Anda di halaman 1dari 15

Dapatan : Analisis dan Interpretasi Data

Penganalisisan data melibatkan aktiviti seperti mengatur, memimilih, menggabung dan


menjadualkan data yang telah dikumpulkan (Azizi Yahya, 2006).. data-data yang diperolehi
perlu dianalisis untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki. Data yang terkumpul ini
juga akan digunakan bagi menilai keberkesanan intervensi yang telah dijalankan selain
maklum balas daripada murid untuk penambahbaikan pada masa akan datang.
Dalam bahagian ini, saya akan memaparkan dapatan kajian yang telah diperoleh semasa
intervensi. Dalam tempoh ini saya menjalankan kajian tindakan terhadap responden-
redponden ini.
Rumus peratus digunakan untuk mendapatkan peratus markah yang dicapai oleh responden.
Data yang diperolehi ini dapat menjadi bukti kukuh bahawa penggunaan Teknik DATAR
dapat meningkatkan kemahiran membaca perkataan KVKV dalam kalangan murid masalah
pembelajaran khususnya responden yang dipilih.
Setelah data dianalisis dan dipersembahkan dalam bentuk-bentuk yang sesuai iaitu dalam
bentuk graf dan jadual, data-data tersebut perlu diinterpretasi bagi menjelaskan makna dan
menunjukkan implikasi dan kesannya. Dapatan kajian yang dikumpul adalah dalam bentuk
kuantitatif dan juga kualitatif iaitu dapat dianalisis secara statistik mudah dan di huraikan
secara diskriptif.
ANALISIS DATA AKTIVITI DATAR 1 (MENGENAL GAMBAR DAN MENYEBUT
PERKATAAN)
Menurut Lim Chong Hin (2007) dalam konteks penyelidikan kualitatif, penyelidik
memungut data dengan memerhati dan mendengar fenomena yang sedang berlaku di hadapan
matanya yang bertujuan untuk memahami perlaksanaan sesuatu tindakan, mengambil sikap
terbuka dan menemui perkara sebenar dalam kajian. Pemerhatian telah dijalankan terhadap
murid pada aktiviti DATAR 1. Setiap bahagian di dalam aktiviti dibahagikan kepada tiga sela
masa iaitu minit kesepuluh, minit kedua puluh dan seterusnya minit ketiga puluh iaitu 10
minit setiap bahagian. Pemerhatian dijalankan ketika sesi pengajaran dilaksanakan. Hasil
pemerhatian ini dikumpul dan direkodkan di dalam satu senarai semak (rujuk lampiran 1) .
Pemerhatian ini dijalankan sebanyak 2 kali pada aktiviti DATAR 1 iaitu pada sesi 1 dan sesi
2. Ini bertujuan untuk melihat peningkatan responden selepas intervensi dijalankan. Hasil
dapatan daripada senarai semak ini dianalisis melalui borang skor (rujuk lampiran 2). Skor
yang dicapai oleh responden akan disediakan dalam bentuk graf bagi melihat pencapaian
responden bagi sesi 1 san sesi 2 seperti di dalam graf 1. Setiap responden diberikan empat
gambar yang sama pada setiap aktiviti iaitu gambar bubu, buah duku, lala dan lada. Setiap
perkataan yang berkaitan dengan gambar yang disebut dengan betul akan mendapat skor
sebanyak 5 markah. Sekiranya kesemua perkataan disebut dengan betul, ianya akan
menghasilkan skor markah sebanyak 20 markah.
Graf 1 : SKOR KEMAHIRAN MEMBACA KVKV MENGIKUT MASA

Berdasarkan graf 1 menunjukkan bahawa responden X memperolehi skor sebanyak 15
daripada 20 markah penuh pada sesi pertama. Berdasarkan tahap penilaian yang telah
0
5
10
15
20
25
Responden X Responden Y
S
k
o
r

