Anda di halaman 1dari 7

Isi Kandungan Muka Surat

1.0 Pendahuluan

2.0 Penguatkuasaan Fatwa Pengharaman Karya-Karya
Anti Hadith Di Malaysia: Satu Penilaian

2.1 Dapatan Kajian
2.2 Kritikan

3.0 Penutup

Bibliografi













Tajuk Jurnal: Penguatkuasaan Fatwa Pengharaman Karya-Karya Anti Hadith Di
Malaysia: Satu Penilaian
Ditulis oleh : Abdul Karim Ali

1.0 Pendahuluan

Artikel ini ditulis oleh Abdul Karim Ali bertajuk Penguatkuasaan Fatwa Pengharaman
Karya-Karya Anti Hadith Di Malaysia: Satu Penilaian. Tonggak asas Islam ialah al-
Quran dan al-Sunnah. Usaha mana-mana pihak untuk merosakkan asas ini sentiasa wujud,
lebih-lebih lagi berkaitan dengan al-sunnah. Sehubungan dengan itu, pihak berkuasa agama
Islam di Malaysia telah mengharamkan anti hadith. Ini kerana, ia telah merobohkan asas
penting dalam Islam, lebih-lebih jika dilihat peranannya dalam agama. Menolak hadis bererti
menolak al-Quran kerana Allah memerintahkan nabi menjelaskan al-Quran kepada manusia.
Penjelasan nabi datang dalam bentuk hadis dan sunnahnya. Lihat ayat dari surah An-Nahl
ayat ke 44 dan 64. Antaranya firman Allah:



Ertinya : Dan KAMI tidak mengutus sebelum kamu, kecuali orang-orang lelaki yang
KAMI beri wahyu kepada mereka; maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai
pengetahuan jika kamu tidak mengetahui ( An-Nahl : 44)

Juga firman Allah:



Ertinya : keterangan-keterangan (mukjizat) dan kitab-kitab. Dan KAMI turunkan
kepadamu al- Quran, agar kamu menerangkan kepada umat manusia apa yang telah
diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkan. (An-Nahl: 64)


Al-Quran mengarahkan kita menturuti Nabi dan mengambilnya sebagai ikutan sebagaimana
disebut oleh Allah di dalam surah Al-Ahzab ayat ke-21:

Ertinya : Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik
bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari
kiamat dan dia banyak berzikir kepada Allah. (Al-Ahzab:21)

Terdapat golongan anti hadis di Malaysia berkata hadis patut ditolak, sedangkan tanpa hadis
nabi dan perincian kehidupannya tiada siapa mampu mengambilnya sebagai ikutan.


2.0 Penguatkuasaan Fatwa Pengharaman Karya-Karya Anti Hadith Di Malaysia: Satu
Penilaian

2.1 Dapatan Kajian

Artikel ini memaparkan tentang Fatwa Pengharaman Karya-Karya Anti Hadith Di Malaysia.
Dalam penulisan ini memaparkan Fatwa-fatwa berkenaan pengharaman anti hadith adalah
seperti berikut: Johor (1.J.P.U.5191996), Kelantan (3. NO.4040 (1996), Melaka (2. No. 78
(1996), Pahang (1. No. 720 (1996), Perak (1. No. 139 (1996), Pulau Pinang (7. No. 519
(1996), Selangor (3. Sel. P.U.21 (1995) (4. Sel. P.U.46 (1995), Wilayah Persekutuan (3.
P.U.(B)51. (1996). Sebagai contoh, negeri Kedah mengisytiharkan (Rujukan: Minit
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa majlis Agama Islam Negeri Kedah 30 September 1995)
bahawa:
i. Mana-mana orang atau kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan
fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku Hadis: satu Penilaian Semula,
Hadis: Jawapan Kepada Pengkritik, Pendedahan Kebenaran Adalah Dari
Tuhanmu, Hadith Dalam Al-Quran, Bacaan, the Computer Speaks-Gods
Message to the World atau risalah Iqra adalah MURTAD.
ii. Mana-mana orang Islam adalah dilarang: Untuk mengajar, mempelajari,
mengamalkan, berpegang kepada atau menyebarkan ajaran-ajaran dan fahaman-
fahaman yang terkandung dalam buku Hadis: Satu Penilaian Semula, Hadis:
Jawapan kepada pengkritik, Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu,
Hadith dalam al-Quran, Bacaan, the
a. Computer Speaks-Gods Message to the World atau Risalah Iqra.
b. Untuk mencetak, menerbitkan, memiliki, menyebarkan atau mengedarkan
buku Hadis: Satu Penilaian Semua, Hadis: Jawapan kepada pengkritik,
Pendedahan kebenaran adalah dari Tuhanmu, Hadith dalam al-Quran,
Bacaan, the Computer Speaks-Gods Message to the World atau risalah Iqra
atau mana-mana bahagiannya termasuk;
i. apa-apa bentuk versi atau variasinya,
ii. apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa,
iii. apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada
mana-mana buku itu pada atau apa-apa bahan sama ada bahan cetak
atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media atau
iii. untuk menjadi anggota atau memimpin mana-mana kumpulan yang tersebut di
dalam perenggan (1) atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan
kumpulan sedemikian.

