Anda di halaman 1dari 14

PENGENALAN

Sepak raga atau sepak takraw merupakan sejenis permainan di antara dua
pasukan atau regu yang dianggotai oleh tiga orang pemain bagi setiap regu. Ia
mempunyai jaring yang memisahkan di antara kedua-dua regu dan dimainkan di
gelanggang yang berukuran sama seperti gelanggang badminton.
Pada masa sekarang sepak raga lebih dikenali dengan nama sepak takraw.
Ia bukan hanya dimainkan oleh orang Melayu sahaja tetapi bangsa-bangsa lain,
malah telah dikenali di seluruh dunia. Bola sepak takraw dahulunya diperbuat
daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa
dua atau tiga lapis dan kini telah digantikan dengan penggunaan bola sintetik.
Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola
kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan
kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain.
Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran
menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh
permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan.
Permainan ini memerlukan ketangkasan dan kecekapan fizikal serta
ketajaman mata untuk mengukur pergerakan. Matlamat setiap pemain ialah
memantapkan kemahiran menerima hantaran bola raga dan menimbangnya dengan
selesa selama yang mungkin. Jangka masa permainan tidak ditentukan kecuali
dalam pertandingan yang lazimnya dianjurkan sebagai acara berpasukan. Pasukan
yang berjaya membuat timangan paling banyak dalam suatu tempoh yang
ditetapkan akan dikira pemenang.





PENGHARGAAN
Pertama sekali kami ingin memanjatkan kesyukuran kami ke hadirat Ilahi
kerana dengan limpah dan kurnia-Nya serta keizinan-Nya kami telah berjaya
menyiapkan kerja kursus berkumpulan ini dengan sempurna.
Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada
pensyarah kami iaitu Encik Mohammad Salleh kerana telah memberi kami
penerangan kerja kursus dan maklumat tambahan di samping tidak jemu-jemu
membantu kami untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan memberi kami idea yang
berguna untuk kami aplikasikan dalam kerja kami. Terima kasih kami ucapkan.
Selain itu, ucapan terima kasih juga, diucapkan kepada pihak Perpustakaan
Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang yang telah banyak membantu kami
dalam menyediakan sebahagian sumber-sumber rujukan secara langsung mahupun
tidak langsung dalam memberikan buah fikiran yang bermanfaat dalam menyiapkan
tugasan ini.
Selain itu, kami juga ingin berterima kasih kepada kedua orang tua kami yang
masing-masing sudi membantu kami sepanjang kami menyiapkan kerja kursus ini.
Hal ini kerana bantuan kewangan dan sokongan yang mereka curahkan telah
banyak memberi manfaat kepada kami untuk menjalani kerja kursus ini dengan lebih
efisien.
Seterusnya, kami merasa bersyukur kerana mendapat ahli kumpulan yang
berfikiran luas dan saling bantu-membantu serta mempunyai nilai kerjasama yang
tinggi sehingga kami dapat membentuk persefahaman dan suasana yang mesra
dalam kalangan kami sekumpulan. Perkara ini amat penting untuk diterapkan dalam
diri setiap ahli kumpulan kerana perhubungan yang baik dapat menjamin kerjasama
yang positif dalam membuat sesuatu.
Di samping itu, kami juga ingin tujukan penghargaan kami kepada senior-
senior yang sudi menghulurkan bantuan secara rela semasa kami bertanya kepada
mereka tentang objektif kerja kursus dan bagaimana untuk melakukannya.
Sesungguhnya bantuan, idea dan komen yang dikemukakan amat berguna kepada
kami.
Tuntasnya, kami sekumpulan merasa amat berterima kasih kepada pihak-
pihak yang sudi membantu kami sepanjang kami menyiapkan kerja kursus ini.
Sesungguhnya budi baik anda tidak akan pernah kami abaikan mahupun lupakan.





















SISTEM PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW

Pertandingan sepak takraw boleh dijalankan melalui dua sistem iaitu sistem liga dan
sistem kalah mati. Sistem Liga terbahagi kepada Sistem Liga Biasa dan Sistem
Separa Liga manakala Sistem Kalah Mati terbahagi kepada Sistem Kalah Mati
Sekali, Sistem Kalah Mati Dua Kali dan Sistem Kalah Mati Sagu Hati. Setiap sistem
ini dilaksanakan untuk memenuhi keperluan sesuatu kejohanan yang dilaksanakan
itu mengikut fungsi dan ciri-ciri sesebuah sistem itu.


