Anda di halaman 1dari 5

Ciri-Ciri Pantun

PANTUN ialah karangan


berangkap yang
menggunakan bahasa-
bahasa indah.

Sebuah pantun wujud
dalam satu rangkap yang
sempurna dari segi
maknanya.

Setiap rangkap pantun
terbahagi kepada dua
bahagian iaitu:
1. bahagian pembayang
2. bahagian maksud.







Bagi pantun dua kerat
pula, baris pertama
adalah pembayang dan
baris kedua adalah
maksud.

Rima atau bunyi akhir di
hujung baris adalah
sama.

Bagi pantun dua kerat
rima akhir dalam bentuk
'a,a'.
Bagi pantun empat
kerat, baris satu dan dua
adalah pembayang,
manakala baris tiga dan
empat adalah maksud.

Bagi pantun empat kerat
pula, rima akhir
berbentuk 'a,b,a,b'.





Contoh pantun dua kerat

Pecah kaca pecah gelas (a)
Sudah baca harap balas(a)


Contoh pantun empat
kerat :

Pulau Pandan jauh ke tengah, (a)
Gunung Daik bercabang tiga, (b)
Hancur badan dikandung tanah, (a)
Budi yang baik dikenang juga. (b)

Anda mungkin juga menyukai