Anda di halaman 1dari 8

PROGRAM CERAMAH PENINGKATAN PROFESIONAL PERGURUAN

SK LALOH 2013

1. PENDAHULUAN
Program Ceramah Etika dan Profesionalisme ini adalah sebagai mengisi aktiviti Latihan
Dalam Perkhidmatan di mana guru-guru dikehendaki menghadiri kursus, minimum
selama tujuh hari atau 42 jam setahun.
Etika merupakan salah satu cabang utama falsafah yang merangkumi kelakuan betul dan
kehidupan baik. Liputan etika adalah lebih luas daripada manganalisis apa yang betul dan
salah seperti yang sering dianggap. Antara aspek utama etika ialah "kehidupan baik", iaitu
kehidupan yang bernilai atau memuaskan, yang dianggap lebih penting daripada tingkah
laku moral oleh banyak ahli falsafah. Antara isu utama dalam etika ialah
pencarian summum bonum, iaitu "kebaikan yang terbaik". Tindakan yang betul dikatakan
mengakibatkan kebaikan terbaik, manakala tindakan tak bermoral dikatakan
menghalangnya.Etika adalah teori tentang tingkah laku yang betul dalam kehidupan yang
baik bukannya amalan. Etika mengkaji fakta, menganalisisnya dan merumuskan apakah
tingkah laku yang sebetulnya.

2. OBJEKTIF
a. Meningkatkan prestasi guru dalam menjalankan tugas seharian.
b. Meningkatkan pengetahuan guru-guru tentang Peraturan-peraturan Pegawai
Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
c. Menjadikan guru-guru seorang yang bertanggungjawab terhadap
pekerjaannya.
d. Mengelakkan guru-guru daripada melakukan perkara-perkara yang melanggar
peraturan.
e. Meninggikan martabat profesion perguruan.

3. TARIKH PELAKSANAAN
13 Jun 2013

4. TEMPAT
Bilik mesyuarat SK Laloh, Kuala Krai

5. SASARAN
a. Guru-guru SK Laloh

6. JAWATAN KUASA INDUK DAN PELAKSANAAN

Pengerusi : En Nik Rohimi Bin Nik Idris (Guru Besar)
Naib Pengerusi : En Mohd Azmi Bin Mat Deris (GPK 1)
En Roslan Bin Idris ( PK HEM )
En Mohammad Bin Salleh ( PK KO )
Setiausaha : Encik Samizi bin Abd Rahman
( Penyelaras Program Ceramah )
Bendahari : Pn. Suriani Binti Mohamed @ Mohd Amin
Dokumentasi : Puan Fatimah Binti Hamid
Laporan : En Wan Suria Bin wan Yaacob
Ajk Persiapan tempat : En Rosly Hamat
En Dzhuhaily Bin Sapian
Ajk Makanan dan minuman :
Pn Rusmawati Bt Ab Rahman
Pn Roslin Asnida Bt Shahimi
Pn Surianis Zakaria
Ajk PA sistem : En Rosly Bin Hamat

7. TENTATIF PROGRAM

BIL MASA BUTIRAN
1

1.45 petang - Ketibaan peserta
- Pendaftaran

2 2.00 petang - Bacaan doa
- Ceramah Etika dan Profesionalisme disampaikan
oleh (GPK 1)
3 4.30 petang


- Sesi soal jawab
4 5.00 petang - Tamat dan bersurai


8. PELAKSANAAN

a. Perbincangan dengan pihak pentadbir
b. Menyediakan kertas kerja program
c. Mengadakan mesyuarat dengan jawatankuasa pelaksanaan program
d. Membuat pengagihan tugas
e. Melaksanakan Program
f. Membuat pemantauan dan penilaian program
g. Membuat laporan program


DISEDIAKAN OLEH: DISAHKAN OLEH:

----------------------------------------- ----------------------------------------
(MOHDSAMIZI B ABD RAHMAN ) (EN NIK ROHIMI BIN NIK IDRIS)
PENYELARAS PROGRAM CERAMAH GURU BESAR SK LALOH





















LAPORAN CERAMAH
PROGRAM BINA INSAN GURU
TAHUN 2013

NAMA PELAJAR PPG : MOHD SAMIZI B ABDUL RAHMAN
AMBILAN : JUN 2011
SEMESTER : 4
OPSYEN : SAINS 2
PERINGKAT : 2
TARIKH : 13 JUN 2013
TEMPAT : BILIK MESYUARAT SK LALOH, KUALA KRAI