SISTEM LIGA:
1. Bilangan perlawanan setiap pasukan yang bertanding menentukan jenis liga.
2. Liga 1 pusingan melibatkan pertandingan satu pasukan dengan setiap
lawannya adalah sekali sahaja.
3. Liga 2 pusingan satu pasukan dengan setiap lawannya ada dua kali
pertandingan.
4. Pertandingan liga memberi ruang kepada permainan yang maksimum untuk
setiap pasukan yang bertanding kerana:
a. semua pasukan brtanding dgn semua ahli dlm kumpulan pertandingan
b. Lebih adil kerana dapat membentuk pasukan yang baik dan bukannya
yang bernasib baik.
c. Sesuai untuk pertandingan yang mempunyai kurang pasukan atau
peserta.
d. Dua jenis liga iaitu
i. Sistem liga biasa
ii. Sistem separah liga
Sistem Liga Biasa:
1. Dikenali juga sebagai Liga Ringkas
2. Melibatkan satu kumpulan sahaja
3. Beri peluang kpd pasukan yg bertanding utk melawan stp pasukan dlm
kumpulannya.
Sistem separah liga:

1. Melibatkan pertandingan sistem liga yang melibatkan satu kumpulan di peringkat
awal dan kemudian diikuti oleh sistem kalah mati.
2. Dalam liga empat kumpulan, kedudukan pasukan yang mengetuai kumpulan
akan ditentukan melalui pilihan. Contoh, jika johan dan no.2,no.3 dan no.4
pertandingan tahun lalu mengambil bahagian, pasukan itu akan ditempatkan
dalam kumpulan seperti berikut:
Sekiranya pasukan yg diutamakan tidak ambil bahagian, maka pasukan
terbaik hendaklah dipertimbangkan.
Kedudukan bagi memenuhi tempat kosong dalam kumpulan
menggunakan sistem undian.
Pusingan kedua (suku akhir), johan dan No.2 dalam setiap kumpulan
akan masuk ke pusingan suku akhir dan pertandingan akan dijalankan
secara kalah mati.
Menetapkan pasukan dalam perlawanan kalah mati adalah seperti
berikut:
Kumpulan 1 Kumpulan 2 Kumpulan 3 Kumpulan 4
Johan Johan Johan Johan
Undi Undi Undi Undi
Undi Undi Undi Undi
Undi Undi Undi Undi
Undi Undi Undi Undi




Sistem Kalah Mati:

1. Sistem pertandingan ini peserta atau pasukan yang kalah.
2. Proses akan berterusan shingga hanya terdapat satu peserta atau pasukan
yang tinggal.
3. Digunakan apabila
a. Masa pertandingan pendek
b. Peruntukan kewangan untuk pertandingan terhad
c. Pernyataan adalah besar dan memakan masa.
d. Bilangan kemudahan yang digunakan terhad.

Sistem Kalah Mati Dua Kali:

1. Sistem ini terbahagi kepada dua kumpulan yang kalah dan yang menang.
2. Seperti sistem kalah mati saguhati.
3. Bezanya ialah juara kmpln kalah akan bertanding dengan juara bagi kumpulan
menang untuk tentukan juara.
4. Tujuan sistem iniadalah untuk memberi peluang kepada pasukan kalah untuk
memenangi pertandingan.
5. Akan membangkitkan motivasi peserta.
6. Jika pemenang pertandingan dari kumpulan yang kalah maka juara pasukan
yang menang boleh meminta satu lagi perlawanan untuk tentukan juara.

Kalah Mati Sagu Hati:
1. Sistem ini meliputi dua bahagian iaitu kumpulan yang menang dan kumpulan
yang kalah.
2. Tujuan pertandingan ini adalah untuk mberi peluang kepada pasukan kalah untuk
memenangi kumpulan sagu hati.
3. Ia juga untuk membangkitkan motivasi peserta kerana masih berpeluang
memenangi pertandingan kumpulan sagu hati.



















