Anda di halaman 1dari 2

STRATEGI PEMERHATIAN

Pelajar membuat pemerhatian terhadap perlakuan orang lain atau penerangan tentang
sesuatu kemahiran


Definisi

Pembelajaran secara pemerhatian juga dikenali sebagai teori pembelajaran sosial,
berlaku apabila perlakuan pelajar berubah selepas memerhati perlakuan seorang guru
atau model. Perlakuan perubahan ini dipengaruhi oleh kesan positif atau negatif
seseorang guru atau model. Pembelajaran secara pemerhatian adalah satu aplikasi
kemahiran asas yang merangkumi pendekatan berpusatkan guru, guru sebagai mentor
atau fasilitator dan berpusatkan pelajar.


Prinsip Asas

Terdapat beberapa prinsip asas pembelajaran secara pemerhatian:

Pelajar akan meniru perlakuan seorang guru atau model sekiranya perlakuan itu
menarik minat pelajar seperti bakat, sikap atau kepandaian

Pelajar akan memberi reaksi atau bertindak kepada bagaimana seseorang guru
atau model itu diperlakukan, contohnya apabila perlakuan seseorang guru atau
model itu diperakui dan dihargai, pelajar akan meniru perlakuan tersebut dan
sebaliknya

Pelajar boleh memperolehi sesuatu perlakuan dengan pemerhatian tanpa
melakukan perlakuan tersebut. Dalam sesuatu situasi yang bersesuaian,
perlakuan itu akan ditonjolkan atau dipamerkan

Pembelajaran secara pemerhatian melibatkan empat proses:

1. Penumpuan (Attention)
Pelajar memberi tumpuan kepada persekitaran. Proses ini dipengaruhi
oleh faktor seperti ciri-ciri atau karektor seseorang guru atau model
seperti setakat mana pelajar suka atau apakah jangkaan pelajar terhadap
beliau.

2. Penyimpanan (Retention)
Pelajar tidak sahaja mengenali perlakuan yang diperhatikan tetapi
mengingati apa yang diperhatikan. Proses ini bergantung kepada
keupayaan pelajar untuk menstrukturkan maklumat dengan kaedah yang
mudah untuk diingati atau dipraktiskan.

3. Penghasilan (Production)
Pelajar berkemampuan untuk menghasilkan perlakuan secara fizikal
atau intelek. Penghasilan ini memerlukan latihan berulangan
4. Motivasi (Motivation)
Secara umumnya, pelajar akan melakukan sesuatu perlakuan sekiranya
mendapat motivasi atau mempunyai sebab untuk melakukannya.
Kehadiran pengukuhan atau dendaan samada kepada guru/ model atau
secara langsung kepada pelajar, menjadi satu perkara penting dalam
proses ini.


Attention dan Retention melibatkan proses memperolehi dan mempelajari
perlakuan seseorang guru atau model manakala Production dan Motivation
mengawal persembahan perlakuan tersebut.

Kaedah-kaedah yang digunakan adalah eksperimen, simulasi (main peranan,
permainan, model/ lakonan)




Bagaimana pembelajaran secara pemerhatian memberi impak kepada
pembelajaran:

Kurikulum Pelajar mestilah mendapat peluang untuk memerhati dan meniru
perlakuan yang membawa kepada satu pengukuhan yang positif

Arahan Guru mestilah memberi galakan kepada pembelajaran kolaboratif, kerana
pembelajaran berlaku dalam konteks sosial dan persekitaran

Penilaian Guru mestilah menyediakan insentif dan satu persekitaran yang
menyokong kepada perlakuan tersebut.



Contoh Senario:

Guru kami menunjukkan cara bunyi dihasilkan dengan menggunakan barangan dapur.
Beliau juga menunjukkan bagaimana badan kita boleh menghasilkan bunyi. Contohnya
kita berdengkur, hentak kaki, tepuk tangan, petik jari dan tepuk paha. Kemudian kami
diminta menyatukan semua bunyi bagi menghasilkan gubahan muzik yang diberi nama
muzik bunyi.

Anda mungkin juga menyukai