Anda di halaman 1dari 11

PSIKOSOSIAL SUKAN

Penetapan Matlamat
(goal setting)
Disediakan oleh:
ABDUL LATIF BIN AHMAD
IPG Kampus Tun Hussein Onn,
Batu Pahat, Johor.
Penetapan Matlamat
(Goal Setting)
Definisi
Penetapan matlamat di definisikan
sbg mencapai tahap dan kecekapan
spesifik dlm satu tugasan atau aktiviti
yg dapat disukat dlm unit jarak, masa
dan tingkat pencapaian matlamat
(Locke, 1981).
Penetapan matlamat merupakan
salah satu strategi psikologi yg
berkesan utk meningkatkan prestasi.
Dalam penetapan matlamat,
terdapat tiga tahap iaitu matlamat
jangka panjang, matlamat jangka
sederhana dan matlamat jangka
pendek.
Tahap-Tahap
Penetapan Matlamat
Matlamat Jangka Panjang
Matlamat terakhir dlm perancangan
seseorang atlit atau pasukan dlm
mencapai sasaran yg ditetapkan.
Matlamat Jangka Sederhana
Matlamat pertengahan dlm
perancangan seseorang atlit atau
pasukan utk menilai sama ada atlit atau
pasukan tersebut berada di landasan yg
betul utk menepati matlamat terakhir.
Matlamat Jangka Pendek
Matlamat harian atau mingguan yg
digunakan utk menilai sama ada atlit atau
pasukan tersebut berada di landasan yg
betul utk menepati matlamat jangka
panjang.
Jenis Penetapan Matlamat
a. Matlamat dari Hasil
(Outcome Goals)
- keputusan
pertandingan
b. Matlamat Proses /
Prestasi
(Performance Goals)
- tingkahlaku khusus
atlet
Prinsip-Prinsip Penetapan
Matlamat
Terdapat 5 prinsip asas
penetapan matlamat (Cox,
1994);
1.Utamakan matlamat
pencapaian prestasi bukan
sekadar matlamat
pencapaian hasil
Matlamat difokuskan
kpd pencapaian prestasi
individu terlebih dahulu
supaya dpt membuat
persembahan terbaik
semasa pertandingan.
Prinsip-Prinsip Penetapan
Matlamat

2.Penetapan matlamat yg
mencabar
Atlet akan buat latihan yg
lebih gigih utk capai
matlamat yg lebih
mencabar
Matlamat yg mencabar akan
lebih memotivasi atlet dari
matlamat yg mudah dicapai
Matlamat yg tidak dicapai
hendaklah diterima dan
dijadikan panduan
Prinsip-Prinsip Penetapan
Matlamat
3. Penetapan matlamat spesifik
Bagi atlet adalah sukar utk
mengenalpasti samada
matlamat yg ditetapkan itu dpt
dicapai atau tidak.
4. Menggunakan matlamat
jangka pendek utk mencapai
matlamat jangka panjang.
Matlamat Jangka pendek utk
menyedarkan matlamat jangka
panjang
Kejayaan bukan satu destinasi
tetapi merupakan satu
perjalanan; kejayaan akan
dikecapi sepanjang perjalanan
Prinsip-Prinsip Penetapan
Matlamat
5. Penetapan matlamat yg
realistik - boleh dinilai /
ukur
Kenalpasti tercapai atau tidak
Matlamat yg khusus perlu
ditetapkan utk menilai sejauh
mana keberkesanan dan
pencapaian matlamat.
Penetapan matlamat harus
mengikut tahap pencapaian
atlet
Pencapaian prestasi perlu
didokumentasikan
Faedah Penetapan Matlamat
1. Sentiasa yakin diri dan bersedia
menghadapi pelbagai situasi
semasa latihan dan pertandingan.
2. Mengekalkan penumpuan
terhadap kerja atau tugasan utk
capai matlamat.
3. Mengekalkan ketenangan dlm
diri semasa melaksanakan tugasan
dan menghasilkan prestasi yg baik
4. Mengamalkan pemikiran yg
Positif sebelum atau semasa
bertanding membantu mencapai
matlamat
5. Semangat kesepaduan atau
komitmen dlm pasukan membawa
kpd peningkatan prestasi.
Proses Penetapan Matlamat
1. Analisis tugas motor
- Kenalpasti tugas motor (apa yg
hendak dicapai)
2. Pengukuran Prestasi
- Tentukan pengukuran pencapaian
(masa, rintangan, ulangan &
jarak)
3. Penentuan Piawai
- Tentukan pencapaian ikut piawai
berdasarkan maklumat prestasi.
Cth: Mengikut rekod yg lepas dlm
satu-satu acara
4. Pengutamaan matlamat
- Penetapan matlamat ikut
keutamaan
5. Penyelarasan keperluan
- Menyelaraskan ikut keperluan atlet
& sukan
SEKIAN
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai