Anda di halaman 1dari 2

BARANGKALI sebahagian besar daripada kita melihat konflik di Asia Barat

antara Israel dan Palestin dengan penuh persoalan; kenapa Israel kuat dan sukar
ditewaskan? Israel kini menjadi satu-satunya negara Yahudi selepas merampas
daripada Palestin tahun 1948.

Israel yang saiznya jauh lebih kecil berbanding negara-negara dunia Arab. Tetapi
sejak 1948 hingga kini Israel terus kuat, apa lagi dengan sokongan padu oleh
Amerika Syarikat (AS). Maka kita pun berkata, Yahudi di Israel hebat kerana
diberi perlindungan oleh AS.

Melihat Yahudi di Israel dalam penguasaan politik di Asia Barat sebenarnya
berbeza dengan melihat kejayaan dan penguasaan Yahudi di peringkat global.
Yahudi pada relatifnya tidak ramai. Tetapi Yahudi muncul sebagai bangsa yang
berkuasa daripada sudut ekonomi dan teknologi.

Buku Mengapa Yahudi Berprestasi ini membawa kita menyusuri banyak hujah
yang menyuraikan persoalan tersebut. Suatu yang penting dimuatkan dalam
buku ini ialah sikap orang Yahudi yang berkerja keras dan sentiasa berazam
menguasai ilmu setinggi yang mungkin. Dengan ilmu Yahudi boleh menguasai
dunia.

Satu hakikat yang kita tidak dapat menolaknya ialah Yahudi didokong oleh
warga yang patriotik terhadap bangsanya. Sebelum ini buku The Jews
Contribution to the 20th Century susunan Alan Symons telah menyenaraikan
1,000 tokoh Yahudi di pelbagai bidang. Dari korporat, sastera, filem dan falsafah,
semuanya dikuasai oleh tokoh berbangsa Yahudi. Bangsa lain tidak begitu
beriltizam untuk memperjuangkan bangsanya.

Pengalaman pahit pada era Nazi pimpinan Hitler adalah cetusan kebangkitan
Yahudi abad ke-20. Jumlah 1,000 tokoh dalam senarai Symons ini datangnya dari
40 buah negara di dunia. Pada akhir abad ke-20, Spielberg diangkat sebagai wira
apabila menghasilkan filem Schindler's List. Filem ini mengingatkan kekejaman
terhadap Yahudi semasa Perang Dunia Kedua di Jerman.

Penulis buku Mengapa Yahudi Berprestasi pula sangat realistik apabila
menyenaraikan sekian banyak tokoh Yahudi dalam pelbagai bidang yang
seterusnya menguasai dunia. Tokoh-tokoh ini bukan melalui jalan singkat tetapi
berkerja keras selain tidak berpecah belah seperti banyak bangsa lain yang
kemudiannya melemahkan bangsa tersebut. Tetapi Yahudi bersatu dan saling
membantu demi bangsanya.

Yahudi tidak seperti bangsa-bangsa lain yang sangat kemaruk dengan politik
kononnya boleh membantu bangsa. Tetapi politik sebenarnya bergantung
kepada kuasa ekonomi yang dipegang oleh Yahudi. Di AS misalnya, biar siapa
pun yang dipilih menjadi Presiden, yang menentukan haluannya ialah Yahudi.
Sebab itu Barack Obama semasa berkempen dan semasa baru menjadi Presiden
memperlihatkan dasarnya mendekati dunia Islam.

Tetapi lihatlah apa yang berlaku sekarang? Obama tidak boleh mengubah dasar
yang ditentukan Yahudi sesuka hati. Akhirnya Obama juga seperti Bush yang
berhasrat menyerang Iran sebabnya Iran satu-satunya negara di dunia Islam
yang memberi masalah kepada Yahudi di Israel.

Menurut buku ini, pengalaman hidup yang pahit serta kemampuan mendepani
pelbagai tentangan telah membawa kepada satu hipotesis bahawa Yahudi
bertahan kerana mahu terus hidup. Mereka seakan-akan terus hidup dalam
suasana terancam dan ini telah mempengaruhi psikologi sense of competition.
Ini menjadikan mereka sentiasa waspada, proaktif dan kuat dalam semua
bidang.
Dengan bermodalkan kemampuan untuk terus hidup dalam setiap pentas
sejarah telah dijadikan fakta keunggulan bangsa untuk terus meraih kejayaan.

Yahudi memang berkiblatkan wang kerana wang adalah kuasa. Tetapi mereka
tidak ada jalan pintas untuk mendapat wang kecuali berkerja keras dan
berfikiran cerdas. Yahudi telah lama mengalihkan sesuatu yang negatif menjadi
positif. Misalnya pada setiap tragedi yang menyakitkan dilihat sudut positif
sebagai pendorong mendepani tentangan.

Bayangkan, majalah Forbes telah mencatatkan 400 orang terkaya di dunia
setakat ini di mana 45 peratus daripadanya adalah Yahudi padahal populasi
Yahudi hanya dua peratus daripada penduduk Amerika Syarikat. Selain itu 20
peratus profesor yang mengajar di universiti ulung di AS adalah Yahudi, 40
peratus syarikat perundangan di bandar raya New York dan Washington dimiliki
oleh Yahudi.

Di dunia ini ada bangsa yang besar pun boleh terpecah dua atau tiga kerana
berbeza fahaman politik biarpun satu agama. Akhirnya bangsa lain yang lebih
kecil tetapi bersatu telah menguasai ekonomi. Tetapi perpecahan begini tidak
berlaku kalangan Yahudi kerana mereka sedar dengan jumlah yang kecil tetapi
mempunyai otak (kebijaksanaan) yang besar, mereka boleh berkuasa.

Untuk mendapatkan otak yang besar Yahudi terpaksa berusaha berlipat ganda
sebagai golongan minoriti khususnya di AS. Sebenarnya untuk duduk sebagai
orang nombor satu mengepalai syarikat gergasi di AS bukanlah mudah. Tetapi
Yahudi boleh melakukannya kerana kesatuan dan sangat yakin dengan
bangsanya.

Maka kita tidak perlulah menjadi panik apabila dikaitkan dengan Yahudi. Ini
kerana jaringan Yahudi berada di sekeliling kita dan kita pula memanfaatkan
mereka, setidak-tidaknya barangan yang ada pertalian dengan Yahudi. Kenapa
kita tidak mencontohi Yahudi sebagai bangsa yang bersatu, berkerja keras dan
sentiasa sanggup mendepani tentangan. Sebabnya itulah kunci mengapa Yahudi
berprestasi tinggi di seluruh dunia.

Anda mungkin juga menyukai