Anda di halaman 1dari 85

Sample of good assignment

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA





MEI / 2012




HBEM 3203



PENGURUSAN KOMUNIKASI DALAM ORGANISASI PENDIDIKAN

















Sample of good assignment


ISI KANDUNGAN
MUKA
SURAT
1.0 PENGENALAN

2.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA

3.0 HURAIAN BENTUK KOMUNIKASI SAMADA SECARA RASMI ATAU
TIDAK RASMI YANG DIGUNAKAN TERHADAP STAF SEMASA
MESYUARAT GURU / MESYUARAT KURIKULUM

4.0 HURAIAN BERKAITAN REAKSI ATAU TINDAK BALAS YANG
DIBERIKAN OLEH GURU-GURU BERKAITAN PERBINCANGAN SECARA
RASMI DALAM MESYUARAT TERSEBUT

5.0 PENILAIAN JUSTIFIKASI DAN KESAN DARIPADA MESYUARAT
TERSEBUT

6.0 KESIMPULAN

7.0 RUJUKAN

8.0 APENDIKS


2-5


6-9


10-14





15-20





21-26




27-28



29-31



32









1.0 PENGENALAN

Komunikasi sememangnya penting dalam sesebuah organisasi. Malahan komunikasi
dianggap sebagai nadi dalam sesebuah organisasi. Hal ini kerana proses pengurusan dan
kepimpinan amat memerlukan komunikasi. Komunikasi merupakan satu proses
pengaliran maklumat dan kefahaman. Menurut Zaidatol Akmaliah (1990), proses
komunikasi bermula dengan niat berkomunikasi iaitu keinginan memindahkan maklumat
yang sedia ada kepada individu lain. Secara tak langsung, ini membuktikan komunikasi
merupakan proses penting dalam sistem organisasi yang formal, kerana komunikasi dapat
membuatkan sistem menjadi dinamik dan menghubungkan tujuan organisasi dengan
penglibatan kakitangan.

Mohamed Zon (2008), mendefinisikan komunikasi merupakan perkongsian
pengertian melalui penghantaran mesej-mesej dengan menggunakan simbol-simbol
bertujuan untuk mempengaruhi orang lain supaya melaksanakan tugas. Manakala
Shasitharan (2008) mentafsirkan komunikasi merupakan satu hubungan dimana
seseorang individu ingin menyampaikan mesej, khabar, berita, maklumat atau
pendapat kepada pendengar. Pelbagai cara digunakan untuk berkomunikasi diantaranya
menggunakan peralatan media seperti televisyen, radio, komputer, surat, tulisan dan
sebagainya.

Sharifah et al. (2000) mentakrifkan komunikasi di dalam sesebuah organisasi
bertujuan untuk menyampaikan maklumat yang sebenar dan tepat kepada ahli organisasi
yang lain untuk meningkatkan prestasi kerja organisasi. Dalam sesebuah organisasi,
komunikasi amat diperlukan oleh pihak pengurusan supaya cadangan daripada pekerja
dapat membantu mereka membuat keputusan dan perancangan organisasi. Maklumat
yang benar dan tepat dapat membantu pihak pengurusan menyelesaikan konflik organisasi
dalam membuat keputusan.






Komunikasi juga amat diperlukan oleh pekerja supaya mendapat maklumat yang
tepat dan jelas tentang tugas-tugas hakiki mereka. Komunikasi merupakan elemen yang
penting dalam sesebuah organisasi kerana keberkesanan organisasi mempunyai hubungan
yang rapat dan saling mempengaruhi. Dalam sesebuah struktur organisasi, proses komunikasi
mengandungi beberapa perkara seperti arahan, laporan, pertanyaan, permintaan
terutamanya dari ketua kepada individu tertentu.

Pelbagai tujuan komunikasi sekolah telah diketahui umum. Namun, tujuan utama
komunikasi dalam organisasi sesebuah sekolah diantaranya menyebar maklumat sekolah,
menyusun atur jadual tugas guru-guru dan staf sekolah, mengarah, mendorong,
memimpin serta mengawal prestasi kerja guru-guru dan staf sokongan. Antara kaedah
komunikasi yang digunakan oleh sesebuah organisasi sekolah adalah komunikasi sehala
dan komunikasi dua hala.

Komunikasi sehala merupakan pendekatan berpusatkan guru dimana para
pelajar berperanan sebagai pendengar. Strategi ini diaplikasikan oleh para guru sewaktu
pengajaran berbentuk kaedah syarahan, bercerita, demonstrasi dan memberi arahan.
Manakala komunikasi dua hala pula menggunakan pendekatan secara perbincangan
yang melibatkan kaedah menyoal dan kaedah individu.

Terdapat tiga arah yang mana komunikasi boleh disalurkan di dalam sesebuah
organisasi sekolah seperti atas ke bawah, dari bawah ke atas dan secara lateral. Menurut
Zaidatol (1990), terdapat lima tujuan umum komunikasi antara ketua dan kakitangan
dalam organisasi seperti; memberi arahan kerja yang spesifik berkenaan tugas,
memberi maklumat berkenaan prosedur dan amalan organisasi, mengadakan atau
memperuntukkan maklumat yang rasional sesuatu tugasan, menjelaskan kepada
kakitanggan tentang prestasinya dan menyediakan maklumat cara-cara mencapai
matlamat. Pengetua atau guru besar biasanya menggunakan komunikasi ke bawah
dalam bentuk ucapan, mesej dalam buletin sekolah, emel, risalah, bahan di papan
buletin, manual, polisi dan tatacara.





Komunikasi ke atas bermaksud mesej yang dihantar dari peringkat bawah ke
peringkat lebih tinggi dalam organisasi pendidikan. Tujuan komunikasi ini adalah untuk
mengetahui maklum balas dan kefahaman staf bawahan tentang polisi-polisi yang
diamalkan di dalam organisasi pendidikan. Komunikasi jenis ini membantu penglibatan
pekerja di dalam organisasi.

Komunikasi lateral merupakan komunikasi yang dipelbagaikan menerusi kaedah
konvensional dan elektronik sebagai usaha menyebarkan dasar, elemen dan nilai kualiti
kepada warganya. Contohnya, Kementerian Pendidikan menggunakan ICT sebagai
platform penyebaran dasar kualiti serta maklumat kepada staf bertujuan untuk
membolehkan staf memahami polisi, operasi dan sistem yang diamalkan oleh
organisasi.

Berdasarkan definisi dan konsep komunikasi di atas dapatlah dirangkumkan bahawa
komunikasi di dalam organisasi sekolah meliputi aktiviti-aktiviti menerangkan,
mengarah, mempengaruhi, memperbaiki, menyetujui, memberitahu dan lain-lain lagi.
Contohnya, seperti pengetua ingin melaksanakan dasar baru di sekolah, pengetua
perlulah berbincang dan membawa dasar tersebut di dalam mesyuarat guru-guru
supaya reaksi daripada pihak guru diperolehi. Dasar tersebut tidak boleh ditulis dan
diedarkan kepada pihak guru tanpa mengambil kira maklum balas yang diterima
daripada pihak guru.

Saluran komunikasi formal dan tidak formal sememangnya wujud di dalam
sistem pendidikan. Pihak guru kebiasaannya akan membincangkan perkara berkaitan
sekolah secara informal. Sekiranya sistem ini dapat menubuhkan saluran komunikasi
secara ke bawah dan ke atas dengan baik, kumpulan-kumpulan informal ini mungkin
dapat melicinkan pelaksanaan program dan polisi sekolah.

Tugasan ini memerlukan pengkaji mewawancara dua orang guru untuk mengkaji
bentuk-bentuk komunikasi di sekolah. Berdasarkan wawancara dan minit mesyuarat
yang diperolehi oleh pengkaji daripada responden, pengkaji perlu meneliti komunikasi





yang sering digunakan oleh pengetua di sekolah samada secara rasmi atau tidak rasmi.
Selain itu tugasan ini juga memfokuskan kepada reaksi dan tindak balas yang diberikan
oleh para guru semasa mesyuarat rasmi tersebut dijalankan. Penilaian dan kesan
daripada mesyuarat tersebut juga turut dikaji oleh pengkaji untuk melihat keberkesanan
komunikasi tersebut diaplikasikan di dalam mesyuarat.

Objektif tugasan ini, untuk melihat komunikasi formal dan tidak formal di dalam
rangkaian sekolah. Selain itu juga pengkaji perlu mengkaji bagaimana pihak pengurusan
menggunakan saluran komunikasi kepada pihak guru semasa mesyuarat dan pihak
guru pula memberikan resepsi mereka melalui saluran tidak rasmi.


























2.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA







Kajian ini telah dilaksanakan dengan menggunakan kaedah kualitatif iaitu melalui
temubual dan pemerhatian serta pemeriksaan ke atas dokumen-dokumen yang berkaitan.
Data yang diperolehi daripada responden dianalisis menggunakan kaedah diskriptif yang
mana ianya merupakan satu kaedah yang memerlukan huraian berdasarkan setiap persoalan.

2. 0. 1 Objektif kajian:-

Kajian ini diharap akan dapat mencapai objektif berikut: -

1. Mengetahui bentuk-bentuk komunikasi formal dan tidak formal yang sering
digunakan di sekolah.
2. Mengetahui bentuk komunikasi yang digunakan di dalam mesyuarat.
3. Mengenalpasti reaksi guru-guru terhadap komunikasi formal yang digunakan
oleh pihak pengetua semasa mesyuarat berlangsung.
4. Mengenalpasti kesan saluran komunikasi yang digunakan oleh pengetua
terhadap guru.
5. Mengetahui bentuk komunikasi yang digunakan oleh para guru kepada pihak
pengetua semasa mesyuarat berlangsung.
6. Mengenalpasti gaya komunikasi pengetua semasa mengendalikan mesyuarat.









2. 0. 2 Persoalan Kajian:-






Berdasarkan objektif kajian yang dinyatakan di atas, maka persoalan kajian ini dapat
dirumuskan seperti berikut:-

1. Apakah bentuk-bentuk komunikasi formal dan tidak formal yang sering
digunakan di sekolah?
2. Apakah bentuk komunikasi yang sering digunakan di dalam mesyuarat?
3. Bagaimana reaksi guru-guru terhadap komunikasi formal yang digunakan oleh
pihak pengetua semasa mesyuarat berlangsung?
4. Apakah kesan saluran komunikasi yang digunakan oleh pengetua terhadap
guru?
5. Apakah bentuk komunikasi yang digunakan oleh para guru kepada pihak
pengetua semasa mesyuarat berlangsung.
6. Apakah gaya komunikasi pengetua semasa mengendalikan mesyuarat?



2. 0. 3 Dapatan kajian:-

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pebagai bentuk komunikasi yang berbeza
diaplikasikan di SMK Taman Megah Ria. Sememangnya saluran komunikasi formal dan
tidak formal wujud dalam organisasi pendidikan. Kajian juga menunjukkan guru-guru turut
terlibat di dalam membuat keputusan secara berkesan di peringkat sekolah dan
membuat perundingan terlebih dahulu bersama guru lain secara informal. Kajian juga
mendapati komunikasi dari atas ke bawah, bawah ke atas dan komunikasi lateral wujud
di SMK Taman Megah Ria.

Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat pelbagai gaya komunikasi pengetua
semasa mengendalikan mesyuarat seperti gaya dinamik, gaya relinquish, gaya
withdrawal, gaya kawalan, gaya structuring dan gaya equalitarian. Beradasarkan
mesyuarat kurikulum yang dijalankan di SMK Taman Megah Ria, pelbagai reaksi guru
telah dikumpul oleh pengkaji terhadapi komunikasi formal yang digunakan oleh pengetua





sekolah tersebut semasa mengendalikan mesyuarat. Diantaranya mereka menyatakan
pengetua mengendalikan mesyuarat dengan perasaan tenang, prihatin, suka berbincang
dan pelbagai lagi tanggapan yang diberikan.

Kesan daripada komunikasi di dalam mesyuarat tersebut, pengetua dapat
menggerakkan sekolah, terutamanya dari segi kurikulum dan kokurikulum,
profesionalisme guru juga dapat ditingkatkan, wujudnya persekitaran yang kondusif
serta dapat memperkasakan sekolah ke arah kecemerlangan. Pengetua juga sentiasa
meneruskan perbincangan selepas mesyuarat, membimbing guru-guru lain dan
memperbaiki kualiti pendidikan.

Namun kajian juga menunjukkan terdapat beberapa kelemahan yang perlu
diperbaiki oleh pihak pentadbiran dan pengurusan. Diantaranya adalah penggunaan masa
sewaktu membuat keputusan di dalam mesyuarat, kadangkala mengambil masa yang
agak lama untuk mendapatkan persetujuan bersama. Selain itu juga, segelintir guru
terutamanya guru baru kurang berkomunikasi dengan pengetua kerana masih ada
perasaan takut dan hal ini mengakibatkan komunikasi yang disampaikan seolah-olah
berbentuk arahan dan memaksa.

Kajian telah dijalankan di SMK Taman Megah Ria. Pengkaji memilih sekolah
tersebut kerana pengkaji mengenali guru di sekolah tersebut dan lebih mudah untuk
mendapatkan kerjasama berbanding sekolah-sekolah lain dan agak sukar untuk mendapatkan
maklumat berkaitan mesyuarat yang dikendalikan oleh pengetua di sekolah tersebut. Setelah
soalan-soalan temubual disiapkan, penyelidik sendiri telah menemubual dua orang
responden. Seorang daripada mereka merupakan Guru Bahasa Melayu iaitu Puan Ande Noor
Munawara bt Bachok manakala responden yang kedua merupakan Setiausaha Kurikulum
Guru Penolong Kanan HEM, Puan Nur Atiqah binti Mohamad Moharam.

Pengkaji juga telah memohon kepada responden untuk mendapatkan minit
mesyuarat guru dan minit mesyuarat kurikulum untuk melihat respon dan reaksi yang
ditunjukkan oleh para guru semasa mesyuarat tersebut berlangsung. Pengkaji juga turut





mengedarkan borang soal selidik kepada guru-guru sesi pagi di sekolah tersebut sebagai
sampel kajian untuk mengetahui tanggapan dan reaksi mereka sewaktu mesyuarat
berlangsung. Ini adalah kerana ia berkait rapat dengan penggunaan komunikasi yang
digunakan oleh pengetua samada dipersetujui oleh para guru atau pun sebaliknya.

Prosedur dalam menjalankan kajian ini ialah:

i. Memilih masa yang sesuai untuk berjumpa dengan kesemua responden.
ii. Menerangkan kepada kesemua responden tujuan kajian yang dijalankan.
iii. Responden diberikan masa yang cukup untuk menjawab soalan temubual.

Hasil kajian ini dapat dijadikan panduan kepada Jabatan Pendidikan, pihak OUM, pihak
pentadbiran sekolah, guru penyelaras kurikulum, guru-guru serta pihak-pihak tertentu supaya
mereka boleh mengambil inisiatif bagi memaksimumkan penggunaan komunikasi dapat
dipelbagaikan sewaktu sesi mesyuarat sedang berlangsung.














3.0 HURAIAN BENTUK KOMUNIKASI SAMADA SECARA RASMI ATAU
TIDAK RASMI YANG DIGUNAKAN TERHADAP STAF SEMASA
MESYUARAT GURU / MESYUARAT KURIKULUM

3.0.1 Memo Panggilan Mesyuarat






Memo merupakan salah cara komunikasi yang wujud di SMK Taman Megah Ria
terutamanya untuk panggilan mesyuarat. Kebiasaannya, memo diedarkan kepada guru-
guru untuk pemberitahuan tarikh, tempat dan masa mesyuarat akan berlangsung.
Memo singkatan dari perkataan memorandum, iaitu komunikasi bertulis untuk
berhubung secara rasmi.

Memo juga menggantikan surat dan disebut juga sebagai surat edaran dalaman
atau untuk kegunaan dalaman. Kebiasaannya, memo mempunyai isi kandungan yang
ringkas, huraiannya tidak terlalu formal, mempunyai tajuk, kepada siapa hendak
ditujukan memo tersebut dan salinan kepada, contohnya salinan kepada fail timbul
pentadbiran. Memo juga tidak terikat dengan sesuatu bentuk dan huraian seperti surat
rasmi malahan ada memo yang tersedia dalam bentuk borang.

Walaupun ringkas tetapi memo bertujuan untuk memberikan maklumat dan
fakta. Memo juga menggantikan komunikasi pihak pengurusan atau pengetua kepada
pihak guru. Menerusi memo tersebut, guru-guru di sekolah ini memahami tindakan yang
perlu dilakukan. Setiap maklumat yang disampaikan hendaklah jelas dan mempunyai
maksud. Isi kandungannya perlulah ringkas, tepat dan padat beserta dengan nombor
rujukan, tarikh, perkara, tandatangan dan sebagainya.

Komunikasi berbentuk memo memang popular di semua agensi kerajaan dan swasta.
Gaya persembahan bahasa yang hendak disampaikan perlulah lembut dan berdiplomasi
dan tidak menimbulkan sikap negatif atau berprasangka terhadap guru-guru.


3.0.2 Pengumuman Panggilan Mesyuarat

Selain komunikasi berbentuk memo, di SMK Taman Megah Ria sering
menggunakan komunikasi berbentuk pengumuman. Komunikasi jenis ini lebih mudah
dan dapat mengelakkan para guru lupa menghadiri mesyuarat yang akan berlangsung.
Kebiasaannya penggunaan komunikasi berbentuk pengumuman hanya berlaku





sekiranya mesyuarat tersebut memerlukan tindakan segera daripada pihak guru.
Komunikasi jenis ini kurang disenangi ramai guru kerana pada waktu tersebut mereka
perlu meninggalkan kelas dengan tergesa-gesa dan membiarkan pelajar tanpa
pengawasan mereka.

