Anda di halaman 1dari 17

1

FALKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA



JANUARI / 2012
HBML 3203
TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA
MELAYU





NAMA : IKMAL HISHAM BONG ABDULLAH
NO. MATRIKULASI : 720113135055002
NO. KAD PENGENALAN : 720113135055
NO. TELEFON : 0148813027
E-MEL : ikmalhisham@OUM.edu.my



PUSAT PEMBELAJARAN : PPW SARWAK


2

Isi Kandungan Muka surat
1.0 Pengenalan 1
2.0 Fungsi Penanda Wacana 2
2.1 Penanda Wacana Untuk Menunjukkan Maksud Tambahan 2
2.2 Penanda Wacana Untuk Menunjukkan maksud Tentangan atau
Sebaliknya. 3
2.3 Penanda Wacana untuk Menunjukkan Sebab 5
2.4 Penanda Wacana Yang menunujukkan Maksud Ketika atau tempoh. 6
3.0 Penggunaan Penanda Wacana Dalam Perenggan 7
4.0 Cara Meningkatkan Penggunaan Wacana Di Kalangan Pelajar 9 - 13
4.1 Penulisan
i) Penanda wacana untuk memulakan karangan
ii) Penanda wacana untuk memulakan isi baharu selepas
perenggan pengenalan (untuk perenggan kedua dan
ke seterusnya)
iii) Penanda wacana untuk menghuraikan isi karangan
iv) Penanda wacana untuk memberi contoh dalam karangan
v) Penanda wacana untuk menghuraikan contoh
vi) Penanda menutup isi
vii) Penanda menulis dua huraian dalam satu ayat
viii) Penanda wacana untuk memulakan perenggan penutup
x) Penanda memulakan atau memasukkan ungkapan menarik
termasuk peribahasa, slogan dan kata-kata hikmat
4.2 Lisan 15

5.0 Kesimpulan 15

Rujukan







3

PENANDA WACANA DALAM PENULISAN
Ikmal Hisham Bong Abdullah
Abstrak
Tugasan ini dibuat bertujuan untuk mengkaji kepentingan penanda wacana dalam penulisan
Bahasa Melayu. Di samping itu, jenis dan fungsi penanda wacana dihuraikan untuk melihat
kegunaannya dalam sesuatu wacana. Di akhir tugasan dinyatakan kaedah merapakan
kemahiran menggunakan penanda wacana kepada pelajar. Tugasan ini mendapati penanda
wacana meningkatkan kualiti penulisan pelajar seterusnya meningkatkan peluang pelajar
mendapatkan markah dalam ujian penulisan. Di samping itu, pelajar juga dapat menggunakan
kemahira ini untuk menghasilkan wacana yang mantap.

1.0 Pengenalan
Penanda wacana ialah perkataan ataupun rangkaian perkataan yang berfungsi
menghubungkan sesuatu idea, hujah dan pandangan seseorang semasa menulis ataupun
berucap. Seandainya sesuatu wacana berkenaan tidak mempunyai penanda wacana yang tepat,
kesannya seluruh kandungan wacana berkenaan tidak mempunyai kesatuan dan perpapautan
yang lengkap (Harimurti Kridalaksana, dalam HBML Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa
Melayu, 1982).
Penanda wacana juga diertikan sebagai mewujudkan kesinambungan antara ayat dan
frasa ( Abdullah Hassan, 2008).

Penanda wacana dapat mewujudkan pertautan atau kesinambungan antara sebahagian
teks dengan yang lain sehingga membentuk kesatuan (Nik Safiah Karim, Norlidza
Shamsuddin, 2008).

2.0 Fungsi Penanda Wacana
Penanda wacana ialah perkataan atau frasa yang menghubungkan sesuatu maklumat
dengan maklumat yang lain dalam wacana. Penanda wacana dapat dikategorikan kepada
4

empat jenis pula, iaitu maksud tambahan, maksud tentangan, maksud musabab, dan maksud
tempoh.
Dalam tulisan kali ini, akan dihuraikan empat fungsi penanda wacana iaitu penanda
wacana menunjukkan maksud tambahan, maksud tentangan, menunjukkan sebab dan
menunjukkan maksud ketika atau tempoh.