Responden
Sesi 1
Sesi 2
ditetapkan resonden X berada pada tahap baik (rujuk rubric pada lampiran 2) iaitu tahap yang
berada dalam lingkungan 15 hingga 20 markah. Skor sebanyak 15 meliputi 3 perkataan kvkv
yang betulberdasarkan gambar yang dapat disebut oleh responden X. Responden X dapat
menyebut perkataan bubu, lala dan duku hasil daripada melihat gambar tanpa
mempunyai tulisan atau perkataan. Namun begitu, responden X keliru terhadap gambar lada
dan responden X sering menyebut cabai bagi gambar lada. Tambahan pula, masa yang
diambil oleh responden X untuk menyebut perkataan kvkv berdasarkan gambar adalah
selama 30 minit. Ini membuktikan bahawa responden X belum dapat menyebut perkataan
berdasarkan gambar dengan betul mungkin dipengaruhi oleh amalan harian di rumah. Oleh
yang demikian sesi kedua telah dijalankan.
Pada sesi kedua, responden X telah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan iaitu
dengan memperoleh skor sebanyak 20 markah iaitu markah penuh. Berdasarkan pada tahap
penilaian yang telah ditetapkan, responden X berada pada tahap cemerlang apabila dapat
menyebut semua empat perkataan berdasarkan gambar iaitu lala, duku, bubu, duku. Masa
yang telah dicatatkan oleh respoden X untuk menyebut semua perkataan berdasarkan gambar
adalah selama 20 minit.
Selain itu, berdasarkan graf di atas menunjukkan responden Y telah memperoleh skor
sebanyak 20 markah iaitu markah penuh dan berada dalam tahap cemerlang pada sesi
pertama. Namun begitu, responden Y telah mengambil masa selama 30 minit untuk
menyebut semua perkataan kvkv berdasarkan gambar. Oleh yang demikian, pengkaji telah
menjalankan sesi kedua bagi melihat peningkatan kemahiran murid menyebut perkataan dari
aspek masa.
Semasa sesi kedua, responden Y telah memperoleh skor yang sama iaitu 20 markah penuh.
Peningkatan bagi responden Y dapat dilihat apabila responden Y dapat menyebut semua
perkataan kvkv berdasarkan gambar dengan betul pada minit ke 20. Ini menunjukkan
respoden X dan Y kemahiran menyebut perkataan berdasarkan gambar.
Seperti mana yang telah diceritakan di bab sebelum ini, pengkaji turut menggunakan kaedah
analisis lembaran kerja untuk mengumpul data. Data yang diperolehi adalah melalui
instrumen lembaran kerja yang diberikan kepada responden semasa melaksanakan aktiviti
DATAR 1 ini. Lembaran kerja yang mempunyai empat soalan telah diberikan kepada
responden X dan Y adalah untuk melihat tahap kefahaman murid setelah melaksanakan
aktiviti DATAR 1 . Soalan yang diberikan ialah berfokuskan kepada pengecaman gambar.
Responden perlu membulatkan gambar yang sama pada lembaran kerja. (rujuk lampiran 3).
Dapatan skor murid yang telah dianalisis melalaui lembaran kerja telah dikumpul dengan
menggunakan skor peratus (rujuk lampiran 4). Peratusan markah yang telah diperolehi oleh
responden telah dipindahkan ke dalam bentuk graf 2 seperti di bawah
Graf 2 : Skor kemahiran mengecam gambar

Berdasarkan graf bar di atas, pada sesi pertama responden X telah memperolehi 50% markah
bagi lembaran kerja yang pertama. Responden X telah berjaya menjawab dua daripada empat
soalan dengan betul. Pengkaji mendapati ketika responden X menjawab soalan lembaran
0% 20% 40% 60% 80% 100% 120%
Responden X
Responden Y
Skor
R
e
s
p
o
n
d
e
n