Komunikasi berbentuk pengumuman bermaksud komunikasi pemberitahuan
atau pemakluman kepada orang ramai. Komunikasi ini bertujuan untuk memaklumkan
kepada orang ramai secara segera. Pengumuman dibuat sama ada secara lisan atau
tulisan dan mungkin juga menggunakan peralatan elektronik seperti sistem pembesar
suara. Di SMK Taman Megah Ria, setiap kelas, lab dan bengkel dibekalkan dengan
sistem pembesar suara untuk memudahkan guru-guru mendengar setiap pengumuman
yang disampaikan.

Komunikasi berbentuk pengumuman merupakan komunikasi sehala atau dua hala
tetapi di sekolah yang dikaji oleh pengkaji komunikasi berbentuk pengumuman
merupakan komunikasi sehala. Butiran komunikasi jenis ini kebiasaannya ringkas dan
padat, jelas, mudah difahami dan tidak meleret-leret penyampaiannya. Sekiranya
pengumuman tidak dapat dibuat melalui pembesar suara, barulah pihak pengurusan
mengumumkan mesyuarat yang akan dijalankan melalui surat pekeliling atau surat
pengumuman.

Surat pekeliling kebiasaannya dipanjangkan kepada guru-guru beserta lampiran
yang perlu ditandatangani manakala surat pengumuman pula diletakkan di papan-
papan kenyataan untuk memudahkan para guru menyedari maklumat yang hendak
disampaikan.

3.0.3 Gaya Komunikasi Pengetua Semasa Mesyuarat Berlangsung

Berdasarkan kajain yang dijalankan terhadap responden, jelas menunjukkan pengetua
SMK Taman Megah Ria mengamalkan enam gaya komunikasi sewaktu mengedalikan
mesyuarat. Gaya-gaya tersebut seperti gaya dinamik, gaya relinquish, gaya withdrawal,





gaya kawalan, gaya structuring dan gaya equalitarian. Keenam-enam gaya ini
diaplikasikan oleh pengetua mengikut kesesuaian masa, arahan dan sewaktu membuat
keputusan.

Gaya dinamik merupakan gaya komunikasi yang merujuk kepada perkara-perkara
yang penting sahaja untuk diperbincangkan. Pengetua akan menggunakan gaya ini
sewaktu ingin berterus-terang atau secara langsung tentang sesuatu arahan yang perlu
dilakukan oleh guru. Pengucapan pengetua lebih terarah kepada penerangan tugasan
yang perlu dilakukan oleh guru dengan jelas dan tepat tentang sesuatu arahan yang perlu
diambil tindakan. Pengetua akan memastikan arahan yang diberikan disusuli dengan
tindakan seterusnya.

Gaya relinquish merupakan gaya komunikasi yang melibatkan guru dalam
membuat keputusan. Gaya ini digunakan oleh pengetua sewaktu menerima dan bersetuju
dengan pendapat dengan guru. Sewaktu mesyuarat diadakan pengetua akan cuba
mendengar permasalahan yang melanda guru dan cuba untuk menunaikan hasrat guru
tersebut. Walaupun pengetua SMK Taman Megah Ria ini seorang yang tegas tetapi beliau
juga mengamalkan gaya komunikasi ini dan menganggap pendapat dan keputusan
guru lain turut berharga.

Gaya ketiga yang turut digunakan oleh pengetua semasa mengendalikan mesyuarat
adalah gaya withdrawal. Gaya ini digunakan oleh pengetua sewaktu cuba menghindari
masalah yang diberikan kepadanya terutamanya permasalahan yang melibatkan
masalah peribadi guru. Gaya ini turut diaplikasikan oleh beliau apabila berhadapan
dengan karenah guru-guru yang mengelak daripada tugasan dan arahan yang perlu
dilaksanakan oleh guru tersebut. Pada waktu itu, pengetua akan mengelak daripada
memperbincangkan hal-hal berkaitan dengan guru-guru lain dan membuat
keputusannya sendiri tanpa berinteraksi dengan orang lain terhadap guru-guru yang
bermasalah tersebut.






Gaya yang seterusnya merupakan gaya kawalan. Gaya kawalan merupakan gaya
yang paling kurang disenangi oleh para guru kerana gaya komunikasi ini bercorak
arahan, memerlukan tuntutan, mendesak dan mencabar pendapat guru lain.Gaya ini
amat kurang diaplikasikan oleh pengetua di SMK Taman Megah Ria kerana gaya ini
mewujudkan perselisihan faham antara pihak pengurusan dan para guru. Namun,
sekiranya arahan tersebut dihantar oleh pihak kementerian atau PPD, pengetua
terpaksa juga menggunakan gaya komunikasi kawalan untuk memastikan tahap sekolah
berada di dalam keadaan memberangsangkan serta tidak ketinggalan dalam kurikulum
yang dilaksanakan. Komunikasi ini hanya melibatkan sehala tanpa perlu mendapatkan
persetujuan ahli-ahli mesyuarat yang lain.

Gaya komunikasi yang kelima merupakan gaya structuring. Gaya ini juga kurang
diaplikasikan oleh pengetua di SMK Taman Megah Ria kerana berorientasikan
komuniti terhadap pembinaan peraturan-peraturan serta cuba memperkukuhkan
peraturan tersebut. Pengetua akan menggunakan gaya ini apabila menerima arahan
daripada pihak atasan untuk mempengaruhi guru akan mematuhi peraturan dan
undang-undang yang dilaksanakan atau menerima dasar-dasar baru yang perlu
diaplikasikan di sekolah. Komunikasi jenis ini bersifat obejktif dan tidak melibatkan
emosi yang kuat. Gaya komunikasi ini tidak mengambil kira perasaan guru-guru dan
pengetua menggunakan kedudukan beliau sebagai pengetua untuk mendapatkan
persetujuan guru-guru.

Gaya yang terakhir merupakan gaya equalitarian. Gaya ini melibatkan
komunikasi dua hala dan menyenangkan hati para guru. Gaya komunikasi ini akan
diaplikasikan oleh pengetua apabila guru-guru mengemukakan permasalahan yang
mereka hadapi dibentangkan di dalam mesyuarat. Pengetua akan menunjukkan
kemesraan sewaktu mengendalikan mesyuarat dan menggalakkan guru-guru memberi
idea serta prihatin terhadap permasalahan yang dihadapi oleh para guru. Komunikasi yang
terhasil adalah bebas dan mewujudkan persefahaman dan melahirkan suasana yang
baik dan mesra.



























4.0 HURAIAN BERKAITAN REAKSI ATAU TINDAK BALAS YANG
DIBERIKAN OLEH GURU-GURU BERKAITAN PERBINCANGAN SECARA
RASMI DALAM MESYUARAT TERSEBUT

Menurut responden pelbagai reaksi yang diberikan oleh para guru terhadap gaya
komunikasi pengetua sekolah tersebut terutamanya semasa menysuarat berlangsung.
Pengkaji telah pun mengedarkan borang soal selidik untuk melihat reaksi guru-guru sesi
pagi di SMK Taman Megah Ria terhadap gaya komunikasi pengetua sewaktu
mengendalikan mesyuarat. Para guru memberikan reaksi secara informal(tidak rasmi) atau
lebih dikenali sebagai grapevine.






Komunikasi grapevine. bersifat di luar rangkaian komunikasi formal, tidak
khusus, pantas, tersebar secara tidak sengaja melalui proses pertuturan, sifat peribadi
dan kebolehan manusia. Melalui komunikasi grapevine. ini, pihak pengurusan mendapat
maklumbalas mengenai sensitiviti pihak guru kepada pengetua. Ia merupakan tempat
untuk mencurahkan mesej yang boleh membangkitkan perasaan marah dan
mewujudkan sikap permusuhan di kalangan guru-guru jika mereka dipaksa dan diberi
tekanan.

Kebaikan komunikasi grapevine dapat membantu mentakrifkan sebahagian dari
arahan daripada pengetua agar menjadi bahasa yang mudah dan boleh difahami oleh
para guru. Namun keburukannya grapevine juga bertindak sebagai rangkaian untuk
menyebarkan khabar angin yang sememangnya belum tentu kesahihannya. Komunikasi
informal grapevine biasanya tersebar melalui desas-desus atau khabar angin dari mulut
ke mulut, dari seorang ke orang yang lainnya dalam sekolah.

Berdasarkan soal selidik yang dijalankan, pelbagai reaksi dan gossip serta persepsi
guru-guru terhadap pengetua dapat dikumpulkan. Pengkaji menganalisa setiap
maklumat yang diterima dan mendapati pengetua di SMK Taman Megah Ria
mengamalkan enam kemahiran komunikasi dan mengaplikasikannya di dalam
mesyuarat guru dan mesyuarat kurikulum sekolah tersebut. Minit mesyuarat yang
diperolehi oleh pengkaji turut membuktikan gaya komunikasi tersebut wujud di SMK
Taman Megah Ria.

Hasil soal selidik dan komunikasi informal yang diperolehi daripada guru-guru
dapatlah pengkaji simpulkan bahawa pengetua di SMK Taman Megah Ria
mengamalkan pendekatan kepimpinan demokratik kerana sering menggalakkan para
guru bekerjasama, menjana idea melibatkan guru dalam membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah bersama-sama.







Jadual 1: Penilaian guru-guru terhadap kepimpinan pengetua di SMK Taman Megah Ria

Gaya
Komuniasi
No Item Soalan
Bilangan
Ulasan Pengkaji
TP JJ SS KK S
Equalitarian
1
Pengetua anda seorang
yang peramah, mesra dan
prihatin sewaktu
mengendalikan
mesyuarat.
- 3

7

20

46

Sebanyak 50.5% menyokong
pengetua mengamalkan gaya
komunikasi equalitarian
yang mana pengetua
seorang yang senang dan
suka berinteraksi dengan
guru dan melibatkan guru
dalam membuat keputusan.
Peratus ini membuktikan
pengetua sekolah ini
seorang yang prihatin dan
teliti dalam pertuturan dan
memberi maklumbalas
yang positif kepada para
guru.
Pengetua mampu mendengar
dan menerima pendapat
orang lain dan ini
membuatkan guru-guru rasa
dihargai.
Gaya komunikasi ini berjaya
meningkatkan lagi
komitmen guru terhadap
sekolah.
2
Pengetua anda seorang
yang suka berbincang,
mengamalkan komunikasi
2 hala memahami anda
dan bersedia mendengar
masalah anda.
- 5

2

20

49

3
Pengetua anda selalu
meminta idea guru
sewaktu menghadiri
mesyuarat.
- 2

17

21

36

Dinamik
4
Pengetua anda bercakap
perkara dan hal-hal
penting sahaja di dalam
mesyuarat.
- 37 19 11 9 Hanya 30.7% guru yang
bersetuju pengetua mereka
mengamalkan gaya
komunikasi dinamik dan
selebihnya pula tidak
bersetuju.
Ini menunjukkan pengetua
sekolah tersebut bukan
5
Pengetua anda seorang
yang berterus-terang
tentang sesuatu arahan
yang hendak diserahkan
9 11 13 11 32





kepada anda. seorang yang dominan dan
bukanlah seorang yang
menggunakan pendekatan
autokratik semasa mesyuarat
dijalankan.
Hal ini jelas menunjukkan
pengetua tidak
menggunakan kekerasan
atau memaksa para guru
semasa mesyuarat
berlangsung.
Pengetua juga menaruh
kepercayaan kepada para
guru untuk menyelesaikan
tugasan mereka.
6
Pengetua anda
menerangkan tentang
tugas dengan jelas dan
tepat bersesuaian dengan
kehendak semasa.
7 8 15 17 29
Kawalan
7
Pengetua anda bercakap
sehala sewaktu
mengendalikan
mesyuarat.
2 29 12 23 10 Hanya 15.8% yang
menyatakan pengetua
mengamalkan gaya
komunikasi kawalan.
Hal ini menjelaskan bahawa
pengetua sekolah bukanlah
seorang yang suka
mendesak, mengabaikan
emosi stafnya semasa
mesyuarat berlangsung.
Segelintir guru baru yang
masih berasakan pengetua
seorang yang mendesak
kerana guru pelatih belum
dilatih dan tidak tahu tugas
yang harus dilaksanakan.
8
Pengetua anda selalu
mendesak anda untuk
mengikuti arahannya.
2 32 17 11 14

9
Pengetua anda mendesak
guru-guru lain untuk
mengikut tindakan yang
telah dilakukan olehnya
dan mencabar sesiapa
yang bantah keputusannya
sewaktu mesyuarat
dijalankan.
- 35 14 15 12
Withdrawal
(mengelak)
10
Pengetua anda selalu
mengelak apabila anda
ingin berbincang dan
memberitahu masalah
anda kepadanya.
7 39 9 11 10 Hanya 14.9% guru yang
menyatakan pengetua mereka
mengamalkan gaya
komunikasi Withdrawal.
Hal ini jelas menunjukkan
pengetua seorang yang 11 Pengetua anda membuat - 31 17 12 16





keputusan mengikut
kehendaknya di dalam
mesyuarat.
proaktif dan
bertanggungjawab
terhadap tugas yang
diamanahkan kepada beliau.
Pengetua juga bertindak
sebagai fasillitator dan
kaunselor kepada para
guru.
Proses memberi nasihat
dilihat sebagai proses tunjuk
ajar khususnya kepada
guru-guru tidak terlatih.
12
Pengetua anda mengelak
daripada
memperbincangkan hal
guru lain &
menghindarkan diri
daripada menyelesaikan
masalah guru sewaktu
mesyuarat.
8 29 12 19 8
Relinquish
13
Pengetua anda selalu
menerima pendapat anda
dan guru lain sewaktu
mengendalikan
mesyuarat.
3 5 17 17 34 Sebanyak 50.9% guru yang
menyatakan pengetua seorang
yang mengamalkan
komunikasi relinquish
semasa mesyuarat dijalankan.
Hal ini jelas menunjukkan
pengetua sekolah ini seorang
yang pintar dan berinisiatif
tinggi dan menjadi contoh
terbaik kepada guru yang
lain.
Pengetua mengamalkan
kepimpinan menyokong
yang melibatkan para guru
dalam merancang dan
membuat keputusan.
Hubungan 2 hala ini dapat
mewujudkan kerjasama dan
persefahaman dengan staf.
Hasilnya wujudnya
persekitaran saling
mempercayai, saling
hormat menghormati,
membina dan
menggalakkan pertukaran
14
Pengetua anda sentiasa
cuba untuk menunaikan
hasrat guru sewaktu
mesyuarat dijalankan dan
memberi penghargaan
kepada anda.
2 11 9 12 42
15
Pengetua anda cuba
menyelesaikan masalah
yang dihadapi oleh anda
dan guru lain sewaktu
mesyuarat dijalankan.
- 7 13 16 40





maklumat secara terbuka.
Structuring
16
Pengetua anda seringkali
mengikut arahan jabatan
sewaktu membuat
keputusan.
- 7 14 25 30 Hanya 32% yang menyatakan
pengetua mengamalkan gaya
komunikasi structuring di
dalam mengendalikan
mesyuarat.
Hal ini mungkin melibatkan
arahan dan dasar serta
pekeliling yang dikeluarkan
oleh kementerian dan
memerlukan kerjasama
semua pihak untuk
menjayakannya.
Arahan-arahan tersebut tidak
boleh disangkal oleh para
guru dan pengetua sendiri
kerana melanggar etika
kerja sekiranya kakitangan
tidak mematuhi peraturan
yang telah ditetapkan.
Pengetua juga tidak boleh
menggunakan pendekatan
demokratik sekiranya
arahan pihak atasan untuk
menyegerakan tindakan
kerana kedudukan beliau
akan tergugat sekiranya
beliau gagal melaksanakan
tugasan yang diarahkan.
17
Pengetua anda selalu
mengingatkan para guru
sewaktu bermesyuarat
untuk mematuhi peraturan
yang sedia ada.
- 5 10 17 44
18
Pengetua anda selalu
menggunakan
kedudukannya untuk
mendapatkan
persetujuannya tanpa
mengambil kira perasaan
anda.
31 29 7 8 1

Petujuk:
TP = Tidak Pernah JJ = Jarang-Jarang SS = Sekali-Sekala KK = Kerap Kali S = Selalu





















4.0 PENILAIAN JUSTIFIKASI DAN KESAN DARIPADA MESYUARAT
TERSEBUT

Analisis Tanggapan Guru-Guru Terhadap
Gaya Komunikasi Pengetua
Kesan Daripada Tanggapan Guru-Guru
Terhadap Gaya Komunikasi Pengetua
Mengendalikan Mesyuarat





Sebanyak 50.5% menyokong pengetua
mengamalkan gaya komunikasi
equalitarian yang mana pengetua
seorang yang senang dan suka
berinteraksi dengan guru dan melibatkan
guru dalam membuat keputusan.

Peratus ini membuktikan pengetua
sekolah ini seorang yang prihatin dan
teliti dalam pertuturan dan memberi
maklumbalas yang positif kepada para
guru.

Pengetua mampu mendengar dan
menerima pendapat orang lain dan ini
membuatkan guru-guru rasa dihargai.

Gaya komunikasi ini berjaya
meningkatkan lagi komitmen guru
terhadap sekolah.
Kesan Komunikasi equalitarian :
Berjaya membantu guru-guru
bekerjasama serta profesional dalam
menjalankan tugas-tugas yang diarahkan.

Kesan Komunikasi equalitarian : Guru-
guru juga sentiasa menambah baik mutu
pengajaran mereka.

Kesan Komunikasi equalitarian :
Menentukan matlamat bersama,
mengurangkan pengasingan guru den
berkomunikasi mengenai norma serta
kepercayaan sekolah.

Kesan Komunikasi equalitarian :
Pengetua dapat membangunkan motivasi
guru.

