Anda di halaman 1dari 13

Tonggak Pendidikan UNESCO

PENGENALAN
Dunia kini yang sering berhadapan dengan
kekerasan.Oleh itu, kita memerlukan satu
peranti atau satu bentuk pendidikan yang boleh
menghindari konflik dan boleh
menyelesaikannya secara damai.Maka dengan
itu, UNESCO telah menggariskan empat tunggak
atau lebih dikenali dengan nama The Four Pillars
of Education yang bertujuan ke arah keamanan
sejagat.

EMPAT TUNGGAK PENDIDIKAN
UNESCO
Belajar untuk menguasai Ilmu
(Learning to know)
Belajar untuk menguasai kemahiran
(Learning to do)
Belajar untuk menjadi insan berguna
(Learning to be)
Belajar harmoni dan kerjasama
( Learning to live together)

Belajar untuk menguasai ilmu

Belajar untuk mengetahui asas-asas
pembelajaran sepanjang hidup.Tonggak ini
merujuk kepada pengetahuan asas bahawa kita
perlu dapat memahami persekitaran kita dan
hidup secara terhormat. Membangkitkan rasa
ingin tahu, iaitu membolehkan kita untuk merasai
sendiri apa yang dikatakan dengan kajian dan
penemuan. Belajar untuk tahu mengandaikan
bahawa kita mengembangkan daya tumpuan,
ingatan dan berfikir

Manusia perlu belajar untuk fahami apa yang berlaku
di sekeliling, kembangkan kemahiran, berkomunikasi
dengan orang lain.
Guru berperanan penting untuk pelajar kuasai ilmu
Beri implikasi kepada pelajar bagaimana untuk belajar,
berfikir, mengingat.
Kemahiran dipertingkatkan melalui pelbagai bentuk
pembelajaran, peluang pendidikan, pembelajaran
sepanjang hayat
Guru perlu ketahui dan kuasai pembaharuan dalam
teknologi pendidikan terkini
Buntuk menguasai kemahiran

Belajar untuk melakukan merujuk kepada kejayaan
kemahiran praktikal, kemampuan untuk bekerjasama
dan inisiatif dan kesiapan untuk mengambil
risiko. Dengan demikian, tunggak ini adalah tentang
kompetensi menempatkan apa yang telah kita pelajari
ke dalam amalan sehingga boleh bertindak secara
kreatif di persekitaran kita. Berbagai situasi, sering
tidak terduga, pasti akan muncul. Ketika ini berlaku,
belajar untuk melakukan membolehkan kita untuk
menukar pengetahuan kita menjadi efektif dan
berinovasi.


Pendidikan dapat melengkapkan pelajar dengan
kemahiran untuk diaplikasi dalam kerjaya
Pengaruhi pembentukan kompetensi diri pelajar
sebagai agen perubahan
Pendidikan perlu beri peluang kepada pelajar
untuk bina kemahiran insaniah, interpersonal,
komunikasi, koperatif dan penyelesaian masalah
Kompetensi personal penting dalam kerjaya.
Pendidikan harus boleh bentuk kompetensi
peribadi melalui pengetahuan teoritikal dan
praktikal digabung dengan kemahiran
penyelesaian masalah, buat keputusan, inovatif
dan berpasukan
Belajar untuk menjadi insan berguna

Ia didasarkan kepada prinsip asas bahawa
pendidikan perlu untuk memberikan sumbangan
kepada pembangunan untuk setiap individu.
Tunggak ini berkaitan dengan personaliti dan
keperibadian. Ini berkenaan dengan memberi kita
kebebasan berfikir, perasaan dan imaginasi
bahawa kita perlu bertindak lebih berdikari
dengan lebih banyak wawasan, lebih kritis, dan
lebih bertanggungjawab. Di akhir pendidikan
adalah untuk menggilap bakat-bakat yang ada
pada setiap individu yang berpotensi.

Pendidikan harus membina pembentukan insan
daripada jasmani, emosi, rohani dan intelek,
kepekaan, penghargaan estetika
Individu perlu menerima pendidikan daripada
semua aspek dari kanak-kanak hingga remaja
hingga boleh berdikari, berfikir krisis, boleh buat
kuputusan dalam semua tindakan
Pendidik perlu ada kemahiran dan keterampilan,
teori dan praktis untuk bentuk pelajar yang kritis,
kreatif dan inovatif
Kurikulum perlu ada keselarasan dengan
perkembangan semasa, keperluan masyarakat
dan negara.
Belajar harmoni dan kerjasama

Belajar untuk hidup bersama adalah tunggak yang paling
diutamakan oleh Suruhanjaya UNESCO (United Nation , Educational,
Scientific dan Cultural Organization). Hal ini merujuk kepada
mengembangkan pemahaman orang lain melalui dialog yang
mengarah pada empati, rasa hormat, dan penghargaan. Jika kita
ingin memahami orang lain, kita perlu memahami diri kita sendiri.
Belajar untuk hidup bersama juga adalah tentang saling hidup
bergantung sesama sendiri , bersama-sama mengalami dan untuk
masa depan bersama. Bermula daripada itu, barulah kita boleh
menguruskan konflik yang tidak dapat dihindarkan secara damai.


Sukar dibentuk dan dipupuk dalam dunia yang penuh
konflik
Pendidikan berperanan untuk jalin hubungan baik
antara kaum, bina keharmonian dalam masyarakat
Agak sukar selagi sesetengah kaum beranggap merela
lebih dominan dan berkuasa, ada sifat curiga dan syak
wasangka
Pendidikan perlu beri pendedahan kepada
kepelbagaian budaya, saling memerlukan, kesedaran
untuk saling memahami
Pendidikan jadi wadah untuk belajar tentang agama,
budaya,tingkah laku etnik/kaum lain, berfikire secara
terbuka
Pendidik perlu ada sifat keterbukaan, tidak kongkong
sifat ingin tahu murid untuk belajar.
Tujuan Tonggak Pendidikan UNESCO;

Memenuhi keperluan pembelajaran asas
Membentuk wawasan
Akses kepada universal
Focus terhadap pembelajaran
Perluaskan skop
Penambahbaikan persekitaran
Perkukuhkan perkongsian
Pembangunan dasar
gerakkan sumber
perpaduan antarabangsa

Dasar KPM dan kaitannya dengan
Tonggak Pendidikan UNESCO;

Perkembangkan potensi individu
Tingkatkan kreativiti
Sistem pendidikan yang cekap
Pusat kecemerlangan pendidikan
Tingkatkan martabat pendidikan

Anda mungkin juga menyukai