REFLEKSI
Nama: Attheline Patrick

Selepas sahaja menghabiskan kerja kursus ini, saya telah mempelajari lebih
banyak tentang sistem pertandingan sepak takraw. Hal ini termasuklah sistem liga
yang kemudian terbahagi kepada sistem liga biasa dan sistem separah liga, sistem
kalah mati, sistem kalah mati dua kali dan sistem kalah mati sagu hati.
Sepanjang saya menjalani kerja kursus ini, saya telah mengaplikasikan cara-
cara untuk mengatur masa saya dengan baik kerana pembahagian masa yang bijak
membolehkan kita menyemak semula kerja dan membuat penambahbaikan kerja.
Oleh itu, selepas sahaja arahan membuat tugasan diberikan oleh guru, saya dan
rakan-rakan telah mengambil langkah awal dengan membuat pembahagian tugasan.
Dengan ini, kami akan dapat menyemak kerja kursus kami semula selepas
menyiapkan tugasan masing-masing. Hal ini dapat mengelakkan kami daripada
membuat kerja kursus yang salah kerana kami akan menyemak kerja kami untuk
kali kedua.
Selain itu, saya juga telah belajar cara-cara untuk mencari sumber maklumat
yang bertepatan dengan tugasan yang diberikan. Dalam hal ini, kita tidak hanya tahu
mencari maklumat, namun kita juga harus bijak menilai setiap maklumat yang dicari
kemudian membuat perbandingan antara kesemua maklumat yang telah berjaya
dicari dan pilih maklumat yang terbaik untuk dimasukkan ke dalam kerja kursus. Hal
inilah yang telah saya pelajari sepanjang saya mencari maklumat yang diperlukan.
Seterusnya, saya menjadi lebih rapat dengan rakan-rakan sekelas terutama
bersama ahli kumpulan saya sendiri kerana semasa proses mendapatkan maklumat,
kami akan sentiasa berkomunikasi antara sesama kumpulan dan ahli kumpulan.
Bantuan yang mereka sanggup hulurkan telah banyak membantu saya untuk
menyiapkan kerja kursus ini dengan lebih efisien.
Di samping itu, saya juga dapat mengaplikasikan sistem pertandingan sepak
takraw ini dalam permainan sepak takraw yang kami jalankan pada suatu masa
tertentu. Sekiranya sebelum ini saya tidak mengetahui sistem pertandingan yang
diperlukan dalam permainan sepak takraw tetapi selepas mengetahuinya saya
sentiasa mempraktikkannya semasa menjalankan latihan.
Kesimpulannya, saya telah mempelajari banyak perkara sepanjang saya
menyiapkan kerja kursus ini.



















REFLEKSI
Nama: Sisinita Justin

Saya rasa sangat bersyukur kepada Tuhan kerana akhirnya Kerja Kursus
Pendek untuk Gerak Kokurikulum (GERKO) Sepak Takraw ini berjaya kami siapkan
dengan lancarnya. Sepanjang proses penghasilan tugasan ini, saya secara peribadi
menyedari bahawa banyak manfaat serta pengajaran yang saya dapati.
Perkara pertama yang saya pelajari ialah saya menyedari bahawa saya
masih kekurangan banyak ilmu pengetahuan. Oleh kerana kumpulan saya telah
mendapat tajuk Sistem Pertandingan Sepak Takraw maka kami telahpun mencari
maklumat berkaitan tajuk ini. Saya menyedari kekurangan diri dalam pengetahuan
seperti ini ketika kami sedang memproses maklumat yang kami perolehi. Walaupun
selama ini saya kerap mendengar istilah seperti liga dan kalah mati, saya masih
tidak mengetahui maksud sebenar istilah-istilah tersebut.
Selepas menyiapkan tugasan ini, sekarang saya mempunyai pengetahuan
yang lebih mendalam mengenai sistem pertandingan sepak takraw. Bagi saya,
pengetahuan seperti ini sangat penting kepada saya sebagai seorang bakal guru
yang bakal mengajar murid-murid di sekolah. Walaupun saya seorang bakal guru
wanita, namun ianya tidak menghalang saya untuk mempelajari sedikit sebanyak
mengenai sepak takraw kerana sukan ini juga boleh dimainkan oleh kaum wanita.
Tambahan pula, bidang perguruan pada zaman ini memerlukan guru yang serba
boleh untuk memenuhi keperluan bidang pendidikan yang semakin mencabar
sekarang. Oleh itu, tugasan seperti ini merupakan satu medium awal untuk memberi
pendedahan kepada saya tentang bidang tugas kerja sebagai seorang guru yang
sangat mencabar.
Di samping itu juga, tugasan ini menimbulkan rasa ingin tahu yang sangat
mendalam mengenai aspek lain sukan sepak takraw ini. Apabila saya menguasai
serba sedikit tentang sistem pertandingan sepak takraw, saya ingin tahu menegenai
sejarah sepak takraw, peraturan bermain dan sebagainya supaya saya lebih tahu
mengenai sukan ini. Dengan perasaan ingin tahu saya ini, saya telah merujuk
kepada buku dan internet serta meminta penjelasan daripada rakan-rakan lain yang
membuat tajuk yang berbeza. Di sini saya belajar untuk tidak berpuas hati dengan
ilmu yang ada tetapi ingin terus menambahnya dari masa ke semasa sesuai dengan
pekerjaan sebagai seorang guru yang sentiasa memberi input berguna kepada
pelajarnya.
Selain daripada perkara yang telah diperkatakan di atas, tugasan ini juga
mengajar saya tentang cara-cara bekerja dalam satu kumpulan dan bagaimana
untuk menjadi seorang ahli kumpulan yang baik. Ini adalah berikutan tanggungjawab
saya sebagai seorang guru pelatih yang mempunyai banyak tugasan lain selain
daripada tugasan ini. Oleh itu, saya dan ahli kumpulan saya yang lain harus pandai
mengurus masa dan mampu bertoleransi untuk mewujudkan satu kerjasama yang
baik untuk menyiapkan tugasan ini.
Perkara lain yang telah saya pelajari ialah pelbagai kemahiran lain yang saya
miliki selain daripada yang berkaitan dengan sepak takraw telah diperkembangkan
semasa melakukan tugasan ini. Antaranya ialah kemahiran memproses data dan
maklumat, kemahiran komputer, kemahiran membuat laporan dan sebagainya yang
telah digunakan sepenuhnya semasa penghasilan kerja kursus ini. Setiap kali
melakukan sesuatu tugasan, semua kemahiran ini dikembangkan untuk
memperbaiki kualiti sebagai seorang guru pelatih.
Sebagai menggulung kepada semua perkara yang telah diperkatakan di atas,
saya mendapati bahawa penghasilan kerja kursus GERKO ini memberi banyak
manfaat kepada saya dan juga ahli kumpulan saya. Oleh itu, semua usaha saya dan
ahli kumpulan saya untuk menghasilkan tugasan ini sangat berbaloi kerana kami
bukan sahaja berjaya menyiapkan tugasan kami, malah turut mendapat faedah
sampingan yang sangat berguna di dalam kehidupan kami.






