Anda di halaman 1dari 14

Rancangan Pengajaran Harian - Bahasa Melayu Tahun 3

Tarikh : 02.05.2012
Masa : 60 minit
Tahun :Tahun 3
Mata Pelajaran : Bahasa MelayuTahun 3
Unit : 7
Aras : 1
Tema : Makanan Berasaskan Pertanian
Tajuk : Makanan Berasaskan Pertanian

Hasil Pembelajaran ( Fokus utama)
4.2. Mengemukakan komen yang sesuai berdasarkan pemerhatian, pengalaman dan maklumat
yang disampaikan oleh pihak lain
Aras 3
8.2.Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang
sesuatu tajuk.
i. Mengemukakan pandangan yang membina tentang sesuatu perkara yang dilihat,dibaca atau
didengar

Aras 3
i.Membina pelbagai jenis ayat dalam sesuatu penulisan teks.
11.1.Menyatakan pandangan tentang perkara yang menarik dalam sesebuah karya.
Aras 1
i.Meneliti perkara yang menarik dalam bahan yang ditonton atau dibaca

Hasil Pembelajaran (fokus sampingan)
7.2.Membaca dan mengenal pasti perkataan pelbagai jenis ayat dan gaya bahasa
yang terdapat dalam teks sastera dan bukan sastera.
Aras 1: Mengecam perkataan istilah dan ayat dalam karya prosa dan puisi yang dibaca.

Objektif Pembelajaran.
1.Setiap murid dapat menulis sekurang-kurangnya empat ayat tunggal dalam borang
pengurusan grafik makanan berasaskan pertanian.

Pengetahuan sedia ada : Murid daripada keluarga pertanian dan tahu akan hasil - hasil
pertanian
Bahan Bantu belajar : Teks, gambar digital, :lembaran kerja,
Sistem bahasa : a) Morfologi kata adjektif seperti
b) Sintaksis : ayat tunggal.
c) sebutan dan intonasi : kesantunan berbahasa.
d) kosa kata : berkhasiat,vitamin,kesihatan,disekeliling.

Langkah
dan Masa
Huraian hasil
pembelajaran dan
kandungan
Aktiviti Pengajaran dan
Pembelajaran

Catatan
Induksi set
5 minit
1. Kepentingan
makanan
daripada pertanian




1. Murid melihat gambar
buah-buahan.
Murid menjawab soalan guru
a) Apakah nama buah-buahan
yang anda dilihat?
b)Guru meminta murid
menyanyi lagu buah-buahan.
d) Guru mengaitkan aktiviti
dengan pelajaran?
( makanan berasaskan
pertanian )
BBB. Gambar
buahan
-lagu buah-
buahan
tempatan.

Langkah 1
10 minit
4.2 Mengemukakan
komen yang sesuai
berdasarkan
pemerhatian,
pengalaman dan
maklumat yang
disampaikan oleh pihak
lain



1. -Guru menunjukkan gambar
pokok pisang
2. -Guru bersoal jawab dengan
murid tentang pisang
- Kegunaan daun pisang
- buah pisang
3.Guru menunjukan gambar
hasil daripada buah pisang
4. Guru meminta dua orang
murid mencerita pengalaman
mereka membantu ibu atau
keluarga mereka membuat
kerepek
BBB: Gambar
digital pokok
pisang, hasil
daripada buah
pisang.

Nilai ;
Kebersihan
sewaktu
membuat
kerepek,
memasak
goreng pisang
Langkah 2
20 minit
Aras 3
Mengemukakan
pandangan yang
membina tentang sesuatu
perkara yang dilihat,
dibaca atau didengar.
Membina dan menulis
ayat tunggal dan ayat
majmuk dalam sesuatu
penulisan teks tentang
sesuatu tajuk.

1.Guru menunjukkan gambar
pokok yang lain seperti gambar
pokok kelapa,dan kelapa sawit.
2.Guru bertanya beberapa
soalan kepada murid tentang
kegunaannya dan hasil
makanan yang diperolehi
daripada tanaman tersebut.
3.Makanan yang dihasilkan
daripada tanaman-tanaman lain
seperti nenas, betik dan lain-
lain
4.Guru memberi teks tentang
buah-buahan dan meminta urid
membaca teks dengan sebutan
dan intonasi yang betul.
5.Guru dan murid berbincang







BBB: Gambar
dari internet

tentang teks.
6. Murid membina ayat
berdasarkan gambar
tanaman yang di lihat.
Langkah 3
20 minit
Aras 1
Meneliti perkara yang
menarik dalam bahan
yang ditonton atau
dibaca.

1.Murid menjawab lembaran
kerja teka silangkata.

