Anda di halaman 1dari 2

Contoh karangan mudah (Tema kejiranan)

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.



Pada pagi yang indah ini, kami ingin berkongsi dengan para pembaca budiman karangan
contoh yang mudah dibaca oleh calon-calon SPM yang masih sukar menulis dengan baik. Jika
anda sukar menulis karangan peringkat cemerlang, cubalah dahulu dengan karangan yang
ditulis dalam bahasa yang mudah ini. Tidak salah jika kita kayuh perlahan-lahan untuk
menuju ke puncak. Sebarang komen membina sangatlah dialu-alukan. Hayatilah.


Soalan :
Masyarakat Malayisa khususnya yang tinggal di bandar-bandar besar semakin mengabaikan
semangat kejiranan yang telah diamalkan sejak turun-temurun dan tidak mengetahui
bahawa semangat ini memberi banyak faedah.

Huraikan pendapat anda tentang faedah mengamalkan semangat kejiranan.

Rangka karangan :
memupuk semangat bersatu-padu dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia.
mewujudkan persekitaran yang bersih dan selesa.
menjamin keselamatan dan mengekalkan keharmonian tempat tinggal.

Dewasa ini, semangat kejiranan semakin diabaikan oleh masyarakat yang tinggal di
bandar-bandar besar. Masyarakat semakin sibuk dengan tugas setiap hari. Oleh itu,
masyarakat perlu mengamalkan semangat kejiranan kerana semangat kejiranan memberi
banyak faedah kepada masyarakat.
Faedah pertama ialah memupuk semangat bersatu-padu dalam kalangan masyarakat
majmuk di Malaysia. Semangat kejiranan dapat memupuk semangat bersatu-padu kerana
semua jiran yang berbangsa Melayu, Cina dan India melakukan semua kerja dengan
bergotong-royong. Masyarakat boleh menjalankan aktiviti gotong-royong membersihkan
kawasan tempat tinggal seperti di taman-taman perumahan atau kawasan kampung bak
kata peribahasa "bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat". Oleh itu,
jelaslah bahawa faedah semangat kejiranan ialah memupuk semangat bersatu-padu dalam
kalangan masyarakat di Malaysia.
Selain itu, faedah kedua ialah menjamin keselamatan tempat tinggal. Semangat
kejiranan dapat menjamin keselamatan tempat tinggal kerana setiap masyarakat selalu
mengambil berat terhadap keadaan sekeliling mereka. Jiran tetangga dapat melakukan
rondaan pada setiap malam dan aktiviti ini akan menakutkan pencuri untuk mencuri. Kes
pecah rumah juga dapat dielakkan dan dikurangkan dari semasa ke semasa. Oleh itu, jelaslah
bahawa faedah semangat kejiranan dapat menjamin keselamatan tempat tinggal.
Di samping itu, faedah yang ketiga termasuklah mewujudkan persekitaran yang bersih
dan selesa. Semangat kejiranan dapat mewujudkan persekitaran yang bersih dan selesa
kerana setiap jiran tetangga saling bekerjasama memastikan kebersihan alam sekitar di
tempat tinggal mereka. Ativiti gotong-royong membersihkan kawasan tempat tinggal pada
cuti hujung minggu atau musim cuti sekolah dapat menjamin kebersihan alam sekitar dan
mencegah penyakit berjangkit seperti demam denggi dan malaria. Oleh itu, jelaslah bahawa
faedah semangat kejiranan dapat mewujudkan persekitaran yang bersih dan selesa.
Sebagai kesimpulannya, masyarakat akan mendapat banyak faedah jika mengamalkan
semangat kejiranan. Oleh itu, mereka perlulah bekerjasama supaya semangat kejiranan
semakin diamalkan dan tidak dilupakan oleh setiap masyarakat

Anda mungkin juga menyukai