REFLEKSI
Nama: Randy Rusli

Syukur kepada Tuhan akhirnya kerja kursus ini dapat disempurnakan dengan
jayanya. Sepanjang proses penghasilan kerja kursus GERKO bagi permainan sepak
takraw ini saya mendapat pelbagai input yang berguna yang boleh dimanfaatkan
oleh kami sebagai seorang bakal guru.
Sepanjang proses perlaksanaan kerja kursus ini pelbagai pengetahuan yang
dapat diterima semasa melakukan penyelidikan dan pengumpulan data untuk
menyiapkan kerja kursus ini. Tajuk yang telah diberikkan kepada kami ialah
mengenai sistem pertandingan sepak takraw, hasil daripada kajian dan sumber yang
kami dapati sekaligus membantu pemahaman kami mengenai jenis jenis sistem
permainan sepak takraw ini. Kami turut dapat memahami mengenai jenis jenis
perlawanan serta sistem pemarkahan yang digunakan untuk pertandingan sepak
takraw ini. Pengetahuan yang meluas mengenai permainan sepak takraw ini
sekaligus dapat ditingkatkan.
Di samping itu, melalui perlaksanaan kerja kursus ini juga turut
meningkatkan lagi semangat kesukanan di dalam diri kami. Sebagai seorang bakal
guru, aktiviti kesukanan seperti ini adalah penting unutk diterapkan di dalam diri. Ciri
ciri kesukanan haruslah ditonjolkan kepada anak anak murid agar mereka turut
mempunyai semangat yang sama. Pengajaran di dalam kelas tanpa melakukan
sebarang aktiviti fizikal di luar kelas menjadikan pelajar lesu. Oleh yang demikian,
aktiviti seumpama ini amatlah membantu pelajar agar bergiat lebih aktif lagi dalam
pelbagai aktiviti sukan.
Selain itu, tugasan ini turut meningkatkan semangat berpasukan di antara
satu sama lain. Tugasan yang diberikan ini adalah dalam bentuk kumpulan oleh itu
melalui perlaksanaan kerja kursus ini membantu saya untuk berkerjasama dengan
ahli kumpulan dengan baik. Setiap tugas dapat dilakukan dengan penuh
tanggungjawab dan amanah agar disiapkan dengan sempurna. Oleh itu, kerjasama
serta persefahaman adalah amat penting di antara ahli kumpulan adalah penting
baig mewujudkan cara kerja yang efisien.
Sebagai kesimpulannya, kerja kursus GERKO ini membawa pelbagai manfaat
kepada kami yang boleh diaplikasikan oleh kami. Hasil dari usaha kami, pelbagai
input dapat disalur dan difahami dan sekaligus meningkatkan pemahaman terhadap
permainan sepak takraw ini.



















Bibliography
http://ms.wikipedia.org/wiki/Sepak_takraw. (n.d.).
http://www.kat2011.com/doc/peraturanTakraw2011.pdf. (n.d.). Retrieved from
PERATURAN PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW.
http://www.pusatinformasionline.com/bahasan/sistem+pertandingan+sepak+takraw.h
tml. (n.d.).
MOHAMAD, N. H. (n.d.). http://newpaces.com/forum/topic/748. Retrieved from
SEJARAH SEPAK TAKRAW DI MALAYSIA.
Putih, J. (SEJARAH SEPAK TAKRAW DAN PERKEMBANGANNYA).
http://anakjelapang10.blogspot.com/2010/03/sejarah-sepak-takraw-dan-
perkembanganya.html.

Anda mungkin juga menyukai