2..1 Penanda Wacana Untuk Menunjukkan Maksud Tambahan
Penanda wacana yang menunjukkan maksud tambahan merupakan penghubung yang
memberikan maklumat tambahan kepada sesuatu perkara yang telah diperkatakan
sebelumnya. Antara penanda jenis ini termasuklah dan, tetapi, lalu, malahan, tambahan pula,
lebih-lebih lagi, di samping itu, dan selanjutnya. Setiap hari dalam musim tengkujuh sekarang
ini hujan sahaja. Hari ini, hujan yang turun sejak waktu subuh tadi bukannya reda, malahan
lebih lebat.
2. Rakyat hendaklah cinta akan negara ini. Di samping itu mereka juga harus bersatu
padu mengekalkan keharmonian negara.
Dalam ayat pertama , penanda wacana tambahan menghubungkan maklumat baharu
(maklumat tambahan), iaitu lebih lebat kepada maklumat yang terdahulu , yakni Setiap
hari dalam musim tengkujuh sekarang ini hujan sahaja. Hari ini, hujan yang turun sejak waktu
subuh tadi lebih lebat bukannya reda.
Dalam ayat dua pula penanda wacana di samping itu menghubungkan maklumat
baharu mereka harus bersatu padu mengekalkan keharmonian negara dengan maklumat
awal Rakyat hendaklah cinta akan negara ini.
2.2 Penanda Wacana Untuk Menunjukkan maksud Tentangan atau Sebaliknya.
Penanda Wacana tentangan pula ialah penghubung wacana yang menunjukkan
wujudnya pertentangan maklumat antara satu maklumat yang baharu dengan maklumat
sebelumnya dalam wacana yang sama. Antara contoh penanda wacana tentang ini
termasuklah tetapi, namun, sebaliknya, namun begitu, dan walau bagaimanapun. Contoh
penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut ini:
5

1. Dia sudah tiga bulan berhenti merokok. Namun, sekali-sekala, apabila melihat rakan-
rakan sepejabatnya merokok, terasa ingin kembali ia hendak menghisapnya.
2. Pihak Kementerian Kesihatan sering mengeluarkan panduan serta langkah-langkah
pencegahan jangkitan penyakit kronik kepada orang ramai dari semasa ke semasa.
Walau bagaimanapun, sebilangan orang ramai masih lagi memandang sepi akan usaha
ini.
Dalam ayat pertama, penanda wacana namun menghubungkan maklumat
pertentangan antara ayat pertama. iaitu Dia sudah tiga bulan berhenti merokok, dengan
maklumat tentangan ia ingin menghisap rokok kembali apabila melihat rakan-rakannya
sepejabatnya merokok dalam ayat kedua.
Dalam ayat kedua, maklumat berkenaan dengan usaha pihak Kementerian Kesihatan
mengeluarkan panduan serta langkah-langkah pencegahan jangkitan penyakit kronik
dipertentangkan dengan maklumat baharu, iaitu masih terdapat sebilangan orang ramai yang
memandang sepi akan usaha ini; dengan menggunakan penanda wacana penghubung
tentangan walau bagaimanapun.
Secara mudah, perkataan dia atas menunjukkan proses pembentukannya seperti yang berikut:
Ayat tunggal: Dia sudah tiga bulan berhenti merokok.
Ayat majmuk: Sekali-sekala, apabila melihat rakan-rakan sepejabatnya
merokok, terasa ingin kembali ia hendak menghisapnya.
Penanda wacana: namun
Ayat tunggal: Sebilangan orang ramai masih lagi memandang sepi akan usaha
ini.
Ayat gabungan: Pihak Kementerian Kesihatan sering mengeluarkan panduan
serta langkah-langkah pencegahan jangkitan penyakit kronik kepada orang
ramai dari semasa ke semasa
Penanda Wacana : Walau bagaimanapun

