Anda di halaman 1dari 7

Resepi Bayi (9-11 Bulan): Sup Sayur Campur dengan Ikan

24 August 2013 by IzRa in Resipi - No Comments



Sayur kacang buncis kaya dengan serat yang boleh mengelakkan sembelit. Lobak merah mengandungi
vitamin A untuk mata yang sihat. Tomato pula mempunyai antioksida yang boleh menguatkan sistem
imun badan bagi melawan penyakit.
Dapatkan semua khasiat tersebut untuk anak anda hanya dengan satu hidangan yang sedap! Mari cuba
resepi sup sayur campur dengan ikan!
Bahan-bahan
60 g ( cawan) isi ikan tanpa tulang dicincang halus
20 g (2 sudu makan) kacang buncis dicincang halus
20 g (2 sudu makan) lobak merah dicincang halus
25 g (1 biji) tomato dicincang halus
15 g (1 sudu makan) ubi kentang dicincang halus
5 g (1 ulas) bawang putih, dicincang halus
300 ml (1 cawan) stok ikan bilis
5 ml (1 sudu teh) minyak sayuran
Cara memasak
1. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng bawang putih sehingga wangi. Masukkan isi ikan dan tumis
selama 5 minit. Asingkan di atas pinggan.
2. Masukkan satu persatu sayur-sayuran ke dalam kuali; kentang, lobak merah, dan akhir sekali kacang
buncis. Tumis selama 3 minit atau sehingga sayur menjadi lembut.
3. Masukkan stok ikan bilis dan ikan. Rebus selama 10 minit. Masukkan tomato.
4. Lenyek dan hidangkan bersama nasi lembik.
Resepi ini bukan sahaja kaya dengan khasiat daripada sayuran. jangan lupa, ikan merupakan sumber
protein dan kalsium untuk tulang dan ubi pula penuh dengan karbohidrat untuk tenaga.
Secara amnya, hidangan serba lengkap seperti ini sangat penting untuk tumbesaran anak anda. Apa
lagi, jom masak untuk si kecil anda!

Resepi Bayi (9-11 Bulan): Sweet Corn, Potato and Chicken Mix
17 August 2013 by IzRa in Resipi - No Comments

Apabila umur bayi mencecah 6 bulan, mereka memerlukan nutrien yang lebih banyak daripada pelbagai
sumber untuk proses tumbesaran. Bergantung pada susu badan atau susu formula sahaja tidak memadai.
Oleh itu bayi harus diperkenalkan dengan makanan pelengkap.
Seiring dengan umur yang meningkat, kekerapan untuk memberi makanan pelengkap juga meningkat.
Sekiranya pada umur 6-8 bulan makanan pelengkap diberikan 2-3 kali sehari(serta susu ibu 5-6 kali
sehari), pada umur 9-11 bulan, makanan pelengkap diberikan 3-4 kali sehari.
Jom cuba resepi penuh khasiat ini untuk si manja anda yang berusia 9-11 bulan!
Campuran Jagung Manis, Ubi Kentang dan Ayam
(Hidangan untuk 2 orang)

Bahan-Bahan
60 g ( cawan) dada ayam, dimasak, dibuang tulang dan kulit.
90 g (1 biji) ubi kentang, dikupas dan dipotong dadu
20 g (2 sudu makan) lobak merah, dipotong dadu
30 g (2 sudu makan) jagung manis
125 ml ( cawan) stok ayam
30 ml (2 sudu makan) susu ibu
10 g (1 sudu makan) bawang besar, dicincang
Cara memasak
1. Rebus bawang besar dengan stok ayam di dalam periuk.
2. Masukkan ubi kentang. Tutup dan renehkan selama 15 minit sahingga ubi kentang menjadi lembut.
3. Masukkan jagung dan masak lagi selama 2-3 minit.
4. Akhirnya masukkan ayam dan rebus sehingga masak.
5. Kisar campuran sehingga menjadi kasar.
6. Masukkan susu ibu dan hidang.
Cadangan
Anda boleh melenyek dengan belakang sudu semasa memberi anak anda makan.
Hidang bersama nasi lembik.
Selamat mencuba!
Sumber: Buku Masakan Pilihan Pakar Pemakanan: Resipi Sihat untuk Si Kecil Anda (Jilid 1). 2011.
Nutrition Society of Malaysia.
*Sumber Gambar dari Buku yang sama


