Anda di halaman 1dari 2

Kursus Teori 6 Jam

Selepas seorang calon berjaya lulus dalam ujian undang-undang jalanraya, calon
itu di kehendaki menghadiri kursus teori 6 jam. Di peringkat ini, anda akan
berlagak umpama seorang mekanik.
Kursus teori ini di bahagikan kepada 2 sesi. Sesi peringkat pertama 3 jam di
langsungkan dalam kelas. Di peringkat ini, anda akan di ajar secara teori hal
selok-belok kenderaan and bagaimana JPJ mengendalikan ujian praktikalnya
juga di sentuh dalam peringkat ini.
3 jam peringkat ke-2, anda akan di ajar oleh seorang pengajar atau instructor
dari perkarangan institute sebenarnya. Pada 3 jam ke-2 yang berlanjutan,
mungkin tangan anda akan menjadi kotor kerana anda akan mempelajari selok-
belok bagaimana menjaga kenderaan.
Apakah matlamatnya anda di wajibkan menghadiri kursus teori 6 jam ini?
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melaksanakan dasar ini demi keselamatan
anda di jalanraya. Seseorang pemandu yang berkebolehan dan berpengetahuan
tentang penjagaan kereta dapat menyelesaikan masalah-masalah kecil yang
berlaku pada kenderaannya. Percaya atau tidak, ianya akan mengurangkan
kemungkinan kemalangan berpunca daripada perkara-perkara kecil.
Dalam kursus teori ini, anda akan di ajar cara-cara menjaga kenderaan,
komponen-komponen kereta seperti tangki air, bateri, minyak brek, minyak
enjin, tali kipas air-con, tekanan tayar dan lain-lain. Anda juga akan di ajar cara-
cara menukar tayar yang bocor. Bersiap sedialah menggulung lengan baju anda
dan mengotorkan tangan anda!
Bagi pihak wanita yang mungkin tidak berdaya menukar tayar kereta, janganlah
bimbang. Anda di nasihatkan menjadi ahli AAM ataupun dikenali sebagai
Persatuan Automobil Malaysia. Untuk maklumat lanjut, kunjungilah laman web
mereka di www.aam.org.my/.
Selepas menghadiri kursus 6 jam ini, sudah pasti anda akan mempunyai
kemahiran asas mekanik. Sekiranya tidak pun, sekurang-kurangnya pengetahuan
anda terhadap kenderaan sudah pasti akan meningkat 4 kali ganda!
Lesen

Anda mungkin juga menyukai