2.3 Penanda Wacana untuk Menunjukkan Sebab
Penanda wacana penghubung musabab ialah penanda wacana yang merupakan sebab
berlakunya sesuatu. Contoh penanda wacana jenis ini ialah kerana, oleh sebab, oleh itu, oleh
6

hal yang demikian, dengan itu, dan maka itu. Telitilah penggunan penanda wacana ini dalam
ayat-ayat contoh yang berikut ini:

i. Bahasa Melayu termaktub dalam perlembagaan sebagai bahasa kebangsaan dan
bahasa rasmi negara. Oleh yang demikian, kita harus tidak ragu-ragu menggunakan
bahasa tersebut dalam semua bidang dan urusan.
ii. Semua pihak harus menyahut seruan Perdana Menteri agar berjimat serta berhemat
berbelanja. Dengan ini, kegiatan penabungan wang dapat dibuat.
iii. Sebelum memulakan perjalanan, kita patut memastikan kenderaan dalam keadaan
baik. Ketika memandu kenderaan, wajarlah memandunya dengan cermat serta
mematuhi arahan trafik daripada papan tanda jalan raya. Maka itu, kemalangan dapat
dielakkan dan jiwa kita selamat.

Dalam ayat i, yang menjadi musabab kita harus tidak berasa ragu-ragu untuk
menggunakan bahasa Melayu dalam semua bidang dan urusan kerana jaminan bahawa bahasa
Melayu itu sudah termaktub dalam perlembagaan, yakni telah diangkat sebagai bahasa rasmi
dan bahasa kebangsaan negara.

Dalam ayat ii, kegiatan penabungan wang dapat dibuat jika semua pihak berbelanja
secara cermat dan berhemat menurut saranan Perdana Menteri.

Dalam ayat iii, kemalangan jalan raya dapat dielakkan dan jiwa akan selamat kerana
kita memandu kenderaan dengan cermat, mematuhi papan tanda jalan raya, serta kenderaan
yang digunakan berkeadaan baik. Maka menjadi penanda penghubung musabab dalam ayat
ini.

2.4 Penanda Wacana Yang menunujukkan Maksud Ketika atau tempoh.

Penanda penghubung tempoh ialah penanda penghubung yang menunjukkan urutan
masa atau siri berlakunya sesuatu. Contoh penanda penghubung tempoh ialah pertama, kedua,
ketiga, kemudian, selanjutnya dan sebagainya.

7

Penanda jenis ini menunjukkan urutan masa atau siri berlakunya sesuatu perkara atau
hal. Contoh penanda wacana jenis ini ialah pertama, lalu, seterusnya, selanjutnya, kemudian,
selepas itu, maka, dan akhirnya. Contoh dalam ayat:

i. Pertama selekoh di situ sungguh berbahaya, kedua papan tanda amaran
telah tiada lagi, dan ketiga jalan rayanya licin.
ii. Apabila dilihat oleh mereka guru disiplin sekolah tiba, maka semua murid yang
berbuat bising itu segera diam.
iii. Mula-mula dikepalnya ubi tumbuk ini kecil-kecil, kemudian dimasukkannya ke
dalam mulut, lalu dikunyahnya lumat-lumat, akhirnya ditelannya dengan cermat.

Maklumat yang dipaparkan dalam ayat (i) (iii) digabungkan secara berurutan satu
demi satu dengan menggunakan penanda urutan lalu membentuk gabungan ayat yang utuh
dan bermakna. Dalam ayat (i), maklumat-maklumat tentang selekoh berbahaya, papan
tanda amaran dan jalan raya licin digabungkan dengan menggunakan penanda tempoh
pertama, kedua dan ketiga.

Dalam ayat (ii) pula, penanda wacana tempoh maka menggabungkan maklumat urutan
masa murid-murid melihat guru disiplin sekolah tiba, dengan masa tindakan murid-murid
segera diam.