Kesan Komunikasi equalitarian :
Pengetua membantu guru-guru untuk
bertindak di dalam satu kumpulan dan
menghasilkan penyelesaian yang bijak.





Hanya 30.7% guru yang bersetuju
pengetua mereka mengamalkan gaya
komunikasi dinamik dan selebihnya pula
tidak bersetuju.

Ini menunjukkan pengetua sekolah
tersebut bukan seorang yang dominan
dan bukanlah seorang yang menggunakan
pendekatan autokratik semasa mesyuarat
dijalankan.


Hal ini jelas menunjukkan pengetua tidak
menggunakan kekerasan atau memaksa
para guru semasa mesyuarat berlangsung.

Pengetua juga menaruh kepercayaan
kepada para guru untuk menyelesaikan
tugasan mereka.
Kesan Komunikasi Dinamik: Gaya
komunikasi yang dinamik ini mempunyai
kecenderungan yang agresif boleh
meyebabkan perselisihan faham dan
dendam.

Kesan Komunikasi Dinamik: Namun
sekali-sekala gaya ini perlu
dilaksanakan kerana persekitaran
pekerjaan berorientasi pada tindakan
(action-oriented).

Kesan Komunikasi Dinamik:
Mewujudkan guru-guru yang menepati
masa, berdisiplin dan mengurangkan
budaya lepas tangan terhadap tugasan.

Kesan Komunikasi Dinamik:
Merangsang guru untuk bekerja
dengan lebih cepat dan lebih baik.





Hanya 15.8% yang menyatakan pengetua
mengamalkan gaya komunikasi kawalan.

Hal ini menjelaskan bahawa pengetua
sekolah bukanlah seorang yang suka
mendesak, mengabaikan emosi stafnya
semasa mesyuarat berlangsung.

Segelintir guru baru yang masih
berasakan pengetua seorang yang
mendesak kerana guru pelatih belum
dilatih dan tidak tahu tugas yang harus
dilaksanakan.
Kesan Komunikasi Kawalan: Gaya
komunikasi dapat menyekat para guru
dari meneruskan sifat atau peribadi
yang tidak disukai oleh pengetua.

Kesan Komunikasi Kawalan: Walaupun
gaya komunikasi ini lebih kepada
memaksa dan mengatur perilaku,
fikiran dan tanggapan orang lain, tetapi
sebagai ketua sekolah, pengetua perlu
menggunakan komunikasi tersebut ke arah
kebaikan.

Kesan Komunikasi Kawalan: Guru
baru dapat menyesuaikan diri dengan
budaya kerja.

Kesan Komunikasi Kawalan: Pengetua
menggunakan gaya komunikasi ini
supaya para guru bekerja dan
bertindak secara berkesan dan dapat
menerima kritikan walau dalam apa jua
keadaan.






Hanya 14.9% guru yang menyatakan
pengetua mereka mengamalkan gaya
komunikasi Withdrawal.

Hal ini jelas menunjukkan pengetua
seorang yang proaktif dan
bertanggungjawab terhadap tugas yang
diamanahkan kepada beliau.

Pengetua juga bertindak sebagai
fasillitator dan kaunselor kepada para
guru.

Proses memberi nasihat dilihat sebagai
proses tunjuk ajar khususnya kepada
guru-guru tidak terlatih.
Kesan Komunikasi Withdrawal: Para
guru tidak dapat mengelak dengan
tugasan yang diberikan kepadanya.

Kesan Komunikasi Withdrawal:
Keburukannya para guru berasakan
pengetua tidak mahu mengambil berat
tentang permasalahannya dan membuat
kerja yang diamanahkan pada dirinya
sambil lewa.

Kesan Komunikasi Withdrawal:
Menyedarkan pihak pengurusan bahawa
ramai guru yang tidak berpuas hati
dengan gaya komunikasi pengetua
mengendalikan mesyuarat.

Kesan Komunikasi Withdrawal:
Sebenarnya gaya ini memang kurang
diaplikasikan oleh pengetua sekolah
kecuali waktu-waktu tertentu
terutamanya menangani maslah guru
yang tidak mahu menerima kerja yang
diarahkan.





Sebanyak 50.9% guru yang menyatakan
pengetua seorang yang mengamalkan
komunikasi relinquish semasa
mesyuarat dijalankan.

Hal ini jelas menunjukkan pengetua
sekolah ini seorang yang pintar dan
berinisiatif tinggi dan menjadi contoh
terbaik kepada guru yang lain.

Pengetua mengamalkan kepimpinan
menyokong yang melibatkan para guru
dalam merancang dan membuat
keputusan.

Hubungan 2 hala ini dapat mewujudkan
kerjasama dan persefahaman dengan staf.

Hasilnya wujudnya persekitaran saling
mempercayai, saling hormat
menghormati, membina dan
menggalakkan pertukaran maklumat
secara terbuka.
Kesan Komunikasi Relinquish: Gaya
komunikasi ini berjaya memotivasikan
guru-guru terutamanya guru-guru
baru.

Kesan Komunikasi Relinquish:
Keperluan guru-guru dapat diberi
perhatian dan disempurnakan.

Kesan Komunikasi Relinquish:
Menambahkan kecemerlangan
prestasi guru-guru dan meningkatkan
produktiviti mereka.

Kesan Komunikasi Relinquish:
Pengetua bukan sahaja menyelia guru-
guru tetapi membimbing dan
menasihat.

Kesan Komunikasi Relinquish: Dapat
mencipta mesyuarat yang kondusif.

Kesan Komunikasi Relinquish: Para
guru mempunyai kawalan kendiri,
rasa bangga, keinginan memperbaiki
kelemahan diri dan berminat dengan
kerja.





Hanya 32% yang menyatakan pengetua
mengamalkan gaya komunikasi
structuring di dalam mengendalikan
mesyuarat.

Hal ini mungkin melibatkan arahan dan
dasar serta pekeliling yang dikeluarkan
oleh kementerian dan memerlukan
kerjasama semua pihak untuk
menjayakannya.

Arahan-arahan tersebut tidak boleh
disangkal oleh para guru dan pengetua
sendiri kerana melanggar etika kerja
sekiranya kakitangan tidak mematuhi
peraturan yang telah ditetapkan.

Pengetua juga tidak boleh menggunakan
pendekatan demokratik sekiranya arahan
pihak atasan untuk menyegerakan
tindakan kerana kedudukan beliau akan
tergugat sekiranya beliau gagal
melaksanakan tugasan yang diarahkan.
Kesan Komunikasi Structuring: Gaya
komunikasi yang berstruktur ini, amat
bermanfaat sekiranya gaya
komunikasi ini digunakan dnegan
betul.

Kesan Komunikasi Structuring:
Walaupun pengetua lebih memberi
perhatian kepada keinginan untuk
mempengaruhi orang lain dengan jalan
berkongsi maklumat tentang tujuan
sekolah, jadual kerja, peraturan dan
prosedur yang berlaku dalam sekolah
tersebut tetapi arahan-arahan dan
dasar-dasar tersebut mampu
membentuk guru menjadi guru yang
berdisiplin dan berakhlak mulia.

Kesan Komunikasi Structuring: Bukan
semua orang mempunyai sifat
kewibawaan. Apabila guru
mengamalkan sikap dan tingkahlaku
yang berdisiplin, guru-guru lain akan
segan dan menghormati beliau di
dalam mesyuarat tersebut.





5.0 KESIMPULAN






Hasil kajian yang dijalankan, pengkaji mendapati bahawa gaya komunikasi yang
diaplikasikan oleh pengetua di SMK Taman Megah Ria sentiasa memberi penghargaan
terhadap sumbangan orang lain. Selain itu juga pengetua seorang yang suka
berbincang, mendengar dan menerima pendapat serta pandangan orang lain dan tidak
suka berbantah hanya semata-mata mahu mempertahankan penadapatnya. Kajian juga
mendapati pengetua seorang yang peramah dan cuba untuk meningkatkan kemesraan
dan hubungan yang rapat dnegan guru-guru.

Pendekatan kepimpinan demokratik berjaya membuka ruang kepada guru-guru
untuk mengemukakan idea dan secara tak langsung mereka berasakan diri mereka
dihargai. Selain itu juga pengetua bertindak sebagai pemimpin pengajaran untuk
meningkatkan lagi komitmen guru di sekolah. Selain tugas mentadbir, pengetua juga perlu
berkomunikasi dengan para guru berhubung permasalahan yang melanda para guru
di kelas.

Sebagai pengetua, semua bentuk komunikasi kepimpinan diperlukan oleh beliau.
Kepimpinan autokratik dapat memastikan segala arahan serta keputusan adalah
ditangan pengetua. Namun setiap keputusan yang diambil perlulah melihat kesesuaian dan
tidak membebankan guru yang sudah sedia terbebna dengan tugas-tugas hakiki dan
tugas-tugas perkeranian. Gaya demokratik merupakan gaya yang sedang elok digunakan
kerana ia memperlihatkan guru besar memberi peluang kepada orang bawahannya untuk
bersama-sama membuat keputusan.

Komunikasi di dalam mesyuarat bukan sahaja melibatkan guru-guru memberi
input berasaskan pengetahuan, kemahiran, dan pengalaman tetapi juga melibatkan
komunikasi pengetua yang memberikan sokongan moral dan mendorong ke arah
pencapaian matlamat sekolah. Komunikasi kepimpinan merupakan refleksi antara
pengetua dan para guru . Walaupun guru pelatih jarang berkomunikasi dengan guru
besar tetapi sekiranya diberikan tugasan, mereka melaksanakan tugas-tugas tersebut
dan lebih rela berbincang bersama guru senior atau guru penyelaras.






Secara keseleuruhannya, bentuk-bentuk komunikasi yang dikomunikasikan oleh
pengetua mewujudkan kerjasama dan persefahaman dengan para guru.

(5 , 221 patah perkataan)



































8.0 RUJUKAN







1) Mohd Salleh Lebar.(2008). HBEM 1403 Pembelajaran dan Pengajaran. Selangor:
Meteor Doc. Sdn Bhd.

2) Zaidatol Akmaliah Lope Pihie.(1999). Pentadbiran Pendidikan. Selangor: Academic
Art and Printing Services Sdn. Bhd.

3) Bahariah Yusuf.(1999).Kepimpinan & Pengurusan Sekolah:Pengurusan Peringkat
Pertengahan di Sekolah (Bagaimana Menyelaraskan Pengurusan dan Pengajaran
untuk Sekolah yang Efektif).Kuala Lumpur.Ampang Press Sdn. Bhd.

4) Mohamed Zon Ramli.(2008). Kepimpinan Sekolah.Selangor.Meteor Doc. Sdn Bhd.

5) Shasitharan A/L Raman Kutty.(2008).HBEM3203 Pengurusan Komunikasi dalam
Organisasi Pendidikan. Selangor.Meteor Doc. Sdn Bhd.

6) Zahari Jaafar.(2002).Hubungan di antara Gaya Komunikasi Pengetua Dengan
Komitmen Guru Kepada Sekolah: Satu Tinjauan di beberapa buah Sekolah
Menengah Kebangsaan di Daerah Kuala Krai, Kelantan Darul Naim. Jurnal Fakulti
Sains dan Teknologi, Universiti Utara Malaysia.Sintok, 1-122. Date Retrived:[2012,
Jun 12]

7) Ariffin BaAda & Robiah Sidin.(2002). Komunikasi Pengetua-Guru: Satu
Analisis.Jurnal Teknologi Universiti Teknologi Malaysia. Skudai, 71-79. Date
Retrived:[2012, Jun 12]

8) Wan Abd Aziz Wan Mohd Amin.(2002). Analisis Model Keberkesanan Komunikasi
Interpersonal Antara Pengetua dan Guru Sekolah Menengah Terkawal di Pantai
Timur Malaysia.Jurnal Fakulti Pengurusan dan Ekonomi Universiti Putra Malaysia.
1-25. Date Retrived:[2012, Jun 12]






9) M. Al. Muzzammil B. Yasin & Kamariah Binti Matrawi.(2010). Komunikasi
Interpersonal Guru Besar Dan Komitmen Guru Di Sekolah Rendah Zon Maharani
Muar.Jurnal Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. 1-11. Date
Retrived:[2012, Jun 12]

10) Rosli Mohammed.(2007). Iklim Komunikasi dan Pencapaian Organisasi: Kajian Kes
antara Dua Buah Organisasi Awam Malaysia. Tesis Ijazah Doktor Falsafah
Universiti Sains Malaysia. 1-40. Date Retrived:[2012, Jun 12]

11) Raja Roslan Raja Abd Rahman, Abu Bakar Mohd Yusof & Azizi Yahaya.(2008).
Pelaksanaan Komunikasi Kepimpinan Dalam Organisasi Pengamal Pengurusan
Kualiti MS ISO 9001 Di Malaysia: page 1-12. Date Retrived:[2012, Jun 12]

12) Mohd Safiee Hj. Idrisa et al. ( 2008). Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat
Kebangsaan 2008. Komunikasi Interpersonal Dalam Pengajaran Di Kalangan Guru-
Guru Teknikal Sekolah Menengah Teknik Di Negeri Melaka, Volume (22-23
Oktober), 1-12. Date Retrived:[2012, Jun 12]

13) Sharifah Baharum, Joki Perdani Sawai & R. Balan Rathakrishnan (2000). Hubungan
Antara Komunikasi Dalam Organisasi Dengan Kepuasan Kerja, Prestasi Kerja dan
Komitmen Kerja. Page 1-21. Date Retrived:[2012, Jun 12]

14) Institut Pendidikan Guru. (2011). WAJ 3116 Bahasa Melayu Komunikatif II.
Cyberjaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

15) Wikipedia: Pengetua dan Hubungan Manusia. http://ms.wikipedia.org/wiki/
Pengetua_dan_Hubungan_Manusia. Date Retrived:[2012, Jun 12]

16) M. Al-Muz-Zammil Bin Yasin & Azmi Bin Hussain. (2011). Gaya Komunikasi Guru
Besar Dan Komitmen Guru-Guru Di Tiga (3) Buah Sekolah Daerah Kota Bharu
Kelantan. Jurnal Fakulti Pendidikan. Johor: Universiti Teknologi Malaysia











































9.0 APENDIKS


MINIT MESYUARAT GURU /MESYUARAT KURIKULUM BIL: 1
SMK TAMAN MEGAH RIA
MINIT MESYUARAT GURU /MESYUARAT KURIKULUM BIL: 1 TAHUN: 2011






Tarikh/ Hari:Selasa 28/12/2010
Masa: 8.30-1.00pm
Tempat: Bilik Mesyuarat SMK Taman Megah Ria


Kehadiran:-

1) En Nordin Mukri
2) Pn Marzitah Abd Malek
3) Pn Rani A/P Supramaniam
4) Pn Ande Noor Munawara bt Bachok
5) Pn Norlaili Yahaya
6) Pn Haslina Hussein
7) Ishak Saidoo
8) Zaifarizah Md Sukor
9) Anusuya Devi A/P Sannasy
10) Mastura Ghazali
11) Zira Awang
12) Safinah Ali
13) Nurfatin Najwa Mohd Khalid
14) Asilah Ramli
15) Jabar Bin sedek
16) Mohamad Hafizi Mohd Zaki
17) Mohd Lokman
18) Md Khairul Azahan Gahapar
19) Mohd Shahrizal Yusoff
20) Nik Mohamad Solihin Bin Nik Ibrahim
21) Nadia Ruslan
22) Norhayati Abdullah
23) Norfadhillah Mamat
24) Norsidah Mohd Noor
25) Teoh Bee Ing
26) Kasmawati Cha





27) Nordayati Maktop
28) Kosnah Karnadi
29) Nordiana Nordin
30) Bahvany Muthu
31) Mohd Irwan Idris
32) Aishah Mohamad
33) Norisah Mohd Yatim
34) Wahyu Abd Razak
35) Malyanah Marzaini
36) Siti Fatimah bte Abd Razak
37) Norwaheda Hasrin
38) Aida Yuliyana Zahari
39) Nurul Aimi Mohd Shah
40) Nuratiqah Mohamad Moharam
41) Loi Choi Suien
42) Tey Kim Moi
43) Normaliza Jamadi
44) Nur Akmarina Azmi

1. Kata-kata aluan Pengerusi

1.1 Terima kasih kepada guru yang dapat hadir. Mesyuarat merangkumi 2 bidang iaitu
mesyuarat guru dan kurikulum kali pertama.

1.2 Sepanjang tahun 2010 sekolah telah berusaha dengan sedaya mungkin dan membuat
kerja dengan bersungguh-sungguh.

1.3 Selamat menjalankan tugas kepada guru-guru baru dan perlu cepat memahami gerak
kerja sekolah ini.

1.4 Pengenalan sekolah oleh Tuan Pengetua kepada guru-guru baru.

1.5 Minggu pertama persekolahan bidang bahasa akan berbincang mengenai masalah bahasa
di sekolah. Masalah bahasa akan menyukarkan urusan P&P di kelas. Kelas peralihan dan
tingkatan 1 perlu diberi pengkhususan untuk menguasai bahasa.

1.6 Kelas perlu dihias sebelum persekolahan bermula pada 3/1/2011.







2. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu.

-Tiada-



3. Perkara berbangkit


3.1 Mulai tahun 2011semua guru perlu mengambil berat tentang disiplin pelajar.
3.2 Mulai tahun ini semua kelas akan dibekalkan tong sampah hitam.
3.3 Kaunselor akan duduk berbincang dengan guru mengenai 10 perkara sebelum
dan selepas mengajar.

3.4 Mulai tahun 2011 semua gerak kerja akan diselaras oleh guru kanan
matapelajaran.

3.5 SKPM akan di isi semula mulai Mac.

3.6 Diharap pada tahun 2011 semua guru perlu hapuskan sikap mementingkan diri
sendiri dan mengambil kesempatan terhadap peluang yang diberikan.