2.Murid menulis 4 ayat tunggal
berdasarkan
makanan berasaskan pertanian
BBB: Teka
silang
kata/lembaran
kerja/komputer
KB: Menjawab
teka silang kata
Kecerdasan
pelbagai
Penutup
5 minit
1 Guru dan murid menyanyikan
lagu buah-buahan
Bahan audio
(lagu buah-
buahan) dan
Lirik lagu
Posted by KUMPULAN KITA at 09:32 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
SET INDUKSI
BUAH-BUAHAN TEMPATAN



Apakah nama buah-buahan yang kamu lihat?
Di manakah kita boleh dapat buah-buahan tersebut?
Apakah khasiat jika kita amalkan memakan buah-buahan?

Sekarang sama-sama kita nyanyikan lagu
"Buah-Buahan Tempatan"


Berdasarkan beberapa buah-buahan yang kita lihat tadi...sebenarkan banyak sumber
makanan yang kita peroleh berasaskan pertanian..pada kali ini kita akan melihat antara
sunber makanan yang berasaskan pertanian..











POKOK PISANG


Berdasarkan gambar yang kamu lihat....cuba kamu nyatakan apakah kegunaan;-
1.Daun pisang, dan
2.Buah pisang
Antara kegunaan daun pisang kepada kita ialah;




Pembungkus Kuih




Pembungkus Nasi Lemak





Baiklah murid-murid.Siapa pernah menolong ibu bapa atau keluarga kamu menanam pokok
pisang..boleh tak kamu ceritakan secara ringkas bagaimana cara-cara menanam pokok pisang?





Menanam Pokok Pisang

L2
PERHATIKAN GAMBAR DI BAWAH




Pokok Kelapa




Pokok Kelapa Sawit




Pokok Betik




Pokok Nenas


Berdasarkan gambar yang kamu lihat apakah kegunaan pokok di atas kepada kita,dan apakah makanan
yang kita peroleh daripada pokok-pokok tersebut?

Selain daripada pokok-pokok yang kamu lihat di atas..kita juga boleh mandapatkan makanan daripada
hasil tanaman pokok nenas, betik dan tanaman-tanaman lain.

Baiklah, murid-murid..sekarang baca petikan di bawah dengan sebutan dan intonansi yang betul.



Kebaikkan Buah-buahan Tempatan

Buah-buahan tempatan ialah buah-buahan yang terdapat di negara kita Malaysia. Antara contoh
buah-buahan tempatan ialah durian, rambutan, langsat dan lain-lain lagi.

Rakyat Malaysia digalakkan mengambil buah-buahan tempatan kerana buah-buahan tempatan
masih segar. Oleh itu, buah-buahan ini tentu lebih berkhasiat kerana kandungan berbagai-bagai
jenis zat dan vitaminnya masih terpelihara dan ini tentunya lebih baik untuk kesihatan kita.

Buah-buahan tempatan juga mudah didapati terutama pada musim buah-buahan. Pokok buah-
buahan ini seperti pisang dan betik boleh kita tanam sendiri di sekeliling rumah, apatah lagi
sekiranya kita tinggal di kampung. Ini akan akan memudah kita mendapatkan buah-buahan ini
tanpa perlu pergi ke kedai dan sebagainya.

Kesimpulannya, kita digalakkan makan buah-buahan tempatan kerana banyak kebaikannya.
Tambahan pula buah-buahan tempatan didapati lebih murah daripada buah-buahan import.
Oleh sebab itu, rakyat Malaysia dapat menikmati buah-buahan ini tanpa mengira kaya atau
miskin.



Berdasarkan petikan di atas kita haruslah berbangga kerana negara kita mempunyai berbagai
jenis buah-buahan tempatan.....buah-buahan tempatan banyak khasiatnya untuk kesihatan kita.Oleh
itu kita seharusnya mengamalkan memakan buah-buahan tempatan yang senang diperoleh di negara
kita.


Seterusnya,kamu dikehendaki membina ayat tunggal berdasarkan gambar-gambar berikut:-



1...............................................................................................................................................




2..................................................................................................................................................




3................................................................................................................................................
L3
Lambaran Kerja.

Sila jawab teka silangkata berikut berpandukan pembayang yang diberikan di bawah:



1)

1) 2)



2)





4)


3)








MELINTANG.
1.Buah tempatan yang enak dimakan.
2.Bahagian daripada pokok pisang yang diguna untuk membungkus makanan.
3.Kita akan peroleh ............ jika kita memakan buah-buahan tempatan.
4.Buah yang menghasilkan santan.

MENEGAK.
1.Buahnya berbaun harum dan enak dimakan tetapi mempunyai getah.
2.Sejenis kuih yang dapat dibuat hasil daripada buah pisang.


Seterusnya,bina ayat tunggal berdasarkan perkataan yang diberi.

1.berkhasiat

......................................................................................................................................................


2.vitamin

.......................................................................................................................................................

3.kesihatan

......................................................................................................................................................

4.tanam

......................................................................................................................................................
Penutup
PENUTUP

SEBAGAI MENGAKHIRI PELAJARAN INI...SAMA-SAMA KITA NYANYIKAN LAGU
"BUAH-BUAHAN TEMPATAN"

Klip lagu buah

Anda mungkin juga menyukai