Resepi Bayi (9-11 Bulan): Snek Buah-buahan
25 September 2013 by IzRa in Resipi - No Comments

Disamping menghidangkan bijirin seperti bubur nasi dan oat kepada si manja, jangan lupa kepada buah-
buahan. Buah-buahan kaya dengan serat dapat membantu penghadaman dan mengurangkan
risiko sembelit.
jom cuba resepi snek buah-buahan untuk anak tersayang anda!
Bahan-Bahan (Hidangan untuk 2 orang)
100 g (1) pisang masak
40 g (2 sudu makan) mangga, dipotong kecil
50 ml (3 sudu makan) yogurt perisa asli
25 g (4 sudu makan) oat, dihancurkan
Cara memasak
1. Lenyekkan yogurt dan pisang sehingga sebati.
2. Masukkan oat yang dikisar dan kiub mangga dan kacau sehingga sebati.
3. Simpan sebentar ke dalam peti sejuk dan hidang semasa sejuk.
Cadangan
Mangga boleh digantikan dengan buah-buahan yang lain seperti betik atau epal.

Resepi Bayi (9-11 Bulan): Bubur Oat Plum dan Pisang
22 September 2013 by IzRa in Resipi - No Comments

Jom cuba resepi yang kaya dengan serat dan vitamin hanya untuk anak tersayang anda!
Bahan-Bahan (Hidangan untuk 2 orang)
18 g (3 sudu makan) bijirin segera bayi (oat)
35 g ( biji) plum masak, dibuang biji dan dicincang
50 g ( biji) pisang masak, dilenyek
100 ml ( cawan) air

Cara memasak
1. Rebus plum dan pisang sehingga lembut. Lenyek sehingga menjadi puri dan masukkan ke dalam
mangkuk.
2. Kacau campuran puri dengan sedikit air suam dan tambahkan bijirin segera bayi.
3. Hidangkan segera.

Cadangan
Bijirin bayi segera boleh digantikan dengan nasi atau bijirin yang dimasak sendiri.
Plum boleh digantikan dengan buah-buahan pilihan anda.
Tambahkan susu ibu sebelum menghidang.


Resepi Bayi (9-11 Bulan): Sup Bihun, Ubi Keledek dan Sayuran
18 September 2013 by IzRa in Resipi - No Comments

Setiap ibu pasti inginkan yang terbaik untuk anak mereka. Takut si manja bosan dengan bubur nasi setiap
hari? Mari pelbagaikan tunas rasa anak anda dengan resepi berkhasiat ini!
Bubur nasi sudah biasa. Apa kata cuba Sup Bihun pula!
Bahan-Bahan (Hidangan untuk 2 orang)
15 g bihun, direndam dalam air sejuk selama 10 minit
15 g (1 sudu makan) ubi keledek, dikupas dan dipotong dadu
10 g (1 sudu makan) lobak merah dipotong dadu
15 g (1 sudu makan) bunga kobis, dipotong dadu
60 g ( cawan) isi ikan (tenggiri/kurau/ikan merah)
400 ml (1 cawan) air
Cara memasak
1. Didihkan air di dalam periuk.
2. Masukkan ubi keledek dan lobak merah dan masak sehingga lembut.
3. Masukkan bunga kobis dan diikuti dengan ikan. Masak sehingga lembut.
4. Masukkan bihun, teruskan memasak sehingga bihun menjadi lembut.
5. Lenyek sehingga lembik dengan menambah air yang secukupnya.
Selamat mencuba!

Anda mungkin juga menyukai