3.7 Hari sabtu pertama atau ketiga guru dimestikan hadir kesekolah untuk
melakukan gerak kerja .(Hari Semarak 5S) Waktu pulang ialah pukul 3.00pm.

3.8 Mulai tahun 2011 bahan yang telah dibeli menggunakan duit panatia perlu
digunakan dengan kadar segera.Setiap bahan yang hendak dibeli perlu mengisi
nota minta ,berbincang dengan guru kanan dan perlu disahkan oleh pengetua.



Tindakan:Ketua Panitia


3.9 Mulai tahun 2011 semua guru perlu melakukan kerja sehingga selesai dan sempurna.

3.10 Surat yang mengambil tindakan pelajar perlu ditanda tangan dan disemak dan diberi
perhatian. Ini kerana setiap kesilapan akan berpatah balik kepada pihak sekolah.

3.11 Setiap surat yang hendak diprint perlu disemak dahulu oleh guru kanan dan
pentadbiran untuk mengawal pengeluaran kertas.






3.12 Pelajar-pelajar perlu diasuh melakukan gerak kerja ringan seperti menghias kelas
dengan dibimbing oleh guru.

3.13 Jadikanlah Kelab PRS satu kelab yang aktif dengan membantu guru kaunselor
sepenuhnya dari segi aktiviti kaunseling.

Tindakan:Kaunselor


3.14 Semua mangga kelas telah ditukar kepada mangga yang baru.

3.15 Untuk Audit Akademik dan Headcount setiap panatia perlu memulakan
mesyuarat terlebih dahulu dan berbincang untuk membuat keputusan.

Tindakan: Ketua Panatia

3.16 Satu surat lantikan akan dikeluarkan mewakili semua tugas yang tertera didalam buku
pengurusan 2011.

3.17 Pada Mesyuarat Majlis Pengetua Guru Pen.Kanan Akademik mencadangkan agar
membuat ABM mengikut tajuk.


4. Laporan Unit 1 (Pembentangan Buku Pengurusan tahun 2011)


4.1 Slogan sekolah pada tahun 2011 ialah BISTARI SENTIASA TERBILANG.

4.2 Majlis Pengetua dan sumber Manusia akan digabungkan mulai tahun 2011.

4.3 Mulai tahun 2011 Setiausaha setiap bidang perlu memberi peranan. Setiap minit
mesyuarat yang dibuat perlu dimasukkan kedalam E-Minit Mesyuarat. Guru-guru
hanya perlu membuka Laman Web untuk membaca Minit tersebut dan
menandatangani rekod.Ini adalah untuk menjimatkan penggunaan kertas.

Tindakan:Semua Setiausaha

4.4 Jawatankuasa Inovasi perlu membuat pendokumentasian setiap Inovasi yang telah
dilakukan di sekolah.

Tindakan:SU Inovasi

4.5 Setiap aktiviti dan inovasi yang dilakukan perlu didokumentasikan.

4.6 Tuan pengetua membentang AJK-AJK seperti yang tertera didalam buku pengurusan
tahun 2011.






4.7 Puan Kamsiah akan menjadi guru koperasi bagi tahun 2011 dan diharap dapat
memberi idea untuk menjadikan koperasi sekolah yang dapat memberi kemudahan
kepada guru dan pelajar.

4.8 Puan Kasmawati akan menjadi Ketua guru pengawas yang akan dibantu oleh En
Lokman bagi menguruskan disiplin sekolah.

4.9 Semua setiausaha perlu menanda dan menyemak buku pengurusan setiap mesyuarat
yang perlu dijalankan.

Tindakan:Semua Setiausaha


4.10 Jawatankuasa jadual waktu dan Relief akan diketuai oleh semua Guru Kanan
Matapelajaran.

4.11 Mulai tahun 2011 Sebelum pukul 2.00pm guru relief perlu tahu guru yang tidak hadir
pada keesokan hari dan reliefnya perlu siapkan sebelum pukul 3.00am.

4.12 Setiap surat MC perlu dihantar tidak lebih dari 3 hari. Surat permohonan cuti perlu
dimohon sebelum cuti itu diambil.

Tindakan:Semua guru

4.13 Jika ada kecemasan perlu maklum kepada pihak sekolah dengan kadar segera.Guru
yang sedang bercuti akan dihubungi dengan kadar segera jika ada tugasan yang belum
diselesaikan.

4.14 Jawatankuasa HEM mempunyai perubahan bagi tahun 2011 di mana Guru-guru
kanan matapelajaran akan menjadi penyelaras dan dibantu oleh ketua-ketua bagi
setiap bidang.

4.15 Jawatankuasa HEM(Pengurusan Bilik Darjah) diketuai oleh Pn Norhayati.

4.16 Setiap Jawatankuasa perlulah membuat 4-5 kali mesyuarat. Setiap mesyuarat yang
dilakukan perlulah membuat minit mesyuarat. Setiap setiausaha perlulah memberi
peranan.

4.16.1 Semua guru perlu catatkan tugasan masing-masing dibahagian belakang buku
pengurusan untuk mengemaskini buku pengurusan yang sedia ada.

Tindakan:Semua guru

4.2 Laporan Unit 2(Kurikulum)







4.2.1 Kepada ketua panitia yang membeli bahan bantu mengajar menggunakan duit panatia
perlu ditempatkan di Pusat sumber relief untuk memudahkan pengagihan bahan.

4.2.2 Bidang peperiksaan diketuai oleh Puan Kosnah karnadi. Bilik peperiksaan akan
dilengkapi dengan printer untuk kemudahan guru. Bahan yang penting sahaja perlu
dicetak untuk penjimatan.

4.2.3 Mesyuarat Headcount dan Audit Akademik akan dimulakan dari bawah(Panitia)
barulah akan dimulakan bagi pihak atas.

4.2.4 Audit Akademik PMR akan dibuat bersama guru kanan.

4.2.5 Keputusan PMR menurun kepada 55.62 berbanding 69% pada tahun lepas.

4.2.6 Ada 2 panitia yang mengalami kenaikan walaupun tidak mencapai iaitu panitia
Bahasa Melayu dan Sains.

4.2.7 Panitia Kemahiran Hidup untuk kedua-dua pilihan telah mendapat 100% kelulusan.

4.2.8 Beberapa panitia juga telah menurun iaitu Panitia Geografi ,Sejarah,Bahasa Inggeris
dan Pendidikan Islam.

4.2.9 Ketua Panitia Pendidikan Islam baru ialah Pn Noraisyah dan Ketua Panitia
Bahasa Inggeris ialah Cik Loy.

4.2.10 Tiga orang mendapat keseluruhan A dalam PMR, dan 9 orang pelajar yang Near Miss
Cemerlang.

4.2.11 Cik Loy akan mengajar Prinsip Akaun untuk sementara waktu .

4.2.12 Merujuk takwim 2011 hari sabtu yang dipilih perlu dipenuhi dengan aktiviti yang
telah dirancang.Rujuk Takwim.

4.2.13 Bahagian Kurikulum,kokurikulum dan Hem diharap dapat merancang aktiviti pada
Hari Semarak tersebut.

4.2.14 Hari pertama adalah hari P&P dan tiada kutipan yuran pada minggu pertama
persekolahan dan perlu beri kerja rumah.

4.2.15 Elektif bagi tingkatan 4 ialah 1 kelas sains,Prinsip Akaun dan tasawwur,bahasa Cina
dan Pendidikan seni.



5.Hal-hal lain







5.1.1 Semua guru hapuskan tabiat kerja sambil lewa.Guru perlu kerja dengan cemerlang.

5.1.2 Alat-alat muzik di sekolah bernilai RM 185000.00. Tetapi beberapa peralatan muzik
didapati hilang daripada simpanan bilik muzik.

5.1.3 Setiap guru perlu menjaga harta benda sekolah dengan sebaiknya. Setiap Laptop dan
komputer perlulah sentiasa diservis.

5.1.4 Program-program keagamaan yang dijalankan di sekolah tidak mendapat sambutan
dikalangan guru-guru. Diharap guru-guru memberi peranan dan melibatkan diri
dalam setiap program keagamaan di sekolah.

5.1.5 Program keagamaan yang dijalankan pada tahun 2010 perlulah diteruskan pada tahun
2011.

5.1.6 Walaupun NGO telah ditugaskan disekolah tetapi pelajar-pelajar cina masih lagi tidak
dapat mendisiplinkan diri ketika hendak masuk kedalam kelas.

5.1.7 Mesyuarat yang akan datang perlulah terus kepada agenda yang telah ditetapkan.
Semua Pengurusan Mesyuarat dan yang berkaitan perlulah mengikut SPSK yang
telah ditetapkan dan mengikut prosedur.

5.1.8 Guru Pen.Kanan Hem memaklumkan guru-guru tingkatan bagi tahun 2011.



Di sediakan oleh

......................................

ZAIFARIZAH MD SUKOR

SETIAUSAHA KURIKULUM 1






































MINIT MESYUARAT GURU KALI KE-2
SMK TAMAN MEGAH RIA
MINIT MESYUARAT GURU BIL: 2 TAHUN: 2011

TARIKH : 08 Januari 2011
HARI : Sabtu
MASA : 8.30 9.30 petang
TEMPAT : Bilik Mesyuarat SMK Taman Megah Ria


1. PENGERUSI : En Nordin bin Mukri

Kehadiran:-

1. NAMA YANG HADIR : En Nordin Mukri
2. Pn Marzitah Abd Malek
3. Pn Rani A/P Supramaniam
4. Pn Ande Noor Munawara bt Bachok
5. Pn Norlaili Yahaya
6. Pn Haslina Hussein
7. Ishak Saidoo
8. Zaifarizah Md Sukor
9. Anusuya Devi A/P Sannasy
10. Mastura Ghazali





11. Zira Awang
12. Safinah Ali
13. Nurfatin Najwa Mohd Khalid
14. Asilah Ramli
15. Jabar Bin sedek
16. Mohamad Hafizi Mohd Zaki
17. Mohd Lokman
18. Md Khairul Azahan Gahapar
19. Mohd Shahrizal Yusoff
20. Nik Mohamad Solihin Bin Nik Ibrahim
21. Nadia Ruslan
22. Norhayati Abdullah
23. Norfadhillah Mamat
24. Norsidah Mohd Noor
25. Teoh Bee Ing
26. Kasmawati Cha
27. Nordayati Maktop
28. Kosnah Karnadi
29. Nordiana Nordin
30. Bahvany Muthu
31. Mohd Irwan Idris
32. Aishah Mohamad
33. Norisah Mohd Yatim
34. Wahyu Abd Razak
35. Malyanah Marzaini
36. Siti Fatimah bte Abd Razak
37. Norwaheda Hasrin
38. Aida Yuliyana Zahari
39. Nurul Aimi Mohd Shah
40. Nuratiqah Mohamad Moharam
41. Loi Choi Suien
42. Tey Kim Moi
43. Normaliza Jamadi
44. Nur Akmarina Azmi


1. Kata-kata aluan Pengerusi


1.1 Ucapan terima kasih kepada semua guru yang hadir.
1.2 Mengingatkat supaya guru menggunakan CRK (Cuti Rehat Kerja) sebaik mungkin.

2. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu.





En. Lokman dan Pn. Norhayati telah bersetuju dengan minit mesyuarat yang lepas dan tiada
bantahan daripada mana-mana pihak.

3. Perkara berbangkit

3.1 Peringatan kepada guru-guru lama dan pemberitahuan kepada guru-guru baru mengenai
penulisan objektif di bahagian kiri whiteboard atau blackboard untuk memudahkan para
pelajar mengetahui apakah objektif pembelajaran mereka pada hari tersebut.

3.2 Guru perlu membuat kesimpulan sebelum mengakhiri sesi P&P supaya para pelajar dapat
mengimbas kembali perkara yang telah mereka pelajari pada hari tesebut.

4.0 Laporan Unit 1


4.1 Guru tidak dibenarkan duduk di dalam kelas. Malah guru seharusnya berjalan di setiap
tempat duduk pelajar terutama di bahagian belakang khususnya semasa guru memberikan
latihan kepada pelajar untuk memastikan para pelajar mendapat perhatian yang sama rata
oleh guru.

4.2 Sekiranya suara guru agak perlahan dan tidak dapat didengari oleh pelajar yang duduk di
bahagian belakang, guru perlu berdiri di barisan ke-2 atau di tengah-tengah kelas untuk
memastikan semua pelajar dapat mendengar penjelasan guru tersebut. Tetapi sekiranya guru
sedang memberi penerangan tentang sesuatu topik, guru tidak seharusnya memberi
penjelasan dalam keadaan bergerak, tetapi seharusnya guru tersebut berdiri pada satu
kedudukan sahaja.

4.3 Bagi waktu P&P guru yang tidak mempunyai masa terluang di antara satu-satu masa,
guru mestilah membawa terus bahan P&P untuk waktu seterusnya kerana untuk
mengelakkan guru terlewat masuk ke kelas dan mengelakkan pelajar melakukan kesalahan
disiplin semasa menunggu guru seterusnya masuk ke kelas.






4.4 Guru seharusnya membawa laptop atau netbook ke kelas kerana di dalamnya
adamengandungi rancangan pengajaran harian, headcount, Plan-J.

4.5 Guru-guru yang sedia ada mempunyai modul relief, boleh berikan modul tersebut kepada
guru modul relief dan dalam masa yang sama, 5 orang guru modul relief juga perlu
menyediakanmodul tersebut.
Tindakan:Guru Modul Relief

4.6 Tarikh akhir pembayaran yuran pelajar harus ditetapkan.
Tindakan:GPK HEM

4.7 Peringatan kepada semua guru tingkatan mengenai softboard untuk setiap subjek di
dalam kelas sepatutnya telah siap sedia ditampal dengan maklumat sebelum pelajar masuk
dan memulakan P&P.

4.8 Tambahan masa sehingga hari Jumaat (14/01/2011) kepada guru tingkatan
untukmemastikan bahawa softboard telah siap dipenuhkan dengan ringkasan pengajaran
bersaiz A4 dan ditampalkan pada kertas warna untuk setiap subjek bagi rujukan pelajar.
4.8.1 Puan Norsidah Mohd Noor mencadangkan agar pelajar dibahagikan kepada
4orangdalam 1 kumpulan dan guru tingkatan perlu meminta setiap kumpulan untukmencari
bahan-bahan untuk ditampalkan di softboard.

4.9 Enrollment baru minggu lepas iaitu pada hari Isnin (03/01/2011), bilangan
pelajartingkatan 1 adalah seramai 150 orang, tetapi pada minggu ini (08/01/2011) bilangan
pelajar tingkatan 1 telah meningkat menjadi 187 orang. Maka, cadangan untuk menutup kelas
menjadi 5 kelas sahaja tepaksa dibatalkan kerana berlaku perbezaan ras. Masalah utama yang
timbul sekiranya pelajar berada didalam.

4.10 Kelas tingkatan 4 akan dibuka satu kelas lagi iaitu 4E. Tingkatan 4C dan 4D akan
dipecahkan menjadi tiga kelas iaitu tingkatan 4C, 4D dan 4E. Guru tingkatan diminta untuk
mengenal pasti pelajar yang perlu dimasukkan ke dalam kelas 4E.






5.Hal-hal lain


5.1 Guru Penolong Kanan HEM memaklumkan bahawa sehingga 7/1/2011,
jumlahkeseluruhan pelajar adalah seramai 846 orang. Walaupun begitu, masih ada lagi kelas
yang masih belum update jumlah pelajar terkini.

5.2 Puan Ande meminta khususnya guru tingkatan agar memaklumkan kepada
beliausekiranya terdapat pelajar yang mempunyai latar belakang sosio ekonomikeluarga yang
agak rendah supaya pelajar-pelajar tersebut dapat dibantu dan kebajikan pelajar tersebut
dapat dijaga.

5.3 Pengurusan bilik darjah:

5.3.1 Ketua tingkatan dan penolong ketua tingkatan perlu di lantik segera.

5.3.2 Guru tingkatan boleh melantik beberapa orang AJK dikalangan pelajar untuk
memastikan keadaan kelas sentiasa ceria. Guru tingkatan perlu menjanjikan sijil penghargaan
pada akhir tahun.

5.4 Nilai wang bagi tabung kebajikan yang telah dipungut semasa hari pendaftaran harus
dimaklumkan sahaja kepada Puan Andi Noor dan wang tersebut boleh digunakan untuk
kegunaan keceriaan kelas.

5.5 Jawatankuasa disiplin telah memutuskan bahawa pas keluar akan diberikansebanyak 2
keping kepada setiap guru dan konsep bagi kad pas keluar tersebut adalah1 kad, 1 pelajar.

5.6 Slip salah laku pelajar tidak akan digunakan lagi bermula tahun 2011. Ini
keranasekiranya pelajar melakukan salah laku, kesalahan tersebut boleh terus ditulis di
dalamborang ponteng.






5.7 Kad disiplin berwara merah telah diputuskan oleh Jawatankuasa disiplin untuk
tidakdigunakan lagi kerana sistem SSDM sekolah ini lebih terkini dan up to date.