Sesi 2
Sesi 1
kerja yang diberi, pengkaji dapati terdapat sedikit kekeliruan ketika responden ingin
membulatkan gambar yang sama. Responden X agak keliru dengan gambar yang
menunjukkan lala dan duku. Malah responden X juga telah membulatkan kesemua
gambar tanpa mengira persamaan antara gambar tersebut. Selain itu, sikap reponden X agak
terburu-buru juga menyebabkan responden X memberikan jawapan yang salah. Oleh yang
demikian pengkaji sekali lagi telah memberikan lembaran kerja yang sama kepada responden
X untuk melihat sejauhmana peningkatan terhadap soalan yang diberikan.
Pada sesi kedua, responden X dilihat lebih fokus dalam menjawab soalan. Responden X telah
berjaya menunjukkan peningkatan dengan mendapat markah sebanyak 75%. Markah 75% ini
menunjukkan responden telah berjaya menjawab tiga daripada empat soalan dengan betul.
Hal ini dapat dilihat apabila murid berjaya membulatkan tiga gambar yang sama pada
lembaran kerja. Namun begitu, reponden X masih lagi membuat kesilapan dengan
membulatkan gambar lala bagi mewakili lada.
Seterusnya, soalan lembaran kerja turut diberikan kepada responden Y apabila dapatan
menujukkan responden Y berjaya mendapat peratusan sebanyak 75% iaitu menjawab tiga
daripada empat soalan dengan betul pada sesi pertama seperti yang ditunjukkan pada graf 2.
Hal ini menunjukkan, responden Y hanya mempunyai satu kesalahan sahaja. Responden Y
dilihat belum dapat mengenal pasti gambar lala. Kekeliruan antara gambar lala dengan
bubu menyebabkan responden Y tidak dapat membulatkan gambar yang betul.
Usaha yang berterusan bagi sesi kedua telah membuahkan hasil apabila responden Y telah
berjaya mendapatkan peratusan yang tertinggi iaitu 100%. Hal ini menunjukkan, responden Y
dapat menjawab kesemua soalan yang diberikan dengan betul. Peratusan yang tinggi ini jelas
membuktikan bahawa responden Y dapat mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari ketika
intervensi yang dijalankan semasa menjawab soalan lembaran kerja.
Kesimpulannya, kedua-dua responden dapat menyebut perkataan kvkv berdasarkan gambar
yang diberikan dengan baik kerana graf pelaksanaan sesi kedua aktiviti DATAR 1 telah
menunjukkan peningkatan yang positif serta responden telah mencapai tahap yang cemerlang
iaitu skor markah 30 dan mendapat peratusan sehingga 100% pada lembaran kerja. Hal ini
menunjukkan aktiviti DATAR 1 membantu responden dalam menyebut perkataan melalui
pengecaman gambar terlebih dahulu sebelum pelaksanaan aktiviti DATAR 2 dan DATAR 3.
Peningkatan pemahaman responden dalam aktiviti DATAR 1 telah memudahkan pengkaji
untuk menjalankan aktiviti seterusnya.

ANALISIS DATA DATAR 2 (MEMADANKAN SUKU KATA KV DAN MENYEBUT
PERKATAAN KVKV)
Aktiviti DATAR 2 ini melibatkan setiap responden untuk memadankan suku kata kv menjadi
perkataan kvkv serta menyebutnya. Setiap responden diberikan perkataan kvkv yang sama
iaitu sebanyak empat perkataan. Bagi menganalisis data dalam aktiviti DATAR 2 ini pengkaji
telah menggunakan senarai semak perhatian.(rujuk lampiran 5). Hasil dapatan senarai semak
telah dipindahakn ke dalam bentuk graf 3.di bawah.






Graf 3 : Skor kemahiran memadan perkataan dan mebyebut

Berdasarkan graf 3 di atas telah menunjukkan bahawa responden X pada sesi pertama hanya
mencapai tahap BAIK iaitu memperolehi skor markah sebanyak 10 markah. Hal ini
menunjukkan bahawa responden X hanya mampu menyebut dua perkataan kvkv dengan
menggabungkan suku kata kv menjadi perkataan kvkv dalam masa 30 minit. Responden X
didapati keliru antara suku kata bu dengan du. Oleh yang demikian responden X sering
melakukan kesilapan semasa menggabungkan suku kata kvkv. Sebagai contoh, responden X
menggabungkan suku kata du dengan bu untuk menghasilkan perkataan bubu. Selain itu,
responden X juga dilihat agak kelam kabut semasa memutarkan suku kata kv dan
menggabungkannya menjadi perkataan kvkv. Oleh itu, responden X telah menghasilkan
perkataan kvkv dengan gabungan suku kata kv yang salah. Sebagai contoh, responden X
tidak fokus semasa mencari suku kata kv dengan betul seperti perkataan yang diberi ialah
lala tetap menjadi lada.
Walaubagaimanapun, pada sesi kedua aktiviti ini, responden X telah meunjukkan usaha yang
bersungguh-sungguh dan bersemangat untuk menghasilkan perkataan kvkv yang betul.
Peningkatan positif dapat dilihat pada graf 3 di atas iaitu responden X telah mencapai skor
0
2
4
6
8
10
12
14
16
18
20
Responden X Responden Y
S
k
o
r

