, dalam
erti deklarasi setiap barang layak sebagai media pertukaran, khususnya biji-bijian. Jadi,
sistem barter itu menjual gandum (al-qumh) dengan gandum (sya’ir), menjual bijian
(zarrah) dengan gandum (al-qumh), dan seterusnya. Adapun, pada masa sekarang ini,
media-media pertukaran sudahpun terhimpun pada mata wang sahaja, sehinggakan
kami berpandangan bahawa pendapat inilah yang lebih tepat dan lebih kuat. Bahkan,
kami mengira bahawa orang yang berbeza pendapat dengan pendapat ini dari
kalangan para ‘alim ‘ulama masa lalu, seandainya mereka menemui (berada pada)
masa kita sekarang, nescaya akan berpendapat sama dengan pendapat Imam Abu
Hanifah ‫رضي هللا عنه‬. Jelaslah di sini bagi kita, hal ini dari feqah mereka dan kekuatan
pandangan mereka.

Mengeluarkan zakat fitrah di dalam bentuk wang adalah lebih utama, kerana
memberikan kemudahan bagi orang yang faqir untuk membeli apa sahaja yang ia
inginkan pada hariraya kelak. Sebab, kadang-kadang dia tidaklah memerlukan beras,
tetapi lebih memerlukan kepada pakaian-pakaian, daging atau selain itu. Dengan
memberikan beras kepadanya, membuatkannya terpaksa berjalan jauh sekeliling untuk
mendapatkan orang yang ingin membelikan beras tersebut. Kadang-kadang dia harus
menjualkan beras itu dengan harga yang lebih murah daripada apa yang diperolehinya,
iaitu dengan harga yang sedikit daripada harga beras yang sebenar yang diperolehinya.
Ini semuanya di dalam keadaan mudah dan banyaknya beras yang beredar di sekitar
pasar-pasar. Adapun, pada keadaan yang sulit (susah) dan jarangnya beras di pasar-
pasar, maka membayar dengan benda adalah lebih utama daripada nilai harga kerana
menjaga kemaslahatan orang faqir. Prinsip dasar yang menjadi alasan disyariatkannya
zakat fitrah adalah kemaslahatan orang faqir dan mencukupkan keperluannya pada hari
di mana seluruh kaum muslimin bergembira pada saat itu.

Al-‘Allamah Ahmad bin Shiddiq al-Ghummari telahpun mengarang sebuah kitab tentang
masalah ini, dan memberikannya judul “Tahqiq Al-‘Amal fi Ikhraj Zakat Al-Fithri bi Al-
Mal.” Beliau merajihkan di dalam kitab tersebut pendapat ‘ulama dari Mazhab Hanafi
dengan dalil-dalil yang banyak dan tinjauan dari berbagai pendapat yang berbeza-beza
hinggalah mencapai kepada 32 pendapat. Oleh kerana itu, kami berpandangan
bahawa, pendapat mereka yang menyatakan untuk mengeluarkan nilai harga
zakatnya adalah kuat dan rajih. Dan itulah yang lebih utama pada masa sekarang
ini. Dan Alllah Ta’ala Maha Tinggi dan lagi Maha Mengetahui.

Pendapat yang mengharuskan pembayaran zakat fitrah dengan matawang ini juga
disetujui oleh ramai ulama kontemporari seperti Dr. Yusuf Qardhawi (di dalam kitabnya
Fiqh Zakat), Prof. Dr. Wahbah az-Zuhaili di dalam Fatawa al-Mu’ashirahnya, Dr.
Musthafa al-Khin dan Dr. Musthafa al-Bugha yang menjelaskan dalam kitab mereka al-
Fiqh al-Manhaji. Di dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji di sebutkan:

Di dalam mazhab Syafie, bahawa ianya tidak memadai jika dikeluarkan dengan nilaian,
bahkan mesti dikeluarkan makanan asasi bagi sesebuah negeri itu sendiri.
Walaubagaimanapun, tidak mengapa mengikut [bertaklid] mazhab Abu Hanifah
‫ رضي هللا عنه‬dalam masalah ini pada zaman sekarang, iaitu harus mengeluarkan
zakat fitrah dengan nilaian. Ini kerana pada hari ini mengeluarkan dengan nilaian
lebih memberi manfaat kepada orang faqir daripada makanan asasi dan lebih
dekat untuk mencapai matlamat yang diharapkan.

Pun begitu ...... bagi mereka yang masih berpegang pendapat yang di dalam mazhab
Syafie yang mengatakan bahawa zakat fitrah hanya sah dengan bahan makanan, maka
jalan keluarnya adalah dimana penerima zakat seperti orang faqir atau orang miskin
atau amil menyediakan beras sebanyak 1 gantang Baghdad, dan pembayar pula
membeli beras tersebut dari mereka dan seterusnya digunakan beras tersebut untuk
membayar zakat fitrah. Keadah ini masih terdapat di berapa kawasan ambo di Kedah.
Nak mudah lagi bayar zakat fitrah dengan beras terus kepada mereka yang layak
menerima zakat tersebut.

Sekian. Segala salah dan silap mohon dimaafkan dan diperbetulkan.

Al-Faqir Abu Zahrah al-Qedahi


Taman Seri Gombak
Sahur, 20 Ramadhan 1430H

Rujukan:

 e-Fatwa JAKIM
 Mustika Hadits, Jilid 3 (Edisi Jawi) oleh Syaikh ‘Abdullah bin Muhammad
Basmieh; Terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Kuala Lumpur
 Al-Bayan Lima Yashghal al-Azhan oleh Syaikh Dr. ‘Ali Jumaah, Mufti Mesir.
 Al-Fiqh al-Manhaji ‘ala Mazhab al-Imam asy-Syafie, Jilid 1; Terbitan Dar al-
Qalam, Dimasyq.

Sumber : Http://Al-Fanshuri.Blogspot.Com

Anda mungkin juga menyukai