5.8 Guru Pen.Kanan Hem memaklumkan guru-guru tingkatan bagi tahun 2011.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,
.........................................
(NUR ATIQAH BINTI MOHAMAD MOHARAM) (PN MARZITAH ABD MALEK)
Setiausaha Kurikulum 2 Guru Penolong Kanan HEM
SMK Taman Megah Ria. SMK Taman Megah Ria






MINIT MESYUARAT KULIKULUM/ MESYUARAT GURU KALI KE-3
SMK TAMAN MEGAH RIA
MINIT MESYUARAT KURIKULUM/ MESYUARAT GURU BIL: 3 TAHUN: 2011
TARIKH : 08 Mac 2011
HARI : Selasa
MASA : 2.30 4.30 petang
TEMPAT : Bilik Mesyuarat SMK Taman Megah Ria


PENGERUSI : En Nordin bin Mukri

Kehadiran:-

KEHADIRAN (BILANGAN) : 37 orang

1) Pn. Khalidah Binti Khalil
2) Pn. Haslina Binti Hussein
3) Pn. Noor Laili Bt Yahya
4) Pn. Rani A/P V. Supramaniam
5) Pn. Zaifarizah Binti Md Sukor
6) Cik Nur Atiqah Binti Mohamad Moharam
7) Pn. Mastura Binti Ghazali
8) Cik Norhasdiana Binti Aziz
9) Pn. Anusuya Devi A/P Sannasy
10) Cik Loi Choi Suein
11) Cik Norwaheda Binti Hasrin
12) Cik Nurul Aimi Binti Mohd Shah





13) Cik Aida Yuliyana Binti Zahari
14) Cik Nur Fatin Najwa Binti Mohd Khalid
15) En. Lokman Hakim Mahamad
16) En. Md Khairul Azhan Gahapar
17) En. Mohd Irwan Idris
18) En. Mohd Shahrizal Bin Yusoff
19) Pn. Hartini Binti Daud
20) Pn. Norsidah Mohd Nor
21) Pn. Kasmawati Binti Cha
22) Pn. Teoh Bee Ing
23) Pn. Nordayati Binti Maktop
24) Pn. Kosnah Binti Karnadi
25) Cik Farahiah Binti Nodin
26) Cik Malyanah Binti Marzaini
27) Cik Siti Fatimah Binti Abd Razak
28) Cik Atikah Zabir
29) Cik Nurul Ain Binti
30) En. Graven Bin Yulius Bata
31) En. Nik Mohamad Solehin Bin Nik Ibrahim
32) Cik Siti Nora Md Sharif
33) Cik Normaliza Binti Jamadi
34) Cik Tey Kim Moi
35) Cik Nur Akmarina Mohd Azmi
36) Pn. Nooreisyah Binti Zainudin

Senarai Nama yang Tidak Hadir:

1) Pn. Nadia Binti Ruslan Appoinment Doktor
2) Cik Zira Bte Awang MC
3) Pn. Ande Noor Munawarah Binti Bachok Mesyuarat
4) En. Hafizi Bin Mohd Zaki Mesyuarat
5) Pn. Nordiana Binti Nordin Mesyuarat
6) Pn. Bahvany A/P Muthu Appoinment Doktor
7) Pn. Norisah Binti Mohd Yatim Sukan
8) Pn. Aishah Binti Muhammad Sukan
9) Pn. Safinah Binti Ali Sukan
10) En. Jabar Bin Sedek Mesyuarat
11) Pn. Asilah Binti Ramli MC
12) Pn. Wahyu Abdul Razak Sukan
13) En. Ishak Bin Saidoo Tanpa Kenyataan
14) En. Muhd Ruhaizat Tanpa Kenyataan
15) Pn. Norfadhillah Mamat Tanpa Kenyataan
16) Pn. Norhaliza Binti Rusli Tanpa Kenyataan
17) Cik Zubaida Binti Muda Tanpa Kenyataan
18) Pn. NorHayati binti Abdullah Tanpa Kenyataan
19) Pn. Kamsiah Binti Nekmat Tanpa Kenyataan





20) Cik Nor Adilawati Binti Suliman Tanpa Kenyataan

1. Kata-kata aluan Pengerusi

1.1 Bacaan Doa
1.2 Ucapan terima kasih di atas kehadiran guru pada Mesyuarat Guru kali ke-3.
1.3 Semua nama pada kedatangan mesyuarat kali ke-2 tertulis.
1.4 Perkara 3.1.5 mengenai TOV dan ETR perlu diperbetulkan. Pn. Kosnah ada menyatakan
kepada En. Nordin bahawan TOV dan ETR akan diperbaharui setelah keputusan SPM keluar
supaya ia menampakkan kesungguhan guru dalam menetapkan sasaran.
Tindakan: Pn. Kosnah dan Pn. Nadia

1.5 Fail Meja perlu diletakkan di atas meja masing-masing. Ini supaya guru dapat
mengendalikan fail dengan baik.
Tindakan: Semua Guru

1.6 Walaupun fail meja telah diletakkan di atas meja guru, tidak bermakna bahawa guru-guru
tidak boleh menggunakan bilik fail untuk urusan percetakan, perbincangan dan sebagainya.
Penggunaan bilik fail masih boleh digunakan seperti biasa. Ruang kosong di bahagian fail
meja akan diisi dengan anugerah program-program kecemrlangan seperti piala dan sijil. Fail-
fail pentadbiran akan dimasukkan ke dalam bilik fail.

1.7 Wiring akan dibuat untuk bilik ketua bidang dan bilik HEM untuk memasang telefon
supaya ia mudah dihubungi.

Tindakan: Kontraktor

1.8 Berdasarkan perkara 4.4, tuan pengetua telah membuat pesanan simen untuk dibuat
tampalan pada kelas yang berlubang.
Tindakan: guru-guru lelaki

2. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu.





En. Lokman mencadangkan bahawa minit mesyuarat guru kali ke-2 diterima dan disokong
oleh Pn. Hartini. Tiada Bantahan oleh mana-mana pihak.

3. Laporan Unit

3.1 (Kurikulum) Pn. Puspha Rani

3.1.1 Ucapan alu-aluan.

3.1.2 Berdasarkan pada minit mesyuarat guru kali ke-2 untuk perkara 3.10 mengenai
penyerahan soft copy Program Kecemerlangan. Penyelaras program telah memberi
semuasoft copy program tersebut tetapi yang didapati hanyalah ketas cadangan. Jadi, Pn.
Puspha sedang dalam proses menggantikan kertas cadang tersebut dalam bentuk program.
Perkara yang sepatutnya dibuat, penyelaras program perlu membuat pelan tindakan dan pelan
operasi. Setakan yang ada, ia adalah pelan cadangan. Formatnya adalah berbeza kerana
format sebenar adalah mengikut SKPM 3. Dalam format SKPM 3, perlu ada kejayaan dan
kecemerlangan sekolah dari segi Kurikulum, HEM dan Kokurikulum. Sekiranya ada
pemantau yang datang, perkara-perkara ini akan ditunjukkan kepada mereka. Setiap guru
akan diberikan 1 hard copy mengikut penyelaras masing-masing.
Tindakan: GPK 1

3.1.3 Berdasarkan perkara 3.11 dalam minit mesyuarat guru kali ke-2, sewaktu kellas Bahasa
Cina/Islam, pelajar Iban dan pelajar India akan bergerak ke bilik Pn. Rodziah tetapi bukan
semua pelajar yang akan bergerak ke bilik tersebut. Diminta guru yang mengajar bahasa Cina
dan Agama Islam perlu untuk memastikan bahawa pelajar Iban dan India pergi ke bilik Pn.
Rodziah Hanim.

Tindakan: Guru Bahasa Cina dan Guru Agama Islam






3.1.4 Setelah guru siap membuat analisis item, guru perlu membuat laporan bertulis selepas
mesyuarat panitia. Ketua Panitia perlu member 1 salinan laporan bertulis berkenaan analisis
item dan tidakan susulan sebelum audit akademik dijalankan.

Tindakan: Ketua Panitia

3.1.5 Guru-guru perlu mengisi borang PK3/03. Borang tersebut perlu ditampal di dalam buku
rekod semasa buku rekod pengajaran dihantar. Boring tersebut boleh didapati di pigeon hole
di pejabat. Bagi guru-guru yang menulis rekod pengajaran menggunakan e-rekod, borang
tersebut juga perlu ditampalkan di dalam rekod mengajar untuk setiap matapelajaran.
Tindakan: Semua guru

3.1.6 Bagi pelajar-pelajar yang akan mengambil peperiksaan PMR dan SPM, sukatan
pelajaran akan tamat lebih awal dan peratusan akan dibuat mengikut bulan JUN dan JULAI.
- Peperiksaan percubaan PMR: 12 19 Ogos 2011
- Peperiksaan percubaan SPM: 5 26 September 2011
Sekiranya sukatan pelajaran bagi pelajar tingkatan 5 tamat pada bulan Julai, maka program-
program kecemerlangan dapat dijalankan.
Pn. Nordayati menyatakan pada kebiasaannya,
- sukatan pelajaran bagi pelajar tingkatan 3 akan habis pada bulan Julai
- sukatan pelajaran bagi pelajar tingkatan 5 akan tamat pada bulan Ogos.
Pn. Kosnah ingin mengetahui tarikh-tarikh bagi program-program kecemerlangan.
- S1000 akan dimulakan pada bulan 28 Jun untuk PMR (boleh dikeluarkan mengikut
sehingga mana sukatan diajar)
Ahli mesyuarat telah memutuskan bahawa:
- sukatan pelajaran bagi tingkatan 3 akan dihabiskan pada pertengahan bulan Julai.
- Peperiksaan Gerak Gempur akan dijalankan kepada pelajar yang bakal menduduki PMR di
antara masa tamat sukatan pelajaran dan sebelum peperiksaan percubaan PMR pada
pertengahan bulan Ogos.
- Sukatan pelajaran bagi pelajar tingkatan 5 akan dihabiskan pada akhir bulan Julai.






3.1.7 Buku rekod mengajar, semua guru perlu menyiapkan borang PK3/03 dan senarai nama
pelajar berserta TOV dan ETR. Buku rekod perlu dihantar pada hari Khamis di bilik gerakan.
Tindakan: Semua guru

3.1.8 Fail panitia yang belum dikemaskini perlu dikemaskini secepat mungkin.
Tindakan: Ketua Panitia

3.1.9 Semakan buku latihan perlu dihantar bersama Plan-J sebelum cuti. 10 buah buku
latihan bagi setiap kelas.
Tindakan: semua guru

3.1.10 Guru-guru kanan matapelajaran perlu meyemak e-rekod setiap hari Jumaat.
Tindakan: Guru Kanan

3.1.11 Jadual waktu akan diedarkan pada waktu pagi hari Rabu. Guru matapelajaran tigkatan
1 dan 3 perlu memasukkan markah pelajar dan guru tingkatan perlu memasukkan markah
pada hari Isnin bersama guru S/U peperiksaan.
Tindakan: Guru matapelajaran tingkatan 1 dan 3

3.1.12 Setelah markah pelajar dimasukkan, guru tingkatan dan guru matapelajaran akan
membuatstreaming class pada hari Selasa petang dan pada hari Rabu Pagi, pelajar akan
digerakkan mengikut kelas yang baru. Maka, secara rasminya, pada hari Rabu minggu
hadapan, ada 1 kelas tigkatan 1 dan 1 kelas bagi pelajar tingkatan 1.

3.1.13 Kebanykan guru akan mendapat 26 waktu P&P tidak termasuk kelas tambahan.

3.1.14 Guru yang akan mengajar kelas tamabahan adalah mengikut opsyen guru dan subjek
yang diajar.

3.1.15 Guru pendidikan Islam dan guru Bahasa cina perlu memastikan pelajar Iban dan India
pergi ke kelas Pn. Rodziah






3.1.16 Bagi subjek ICT, pelajar tingkatan 1, 2 dan 4 yang tertentu akan mengambil subjek
tersebut dan akan diajar oleh guru yang telah ditetapkan.

3.1.17 Guru tingkatan kelas Bestari telah berubah.

3.1.18 Waktu ke-10 pada hari Khamis telah dibekukan untuk guru BI untuk programnya
tersendiri.

3.1.19 Penyelaras guru tingkatan telah ditetapkan bagi setiap tingkatan.

3.1.20 Berlaku perubahan ketua panitia iaitu:
- Ketua panitia Kimia: Cik Zira
- Ketua panitia Fizik: Pn. Norhayati
- Ketua panitia Matematik: Pn. Nik Noraimah (Pembantu: Pn. Norsidah)
- Ketua Panitia Sivik dan Kewarganegaraan: Cik Akmatina
- Ketua Panitia ICT: En. Hafizi

3.1.21 Kelas tambahan tingkatan 3 akan bermula pada minggu pertama selepas naik sekolah.
Akan diadakan hingga jam 2.30 pada hari Isnin dan Khamis.

3.1.22 En.Ishak telah di bersetuju untuk member taklimat tentang JSI dan Analisis item pada
hari Khamis, 10 Mac 2011.

3.2 Laporan Kokurikulum (Pn. Khalidah Binti Khalid)

3.2.1 Ucapan alu-aluan.

3.2.2 Pesanan dari Pn. Ande Noor Munawara tentang register. Semua guru tingkatan perlu
melengkapkan buku register kerana beliau akan menyemak pada cuti sekolah penggal
semester pertama.





Tindakan: Guru tingktan

3.2.3 Semua tugas HEM seperti yang telah disenaraikan pada mesyuarat guru yang lepas
perlu diselesaikan.
Tindakan: Semua Guru

3.2.4 Merujuk kepada perkara 3.3.2 pada minit mesyuarat guru kali ke-2 iaitu berkaitan
dengan modul relief di bilik PAK, diminta kepada guru-guru panitia untuk membuang bahan-
bahan yang tidak di perlukan dan menyimpan bahan-bahan yang diperlukan.

Tindakan: Ketua Panitia dan guru-guru yang terlibat

3.2.5 Merujuk kepada perkara 3.3.6, buku rekod kokurikulum telah disusun mengikut kelas
pada tahun lepas di bilik HEM. Mulai 9 Mac 2011, diminta guru tingkatan untuk mengambil
buku rekod tersebut sebelum streaming class kali ke-2 dibuat. Tandatangan di dalam buku
rekod tersebut perlu dibuat pada setiap hari Sabtu.
Tindakan: Guru tingkatan

3.2.6 Peringatan kepada semua guru mengenai program LDP Kokurikulum pada hari Sabtu,
pakaian guru adalah pakaian sukan atau pakaian yang bersesuaian. Masa asal untuk
menajalankan program LDP tersebut adalah sehingga jam 4.30 petang tetapi masanya telah
dipendekkan selama 3 jam. Maka masa tamat program tesebut adalah pada jam 1.30 petang.

3.2.7 MSSD Pasir Gudang akan dilangsungkan pada 21 hingga 24 Mac. SMKTMR menjadi
jawatankuasa menghias khemah dan pentas VIP di SMK. Kota Puteri. Guru tertentu akan
dipilih untuk menjadi ahli jawatankuasa menghias khemah dan pentas VIP tersebut.
Tindakan: Ahli Jawatankuasa Menghias khemah

3.2.8 Papan kenyataan di bahagian lorong laluan pelajar telah ditetapkan untuk Persatuan dan
Kelab. Di bahagian lorong depan koperasi adalah untuk Unit Beruniform. Pada 31 Mac 2011
akan diadakan penilaian markah.






3.2.9 Pada 31 Mac 2011 akan diadakan Mesyuarat Agung Koperasi SMKTMR JB BHD yang
pertama. Pelajar yang terlibat menjadi ahli koperasi dalam mesyuarat tersebut hanyalah
pelajar medan Arif iaitu pelajar tingkatan 1A, 2A, 3A, 4A dan 5A sahaja di Foyer C. Perasmi
mesyuarat Agung dan sekali gus merasmikan bilik koperasi tersebut adalah ADUN Seri
Alam iaitu Tan Cher Puk yang merupakan cadangan dari tuan pengetua.

3.2.10 Untuk latihan olahraga MSSD, diminta Cikgu Shahrizal iaitu setiausaha sukan dan
dibantu guru-guru lelaki untuk membuat garisan di padang pada petang hari Sabtu dan pagi
Ahad.
Tindakan: Setiausaha Sukan dan Guru-guru lelaki

3.2.11 Pembetulan pada jawatankuasa kokurikulum yang telah diedarkan pada minggu lepas
pada sukan dan permainan, ketua olahraga adalah Cik Nurmaliza, En. Jabar, Pn. Norfadhilah
dan Cik Atikah Zabir. Cik Malyanah telah ditukar kepada indoor game. Cik Nurul Aimi telah
bertukar ke bahagian olahraga. Bahagian indoor game diketuai oleh Pn. Bahvany. Untuk ping
pong, diketuai oleh Nor Farahiah, dibantu oleh Cik Aida Yuliyana, Pn. Asilah dan Pn.
Noradilawati. Perubahan

3.2.12 Pendaftaran Unit Beruniform di peringkat negeri, guru ketua penyelaras perlu
bertindak dengan segera agar perjalanan aktiviti sekolah seiring dengan program peringkat
negeri.
Tindakan: Ketua Penyelaras Unit Beruniform



4. Hal-hal lain

4.1 Puan Kosnah mengucapkan terima kasih kepada semua guru di atas kerjasama yang telah
diberikan demi menjayakan ujian 1 yang lepas. Ada beberapa perkara yang perlu dibuat
penambahbaikan antaranya:






4.1.1 Terdapat segelintir guru yang masuk lewat ke dalam kelas terutamanya pada waktu
pagi.

4.1.2 Ada guru yang mengeluarkan pelajar rehat awal. Jadi pelajar bagi kelas lain yang masih
belum menamatkan ujian juga ingin keluar. Maka, selepas ini, guru perlu keluar rehat
mengikut waktu P&P.

4.1.3 Terdapat guru yang mengeluarkan pelajar pulang awal kerana telah tamat menjalani
ujian. Di harar ini, walaupun pelajar telah menamatkan ujian awal, guru-guru perlu
mengeluarkan pelajar mengikut waktu P&P yang terdekat.

4.1.4 Ada guru-guru yang tidak melengkapkan borang maklumat pengurusan peperiksaan.
Namun ada juga guru yang telah menigisi lengkap tetapi telah menigisi salah. Diharap guru
merujuk kepada guru-guru yang lebih senior.