Responden
Sesi 1
Sesi 2
sebanyak 15 markah iaitu berada pada tahap CEMERLANG. Malah, responden X hanya
mengambil masa selama 20 minit untuk menghasilkan dan menyebut tiga perkataan kvkv
dengan betul. Antara perkataan kvkv yang dipadankan dengan betul ialah lala, lada dan
bubu. Manakala, responden X masih lagi keliru antara duku dengan buku. Hal ini jelas
menunjukkan peningkatan murid dalam menyebut perkataan kvkv walaupun responden X
tidak berjaya memadankan dan menyebut kesemua perkataan kvkv dengan betul.
Pelaksanaan aktiviti diteruskan kepada responden Y. Semasa sesi pertama, responden Y
menunjukkan kesungguhan dan berjaya mencapai markah skor sebanyak 15 markah iaitu
berada pada tahap CEMERLANG. Bagi sesi pertama, responden Y telah menunjukkan
respon positif iaitu mampu mencapai tahap CEMERLANG pada minit ke 20. Hal ini
menunjukkan responden Y telah berjaya memadankan suku kata kvkv menjadi perkataan
kvkv sebanyak tiga perkataan dengan betul. Antara perkataan yang dapat dipadankan dengan
betul ialah bubu, lala dan duku. Manakala bagi perkataan lada, responden Y masih
keliru untuk memadankan suku kata kvkv yang sesuai untuk menghasilkan perkataan lada.
Sesi kedua dilaksanakan untuk melihat peningkatan responden Y dalam aktiviti DATAR 2.
Setelah diulang sebanyak dua kali, responden Y menunjukkan prestasi yang membanggakan
apabila responden Y telah mencapai tahap CEMERLANG iaitu dengan skor markah penuh
sebanyak 20 markah. Malah, responden Y berjaya memadankan kesemua suku kata kv
menjadi perkataan kvkv dengan betul pada minit ke 20. Hal ini jelas membuktikan responden
Y memahami dan mampu menguasai kesemua perkataan kvkv dalam masa yang singkat
berbanding responden X yang telah mengambil masa selama 30 minit tetapi hanya tiga
perkataan sahaja yang betul.
Seterusnya, lembaran kerja turut diedarkan untuk melihat kefahaman murid terhadap aktivti
DATAR 2 ini (rujuk lampiran 6). Hasil dapatan lembaran kerja ini dikira dalam bentuk
peratus (rujuk lampiran 4). Secara lebih jelas lagi, pengkaji telah mempamerkan hasil dapatan
lembaran kerja ke dalam bentuk graf 4 di bawah.
Graf 4 : Skor kemahiran memadankan suku kata dan menyebut perkataan

Berdasarkan graf 4 di atas responden X mendapat peratusan yang agak rendah iaitu 25%. Hal
ini menunjukkan responden X hanya mampu menjawab satu soalan daripada empat soalan
dengan betul pada sesi pertama. Responden X hanya mampu memadankan suku kata la
dengan la menjadi lala. Manakala tiga perkataan lain tidak dipadankan dengan betul.
Peratusan ini menunjukkan responden X tidak dapat memadankan suku kata kv menjadi
perkataan kvkv pada lembaran kerja walaupun responden X dapat memadankannya semasa
aktiviti dijalankan. Hal ini berkemungkinan, responden X kurang memahami arahan pada
lembaran kerja tersebut.
Seterusnya, pengkaji mencuba sekali lagi dengan memberikan lembaran kerja yang sama
pada sesi kedua. Hasil peratusan pada sesi kedua menunjukkan peningkatan iaitu sebanyak
50%. Responden berjaya memadankan suku kata kv menjadi perkataan kvkv dengan betul
sebanyak dua daripada empat perkataan dengan bantuan guru. Bimbingan yang diberikan
oleh guru telah membantu responden untuk menyelesaikan tugasan lembaran kerja ini dengan
0%
10%
20%
30%
40%
50%
60%
70%
80%
Responden X Responden Y
S
k
o
r