Merujuk artikel ini, penulis mengenengahkan tentang Buku HADIS SATU PENILAIAN
SEMULA yang ditulis oleh Kassim Ahmad didapati mengandungi ajaran-ajaran dan
fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariat Islam serta boleh mengelirukan dan
menyesatkan masyarakat Islam dan oleh itu adalah diharamkan.

Orang Islam dilarang mengamalkan apa-apa ajaran, pandangan atau fahaman yang
terkandung dalam buku itu. Orang Islam dilarang menyimpan, menyalin atau memberikan
ceramah tentang isi kandungan buku itu.

Secara umumnya fatwa-fatwa pengharaman tersebut telah diselaraskan di peringkat pusat dan
diterima pakai di peringkat negeri. Ini jelas dengan melihat kandungannya serta perkataan
dan ayat-ayat yang digunakan.

Penulis juga membincangkan berdasarkan Pemerhatian terhadap fatwa negeri Kedah yang
dinyatakan dan lain-lain negeri menjelaskan bahawa fatwa-fatwa tersebut amat terperinci
bagi tujuan menangani ajaran yang menyeleweng yang bertentang dengan Islam. Justeru
difahami bahawa, kenapa pihak berkuasa agama di peringkat pusat dan negeri berusaha bagi
menangani, mengawal dan akhirnya mengharamkannya. Malangnya, fatwa-fatwa tersebut
setakat yang diketahui tidak dikuatkuasakan sepenuhnya. Selepas pengeluaran fatwa dan
kritikan daripada banyak pihak, Kassim Ahmad and JAM menyepi tetapi produktif. Idea dan
pemikiran mereka seterusnya dimuatkan di beberapa tapak di Internet.

Penulis menjelaskan bahawa artikel ini bertujuan untuk menilai sejauhmana keberkesanan
fatwa yang telah dikeluarkan berkaitan dengan masalah asas/akidah umat Islam. Dalam
artikel ini, penulis hanya akan menyentuh satu isu sahaja daripada isu-isu yang dimuatkan
dalam fatwa-fatwa di atas, iaitu berkenaan memiliki dan menyebarkan bahan-bahan terlarang
anti hadith.

2.2 Kritikan

Berdasarkan artikel ini, kita dapat membuat rumusan bahawa mentaati Rasul bererti
mengakui hadis Rasulullah yang dijadikan oleh Allah bagi manusia yang beriman untuk
mentaatinya dan ia adalah termasuk di dalam erti mentaati Allah. Jelaslah, sesiapa menolak
hadis adalah juga menolak al-Quran. Mereka yang berkepercayaan begini boleh membawa
kepada murtad.

Sesiapa yang meragui kewujudan hadith lambat laun tentunya akan meragui al-Quran kerana
al-Quran disampaikan oleh Rasulullah kepada sahabat-sahabatnya. Melalui kaedah dan metod
yang hampir sama juga pelbagai hadis sampai kepada kita. Iaitu melalui hafazan para sahabat
dan penulisan kemudiannya dan diturunkan dari generasi ke generasi. Demikian juga hadis,
bezanya hanyalah jumlah yang meriwayatkan hadith tidak seramai al-Quran. Namun apabila
telah Allah janji menjaga al-Quran dari penyelewengan sebagaimana disebut dalam surah Al-
Hijr ayat ke-9, maka amat mesti pula Allah menjaga penjelas kepada maksud al-Quran iaitu
Rasulullah dan hadis-hadisnya.