4.1.5 Terdapat kertas soalan ujian yang kurang daripada bilangan pelajar. Diharap guru
penyedia soalan perlu mengambil tahu bilangan pelajar yang mengambil ujian tersebut.

Tindakan: Guru penyedia soalan

4.1.6 Sekiranya terdapat kesalahan tertentu dalam soalan di dalam kertas soalan, guru yang
menjaga ujian pada masa tersebut perlu mencatatkan kesalahan tersebut di bahagian borang
pengurusan maklumat peperiksaan.
Tindakan: Guru yang menjaga peperiksaan

4.1.7 Setiap guru perlu membacakan peraturan di dalam kelas sebelum peperiksaan
dimulakan.
4.1.8 Soalanperlu disiapkan awal mengikut pelan tindakan.
TIndakan: Guru penyedia soalan






4.1.9 Terdapat soalan yang tidak ditandatangani oleh penyemak dan pengesah soalan.
4.1.10 Sekiranya guru tidak dapat mengawal pelajar, guru boleh menunda masa menjawab
soalan tetapi tidak boleh lebih daripada 10 minit tetapi masa menamatkan juga perlu
dilewatkan selama 10 minit.
Tindakan: Guru menjaga peperiksaan

4.2 Diharapkan semua guru dapat sampai ke sekolah sebelum jam 7.15 pagi dan pada jam
7.20 pagi semua guru sudah berada di tapak perhimpunan. Pada jam 7.10 pagi parade
commander telah memberikan arahan sementara menunggu guru turun sehingga jam 7.20
pagi. Pengumuman akan dibuat bermula jam 7.15 pagi hingga jam 7.20 pagi. Kemudian
nyanyian lagu sekolah dan lagu bangsa Johor dinyanyikan.
4.3 Pengumuman daripada Cik Loi, setiap pengumuman pada minggu ke-2 pada setiap bulan,
perlu dikeluarkan dalam Bahasa Inggeris.
TIndakan: Guru bertugas

4.4 Pn. Nooreisyah membuat pengumuman bahawa Majlis Maulidurrasul akan di adakan
pada hari Rabu iaitu pada 9hb dari jam 2.30 hingga 5.30 petang.

4.5 Pn. Hartini mengingatkan kepada semua guru untuk memesan kepada pelajar agar
membawa pulang semua buku-buku ke rumah.

4.6 Pelajar tingkatan 5C dibenarkan untuk mengambil matapelajaran PSV. Tetapi tidak
semua pelajar yang akan mengambil subjek tersebut.

4.7 Tiada buku teks PSV untuk pelajar tingkatan 5.
4.8 En. Irwan mengumumkan bahawa guru-guru yang ingin memohon pertukaran, boleh
mengisi borang eg-tukar pada 1 April hingga 23 April 2011.









Disediakan oleh, Disahkan oleh,
..........................................................
(NUR ATIQAH BINTI MOHAMAD MOHARAM) (PN. PUSPHA RANI A/P T.
PALANISAMY)
Setiausaha Kurikulum 2 Guru Penolong Kanan HEM
SMK Taman Megah Ria. SMK Taman Megah Ria










































































MINIT MESYUARAT GURU KALI KE-4
SMK TAMAN MEGAH RIA
MINIT MESYUARAT GURU BIL: 4 TAHUN: 2011

TARIKH : 04 Mei 2011
HARI : Rabu
MASA : 2.30 45.00 petang
TEMPAT : Bilik Mesyuarat SMK Taman Megah Ria

PENGERUSI : En Nordin bin Mukri


KEHADIRAN (BILANGAN) : 48 orang






Kehadiran:-

1 Pn. Puspharani A/P T. Palanisamy
2 Pn. Ande Noor Munawara
3 Pn. Khalidah Binti Khalil
4 Pn. Haslina Binti Hussein
5 Pn. Noor Laili Bt Yahya
6 Pn. Rani A/P V. Supramaniam
7 Pn. Zaifarizah Binti Md Sukor
8 En. Md Khairul Azhan Gahapar
9 Pn. Bahvany A/P Muthu
10 Pn. Kosnah Binti Karnadi
11 En. Ishak Bin Saidoo
12 Cik Nur Atiqah Binti Mohamad Moharam
13 Pn. Anusuya Devi A/P Sannasy
14 Cik Loi Choi Suein
15 Pn. Mastura Binti Ghazali
16 Pn. Safinah Binti Ali
17 Cik Aida Yuliyana Binti Zahari
18 Cik Nurul Aimi Binti Mohd Shah
19 Pn. Asilah Binti Ramli
20 Cik Zira Bte Awang
21 En. Jabar Bin Sedek
22 En. Mohd Shahrizal Bin Yusoff
23 Pn. Hartini Binti Daud
24 Pn. NorHayati binti Abdullah
25 Pn. Norsidah Mohd Nor
26 Pn. Kasmawati Binti Cha
27 Pn. Norfadhillah Mamat
28 Pn. Nordayati Binti Maktop
29 Cik Normaliza Binti Jamadi
30 Cik Norwaheda Binti Hasrin
31 Cik Malyanah Binti Marzaini
32 Cik Siti Fatimah Binti Abd Razak
33 Cik Nurul Ain Binti Mahizan
34 Pn. Kamsiah Binti Nekmat
35 Pn. Wahyu Abdul Razak
36 Pn. Norisah Binti Mohd Yatim
37 Pn. Aishah Binti Muhammad
38 Cik Farahiah Binti Nodin
39 Cik Nur Fatin Najwa Binti Mohd Khalid
40 En. Mohd Irwan Idris
41 En. Hafizi Bin Mohd Zaki
42 Cik Zubaida Binti Muda
43 Pn. Norhaliza Binti Rusli
44 Cik Mazliana Binti Mahtar





45 Pn. Nik Noraimah Binti Nik Ahmad Kamil

Senarai Nama yang Tidak Hadir:

46 Pn. Norleha Binti Zakaria CRK
47 En. Lokman Hakim Mahamad MC
48 Pn. Teoh Bee Ing MC
49 Cik Nur Akmarina Mohd Azmi MC
50 Pn. Nadia Binti Ruslan Tanpa Kenyataan
51 Pn. Nordiana Binti Nordin Tanpa Kenyataan
52 En. Muhd Ruhaizat Tanpa Kenyataan
53 Cik Nor Adilawati Binti Suliman Tanpa Kenyataan
54 En. Graven Bin Yulius Bata Tanpa Kenyataan
55 En. Nik Mohamad Solehin Bin Nik Ibrahim Tanpa Kenyataan
56 Cik Siti Nora Md Sharif Tanpa Kenyataan
57 Cik Tey Kim Moi Tanpa Kenyataan
58 Pn. Nooreisyah Binti Zainudin Cuti Bersalin

1. Kata-kata aluan Pengerusi

1.1 Bacaan Doa oleh pengerusi mesyuarat.

1.2 Ucapan terima kasih di atas kehadiran guru mesyuarat.

1.3 Menerangkan mesyuarat tentang Pengendalian SPSK dan perkara-perkara yang berkaitan
dengannya serta mesyuarat mengenai 5S

1.4 Ucapan tahniah kepada semua guru di atas pengurusan bilik darjah yang bertambah baik
dan mengharapkan semua guru dapat meneruskan amalan 5S.

1.5 Mengingatkan kepada semua guru supaya tidak menanda buku semasa berada di dalam
kelas. Ini kerana guru akan terlepas pandang terhadap pelajar-pelajar yang berada di
belakang bilik darjah.

1.6 Guru relief yang masuk ke kelas perlu mengajar dengan menggunakan modul relief.






1.7 Hasil daripada penelitian, didapati bahawa fail panitia masih ada lagi yang masih belum
dilangsaikan.

1.8 Diharap, sebelum cuti penggal pertama, semua urusan berkenaan dengan urusan fail
panitia, SPSK dapat dilangsaikan dengan cemerlang. Guru kanan bidang perlu menghantar
nama bagi guru-guru yang masih belum menyelesaikan kerja-kerja mereka.

Tindakan: Guru Kanan Bidang

1.9 Beberapa siri panggilan berkenaan dengan GSKTT, telah diminitkan di dalam mesyuarat
KEBIRU. Diharap guru-guru dapat mengekalkan kecemerlangan yang pernah dicapai.

1.10 Beberapa e-buku rekod yang masih ada kekosongan, diharap guru-guru dapat
menyelesaikan. Guru kanan bidang perlu mengambil perhatian terhadap refleksi guru kerana
berkemungkinan guru-guru memerlukan bantuan pihak pentadbiran.
Tindakan: Guru Kanan Bidang

2. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu.
Tiada

3. Laporan Unit

3.1 Pengendalian SPSK (Pn. Zaifarizah Binti Md. Sukor)

3.1.1 Ucapan alu-aluan.

3.1.2 Di dalam SPSK terdapat PK01 hingga PK14.
- PK01 adalah berkenaan dengan Pengurusan Panitia. Penyelarasnya(auditi) adalah Pn.
Haslina Hussin.
- PK02 adalah berkenaan dengan Jadual Waktu. Penyelarasnya adalah Cik Zira Binti Awang.





- PK03 berkenaan dengan Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran. Penyelarasnya adalah
Pn. Norleha Binti Zakaria.
- PK04 berkenaan Penilaian Pencerapan dan penyelarasnya adalah Pn. Anusuya Devi.
- PK05 berkenaan Pengurusan Peperiksaan dan penyelarasnya, Pn. Kosnah Binti Karnadi.
- PK06 berkenaan Pengurusan Semakan Hasil Kerja Murid dan penyelarasnya adalah cik Siti
Fatimah Binti Abd Razak.
- PK07 berkenaan Pengurusan Mesyuarat dan penyelarasnya adalah cik Nur Atiqah Binti
Mohamad Moharam.
- PK08 berkenaan Pengurusan Aduan pelanggan dan penyelarasnya adalah Pn. Nordiana
Binti Nordin.
- PK09 berkenaan Pengurusan Pusat Sumber dan penyelarasnya adalah Pn. Mastura
- PK10 berkenaan Perkembangan Staf dan penyelarasnya adalah pengerusi KEBIRU iaitu
En. Nik Solehin.
- Pneyelarasnya mengikut perubahan pengerusi KEBIRU.
- PK11 berkenaan Perolehan dan Pembelian dan penyelarasnya adalah Pn. Nor Fadhillah.
- PK12 berkenaan Kawalan Dokumen Kualiti dan penyelarasnya adalah Pn. Zaifarizah Binti
Md. Sukor.
-PK13 berkenaan Bimbingan dan Kaunseling dan penyelarasnya adalah Pn. Bahvany A/P
Muthu.

3.1.3 Terdapat Audit Dalaman dalam SPSK iaitu Pn. Norlaili, sebagai Ketua Audit SPSK
Dalaman. Surat Pelantikan akan diserahkan kemudian melalui Pengetua. Selain itu, dua
orang juru audit tambahan yang terdiri daripada Pn. Zaifarizah dan Pn. Rani.
3.1.4 Tugas audit dalaman adalah untuk membuat pra audit dalaman pada bulan Julai iaitu
pada minggu pertama. Ketua Panitia perlu memastikan bahawa semua fail panitia telah
dilengkapkan sebelum pra audit dalaman dijalankan. Kemudian, pada minggu ke-2 iaitu pada
bulan Julai minggu ke-2, audit luaran akan dijalankan oleh juru audit sebenar.

3.1.5 PK01 berkenaan Pengurusan Panitia.

3.1.5.1 Tidak perlu menggunakan fail kad manila bewarna putih iaitu fail rasmi.






3.1.5.2 Fail rasmi hanya digunakan untuk hal surat-menyurat.

3.1.5.3 Segala sukatan pelajaran tidak boleh menggunakan fail rasmi tersebut. Ini kerana,
setiap kali fail rasmi tersebut digunakan, ia perlu didaftarkan. Ini bermakna, hanya Fail Induk
sahaja yang menggunakan fail rasmi.

3.1.5.4 Di dalam Fail Induk perlu ada fail surat-menyurat dari luar dan minit mesyuarat
panitia. Apabila terdapat minit mesyuarat panitia, bermakna perlu juga disertakan dengan
surat panggilan mesyuarat. Susun atur kedudukannya adalah, surat panggilan mesyuarat,
diikuti dengan minit mesyuarat, senarai kehadiran guru, senarai rekod edaran(jika perlu),
borang maklum balas.

3.1.5.5 Sukatan Pelajaran, fail Maklumat Guru dan lain-lain perlu menggunakan fail kulit
keras bewarna putih.

3.1.5.6 Sebelum pemantauan dijalankan, diharap ketua panitia dapat menyelenggara fail
dengan baik.

3.1.5.7 Di dalam fail panitia, terdapat 7 fail. Jadi fail yang ke-2 hingga ke-6 tidak perlu ada
minit mesyuarat tapi guru perlu buatkan tajuk utama dengan bertaip dan dibuatkan isi
kandungan di bahagian tepi. Minit hanya perlu ada di fail induk sahaja. Ini kerana, surat
panggilan mesyuarat perlu ada nombor rujukan.

3.1.5.8 Dalam fail program kecemerlangan, perancangan program dan pelaksanaan,
Pentaksiran penilaian, isi kandungannya adalah analisis keputusan peperiksaan awam dan
analisis keputusan peperiksaan peingkat sekolah, analisis pencapaian matapelajaran, akaun
dan post-mortem.






3.1.5.9 Isi kandungan fail nombor 5, perlu ada jadual penyeliaan, borang penyeliaan P&P
oleh pemerhati iaitu setelah guru dicerap. Pindah ikut pencerapan iaitu apabila guru dicerap
kali ke-2.

3.1.5.10 Isi kandungan fail buku rampaian perlu ada jadual pemeriksaan buku rampaian,
laporan pemeriksaan buku rampaian,

3.1.5.11 Isi kandungan bagi maklumat guru matapelajaran, perlu ada maklumat peribadi
guru, jadual waktu guru dan carta organisasi panitia.

3.1.5.12 Fail kkulit keras tidak perlu didaftarkan dan tiada nombor rujukan. Di bahagian
muka depan fail kulit keras perlu dilabelkan nama panitia dan tajuk fail.

3.1.5.13 PK01/ 2 status program pelaksanaan panitia dan matapelajaran

3.1.5.13.1 Setiap program yang telah dijalankan contohnya program Minggu Bahasa, perlu
dimasukkan status pelaksanaan sama ada telah dijalankan ataupun tidak.

3.1.5.13.2 Tugas penyelaras adalah perlu memastikan bahawa semua borang yang diperlukan
berada pada mereka.

3.1.5.13.3 Ketua-ketua panitia boleh mendapatkan borang-borang yang diperlukan daripada
penyelaras.

3.1.5.13.4 Format penulisan laporan yang baru, tidak lagi perlu dituliskan PK01.

3.1.6 PK02 berkenaan Pengurusan Jadual Waktu.

3.1.6.1 Penyelaras perlu menyediakan satu fail jadual waktu iaitu fail kulit keras.

3.1.6.2 Jadual guru gentian perlu diserahkan kepada guru kanan yang perlu membuat relief.






3.1.6.3 Penyelaras perlu menentukan siapa guru yang perlu menggantikan guru yang tiada
dan memberikannya kepada guru kanan bidang.

3.1.6.4 Terdapat perubahan terhadap slip guru ganti. Jika guru mendapat relief, guru akan
dapat slip yang baru, iaitu terdapat aktiviti yang perlu dijalankan. Ini bermakna, guru yang
menggantikan guru yang tiada, perlu mencatatkan aktiviti yang dijalankan. Slip guru ganti
perlu ditampal di dalam fail buku rekod atau buku rekod mengajar.

3.1.6.5 Telah diputuskan di dalam mesyuarat bahawa rekod mengajar masih menggunakan e-
rekod untuk mengelakkan pembaziran penggunaan kertas.

3.1.6.6 Mesyuarat juga telah memutuskan bahawa slip guru ganti di tampal di dalam buku
rekod mengajar ataupun di dalam Fail Meja tetapi yang lebih sesuai adalah di dalam buku
rekod mengajar.

3.1.6.7 Guru-guru akan menandatangani borang guru ganti dan pada masa yang sama akan
guru juga akan menandatangani borang SPSK. Hari-hari guru penyelaras SPSK akan
mengambil borang SPSK PK02 daripada Nizam dan memasukkannya ke dalam fail jadual
waktu.
Tindakan: Guru Penyelaras PK02

3.1.7 PK03 berkenaan Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran.

3.1.7.1 Setiap minggu, Guru Kanan Bidang Matapelajran akan memeriksa e-rekod. Jadi,
untuk orang penghantaran buku rekod mengajar, penyelaras PK03 akan memberikan borang
tersebut kepada guru kanan. Contohnya, pada minggu pertama, En. Khairul telah menghantar
e-rekod, setelah diperiksa oleh guru kanan iaitu Pn. Haslina, Pn. Haslina akan memberikan
borang PK03 tersebut kepada En. Khairul untuk ditandatangani. Kemudian, penyelaras PK03
akan menyimpan borang tersebut di dalam fail.






3.1.7.2 Bermula bulan yang baru iaitu bulan Mei.

3.1.8 Guru-guru yang mempunyai bilik khas, perlu pastikan bahawa mereka ada menyimpan
Rekod Pengambilan dan Pemulangan. Borang ini perlu dibukukan.

3.1.9 PK04 berkenaan Penilaian Pencerapan
3.1.9.1 Pencerap akan membawa borang penilaian pencerapan yang digunakan untuk
memantau guru.