Ayat ke iii pula, memaparkan dan menggabungkan urutan maklumat secara tersusun
satu demi satu, iaitu bermula dari ubi tumbuk itu dikepal, dimasukkan ke dalam mulut,
dikunyah hinggalah kepada tindakan yang terakhir, iaitu menelannya dengan cermat., dengan
menggunakan penanda wacana penghubung tempoh kemudian, lalu, dan akhirnya.

3.0 Penggunaan Penanda Wacana Dalam Perenggan

Petikan di bawah menunjukkan fungsi penanda wacana untuk membentuk wacana
yang lengkap dan ada kesinambungan idea.

Petikan 1
Salah satu cara untuk membendung masalah sosial dalam kalangan remaja ialah
peranan institusi keluarga. Institusi keluarga merupakan elemen yang rapat dengan remaja.
8

Sehubungan itu, hubungan yang rapat ibarat isi dengan kuku membolehkan institusi keluarga
mengenali, mengawasi dan menasihati remaja.
Selain itu, institusi keluarga hendaklah mewujudkan suasana harmoni di rumah kerana
rumah merupakan asas kepada kehidupan berkeluarga. Sebarang bentuk pertengkaran
hendaklah dihindarkan sebaliknya ketua keluarga mengambil langkah untuk merancang
sesuatu yang membina kepada ahli keluarganya seperti bersembahyang dan makan bersama.
Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd Fadhillah Kamsah menyatakan institusi keluarga merupakan
entiti penting bagi mengatasi masalah sosial dalam kalangan remaja.
Sejajar dengan itu, remaja sememangnya memerlukan perhatian maka, adalah
penting bagi institusi keluarga untuk memainkan peranan yang utama agar masalah sosial
dalam kalangan remaja dapat dibendung. Oleh itu, memang tidak dinafikan bahawa peranan
institusi keluarga merupakan satu cara bagi membendung masalah sosial remaja.
Penanda wacana yang digunakan dalam petikan ialah sehubungan itu, selain itu,
sejajar dengan itu dan oleh itu.
Sehubungan itu, sejajar dengan itu, dan selain itu menunjukkan maksud tambahan.
Penanda wacana menguatkan lagi hujah tentang kepentingan institusi keluarga kepada
remaja serta hubungan kekeluargaan. Penanda wacana yang digunakan membuatkan
peranggan ini menjadi wacana yang baik.
Oleh itu menunjukkan maksud sebab institusi keluarga perlu diperkuatkan untuk
membendung maslah sosial remaja.

Petikan 2
Tanggal 3 April 2009 yang lalu, bermulalah detik era pemerintahan Dato Sri Mohd
Najib Tun Abdul Razak yang telah dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia menggantikan
kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Sebaik-baik sahaja beliau mengangkat sumpah
sebagai perdana menteri Malaysia yang ke 6, beliau sentiasa berusaha menyatupadukan
warganegara majmuk.
Sehubungan dengan itu, beliau telah memperkenalkan kepada rakyat Malaysia satu
gagasan iaitu GAGASAN SATU MALAYSIA. Ungkapan RAKYAT DIDAHULUKAN,
PENCAPAIAN DIUTAMAKAN adalah tagline kepada gagasan tersebut. Natijah
9

pembentukannya bertujuan menyemarakkan semula semangat perpaduan dan persaudaraan
dikalangan rakyat Malaysia yang semakin pudar. Ini adalah kerana perpaduan memainkan
peranan penting dalam memacu kestabilan dan kemajuan negara tanpa perpaduan, kemajuan
negara yang ingin dicapai untuk wawasan 2020 tidak mungkin akan menjadi kenyataan
kerana kerjasama diperlukan untuk menjana kemajuan. Oleh yang demikian, Gagasan satu
Malaysia didukungi oleh teras perpaduan manakala teras perpaduan itu pula didukungi oleh
nilai-nilai murni.
Penanda wacana yang diguna dalam perenggan di atas ialah sebaik-baik sahaja,
sebubungan dengan itu, natijah, oleh yang demikian dan ini adalah kerana.
Sebaik-baik sahaja menunjukkan maksud urutan peristiwa.
Sehubungan dengan itu menunjukkan maksud tambahan
Natijah dan ini adalah kerana menunjukkan maksud sebab
Oleh yang demikian menunjukkan maksud melanjutkan idea atau tambahan.
4.0 Cara Meningkatkan Penggunaan Wacana Di Kalangan Pelajar
4.1 Penulisan
Pendedahan dan latih tubi dalam penulisan karangan Bahasa Melayu terutamanya guru
boleh membiasakan pelajar menggunakan penanda wacana. Ini akan memantapkan lagi hasil
wacana pelajar. Pengunaan penanda wacana dalam karangan pelajar dapat mengaitkan idea
atau isi dalam karangan. Pennada wacana digunakan pada setiap perenggan untuk mi
berikut;engaitkan isi karangan atau hujag yang ingin disampaikan. Antara penggunaan
penanda wacana adalah seperti berikut:

