Anda di halaman 1dari 11

Pementasan Teater Ali Baba Bujang Lapok

Watak:-
1. Aina Fasihah
2. Aina Husna

3. P. Ramlee ... Chief @ Abu Hassan - Naufal
4. S. Shamsuddin ... Kassim Baba - Siraj
5. Aziz Satar ... Ali Baba - Ezzat
6. Normadiah ... Siti Aloya - Nurin
7. K. Fatimah ... Norsiah - Syahzerin
8. Leng Husain ... Apek tukang kasut Izami
9. Ibrahim Pendek ... Sarjan Saiful Afiq
10. Sarimah ... Marjina Alleya
11. M. Zain ... Tukang lelong Syed

12. Adam
13. Afiq Akmal
14. Anis Zulaikha
15. Nadira
16. Rabiatul Adawiyah
17. Nurul Hanis
18. Nurul Balqis
19. Nursyahirah
20. Nurdeena
21. Fatini

22. Balqis Allissa
23. Siti Umayrah
24. Hana Umairah
25. Hasya
26. Amanina Balqis
27. Raja Siti Hajar
28. Nor Farah Ayuni






Pencerita
10 Penyamun
Tugas-tugas
Khas
Skrip ditulis dan diedit oleh: Cikgu Afiqah

V/O : Kisah terjadi di negeri Baghdad di mana tinggalnya
Ali Baba(Ezzat) yang miskin dan abangnya yang kaya
raya iaitu Kassim Baba (Siraj).

..............................................................
Babak 1 (Kassim Baba membeli Marjina)

Tukang Lelong: Mari encik, mari tuan! Lelong ! Lelong ! Ya
Maulana, Ya Siddiq, Ya Habibi, Lelong Lelong!
Pilih saja yang mana satu. Lelong! Lelong! Ada
seorang perempuan gadis dari Damsyik. Kulitnya
halus, rupanya cantik. Lelong! Lelong!
Pembeli 1 : 500 dirham!
Tukang Lelong: 500 dirham!
Kassim Baba : 700 dirham!
Tukang Lelong: 700 dirham!
Pembeli 1 : 1000 dirham!
Tukang Lelong: 1000 dirham!
Kassim Baba : 1001 malam!
Tukang Lelong: 1001 malam??
Kassim Baba : 1001 dirham!
Tukang Lelong: 1001 dirham! Ya Maulana, 1001 dirham. Ya
Siddiq, 1001 dirham! 1001 dirham 1, 1001 dirham
dua, 1001 dirham 3, err.. sila maulana.
(Kassim Baba naik atas pentas, memberi satu bunjut wang emas
kepada tukang lelong)
Tukang Lelong: Terima kasih. Sekarang, kamu punya tuanlah.
(Duduk, sambil kira duit)
Kassim Baba: Siapa nama kamu?
Marjina: Marjina.
Kassim Baba: Kenapa?
Marjina: (Pusing belakang tunjuk 25%)
Kassim Baba: (Pergi kepada tukang lelong) Duit aku, kasi
pulang daa..
Tukang Lelong: Apa duit? apa duit?
Kassim Baba: Buka mata terang-terang daa.. 25 persen diskaun.
Tukang Lelong: Alamak tuan, siapa gantung?
Kassim Baba: Engkau lah yang gantung.
Tukang Lelong: (Bagi duit) Jalan-jalan cepat jalan.
Kassim Baba: Marjina, mari ikut aku pulang.
Marjina: Baik, tuan. (berlalu pergi)
Tukang Lelong: ... Engkau yang untung, aku jugak yang rugi.















Babak 2 (Kassim Baba perkenalkan Marjina kepada Aloya)
Aloyah: (Sibuk di dapur)
Kassim Baba: Marjina, masuklah. Masuklah, ini sudah macam
rumah kamu sendiri. Aloyah! Aloyah! Marilah lekas Aloyah!
Aloyah: Dinda datang kanda!
Kassim Baba: Allah, sumpa kanda kasihan melihat dinda bekerja
sorang sorang. Tertonggeng-tonggeng, tergolek-golek, terbalik-
balik. Jadi waktu kanda berada di kota tadi, kanda telah
membeli Marjina.
Aloyah : (Terharu) Mari Marjina.
Kassim Baba: Haa..Marilah. Mari.
Aloyah: Marjina, buatlah kami ini macam saudara sendiri ya.
Marjina: Baiklah Mak Incik
Aloyah: Baik. Baik. Baik. Sekarang tolong Mak Incik ambil air
di perigi ya.
Kassim Baba: Allah... Apa guna ambil air di perigi? Ini rumah
kita paip banyak.
Aloyah: Fasal kanda banyak kedekut. Bil air tidak mahu bayar.
Itu fasal air suda kena potong.
Kassim Baba : Shhhhh.... janganlah cakap kuat-kuat. Nanti
jirang tetangga dengar kanda malulah. Orang tahu kanda Kassim
Baba orang kayalah. Dinda jangan publish kanda Kassim Baba
kudukut la.. ishh.. ishh..

..............................................................
(Lagu 1 : Allahamdulillah syukur nikmat kepada Tuhan yang
memberi rahmat).............................