3.1.9.2 Sebgai pencerap, borang SKPM boleh digunakan sebagai panduan untuk mengisi
borang SPSK.
Tindakan: Guru Pencerap

3.1.9.3 Ketua panitia perlu menyediakan tiga salinan borang ini untuk diserahkan kepada
guru itu sendiri, fail kerua panitia dan diserahkan kepada penyelaras PK04 iaitu Pn. Anusuya
Devi A/P Sannasy.
Tindakan: Ketua Panitia
3.1.9.4 Mesyuarat telah memutuskan bahawa pencerap boleh menggunakan kertas karbon.

3.1.9.5 Setelah penyelaras PK04 mendapat salinan borang pencerapan daripada ketua panitia,
penyelaras perlu membuat analisis iaitu analisa insturmen pencerapan guru. Penyelaras perlu
mencatatkan berapa orang guru yang mendapat sesuatu penilaian bagi setiap item untuk
merekodkan peratusan dan skor guru bagi setiap item.
Tindakan: Ketua PK04
3.1.10 PK05 berkenaan Pengurusan Peperiksaan

3.1.10.1 Tiada perubahan borang kecuali bahagian header dan footer sahaja.

3.1.11 PK06 berkenaan Pengurusan Semakan Hasil Kerja Murid






3.1.11.1 Ketua panitia perlu menyediakan tiga salinan borang PK06 yang telah dinilai kepada
guru, ketua panitia dan kepada penyelaras PK06 iaitu cik Siti Fatimah binti Abd Razak. Ini
kerana, sekirangya Nazir membuat lawatan ke sekolah, beliau akan meminta Fail Pengurusan
Semakan Hasil Kerja Murid untuk membuat semakan.
Tindakan: Ketua Panitia

3.1.11.2 Penyelaras perlu membuat divider pada fail untuk memisahkan setiap subjek
Tindakan: Penyelaras PK06

3.1.12 PK07 berkenaan Pengurusan Mesyuarat

3.1.12.1 Semua ketua panitia dan pihak yang terlibat perlu memastikan bahawa di dalam
notis mesyuarat dan memo perlu ada agenda.

3.1.12.2 Apabila ahli meyuarat berada di dalam mesyuarat, pengerusi mesyuarat perlu
memastikan bahawa perkara yang dibincangkan di dalam mesyuarat adalah berkaitan dengan
perkara-perkara yang terdapat di dalam agenda sahaja. Perkara yang dibincangkan tidak
boleh lari daripada agenda yang telah dicatatkan.

3.1.12.3 Sekiranya perkara yang dibincangkan di dalam mesyuarat telah lari daripada agenda,
penyelaras SPSK iaitu Puan Puspha Rani perlu membuat teguran. Ini untuk memastikan
bahawa di dalam minit mesyuarat tidak terdapat perkara-perkara yang tidak dicatatkan di
dalam agenda.

Tindakan: Ketua Penyelaras SPSK
3.1.12.4 Format Minit Mesyuarat terkini, tidak perlu ditaipkan PK07 di sudut atas bahagian
sebelah kanan.
Tindakan: Setiausaha Mesyuarat

3.1.12.5 Sebelum ini setiap kali mesyuarat, semua guru akan diberikan Borang Maklum
Balas. Tetapi untuk format terkini, borang maklum balas hanya perlu diberikan kepada orang





yang terlibat sahaja. Contohnya, sekiranya Puan Asilah perlu membuat persembahan, maka
tindakan yang perlu diambil adalah Pn. Asilah sahaja. Ini bermakna, Pn. Asilah sahaja yang
perlu diberikan borang maklum balas tersebut.

3.1.12.6 Guru yang tidak berkenaan, tidak perlu mengambil borang maklum balas.

3.1.13 PK08 berkenaan Pengurusan Aduan pelanggan

3.1.13.1 Setiap aduan yang dibuat oleh pelajar dan ibu bapa, perlu direkodkan.

3.1.13.2 Sekiranya aduan tidak direkodkan, siasatan tidak dapat dijalankan.

3.1.13.3 Surat laying tidak boleh direkodkan di dalam borang aduan pelanggan kerana pada
kebiasaanya, di dalam surat laying, tidak dicatatkan nama pengadu.

3.1.13.4 Sekiranya surat dan e-mail yang terdapat nama pengadu, guru penyelaras perlu
merekodkan aduan di dalam borang aduan pelanggan.

3.1.13.5 Sekiranya aduan telah direkodkan di dalam borang PK08, ia perlu disiasat.

3.1.13.6 GPK HEM menyatakan bahawa, setiap tindakan yang ingin diambil, ia perlu
memenuhi syarat 1.3.7. Yang dimaksudkan dengan 1 adalah hari pertama aduan dibuat. 3
bermakna pada hari ke tiga, aduan telah diuruskan dengan baik dan selesai. 7 pula bermakna
sekiranya perkara-perkara berbangukit yang perlu dibawa ke mahkamah.

3.1.13.7 Borang daftar aduan pelanggan diisi setelah borang PK08/1 telah dibuat.

3.1.13.8 Sekiranya ada pelajar yang membuat aduan terhadap guru-guru tertentu, ia perlu
diambil kira kerana pelajar juga dianggap sebagai seorang pelanggan.






3.1.13.9 Sekiranya terdapat aduan yang dibuat kepada guru disiplin, guru disiplin perlu
mengisi borang PK08 dan memberikannya kepada guru penyelaras PK08 iaitu Pn. Nordiana.

3.1.13.10 Untuk borang pemberitahuan aduan, sekiranya terdapat aduan daripada ibu bapa,
guru perlu memberikan surat meklumbalas kepada ibu bapa untuk menyatakan bahawa aduan
yang dibuat telah diterima dan akan diambil tindakan.
Tindakan: Guru penyelaras PK08

3.1.13.11 Borang laporan penyiasatan adalah berkenaan dengan siasatan yang dijalankan
dalam tempoh hari ke-tiga hingga ke-7. Di dalam borang tersebut, terdapat item status kes.
Di dalam item tersebut, sekiranya siasatan yang dijalankan di dalam tempoh siasatan iaitu
pada hari ke-tiga hingga hari ke-7 selesai, status tersebut perlu ditulis kes selesai.
Tindakan: Guru Penyelaras PK08
3.1.14 PK09 berkenaan Pengurusan Pusat Sumber

3.1.14.1 Tiada masalah.

3.1.15 PK10 berkenaan Perkembangan Staf

3.1.15.1 Guru penyelaras PK10 selaku pengerusi KEBIRU perlu menyediakan 1 fail untuk
perkembangan staf memandang Banyak LDP yang telah dijalankan. Borangnya tiada
perubahan.
Tindakan: Guru Penyelaras PK10
3.1.16 Guru-guru kanan bidang mencadangkan untuk menyusun fail panitia bersama untuk
membuat penyelarasan. Pn. Zaifarizah akan berbincang dengan Pn. Puspha Rani untuk
memilih tarikh yang sesuai. Fail putih atau fail rasmi akan disediakan oleh Pn. Zaifarizah.

3.1.17 ditunjukkan kepada mereka. Setiap guru akan diberikan 1 hard copy
3.2 Laporan Kurikulum berkenaan taklimat headcout (Pn. Puspha Rani A/p T. Palanisamy)

3.2.1 Ucapan alu-aluan.






3.2.2 Menyatakan bahawa senarai nama pelajar tingkatan tiga mengikut kelas telah
diedarkan. Tujuan edaran dibuat adalah supaya guru-guruyang mengajar tingkatan tiga dapat
mengenal pasti pelajar-pelajarnya berada di dalam kategori yang mana. Guru perlu sentiasa
membuat pantauan terhadap prestasi pelajar-pelajarnya.
Tindakan: Guru tingkatan 3

3.2.3 Guru matapelajran yang mengajar matapelajaran di dalam sesuat kelas perlu
memastikan nama pelajarnya ada di dalam senarai headcount guru.

3.2.4 Menyatakan edaran tentang senarai headcount pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 2
kecualil tingkatan 4 kepada ketua panitia.

3.2.5 Guru-guru matapelajaran bagi setiap subjek di tingkatan tiga dan tingkatan 5 perlu
membuat 1 perjumpaan untuk menetapkan TOV, AR1, GPMP dan ETR. Ini adalah untuk
menentukan program yang sesuai dijalankan untuk pelajar-pelajar.
Tindakan: Guru Matapelajaran Tingkatan 3

3.2.6 Keputusan penetapan headcount berdasarkan pemantauan berfokus:
Bahasa Melayu : 100%
Bahasa Inggeris : 100%
Sains : 100%
Matematik : 100%
Sejarah : 100%
Geografi : 100%
Pendidikan Islam: 100%
Kemahiran Hidup: 100%
Bahasa Cina : 100%

3.2.7 Selepas peperiksaan pertengahan tahun, guru PMR dan SPM perlu memberikan senarai
nama pelajar yang berada dalam kategori lemah untuk dibuat program yang sesuai.






3.2.8 Untuk pelajar SPM, keputusan bagi setiap matapelajaran kelas A hingga D mestilah
dari gred C dan ke atas.

3.2.9 Untuk kelas 5E, sekiranya terdapat pelajar yang ada potensi pelajar yang boleh
mendapat gred C, guru perlu memberikan senarainya kepada guru headcount.

3.2.10 Tuan Pengetua menyatakan bahawa 70% daripada penguasaan pelajar dalam
matapelajaran didapati daripada pancaindera. Jadi, guru-guru perlulah memastikan bahawa
pengurusan kelas haruslah dijalankan dengan baik.

3.2.11 Selain itu, guru-guru perlu membuat hubungan baik dengan pelajar.

3.2.12 Guru perlu lebih inovatif dan kreatif di dalam P&P.
3.2.13 Akhir bulan Jun, sukatan pelajaran telah ditamatkan. Selepas itu, akan dijalankan
program S1000.

3.2.14 18 Mei, mesyuarat panitia perlu menjalankan mesyuarat berkenaan headcount, audit
akademik dan analisis item. Guru juga perlu membincangkan apakah yang perlu
dilaksanakan.

3.2.15 Program klinik pakar matapelajaran akan dijalankan dalam bulan Julai. Guru-guru
perlu menyediakan soalan berdasarkan analisis item peperiksaan pertengahan tahun iaitu
berdasarkan peratus pelajar menjawab salah.

3.2.16 Ketua panitia perlu memastikan 2 perkara iaitu peratus pelajar cemerlang dan peratus
pelajar gagal.

3.2.17 Ssemua guru akan diberikan fail headcount dan guru perlu memasukkan perkara-
perkara yang perlu diisikan di dalamnya. Fail tersebut perlu dihantar sebelum cuti.






3.2.18 Kelas tambahan waktu cuti dibatalkan tetapi semua guru perlu pulang lewat 2hari
kecuali guru yang mempunyai masalah tertentu. Guru-guru perlu pulang lewat kerana perlu
melaksanakan beberapa tugasan. Bagi guru-guru yang pulang sebih awal, guru-guru tersebut
perlu pulang ke sekolah lebih awal 2 hari.

3.2.19 Guru tingkatan perlu menyediakan senarai nama pelajar yang masih berhutang.
Borang bagi senarai pelajar berhutang boleh didapatkan daripada Farahiah. Pungutan kali ke-
dua boleh dibuat pada hari terbuka iaitu pada 28 Jun 2011.
Tindakan: Guru tingkatan

3.2.20 Keceriaan sekolah masih belum berubah. Sebelum cuti persekolahan, guru perlu
menyiapkan tugas-tugas keceriaan seperti carta organisasi dan sebagainya.

3.2.21 Berkenaan dengan modul relief di dalam bilik fail, ia perlu ditukarkan ke tempat yang
lebih sesuai.

3.2.22 Buku rekod mengajar guru perlu dihantar sebelum cuti dan memastikan senarai nama
pelajar dan tov telah lengkap diisi.

3.2.23 Perhatian kepada Ustaz Jabar, headcount Tasawwur Islam dan Pendidikan Islam bagi
pelajar SPM masih belum ditetapkan lagi. Diharap dapat diambil tindakan segera.
Tindakan: Ustaz Jabar
3.3 Laporan HEM (Pn. Ande Noor Munawara Binti Bachok)

3.3.1 Ucapan alu-aluan.

3.3.2 Masih terdapat register yang masih belum dapat diselesaikan dengan baik terutamanya
butiran pelajar dibahagian belakang register.

3.3.3 PPD mengarahkan supaya register bagi kelas Pendidikan Khas perlu ditulis semula di
dalam buku register yang baru. Register perlu dibuat sebanyak 3 register.






3.3.4 Pada hari Sabtu iaitu bagi sekolah ganti, guru-guru yang masih belum dapat
menyiapkan register perlu menyiapkan register pada hari tersebut.
Tindakan: Guru tingkatan

3.3.5 Segala surat cuti pelajar perlu dimasukkan ke dalam fail pengurusan pelajar.

3.3.6 Guru tingkatan perlu melengkapkan maklumat SMM di dalam bilik HEM.

3.3.7 Apabila guru disiplin atau guru-guru yang berada di dalam bilik HEM perlu
mengendalikan kes disiplin yang melibatkan ibu bapa, guru bagi kelas-kelas di sebelah kelas
guru disiplin tersebut perlu mengambil perhatian terhadap kelas tersebut.
Tindakan: Guru yang terlibat
3.3.8 Bagi guru-guru yang tiada pas keluar ataupun pas keluarnya rosak, guru tersebut perlu
memberitahu Pn. Andi untuk dibuatkan kembali oleh En. Hafizi.
Tindakan: Guru yang tiada pas keluar

3.3.9 Guru yang tiada pas keluar, tidak boleh membenarkan pelajar keluar.

3.4 Laporan Ko-Kurikulum (Pn. Khalidah Binti Khalid)

3.4.1 Ucapan alu-aluan.

3.4.2 Untuk menyeimbangkan modal insan, perlu ada JERI (Jasmani, Emosi, Rohani dan
Intelek).

3.4.3 Sukantara yang telah tertangguh akan diadakan pada 23 dan 24 Mei 2011.

3.4.4 Berdasarkan kepada jadual peperiksaan, tarikh akhir peperiksaan adalah pada 20 Mei.
Ini bermakna, tiada masalah untuk menjalankannya pada tarikh seperti di atas.






3.4.5 Bidang tugas pada hari sukantara adalah berdasarkan kepada senarai tugas yang telah
diedarkan pada perjumpaan yang lepas.

3.4.6 Acara awal sukan akan dijalankan pada hari yang berikutnya iaitu pada 25 dan 26 Mei
2011, pada 2.30 petang. Pada acara awal sukan, hanya pelajar yang terlibat dengan acara
sahaja yang perlu hadir.

3.4.7 Perkhemahan bersepadu Unit Beruniform akan dijalankan pada 27, 28 dan 29 Mei
2011. Semuanya masih dalam proses. Apabila bilangan pelajar dan tempat telah ditetapkan,
ia akan diberitahu kepada guru-guru.

3.4.8 Hari sukan sekolah adalah pada 23 Jun 2011 bersamaan dengan hari Khamis.
3.4.9 Semua ketua unit bagi unit beruniform, kelab dan sukan & Permainan perlu mengambil
perhatian terhadap pelan tindakan, pelan strategik dan pelan operasi bagi unit-unit yang
dipegangnya untuk menghantar perkara-perkara yang telah disebutkan pada sebelum cuti
pertengahan semester. Pelan tindakan perlu ditandatangani.
Tindakan: Ketua unit

3.4.10 Fail dan buku laporan setiap unit telah berada di rak tetapi masih ada lagi fail dan
buku program yang masih kosong. Diminta ketua penyelaras unit beruniform, ketua
penyelaras sukan & permainan dan ketua penyelaras kelab untuk menyemak dan
menandatangani buku laporan aktiviti yang telah dijalankan pada setiap minggu.
Tindakan: Ketua Penyelaras Unit

3.4.11 Semua buku laporan aktiviti dan fail-fail unit perlu diletakkan di rak kerana ia
memudahkan kerja apabila pemantauan oleh pihak-pihak tertentu dijalankan terutamanya
pada hari cuti sekolah.

3.4.12 Bagi guru-guru yang ingin mengadakan aktiviti pada cuti sekolah, ia perlu
dimaklumkan kepada GPK Ko-Kurikulum kerana pada satu-satu masa, ada dilihat pelajar





menjalankan aktiviti yang menjalankan aktiviti tanpa guru. Ini amat membahayakan kerana
ditakuti berlaku perkara-perkara yang tidak di ingini di luar pengetahuan guru.
Tindakan: Guru unit

4. Hal-hal lain

4.1 Pengerusi KEBIRU (En. Nik Mohamad Solehin Bin Nik Ibrahim):

4.1.1 Ucapan alu-aluan.

4.1.2 Dalam tempoh 14 hari sebelum cuti, akan diadakan sambutan Hari Guru.

4.1.3 Tema Hari Guru pada tahun ini adalah Guru Penjana Transformasi Negara.

4.1.4 Berdasarkan kepada senarai tugas yang telah diedarkan, terdapat senarai tugas guru
yang perlu dilaksanakan.

4.1.5 Bagi unit sambutan, unit tersebut perlu menjemput wakil-wakil PIBG dalam 3 atau 4
orang untuk aktviti pagi dan petang.