i) Penanda wacana untuk memulakan karangan

1. Pada era globalisasi ini,
2. Dalam meniti arus kemodenan ini,
3. Dewasa ini-Dewasa ini bermaksud pada masa ini, pada ketika ini, pada
waktu ini: Ayat contoh: Adat seperti itu tidak sesuai lagi dengan keadaan dewasa
ini. Ada sesetengah guru berpendapat dewasa ini kurang sesuai untuk memulakan
10

karangan. Saya juga berpendapat demikian dan penggunaan dewasa ini sesuai
digunakan seperti dalam ayat contoh tersebut.
4. Pada masa ini,
5. Kini,
6. Dasawarsa ini, -dasawarsa -masa sepuluh tahun, dekad: proses itu sahaja mungkin
mengambil masa satu darsawarsa; perayaan - perayaan yg diadakan pd tahun
kesepuluh tertubuhnya dan sebagainya sesuatu, perayaan ulang tahun yg ke
sepuluh.
7. Sejak sedekad yang lalu,
8. Sejak belakangan ini, (Kebelakangan ini .)
9. Belakangan ini,
10. Sejak akhir-akhir ini,
11. Baru-baru ini,
12. Umum mengetahui bahawa,
13. Sejak zaman-berzaman
14. Sejak dahulu lagi,
15. Pada tahun-tahun belakangan ini,

ii) Penanda wacana untuk memulakan isi baharu selepas perenggan pengenalan
(untuk perenggan kedua dan ke seterusnya)

1. Antara,
2. Selain itu,
3. Di samping itu,
4. Sementara itu,
5. Dalam pada itu,
6. Lain daripada itu
7. Dalam pada itu,
8. Seterusnya,
9. Begitu juga dengan
10. Ahkir sekali,



11

iii) Penanda wacana untuk menghuraikan isi karangan

1. Saya berpendapat demikian kerana
2. Hal ini dikatakan demikian kerana
3. Hal ini berlaku kerana
4. Hal ini terjadi kerana
5. Hal ini disebabkan oleh
6. Hal ini wujud akibat daripada
7. Hal ini bersangkut-paut dengan
8. Hal ini berpunca daripada
9. Hal ini tercetus apabila
10. Tindakan tersebut perlu dilakukan supaya

iv) Penanda wacana untuk memberi contoh dalam karangan

1. Misalnya,
2. Contohnya,
3. Sebagai contoh,
4. Tamsilnya,
tamsil 1. persamaan sebagai umpama (misal), misalan, contoh: satu tamsil lagi, adalah
keruh bumi ini umpama kelapa dlm air; 2. ajaran yg terkandung dlm sesuatu cerita,
ibarat: terkadang-kadang ia menyanyi dan melagukan pula beberapa gurindam yg
mengandungi ~ dan ibarat; bertamsil menggunakan tamsil (contoh);
5. Seperti yang kita sedia maklum,
6. Antaranya adalah seperti
7. Satu contoh
8. Satu cara
9. Antara contoh