LAPORAN REFLEKTIF:
TAJUK : CERAMAH ETIKA DAN PROFESIONALISME
(A) LAPORAN AKTIVITI/PERISTIWA

Guru-guru dan staf telah mula masuk ke tempat ceramah mulai jam 1.45 tengah hari.
Sebaik sahaja masuk, mereka menandatangani senarai kehadiran. Ceramah dimulakan
pada jam 2.00 petang. Ceramah disampaikan sendiri oleh Guru Penolong Kanan
Pentadbiran di SK Laloh. Ceramah disampaikan dengan disertakan paparan slaid yang
berkaitan. Isi ceramah adalah mengenai tatakelakuan profesionalisme guru seperti perkara
berikut:

1. Tujuan peraturan tatatertib
2. Usaha ke arah pemantapan disiplin dalam perkhidmatan awam
3. Tugas dan tanggungjawab ketua jabatan
4. Peraturan-peraturan pegawai awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 berserta contoh
5. Pelanggaran Peraturan berserta contoh

Ceramah tamat lebih kurang pada jam 5.00 petang.


ISU / MASALAH (Jika ada)

Tiada masalah sepanjang ceramah disampaikan. Program yang diadakan berjalan lancar.

(B) Analisis SWOT

(i) KEKUATAN

1. Mendapat sokongan penuh dari pentadbir sekolah.
2. Penceramah adalah Guru Penolong Kanan Pentadbiran itu sendiri.
3. Bahan-bahan ceramah adalah dari sumber yang sah iaitu dari Unit Tatatertib Jabatan
Pelajaran Negeri Kelantan.

(ii) KELEMAHAN

1. Ada di kalangan peserta ceramah tidak mencatat perkara-perkara penting yang
berkaitan dengan mereka.
2. Ada di kalangan kumpulan sasaran iaitu guru-guru yang bermasalah tidak dapat hadir
ke ceramah tersebut. Mesej tidak dapat disampaikan kepada golongan tersebut.
3. Hand-out tidak diberikan kepada peserta.
4. Guru besar menyuruh staf-staf bukan guru mengikuti ceramah tersebut pada saat-saat
akhir. Ada di antara mereka yang lambat masuk ke bilik mesyuarat dan tertinggal
beberapa slaid di hadapan.

(iii) PELUANG

1. Mendapat sambutan dari guru-guru dan staf.
2. Guru-guru dan staf memberi komen yang baik mengenai ceramah tersebut.
3. Isi ceramah disampaikan diselang-selikan dengan slaid-slaid animasi supaya peserta
tidak bosan.
4. Contoh-contoh pelanggaran peraturan yang diberi adalah yang biasa berlaku dalam
kehidupan seharian.


(iv) ANCAMAN


1. Bilik mesyuarat agak sempit untuk memuatkan semua guru dan staf.
2. Tiada peruntukan makanan peserta dari Pejabat Pelajaran Daerah untuk mengadakan
Latihan Dalam Perkhidmatan seperti tahun-tahun lepas.


(1) REFLEKSI KENDIRI (Laporan individu)

(i) MANFAAT PROGRAM BIG

1. Meningkatkan pengetahuan pelajar PPG dalam mengendalikan program ceramah.
2. Menguatkan jati diri pelajar PPG.
3. Menjadikan pelajar PPG sentiasa bersedia dalam menghadapi apa saja cabaran.
4. Mengeratkan lagi hubungan antara guru dan pentadbir dan juga antara guru dan guru.
5. Menggalakkan pelajar PPG menjadi seorang guru yang kreatif dan inovatif dalam
merancang aktiviti dan perisian program.

(ii) PENAMBAHBAIKAN

1. Menyediakan tempat ceramah yang lebih besar seperti di dewan supaya dapat
memuatkan lebih ramai peserta.
2. Menyediakan makan dan minum peserta supaya mereka rasa lebih selesa mendengar
ceramah.



Tandatangan Pelapor:

_____________________
( MOHD SAMIZI B ABDUL RAHMAN )
PENYELARAS PROGRAM

























































SK LARKIN DUA

KERTAS KERJA
CERAMAH
ETIKA DAN PROFESIONALISME


T TA AT TA AK KE EL LA AK KU UA AN N P PE EG GA AW WA AI I A AW WA AM M
JABATAN PELAJARAN JOHOR
KEMENTERIAN PELAJARAN
MALAYSIA

Anda mungkin juga menyukai