Anda di halaman 1dari 3

KEMAHIRAN DALAM BOLA

JARING

Pada asasnya, permainan bola jaring memerlukan
kemahiran melakukan hantaran dan menerima bola.
Namun begitu, seseorang pemain perlu menguasai
kemahiran yang lain seperti mengelak, menghadang,
menjaring dan gerak kaki.

A) MELAKUKAN HANTARAN
Pelbagai jenis hantaran boleh dilakukan sama ada
menggunakan sebelah tangan atau kedua-dua belah
tangan. Cara melakukan hantaran bergantung kepada
kedudukan rakan yang akan menerima bola. Jenis
hantaran yang biasa dilakukan ialah hantaran aras dada,
hantaran aras bahu, hantaran atas kepala, hantaran sisi
dan hantaran lantun.

i) Hantaran Aras Dada
Hantaran aras dada dilakukan dengan menggunakan
kedua-dua belah tangan. Tujuan melakukan hantaran aras
dada adalah untuk membuat hantaran cepat dan tepat
pada jarak yang dekat.

Teknik melakukan hantaran aras dada
Kedudukan bersedia. Berdiri dengan sebelah kaki di
hadapan.
Pegang bola dengan kedua-dua belah tangan
hampir ke dada, jaring menghala ke atas dan kedua-
dua ibu jari di belakang bola.
Kaki belakang melangkah ke arah hantaran. Sambil
itu luruskan tangan dan tolak bola dengan
pergelangan tangan dan ibu jari ke sasaran pada
aras dada.
Ikut lajak.

ii) Hantaran Aras Bahu
Hantaran aras bahu dilakukan dengan sebelah tangan.
Hantaran ini bertujuan untuk membuat hantaran laju dan
tepat pada jarak jauh.

Teknik melakukan hantaran aras bahu
Kedudukan bersedia. Berdiri dengan sebelah kaki di
hadapan.
Pegang bola pada aras bahu dengan sebelah
tangan.
Badan mengiring ke sisi, bawa bola ke belakang.
Angkat tumit kaki belakang.
Tolak bola ke hadapan dengan bantuan bahu, siku,
pergelangan tangan dan jari-jari.
Ikut lajak.

iii) Hantaran Atas Kepala
Hantaran atas kepala dilakukan dengan menggunakan
kedua-dua belah tangan. Hantaran ini digunakan untuk
melambungkan bola tanpa dapat dicapai oleh
pemain lawan.

Teknik melakukan hantaran atas kepala.
Kedudukan bersedia. Berdiri dengan sebelah kaki di
hadapan
Pegang bola dengan kedua-dua belah tangan tinggi
di atas kepala.
Ledingkan badan ke belakang sedikit.
Bengkokkan siku dan bawa bola ke hadapan kepala.
Sambil itu tolak bola ke hadapan dengan
meluruskan tangan.
Ikut lajak.

iv) Hantaran Sisi
Hantaran sisi dilakukan untuk membuat hantaran cepat
menggunakan sebelah tangan atau kedua-dua belah
tangan.

Teknik melakukan hantaran sisi menggunakan kedua-
dua belah tangan
Kedudukan bersedia. Berdiri dengan sebelah kaki di
hadapan.
Bengkokkan sedikit lutut hadapan, bawa bola
dengan kedua-dua belah tangan ke belakang.
Luruskan kaki hadapan dan bengkokkan lutut
belakang. Sambil itu ayunkan tangan ke hadapan
dan tolak bola ke sasaran.
Ikut lajak.

v) Hantaran Lantun
hantaran lantun digunakan apabila pemain lawan terlalu
hampir atau terlalu ramai permain berhampiran.

Teknik melakukan hantaran lantun
Kedudukan bersedia. Berdiri dengan sebelah kaki di
hadapan.
Pegang bola dengan kedua-dua tangan dan bawa
bola ke aras pinggang.
Pindahkan berat badan ke kaki hadapan.
Luruskan tangan dan tolak bola rendah dengan kuat.
Ikut lajak.

B) MENERIMA BOLA
Kemahiran menerima bola memerlukan koordinasi mata
dan tangan yang baik.