v) Penanda wacana untuk menghuraikan contoh

1. Hal ini mengakibatkan
2. Hal ini menyebabkan
3. Oleh itu,
12

4. Maka,
5. Oleh hal yang demikian,
6. Oleh sebab itu,
7. Jelaslah bahawa
8. Justifikasinya,

vi) Penanda menutup isi

1. Kesannya,
2. Natijahnya,
3. Akibatnya,
4. Akhirnya,
5. Dengan itu,
6. Kesudahannya,
7. Dengan berbuat demikian,
8. Dengan keadaan sedemikian,

vii) Penanda menulis dua huraian dalam satu ayat

Contoh: Masalah sosial yang dibincangkan oleh masyarakat ini memang
memeningkan kepala (Huraian 1) membimbangkan semua pihak. (Huraian 2)
1. justeru
2. juga
3. malah
4. malahan
5. tambahan pula
6. sementelahan
7. bahkan juga
8. sekali gus
9. di samping
10. bahkan
11. malar-malar


13

viii) Penanda wacana untuk memulakan perenggan penutup

1. Kesimpulannya,
2. Intihanya,- intiha -Ar akhir, penghabisan, penutup.
3. Secara tuntas,
tuntas 1. tidak mengalir lagi (kerana sudah habis dicurahkan), habis (air mata);
2. meliputi (hampir segala-galanya), menyeluruh, selesai, sempurna: saya
sarankan supaya dilakukan analisis kontrastif bahasa Melayu-bahasa Inggeris
yang bersifat ~; penyelesaian yg ~; secara ~ secara menyeluruh (tidak
menyentuh aspek-aspek tertentu sahaja); 3. singkat dan tegas;
menuntaskan 1. mencurahkan semua (habis-habisan), menghabiskan; 2.
menyelesaikan semuanya atau segala-galanya;
ketuntasan- perihal (keadaan, sifat) tuntas;
ketidaktuntasan -keadaan yg tidak tuntas.
4. Tuntasnya,.
5. Konklusinya,
konklusi -keputusan pendapat (berdasarkan keterangan, kenyataan, ), kesimpulan.
6. Sebagai penutup wacana,
7. Sebagai penghias bicara akhir,
8. Sebelum mengakhiri wacana ini,
9. Secara keseluruhan,
10. Secara total,
total 1. bermaksud jumlah; 2. seluruhnya, semuanya; ~ jeneral Id jumlah
semuanya; perang - perang habis-habisan (segenap rakyat turut berperang);
ditotal atau dijumlahkan, dicampurkan (semuanya).
11. Akhir kata,

ix) Penanda wacana untuk menerangkan huraian atau pendapat yang berbeza

1. Walau bagaimanapun,
2. Namun demikian,
3. Namun begitu,
4. Meskipun,
5. Daripada perspektif yang berbeza,
14

6. Jika dilihat dari sudut lain,
7. Dengan kata lain,
8. Kontradiksinya,
9. Di sebalik itu,
10. Dalam pada itu,
11. Dari sudut lain,

x) Penanda memulakan atau memasukkan ungkapan menarik termasuk
peribahasa, slogan dan kata-kata hikmat

1. ___bak /seperti kata peribahasa,
bak I -sebagai, seperti: ~ kata orang tua-tua, tak ada gading yg tak retak.
2. ___bak kata peribahasa Melayu,
3. ___bak kata pepatah Melayu,
4. ___bak kata pepatah Cina/Inggeris/dll
5. ___bak kata mutiara,
6. ___bak peribahasa,
7. ___bak pepatah,
8. ___bak kata cendekiawan,/ pujangga
9. ___persis kata peribahasa,
persis 1.- kena benar, sama benar, serupa benar: lagaknya ~ lagak seorang
diplomat; wajah Amelia ~ wajah emaknya; 2. tepat (bkn waktu), genap:
Mimi meninggalkannya ~ pukul 12 tengah hari;kepersisan perihal (keadaan)
persis, ketepatan, kejituan: arahan yang ideal ialah yang tidak berulang dan
terperinci, tetapi sempurna dr segi ~nya; ~ daya fikiran masyarakat di Malaysia
dapat diukur mutu bahasa Melayu yg dikuasai.
10. ___persis kata peribahasa Melayu,
11. ___persis kata orang tua-tua,
12. ___persis kata mutiara,
13. ___persis peribahasa,
14. ___persis kata cendekiawan,
15. Hal ini sama dengan peribahasa
16. Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni
17. Fenomena ini dikatakan
15