4.1.6 Bagi unit pamplet, perlu disertakan nombor pada pamplet untuk tujuan cabutan bertuah.

4.1.7 Unit sambutan perlu menyediakan pelajar khususnya pengawas untuk mengelola hari
sambutan hari guru tersebut.

4.2 Mesyuarat ditangguhkan dengan Surah Al-Asr dan Tasbih Kifarah.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,
..........................................................
(NUR ATIQAH BINTI MOHAMAD MOHARAM) (PN. PUSPHA RANI A/P T.
PALANISAMY)
Setiausaha Kurikulum 2 Guru Penolong Kanan HEM





SMK Taman Megah Ria. SMK Taman Megah Ria






































MINIT MESYUARAT KULIKULUM/ MESYUARAT GURU KALI KE-5
SMK TAMAN MEGAH RIA
MINIT TAKLIMAT KURIKULUM/ MESYUARAT GURU BIL: 5 TAHUN: 2011

TARIKH : 05 Mei 2011
HARI : Khamis
MASA : 2.45 4.00 petang





TEMPAT : Bilik Mesyuarat SMK Taman Megah Ria

PENGERUSI : En Nordin bin Mukri

KEHADIRAN (BILANGAN) : 58 orang


Kehadiran:-

1 Pn. Ande Noor Munawarah Binti Bachok
2 Pn. Puspha Rani A/P T. Palanisamy
3 Pn. Khalidah Binti Khalil
4 Pn. Haslina Binti Hussein
5 Pn. Noor Laili Bt Yahya
6 Pn. Rani A/P V. Supramaniam
7 Pn. Zaifarizah Binti Md Sukor
8 Cik Nur Atiqah Binti Mohamad Moharam
9 Pn. Mastura Binti Ghazali
10 Cik Norhasdiana Binti Aziz
11 Pn. Anusuya Devi A/P Sannasy
12 Cik Loi Choi Suein
13 Cik Norwaheda Binti Hasrin
14 Cik Nurul Aimi Binti Mohd Shah
15 Cik Aida Yuliyana Binti Zahari
16 Cik Nur Fatin Najwa Binti Mohd Khalid
17 En. Lokman Hakim Mahamad
18 En. Md Khairul Azhan Gahapar
19 En. Mohd Irwan Idris
20 En. Mohd Shahrizal Bin Yusoff
21 Pn. Hartini Binti Daud
22 Pn. Norsidah Mohd Nor
23 Pn. Kasmawati Binti Cha
24 Pn. Teoh Bee Ing
25 Pn. Nordayati Binti Maktop
26 Pn. Kosnah Binti Karnadi
27 Cik Farahiah Binti Nodin
28 Cik Malyanah Binti Marzaini
29 Cik Siti Fatimah Binti Abd Razak
30 Cik Atikah Zabir
31 Cik Nurul Ain Binti
32 En. Graven Bin Yulius Bata
33 En. Nik Mohamad Solehin Bin Nik Ibrahim
34 Cik Siti Nora Md Sharif
35 Cik Normaliza Binti Jamadi
36 Cik Tey Kim Moi
37 Cik Nur Akmarina Mohd Azmi





38 Pn. Nooreisyah Binti Zainudin
39 Pn. Nadia Binti Ruslan
40 Cik Zira Bte Awang
41 En. Hafizi Bin Mohd Zaki
42 Pn. Nordiana Binti Nordin
43 Pn. Bahvany A/P Muthu
44 Pn. Norisah Binti Mohd Yatim
45 Pn. Aishah Binti Muhammad
46 Pn. Safinah Binti Ali
47 En. Jabar Bin Sedek
48 Pn. Asilah Binti Ramli
49 Pn. Wahyu Abdul Razak
50 En. Ishak Bin Saidoo
51 En. Muhd Ruhaizat
52 Pn. Norfadhillah Mamat
53 Pn. Norhaliza Binti Rusli
54 Cik Zubaida Binti Muda
55 Pn. NorHayati binti Abdullah
56 Pn. Kamsiah Binti Nekmat
57 Cik Nor Adilawati Binti Suliman

1. Kata-kata aluan Pengerusi


1.1 Bacaan Doa oleh pengerusi mesyuarat.

1.2 Ucapan terima kasih di atas kehadiran guru di dalam mesyuarat.

1.3 Menerangkan tentang format penulisan surat rasmi:

1.3.1 Kedudukan nombor rujukan surat dan tarikh berada di sebelah kanan.

1.3.2 Seterusnya, alamat pengirim dan tidak perlu dituliskan kepada.

1.3.3 Tajuk surat perlu menggunakan huruf tebal iaitu bold ataupun underline.

1.3.4 Sekiranya yang akan menandatangani surat tersebut adalah pengetua, maka surat
tersebut perlu menggunakan ayat Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk.. Tetapi





sekiranya yang menandatangani surat tersebut adalah bagi pihak pengetua, ayat yang perlu
digunakan adalah Dengan hormatnya, saya merujuk perkara di atas.

1.3.5 Perkara di dalam surat hanya ada dua sahaja iaitu perkara kedua menerangkan tujuan
surat tersebut ditulis. Contohnya, sukacita dimaklumkan bahawa Sekolah ini akan
mengadakan majlis sambutan ... Perkara nombor tiga pula adalah untuk menjelaskan apakah
kehendak pengirim surat kepada penerima. Contohnya, untuk itu, diminta guru-guru dapat
memberikan sumbangan sebanyak....

1.3.6 Jarak di antara bahagian tepi kiri dengan isi surat adalah sebanyak 1.5 inci manakala di
bahagian sebelah kanan pula adalah sebanyak 1 inci.

1.3.7 Di dalam surat, perlu dicatatkan s.k iaitu salinan kepada siapa.

2. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu.
Tiada

3. Laporan Unit

3.1 Pengerusi KEBIRU berkenaan dengan sambutan Hari Guru (En. Nik Solehin Bin Nik
Ibrahim)

3.1.1 Ucapan alu-aluan.

3.1.2 Ucapan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat yang hadir.

3.1.3 Menerangkan tugas-tugas yang perlu dilaksanakan oleh guru untuk menjayakan
program sambutan hari guru bagi tahun 2011.

3.1.4 Jemputan PIBG, perlu dibuat lebih awal.






3.1.5 Bagi unit pamplet dan buku pelawat, perlu disediakan nombor di pamplet untuk
digunakan sebagai nombor cabutan bertuah.

3.1.6 Mesyuarat telah memutuskan bahawa setiap pelajar perlu member sumbangan sebanyak
RM1.00 sebagai hadiah cenderahati kepada guru-guru di SMKTMR. Guru tingkatan perlu
mengumpulkan wang tersebut.
Tindakan: Guru Tingkatan.

3.1.7 Untuk hadiah guru, guru-guru perlu membayar RM20.00 kepada Pn. Safinah Binti Ali.
Tindakan: Semua Guru.

3.1.8 Pada waktu pagi, semua guru perlu memakai pakaian seragam yang telah diberikan.
Selepas acara rasmi, guru-guru perlu menukar pakaian sukan kerana akan dijalankan aktiviti
sukaneka. Kemudian, pada majlis High Tea pada sebelah petang, pakaian yang perlu dipakai
adalah pakaian batik ataupun pakaian formal. Program high tea akan dijalankan di Hotel
Aman Sari pada jam 2.00 petang.

3.2 Laporan Program Kecemerlangan S1000 (En. Ishak Bin Saidoo)

3.2.1 Ucapan alu-aluan.

3.2.2 Berdasarkan kepada kertas edaran yang telah diedarkan, program S1000 adalah
merupakan program rutin sekolah yang akan dijalankan setiap tahun.

3.2.3 Program yang sama dijalankan pada tahun 2011 tetapi kaedah pelaksanaanya berbeza
dengan tahun-tahun sebelumnya.

3.2.4 Program ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan ilmu pengatahuan, kemahiran
dan strategi calon-calon PMR serta SPM dalam menghadapi peperiksaan awam.






3.2.5 Selain itu, program ini juga bertujuan utnuk memastikan peningkatan pencapaian
akademik pelajar dan sekolah.

3.2.6 Untuk melaksanakan program S1000 dengan lebih baik berbanding tahun-tahun
sebelumnya, guru-guru tertentu yang telah ditetapkan perlu menyediakan set-set soalan bagi
setiap matapelajaran dengan mengikut kriteria-kriteria yang telah ditetapkan.
3.2.7 Berdasarkan kepada senarai di dalam kertas edaran yang telah diedarkan, senarai nama
pembina soalan ataupun item matapelajaran bagi PMR adalah:
Bahasa Melayu : - Pn. Kasmawati bt. Cha (K)
- Cik Nur Atiqah Binti Mohamad Moharam
Bahasa Inggeris : - Cik Loi Choi Suien (K)
- Cik Norgarahiah Binti Nodin
Matematik : - Pn. Hjh Norsidah Bt. Mohd Noor (K)
- Pn. Nik Noraimah Bt. Nik Ahmad Kamil
Sains : - Pn. Kosnah Bt. Karnadi (K)
- Pn. Nordayati Bt. Maktop
Sejarah : - Pn. Hjh Noor Laili Bt. Yahya (K)
- Cik Zubaidah Bt. Muda
Geografi : - Pn. Norfadhillah Bt. Mamat (K)
- Pn. Asilah Bt. Ramli
Kemahiran Hidup Pilihan 1: - En. Mohd Khairul Azhan B. Abd Gahapar (K)
- En. Lokman Hakim B. Mahamad
Kemahiran Hidup Pilihan 2: - Pn. Haslina Bt. Hussein (K)
- Pn. Kamsiah Bt. Nekmat
Pendidikan Islam : - Cik Siti Nora Bt Md Sharif
- Cik Mazliana
- Pn. Nooreisyah Bt. Zainuddin (K)
Bahasa Cina : - Cik Tey Kim Moi

3.2.8 Senarai nama pembina soalan ataupun item matapelajaran bagi SPM pula adalah:
Bahasa Melayu : - Pn. Norleha Bt. Zakaria (K)





- En. Graven B. Yulius Bata
Bahasa Inggeris : - Pn. Hartini Bt. Daud (K)
- Cik Nur Fatin Najwa Bt. Mohd Khalid
Matematik : - Pn. Nadia Bt. Ruslan (K)
- Pn. Khalidah Bt. Khalid
Sains : - En. Hafizi B. Mohd Zaki (K)
- Cik Nurakmarina Bt. Mohd Azmi
Sejarah : - En. Ishak B. Saidoo (K)
- En. Mohd Shahrizal B. Yusoff
Pendidikan Islam : - Pn. Mastura Bt. Ghazali (K)
- Cik Siti Fatimah Bt. Abd Razak
Bahasa Cina : - Pn. Teoh Bee Ing
Pendidikan Moral : - Pn. Norhaliza Bt. Rusli (K)
- Cik Normaliza Bt. Jamadi
Matematik Tambahan : - Pn. Rani a/p Supramaniam (K)
- Cik Nor Waheda Bt. Hasrin
Biologi : - Pn. Anusuya Devi a/p Sannasy (K)
- Cik Nurul Aimi Bt. Mohd Shah
Kimia : - Cik Zira Bt. Awang (K)
- Pn. Norhayati Bt. Abdullah
Fizik : - En. Mohd Irwan B. Idris (K)
- En. Nik Mohamad Solehin B. Nik Ibrahim
Tasawwur Islam : - En. Jabar B. Sedek (K)
- Pn. Nor Adilawati Bt. Suliman
Prinsip Akaun : - Cik Nurul Ain Bt. Mahizan (K)
- Cik Malyanah Bt. Marzaini
Pendidikan Seni Visual : - Cik Aida Yuliyana Bt. Zahari
- Pn. Zaifarizah Bt. Md Sukor

3.2.9 Tempoh perancangan dan penyediaan soalan adalah bermula daripada 31 April hingga
29 Julai. Merujuk kepada item 6.1, ini bermakna, satu matapelajaran telah ditetapkan seramai





dua orang guru dan ini bermakna, setiap guru perlu membina 5 Set soalan berkaitan dengan
matapalajran yang telah dipertanggungjawabkan. Ini memandangkan terdapat guru yang
perlu membina soalan untuk matapelajaran yang bukan ospyen mereka.

3.2.10 Setiap dua minggu, satu set soalan berserta JSI, analisis item dan skema jawapan harus
siap dibina dan dihantar.

3.2.11 Tarikh-tarikh penyerahan set soalan S1000 untuk pelajar-pelajar PMR dan SPM telah
ditetapkan iaitu:

.1 Set 1 (Koleksi soalan tahun 2005) : 16 Mei 20 Mei
.2 Set 2 (Koleksi soalan tahun 2006) : 23 Mei 27 Mei
.3 Set 3 (Item binaan sendiri oleh guru) : 30 Mei 10 Jun
.4 Set 4 (SBP, MRSM, Premier, Elit) : 13 Jun 17 Jun
.5 Set 5 (SBP, MRSM, Premier, Elit) : 20 Jun 24 Jun
.6 Set 6 (SBP, MRSM, Premier, Elit) : 27 Jun 1 Julai
.7 Set 7 (Item binaan sendiri oleh guru) : 4 Julai 8 Julai
.8 Set 8 (SBP, MRSM, Premier, Elit) : 11 Julai 15 Julai
.9 Set 9 (SBP, MRSM, Premier, Elit) : 18 Julai 22 Julai
.10 Set 10 (SBP, MRSM, Premier, Elit) : 18 Julai 22 Julai
.11 Taklimat 2 (Pelaksanaan & Penggunaan) : 4 Ogos 2011-05-18

3.2.12 Setiap set soalan yang dibina haruslah dalam bentuk taipan. Guru-guru tidak
dibenarkan sama sekali untuk scan secara terus dari sumber sedia ada kecuali apabila
terdapat gambar rajah.

3.2.13 Untuk soalan set 1 dan set 2, soalan-soalannya merupakan koleksi soalan peperiksaan
sebenar. Untuk set soalan ini, guru-guru tidak boleh sama sekali melakukan pindaan atau
melakukan sebarang perubahan soalan yang terdapat di dalamnya walaupun terdapat
perbezaan di bahagian sastera untuk subjek Bahasa Melayu. Soalan-soalan boleh dimuat





turun daripada laman web tertentu. Sekiranya soalan dimuat turun dalam format .pdf,
dibolehkan.

3.2.14 Untuk set 3 dan set 7 iaitu berkenaan dengan set soalan yang dibina sendiri oleh guru,
sekiranya guru-guru tidak mampu untuk membina soalan secara keseluruhan, sekurang-
kurangnya guru boleh cuba membina satu bahagian daripada keseluruhan soalan. Tujuan
guru diminta untuk membina soalan sendiri adalah untuk melatih guru supaya mahir dengan
binaan soalan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan sebagainya.

3.2.15 Bagi set soalan 4, 5, 6, 8, 9 dan 10, soalan-soalan boleh didapati melalui soalan-soalan
peperiksaan daripada Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah-Sekolah MRSM, Sekolah Premier
dan Sekolah-Sekolah Elite. Tetapi soalan yang diambil haruslah bertepatan dengan analisis
bagi soalan-soalan yang telah keluar dalam peperiksaan sebenar dan yang belum keluar
dalam peperiksaan sebenar. Ini bermakna, soalan-soalan yang diambil daripada sekolah-
sekolah tersebut boleh diedit atau disunting semula.

3.2.16 Setiap soalan yang dibina, haruslah berpandukan kepada aras Taxonomy Bloom.

3.2.17 Sekiranya soalan-soalan bagi matapelajaran yang mempunyai dua kertas iaitu kertas 1
dan kertas 2, soalan-soalan tersebut tidak boleh dicampur. Soalan daripada kertas 1 harus
dipisahkan dengan soalan daripada kertas 2.

3.2.18 Memandangkan kebanyakan nama guru-guru ke-2 di dalam senarai pembina item
merupakan guru-guru yang bukan opsyen, maka guru-guru yang sememangnya opsyen
dalam matapelajaran tertentu yang juga merupakan ketua harus membimbing guru
dibawahnya dalam membina soalan. Guru yang bukan opsyen tidak boleh membuat soalan
sendiri tanpa merujuk kepada ketua. Antara cara lain, ketua hanya menyediakan bahan-bahan
soalan dan menyerahkannya kepada guru dibawahnya untuk ditaipkan semula.






3.2.19 Guru-guru diminta untuk menyediakan soalan dalam bentuk dua kertas soalan berada
pada satu helaian kertas sahaja untuk tujuan penjimatan. Ini bermakna, di dalam 1 helaian
kertas terdapat 4 muka surat soalan, dalam erti kata lain, 2 in 1.
3.2.20 Disebabkan bilangan soalan yang dibina tidak menapai sasaran 10000 soalan, nama
program S1000 telah ditukar dengan nama Jejak Jaya di atas cadangan Pn. Norleha Binti
Zakaria selaku Guru Kanan Bidang Bahasa.

3.2.21 Untuk soalan-soalan tertentu seperti Geografi, ia dibolehkan untuk mencetak soalan
yang memerlukan pelajar merujuk kepada peta dalam satu helaian kerana peta yang dirujuk
harus berada dalam saiz yang besar.
3.2.22 Format penyediaan soalan haruslah selaras mengikut apa yang telah ditetapkan iaitu:
Line Spacing - 1.5
Program - Microsoftg Word
Font - Times New Roman
Font Size - 11
View (Header) - SMK Taman Megah Riav-vProgram Jejak Jaya
View (footer) - SEJARAH SPM/PMR MODUL SET 1/2011.
Muka depan (Atas) Logo Sekolah, Nama sekolah

(Tengah) - MODUL SET 1
SEJARAH
KERTAS 1
SPM
(Bawah) - Unit Kurikulum
SMK Taman Megah Ria
2011

3.2.23 Berkenaan dengan belanjawan, setiap subjek mencatatkan jumlah nilai yan gagak
tinggi. Menurut pengetua, guru-guru tidak perlu bimbang kerana program ini tidak akan
memaksa guru-guru menggunakan wang guru dan guru juga tidak perlu bimbang kerana





masalah kewangan akan diselesaikan oleh pentadbir. Tiada istilah program Jejak Jaya
menggunakan wang panitia.

4. Hal-hal lain

Tiada



Disediakan oleh, Disahkan oleh,
..........................................................
(NUR ATIQAH BINTI MOHAMAD MOHARAM) (PN. PUSPHA RANI A/P T.
PALANISAMY)
Setiausaha Kurikulum Guru Penolong Kanan HEM
SMK Taman Megah Ria. SMK Taman Megah Ria

Anda mungkin juga menyukai