Teknik menerima bola
Mata sentiasa memandang ke arah bola datang.
Berdiri dengan sebelah kaki di hadapan.
Hulurkan tangan ke hadapan dengan jari dan kedu-
dua tapak tangan menghadap satu sama lain.
Terima bola dengan ibu jari sentiasa di belakang
bola.
Semasa bola menyentuh jari, bengkokkan siku,
bawa bola ke badan.
Semasa menerima bola, pindahkan berat badan ke
kaki belakang.

C) MENGELAK
Mengelak ialah kemahiran yang membolehkan seseorang
pemain bebas daripada kawalan pemain lawan dan
berpeluang untuk melakukan tindakan selanjutnya. Cara
mengelak seharusnya tidak melanggar undang-undang
permain. Terdapat beberapa asas mengelak, iaitu
Berlari ke arah yang sesuai
Berlari laju dan berhenti dengan mengejut.
Berlari perlahan-lahan dan tukar kepada berlari laju.
Mengacah dan bergerak ke suatu arah (mengelak
acan).

Teknik mengelak acan
Berada dalam kedudukan bersedia.
Bongkokkan badan ke satu arah untuk mengelirukan
pemain lawan, kemudian bergerak ke arah
bertentangan.

D) MENGHADANG
Menghadang adalah asas bertahan. Kemahiran ini
bertujuan untuk menghalang pemain lawan daripada
menerima bola, melakukan hantaran dan menjaring gol.
Bagaimanapun, pemain tertakluk kepada undang-undang
dan peraturan. Terdapat empat posisi asas menghadang
iaitu :

i. Berdiri menghadap permain lawan.
ii. Berdiri membelakangkan pemain lawan.
iii. Berdiri di sisi pemain lawan.
iv. Berdiri di belakang pemain lawan.


E) GERAK KAKI
Dalam permainan bola jaring, ketangkasan pemain adalah
sangat penting. Ketangkasan pergerakan memerlukan
kemahiran gerak kaki tanpa melanggar undang-undang
permainan. Kemahiran gerak kaki penting semasa
seseorang itu menerima bola sebelum dihantar kepada
rakan, sebelum menjaringkan gol atau semasa menangkap
bola di udara. Gerak kaki yang dibenarkan olah undang-
undang adalah dalam keadaan berikut:

Semasa menerima bola dan kedua-dua belah kaki di
atas tanah.
Setelah menerima bola dan mendarat dengan
kedua-dua belah kaki.
Setelah menerima bola dan mendarat dengan
sebelah kaki.
Semasa menerima bola dan berpaksi pada sebelah
kaki.



F) MENJARING
Kemahiran menjaring adalah penting kerana kemenangan
sesebuah pasukan ditentukan oleh jumlah jaring. Jaringan
dikira apabila penjaring gol atau penyerang gol berjaya
memasukkan bola ke dalam jaring. Setelah menerima
hantaran dan tidak melanggar undang-undang gerak kaki,
penjaring dibenarkan melakukan jaringan dalam
kedudukan berikut:
i. Menjaring pada kedudukan statik.
ii. Melangkah setapak ke hadapan dan menjaring.
iii. Melangkah setapak ke belakang dan menjaring.
iv. Melangkah setapak ke sisi dan menjaring.
v. Melompat dan menjaring.

Menjaring pada kedudukan statik menggunakan sebelah
tangan adalah teknik asas menjaring. Bagaimanapun,
menjaring menggunakan kedua-dua belah tangan boleh
juga dilakukan.

Teknik menjaring pada kedudukan statik
Kedudukan bersedia. Berdiri, sebelah kaki di
hadapan.
Pegang bola dengan kedua-dua belah tangan.
Jari dibuka dan melengkung, ibu jari di belakang
bola.
Bengkokkan siku dan bawa bola ke atas kepala
sambil membengkokkan lutut.
Luruskan lutut, tolak bola ke sasaran dengan
meluruskan tangan dan dibantu oleh pergelangan
tangan serta jari-jari.
Ikut lajak.

Anda mungkin juga menyukai