Anda di halaman 1dari 2

Kumpulan kami telah diberi tugasan untuk mencari perbezaa harga

sebuah produk di 3 buah pasaraya. Kami telah memilih beras cap rambutan
di 3 buah pasaraya yang berhampiran iaitu The Store, Billion dan Jaya
Jusco. Setiap pasaraya mempunyai harga yang berbeza yang telah
ditetapkan. Di pasaraya The Store, beras cap rambutan 10kg dijual pada
harga RM28.50, manakala, di pasaraya Billion, beras cap rambutan dijual
pada harga RM27.00 dan di pasaraya Jaya Jusco pula beras cap rambutan
dijual pada harga yang paling tinggi berbanding dengan pasaraya Billion dan
The Store iaitu pada harga RM29.75. Kami telah mengunjungi 3 buah
pasaraya dan telah mengkaji berapa ramaikah pelanggan yang telah
membeli beras cap rambutan dalam ½ jam di pasaraya tersebut. Kami telah
memulakan dengan mengakaji pasaraya The Store dan mendapati pada
sebelah pagi dari pukul 10.30pg hingga 11.00pg tidak ada seorang pun yang
membeli beras cap rambutan, manakala pada pukul 2.00ptg hingga 2.30ptg
hanya 1 pelanggan sahaja yang membeli dan pada pukul 8.00mlm hingga
8.30mlm hanya 1 pelanggan sahaja yang membeli beras cap rambutan.
Selanjutnya, kami membuat kajian di pasaraya Billion pada pukul 11.00pg
hingga 11.30pg dan haya 1 pelanggan sahaja yang membeli beras cap
rambutan manakala pada pukul 2.45ptg hingga 3.15ptg tidak ada pelanggan
yang membeli beras cap rambutan dan pada pukul 9.00mlm hingga 9.30mlm
terdapat 2 pelanggan yang membeli beras cap rambutan dan salah seorang
daripada pelanggan tersebut telah membeli 2 paket beras cap rambutan
tersebut. Akhirnya, kami menuju ke pasaraya Jaya Jusco dan memulakan
kajian pada pukul 11.15pg hingga 11.45pg dan mendapati tidak ada
pelanggan yang membeli beras cap rambutan manakala pada pukul 4.00ptg
hingga 4.30ptg tidak ada pelanggan yang membeli beras cap rambutan dan
pada pukul 7.15mlm hingga 7.45mlm hanya 1 pelanggan sahaja yang
membeli beras cap rambutan. Berdasarkan kajian harga yang dibuat terhadap
pasaraya Billion, The Store dan Jaya Jusco, kami mendapati pasaraya Jaya
Jusco telah menjual 1 paket beras cap rambutan dalam masa 1 ½ jam dari
pagi hingga ke malam manakala pasaraya The Store telah menjual 2 paket
beras cap rambutan dalam masa 1 ½ jam dari pagi hingga ke malam dan
pasaraya Billion telah menjual 4 paket beras cap rambutan dari pagi hingga
ke malam. Dengan itu, kami mendapati pasaraya Billion telah menjual 4
paket beras cap rambutan dalam masa 1½ jam dari pagi, petang dan malam
berbanding dengan pasaraya Jaya Jusco dan Billion. Faktornya adalah
kerana pasaraya Billion menjual beras cap rambutan pada harga yang lebih
murah dan dijangkakan tidak ramai pelanggan yang datang pada sebelah
pagi dan petang oleh kerana ramai yang bekerja dari pagi hingga petang.
Semasa kajian tersebut, kami mendapati ramai pelanggan yang datang untuk
survey harga sebelum membeli beras cap rambutan.

Anda mungkin juga menyukai