18. Masalah ini sama dengan peribahasa
19. Saya yakin kalau slogan _________ diamalkan
20. Saya berharap agar slogan _________ dijadikan pegangan oleh semua

Berdasarkan contoh yang diberi banyak penanda wacana yang boleh guru Bahasa
Melayu dedahkan kepada pelajarnya. Latih tubi penggunaan penanda wacana semasa menulis
karangan dapat membiasakan pelajar menghasilkan karangan yang bermutu, Semua idea, isi
dan hujah dapat dikaitkan dengan berkesan dan memantapkan karangan pelajar. Penggunaan
dari mula mengarang hingga penutup karangan membolehkan pelajar menghasilkan wacana
yang baik.
Di samping itu, penulisan novel boleh digalakkan kepada pelajar yang sudah mantap
penggunaan wacana dan penanda wacana. Ini membolehkan pelajar meluahkan idea mereka
dalam bentuk wacana yang lebih tinggi nilai bahasanya.

4.2 Lisan

Kemahiran pengunaan penanda wacana dalam bentuk lisan boleh dicapai melalui
ucapan, syarahan, pidato dan berbahas. Di samping pelajar mahir dalam pengucapannya,
penggunaan penanda wacana membolehkan pelajar menyampaikan ucapan, syarahan, pidato
dan berbahas dengan baik. Bahasa pertuturan pelajar juga lebih bernas dan bermakna dengan
adanya penggunaan penanda wacana.
Penggunaan penanda wacana bentuk lisan ini juga sama seperti dalam penulisan.
Pelajar masih lagi perlu mengarang dan juga menyampaikan dengan intonasi dan gaya yang
baik dan betul.


5.0 Kesimpulan

Kecekapan dan kemahiran menggunakan penanda wacana membolehkan seseorang
penulis dapat menyambung pemikiran dan idea secara berkesan, jelas, menarik, dan yang
lebih penting dapat menyalurkan idea-idea kepada pembaca dengan jelas. Jelaslah, aspek
penanda wacana akan mempengaruhi pengolahan, sturktur ayat, pemerenggan, kosa kata, dan
16

bahasa secara keseluruhannya yang sangat diperlukan dalam usaha menghasilkan sebuah
karangan yang baik.
Oleh sebab itu, kemahiran ini wajar dikuasai untuk menghasilkan penulisan yang
menampakkan wacana yang utuh maka diharapkan para pendidik berupaya mendedahkan
kecekapan penggunaan kata penanda wacana kepada para pelajar. Ini juga sebagai memenuhi
kehendak sukatan pelajaran Bahasa Melayu kemahiran menulis terutamanya bagi pelajar
tahap 2 sekolah rendah dan sekolah menengah. Aspek penulisan sangat dititik berat hinggakan
peperiksaan awam mengkhususkan kertas 2 Bahasa Melayu untuk menguji kemahiran
menulis pelajar.
Oleh itu, penanda sangat penting untuk dikuasai oleh pelajar agar kelemahan
mengarang dapat di atasi. Kesinambungan isi dan idea sebuah karangan dapat dicapai dengan
pengunaan penanda wacana.




















17

RUJUKAN

Abdullah Hassan (2008). Tatabahasa Pedagogi, Kuala Lumpur: Publishing Sdn. Bhd.
Asraf (2008). Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu, Kota Damansara: Sasbadi Sdn. Bhd.
Goay Teck chong, Choo Say Tee dan Zainuddin Ahmad (2007). Teks Pra- U STPM. Bahasa
Melayu. Kertas 1, Selangor; Pearson Malaysia Sdn.Bhd.

Nik Safiah et. al (2008). Tatabahasa Dewan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Adenan Ayob Dr ( 2011). HBML3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu:Meteor
Doc.Sdn.Bhd

Anda mungkin juga menyukai