Responden
Sesi 1
Sesi 2
baik dan diharapkan pelaksanaan lembaran kerja yang seterusnya responden X dapat
melakukannya tanpa bimbingan.
Tujuan lembaran kerja diedarkan adalah untuk mengukur tahap pencapaian responden bagi
setiap pelaksanaan aktviti dan jelas membuktikan responden Y berjaya menjawab dua soalan
dengan memadankan suku kata kv menjadi perkataan kvkv. Merujuk pada graf 4 jelas
menunjukkan pada sesi pertama, responden Y mencatatkan peratus sebanyak 50%. Selain itu,
hasil semakan lembaran kerja responden Y telah membuktikan bahawa responden Y juga
tidak memahami arahan yang diberikan dan hal ini menyebabkan responden tidak dapat
melakukan tugasan dengan baik. Responden Y hanya berjaya memadankan suku kata kv
yang menghasilkan perkataan kvkv iaitu lala dan bubu.
Walaupun peratusan responden Y kurang memberangsangkan, namun kesungguhan reponden
Y telah menghasilkan peratusan yang agak tinggi iaitu sebanyak 75% pada sesi kedua dengan
soalan yang sama. Hasil semakan lembaran kerja telah membuktikan responden Y sudah
menguasai tiga perkataan kvkv dengan betul. Tambahan pula, tugasan yang dilaksanakan
tidak memerlukan bimbingan daripada guru.

ANALISIS DATA DATAR 3 (MEMADANKAN SUKU KATA DAN GAMBAR,
MENYEBUT PERKATAAN KVKV)
Aktiviti DATAR 3 ini melibatkan setiap responden untuk memadankan suku kata kv menjadi
perkataan kvkv bersama-sama gambar dan menyebut perkataan tersebut. Setiap responden
masih lagi diberi empat perkataan yang sama iaitu bubu, lala, lada dan duku. Bagi
menganalisis data untuk aktiviti DATAR 3 ini, pengkaji masih lagi menggunakan senarai
semak pemerhatian iaitu dengan menggunakan merekod masa yang diambil untuk
menyudahkan aktiviti (rujuk lampiran 7). Hasil dapatan senarai semak ini dipindahkan ke
dalam borang skor untuk melihat pencapaian responden sama ada berada pada tahap
LEMAH, SEDERHANA, BAIK, atau CEMERLANG (rujuk lampiran 2). Bagi
memastikan hasil dapatan lebih jelas, pengkaji telah memindahkan skor markah ke dalam
bentuk graf bar di bawah.
Graf 5 : Skor kemahira memadankan suku kata dan gambar serta menyebut perkataan

Berdasarkan graf 4 di atas jelas menunjukkan responden X berjaya mendapat skor sebanyak
15 iaitu pada tahap CEMERLANG pada sesi pertama. Setiap satu soalan mewakili 5
markah. Ini menunjukkan responden X dapat memadankan 3 perkataan kvkv berserta gambar
dalam masa 20 minit sahaja. Kelemahan responden dalam memadankan gambar bubu
bersama perkata buku menyebabkan responden X tidak mendapat markah penuh iaitu 20
markah. Hal ini kerana, responden X bukan sahaja keliru, malah responden X tidak dapat
membezakan gambar dengan perkataan kerana tergesa-gesa.
Seterusnya, sesi kedua pelaksanaan aktiviti DATAR 3 dijalankan bagi memastikan responden
X dapat memadankan kesemua perkataan kvkv berserta gambar. Berdasarkan graf di atas
jelas menunjukkan peningkatan responden X semasa aktiviiti DATAR 3 iaitu mencapai tahap
CEMERLANG dengan memperoleh markah penuh sebanyak 20 markah. Malah responden
0
5
10
15
20
Responden X
Responden Y
Skor
R
e
s
p
o
n
d
e
n