Oleh itu, penulisan ini bertujuan menjelaskan larangan mana-mana individu Islam daripada
memiliki dan menyebarkan bahan-bahan iaitu Hadis: Satu Penilaian Semua, Hadis: Jawapan
kepada pengkritik, Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu, Hadith dalam al-Quran,
Bacaan, the Computer Speaks-Gods Message to the World dan Risalah Iqra. Jadi, fatwa-
fatwa tersebut boleh dikatakan sebagai langkah pencegah agar orang ramai tidak terdorong
untuk memiliki dan seterusnya membawa dan akhirnya terpengaruh dengan ajaran yang
difatwakan sebagai sesat.

3.0 Penutup

Berdasarkan artikel dapatlah disimpulkan bahawa bahan-bahan utama mengenai fahaman
golongan anti hadith masih lagi boleh diakses oleh orang ramai sama ada dalam bentuk
bercetak maupun dalam media-media lain seperti internet dan lainnya. Dan setakat ini tiada
tindakan pendakwaan diambil ke atas penganjur fahaman ini atau pengedar buku-buku
terlarang tersebut. Namun begitu, fatwa-fatwa tersebut boleh dilihat sebagai langkah
pencegahan agar orang ramai tidak terjebak dengan fahaman yang sesat dan menyeleweng
itu.

Jelaslah bahawa sesiapa yang meragui kewujudan hadith lambat-laun tentunya akan meragui
al-Quran kerana al-Quran disampaikan oleh Rasulullah kepada sahabat-sahabatnya. Melalui
kaedah dan metod yang hampir sama juga pelbagai hadis sampai kepada kita. Melalui
hafazan para sahabat dan penulisan kemudiannya dan diturunkan dari generasi ke generasi.
Demikian juga hadis, bezanya hanyalah jumlah yang meriwayatkan hadith tidak ramai.
Namun, Allah telah berjanji menjaga al-Quran dari penyelewengan sebagaimana disebut
dalam surah Al-Hijr ayat ke-9.

Selepas pengharaman buku Kassim Ahmad, Hadis: Satu penilaian semula, pada 3 Disember
1989 suatu perjumpaan telah diusahakan bagi menubuhkan Persatuan Falsafah Malaysia
yang telah dianggotai oleh 40 orang terdiri daripada ahli akademik, peguam, penulis dan
wakil dari luar negara (Minggu Kota, 1989). Namun begitu, persatuan ini telah ditolak oleh
pihak kerajaan, yang kemudiannya telah menubuhkan Jemaah al-Quran Malaysia (JAM) pada
16 Mei 1993. JAM masih lagi meneruskan agenda perjuangan yang menolak hadis dan
mempersoalkan kelemahan sistem fiqah Islam silam (Kassim, 1993). Agenda JAM ini
disebarluaskan ke dalam masyarakat melalui pelbagai medium, termasuklah akhbar Berita
Minggu bertarikh 10 Disember 1989, bilamana Syed Akhbar Ali yang merupakan anggota
pusat JAM diberikan kolum khusus untuk membicarakan soa-soal perkembangan semasa di
Malaysia (Zulkifli, 2002: 7576).

Bibliografi

Che Cob Che Mat. 1996. Kriteria penerimaan dan penolakan hadith: Satu kajian
perbandingan antara ahl al-sunnah dan shiah. PhD diss., Fakulti Sastera dan Sains
Sosial, Universiti Malaya.

Dr. Zaharuddin Abd Rahman. 2014. Kewujudan golongan anti hadis satu yang mengaibkan.
http://www.sinarharian.com.my/karya/pendapat/kewujudan-golongan-anti-hadis-satu
yang-mengaibkan-1.252153 diakses pada 27 April 2014.

Hassan Ahmad. 2004. Bahasa dan pemikiran Melayu: Tradisi dan kesinambungan. In
Pemikiran Melayu: Tradisi dan kesinambungan, ed. Worawit Baru @ Haji Ahmad
Idris, 1-12. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/gerakan-anti-hadis-0 diakses pada 27 April 2014.
Mahmood Zuhdi Abdul Majid, Rahimin Affandi Abd Rahim, Mohd Kamil Abd Majid and
Idris Awan. 2006. Impak graduan Universiti al-Azhar dalam pembangunan sosial di
Malaysia. Jurnal Pengajian Melayu 16: 136.

Anda mungkin juga menyukai