Anda di halaman 1dari 5

Penerangan Dan Latihan

Tempat : Ladang Timur (Blok 4/02)


Tarikh : 6/7/2011
Masa : 9.00 Pagi
Tajuk : Pendedahan Kepada Rawatan Ulat Bungkus
Dan Pengendalian Alat Kerja
Pihak Terlibat : Pengurus/Penolong Pengurus/Penyelia
Ladang/Penyuntik
Penceramah : Mr.Yap ( Penasihat Farmco)

Sebelum memulakan kerja

Perlu membuat bancian dan mengenal pastikan kitaran
hidup ulat bungkus.

Kitaran hidup dari L1 hingga L4 adalah tahap yang
paling sesuai untuk membuat penyuntikan.

Baca dan ikut arahan label.

Pekerja hendaklah memakai alat perlindungan diri
(PPE) sebelum memulakan kerja iaitu:
Perlindungan pernafasan (respirator)
Sarung tangan getah (nitril)
Kasut getah panjang.

Periksa dan pastikan pam boleh berfungsi dengan baik.

Laporkan kepada pegawai ladang dengan segera jika
terdapat kerosakan.

Pastikan tong berisi bahan kimia bertutup rapat dan
tiada kebocoran.

Pastikan air bersih sekurang-kurangnya 20liter
disediakan bersama sabun.

Jangan merokok ketika melakukan pemeriksaan alatan.

Sebelum melakukan kerja

Pastikan PPE telah dipakai.
Pastikan mesin drill dan wayar berada dalam keadaan baik.
Racun hendaklah diletakkan di dalam bekas yang sesuai
untuk mengelakkan tumpahan.

Jangan tanggalkan label yang terdapat pada bekas racun.

Buka penutup racun dengan berhati-hati.

Jangan merokok, makan atau minum.

Masukkan penyuntik ke dalam bekas racun dengan berhati-
hati.

Pastikan racun telah memenuhi penyuntik.

Jangan pam racun di atas tanah, rumput, air, manusia atau
binatang ternakan.


Semasa melakukan kerja

Ikut arahan yang telah diberikan oleh pegawai ladang.

Membuat lubang pada pokok mengikut 45 dan bukannya
180.

Kedudukan wayar mesin drill mesti berada di atas bahu bagi
mengelak daripada terpijak atau tersangkut pada pelepah
yang disusun.

Ikut sukatan yang telah ditetapkan.

Jangan biarkan racun tumpah semasa mengepam ke dalam
lubang.

Jangan merokok, makan dan minum semasa melakukan kerja
mengepam racun.

Jangan sesekali menghidu racun yang digunakan.

Pada masa rehat, cuci sarung tangan sebelum membukanya.

Setelah sarung tangan dicuci dan dibuka, cuci tangan dengan
sabun dan air bersih yang banyak sebelum makan, minum
dan merokok.

Jangan mengepam alat penyuntik kearah manusia, haiwan
atau tumbuhan lain.

Jika terkena pakaian, tanggalkan pakaian yang terkena racun.

Jika terkena pada kulit, basuh dengan air bersih dan sabun
yang banyak sekurang-kurangnya 15 minit.

Lapor dan dapatkan rawatan dengan segera jika berlaku
kecemasan.

Selepas melakukan kerja

Jangan membuka alat perlindungan diri (PPE) semasa
mencuci alatan.

Cuci semua peralatan dengan air bersih dan dibilas sekurang-
kurangnya tiga kali.

Buang semua sisa dan air bilasan ke dalam bekas yang telah
disediakan.

Jangan alirkan sisa kimia ke dalam parit atau tanah.

Setelah selesai, cuci PPE dan pakaian.

Jangan makan, minum dan merokok semasa mencuci alatan.

Mandi dan salin pakaian sebelum pulang ke rumah.

















Disediakan oleh: Disahkan oleh:




D. Gobinathan P. Shashi Kumar
(P.Pengurus S.P.P) (Pengurus Kumpulan S.P.P)

Anda mungkin juga menyukai