Sesi 2
Sesi 1
X berjaya memadankan suku kata kv menjadi perkataan kvkv berserta gambar dalam masa 30
minit. Justeru pada sesi kedua pelaksanaan aktiviti DATAR 3 pengkaji dapat membuktikan
bahawa responden X telah menguasai perkataan kvkv dengan baik.
Aktiviti DATAR 3 ini diteruskan kepada responden Y. Semasa sesi pertama, responden Y
telah mencatatkan markah sebanyak 20 markah iaitu markah penuh pada minit ke 30.
Responden Y juga berada pada tahap CEMERLANG. Hal ini jelas menunjukkan responden
Y memahami arahan yang disampaikan dan dapat meghubungkaitkan gambar dengan
perkataan kvkv.
Sesi kedua tetap dijalankan ke atas responden Y untuk mendapatkan bukti yang lebih kukuh
tentang tahap penguasaan respoonden Y dalam aktiviti DATAR 3 ini. Hasil yang diperolehi
amat membanggakan apabila responden Y masih mencatatkan markah yang sama iaitu 20
markah. Namun begitu, masa yang diperlukan untuk mendapatkan markah 20 itu hanya
memerlukan masa selama 20 minit. Peningkatan yang berlaku hasil daripada kepantasan
responden Y untuk menggabungkan perkataan dengan gambar dan membaca perkataan kvkv
yang dipadankan. Responden Y dilihat lebih pantas dan cekap semasa sesi kedua.
Lembaran kerja juga telah diberikan kepada responden X dan Y untuk melihat
sejauhmanakan responden dapat mengaplikasikannya dalam bentuk soalan (rujuk lampiran
8). Hasil dapatan lembaran kerja dipindahkan ke dalam bentuk peratusan dan dihuraikan
menggunakan graf 6.




Graf 6: Skor kemahiran memadankan perkataan kvkv dengan gambar

Berdasarkan graf 6 di atas menunjukkan peratusan yang diperoleh oleh kedua-dua responden
iaitu responden X dan Y dalam menghasilkan lembaran kerja. Responden X telah mendapat
peratusan yang agak rendah iaitu 25% pada sesi pertama. Keadaaan ini jelas menunjukkan
responden X tidak menguasai sepenuhnya padanan perkataan kvkv berserta gambar. Hal ini
adalah disebabakan kelemahan responden X dalam memahami arahan yang diberikan oleh
guru dan seterusnya menyebabkan murid tidak yakin dalam menjawab soalan. Hasilnya,
responden X hanya berjaya menjawab satu soalan daripada empat soalan dengan betul.
Pelaksanaan sesi kedua diteruskan bagi melihat peningkatan peratusan responden X dalam
lembaran kerja yang sama. Pada sesi kedua telah berlaku peningkatan peratusan iaitu
sebanyak 75%. Responden X telah menjawab tiga daripada empat soalan dengan betul
dengan bimbingan pengkaji semasa lembaran kerja dilengkapkan. Namun begitu, responden
X masih lagi tidak berjaya menjawab kesemua soalan dengan betul. Responden X masih
kurang memahami arahan yang diberikan oleh pengkaji.
Berdasarkan graf 6 di atas, responden Y menunjukkan pretasi yang agak memuaskan iaitu
berjaya menjawab dua daripada empat soalan denagn betul. Malah peratusan yang diperolehi
adalah sebanyak 50%. Walaupun responden Y memahami arahan soalan yang diberikan
0%
20%
40%
60%
80%
100%
Responden X Responden Y
S
k
o
r

Responden
Sesi 1
Sesi 2
namun, responden Y agak tergesa-gesa untuk menyiapkan lembaran kerja tersebut. Keadaan
tergesa-gesa telah menyebabkan kecuaian responden Y dalam menjawab soalan dengan betul.
Oleh yang demikian sesi kedua dilakukan terhadap responden Y untuk mengenalpasti tahap
penguasaan sebenar responden Y. Hasil daripada sesi kedua ini jelaslah bahawa responden Y
dapat menjawab kesemua soalan dengan betul hasil daripada usaha dan fokus semasa
menjawab soalan. Responden Y telah memperoleh markah sebanyak 100%. Malah,
responden Y dapat menjawab kesemua soalan dengan betul kerana faktor gambar sebagai
pengecaman terhadap perkataan kvkv. Responden Y dapat mengaitkan pengetahuan sedia ada
berkaitan gambar yang dilihat dengan perkataan kvkv.
Seterusnya, setelah selesai semua aktiviti DATAR 3 iaitu pada hari berikutnya pengkaji telah
menjalankan sesi temubual berstruktur kepada kedua-dua responden selepas sesi kedua
aktiviti DATAR 3 dijalankan (rujuk lampiran 9).. Kaedah temubual ini dapat membantu
pengkaji dalam mendapatkan maklumat dengan lebih mendalam. Menurut Cannell dan Kahu
(1968) dalam Mok Soon Sang (2010) kajian temubual boleh ditakrifkan sebagai perbualan di
antara dua pihak melalui insiatif penemubual dengan ujian memperolehi maklumat yang
relevan untuk kajian, dan difokus olehnya, sesuatu kandungan spesifik ditentukan seperti
objektif deskripsi, ramalan atau huraian secara sistematik. Maka kajian temubual merupakan
sesuatu yang unik kerana ia melibatkan pengutan data melalui lisan dalam pertemuan di
antara dua pihak secara langsung.. Temubual berstruktur ini dijalankan supaya pengkaji dapat
menilai tahap keberkesanan aktiviti ini dan kefahaman murid terhadap keempat-empat
perkataan kvkv yang diberikan. Temubual ini juga melibatkan tujuh soalan bagi melihat
sejauhmanakah responden menguasai aktiviti DATAR 3 ini. Tinjauan ini adalah untuk
melihat sejauhmana kemahiran membaca dapat direkod dalam ingatan mereka. Apabila
tembual dilakukan menunjukkan mereka telah memperolehi kemahiran membaca kerana
mereka dapat menyebut dan mengeja dengan cepat.
Hasil temubual yang dijalankan mendapati responden X dapat menjawab soalan temubual
yang pertama iaitu menyebut perkataan lada, bubu, lala dan duku. Responden X dapat
menjawabnya dengan lancar. Seterusnya, responden X juga dapat menjawab soalan dua dan
tiga iaitu menyebut suku kata kv. Sebagai contoh, suku kata kv la, bu, du, da, la dan
ku. Namun begitu, responden X mengalami masalah untuk mengeja perkataan lada dan
duku. Responden X hanya mampu mengeja perkataan lala dan bubu kerana perkataan
tersebut merupakan pengulangan suku kata kv yang sama. Selain itu, responden X dapat
mengenalpasti kesemua gambar dan perkataan lada, bubu, lala, duku yang ditembual. Bagi
soalan yang kesembilan iaitu mengeja dan menyebut perkataan lada,lala,bubu,duku,
responden X mengalami masalah untuk mengeja duku dan lada dengan lancar. Responden
X gagap dan teragak-agak untuk mengeja perkataan tersebut.
Seterusnya bagi responden Y, temubual juga dijalankan dengan menggunakan soalan yang
sama. Responden Y dapat menyebut kesemua perkataan yang diberikan dengan betul. Malah,
responden Y dapat mengenal pasti gambar dan perkataan dengan betul dan pantas.
Responden Y telah mengalami masalah untuk mengeja dan menyebut perkataan pada soalan
kesembilan. Responden Y hanya dapat mengeja dan menyebut perkataan lada, lala dan
bubu. Manakala perkataan duku sering dieja menjadi buku.
Kesimpulannya, aktiviti yang dilaksanakan berulang-ulang secara tidak langsung telah
meningkatkan daya ingatan responden serta dipengaruhi minat yang tinggi terhadap aktiviti
permainan telah memudahkan responden untuk memahami kemahiran yang dikuasainya.
Peningkatan yang ditunjukkan oleh setiap responden dalam aktiviti memadankan suku kata
kvkv berserta gambar dan menyebut perkataan membuktikan mereka telah memahami
kemahiran membaca perkataan kvkv dengan baik.

Anda mungkin juga menyukai