Babak 3 (Ali Baba berjumpa Kanda Kassim Baba meminta wang)
Ali Baba: (Depan pintu muka sedih, ketuk pintu)
Marjina: Kamu ini siapa? Dan apa hajat kamu ke mari?
Ali Baba: Saya Ali Baba. Saya mahu berjumpa dengan kanda
Kassim Baba.
Marjina: Ouhh... maafkan saya ya tuan. (Buka pintu). Silakan
masuk ya tuan.
Ali Baba: Baik. (Masuk..terpinga-pinga)
Marjina: Tunggu di sini ya tuan, saya panggilkan kanda Kassim
Baba.
Ali Baba: Baik.
Marjina: (Pergi kepada Kanda Kassim Baba) Ya tuan Kassim Baba,
tuan Ali Baba mahu berjumpa.
Kassim Baba: Si Ali Baba? Perhambat dia keluar! (marah)
Marjina: Ya tuan, nampaknya sangat mustahak ya tuan. (memujuk)
Kassim Baba: Ahh.. dia bikin kacau! (bangun dan pergi berjumpa
Ali Baba)
Kassim Baba: Ali Baba, apa lagi kamu mau daa?
Ali Baba: Ya kanda.. ya kanda.. (muka sedih) saya datang, mahu
pinjam satu gantang gandum.
Kassim Baba: Ahh..apa la kamu, hari-hari datang nak pinjam.
hari hari datang nak pinjam. Kamu takda malu ke? Femalas.
Kassim Baba :..... Nang botingang. Kui bo tikoi...
Ali Baba: Kanda, bahasa apa kanda cakap ni?
Kassim Baba: Ahh..aku cakap bahasa aku daa..
Ali Baba: Saya jugak sekolah kekanda, tetapi saya tidak erti
apa kekanda cakap.
Kassim Baba: Aku punya bahasa tinggi daa.. ..Baik. Engkau
boleh pinjam satu gantang. Kasi balik dengan 2 gantang.
Ali Baba: 2 gantang, 2 gantang la.
Kassim Baba: Marjina!
Marjina: Ya tuan.
Kassim Baba:ambilkan aku punyai fail.
Marjina: Baik, tuan. (Berlalu pergi ambil fail)
Kassim Baba: Sekarang engkau boleh turunkan tandatangan.
Ali Baba: Kekanda, ini surat pajak.
Kassim Baba: Ha? Allah...kamu bikin aku malu daa.. ambil lain
fail cepat.
Marjina: Baik tuan.
Ali Baba: Kekanda, apa orang kaya pun masuk pajak gadai ka?
Kassim Baba: Apa kamu pikir orang kaya semua senang ka?
Kadang-kadang pun sesak daa.


..............................................................














Babak 4 (Ali Baba- Ezzat berjumpa Norsiah- Syahzerin di rumah)
Ali Baba: (Muka sedih)
Norsiah: Kenapa kanda nampak sedih?
Ali Baba: Kanda Kassim Baba suda mara daa sama kanda. Kata
kanda ini femalas.
Norsiah: Memanglah kanda pemalas. Bukan nak ingat carik kerja.
Pergilah potong-potong kayu di hutan. Ini tidak, sampai nak
makan pun pinjam orang.
Ali Baba: Kanda ini bukan femalas Norsiah. Kamu bukan tidak
tahu, negeri kita ini memang fanas. Tulang kanda ini semua dah
reput.
Norsiah: (melihat Ali Baba dengan kasihan)
Ali Baba: Ya Norsiah, mari ke sini sayang.
Norsiah: (datang)
Ali Baba: Ada dengar? (sambil goyangkan tangan)
Norsiah: eh eh.. Bunyi apa itu kanda?
Ali Baba: Ha.. inilah bunyi tulang kanda reput. Kanda bukan
femalas. ha.. ha.. (goyangkan tangan lagi).
..............................................................











Babak 5: Ali Baba jumpa Cif, dan Penyamun
(Penyamun masuk... LAgu: Hoi..Hoi Ya Hoi)

Sarjan: (Tabik!)
Penyamun: Tabik!
Chief: Dengar sini penyamun-penyamun semua. Kamu orang
semuanya bagus. Tentang kerja bagus, tentang disiplin pun
cukup bagus. Tapi satu sajala yang aku tak puas hati tentang
kamu orang semua. Kamu orang punya pakaian daa..

Sarjan: Aikk? Pakaian kita semua bagus chief.
Chief: Ya, bagus. Macam kuda belang. (Tiba-tiba Nampak Ali
Baba atas pokok) Hai !
Ali Baba: Hai!
Chief: (Mantera buka)Nyiat nginsung mata kaji semar ngising!
Penyamun! Masuk!
(Penyamun masuk)
Chief: (Mantera tutup) Ramm pong ngising semar tilem.
Ali Baba: Nanti.Nanti.Nanti... Nanti!
Chief: (Tunduk) Emm?
Ali Baba: Nanti. (Turun) Hai.
Chief: (Meniarap)Hai.Kamu ini siapa daa?
Ali Baba: Saya reporter daa..
Chief: Apa aku bikin dalam hutan kau tahu ka?
Ali Baba: Itu memang saya punya kerja daa.
Chief:Hemm.. apa kamu mahu daa?
Ali Baba: Apa nyanyian kamu nyanyi buka pintu gua tadi?
Chief: Emm..ada kertas tak?
Ali Baba: Ada..ada..
Chief: Pensel.
Ali Baba: Ada..ada..
Chief: (.......buat nada mantera buka dah siap buat, bagi Ali
Baba)Kejap.
Ali Baba: Apa?
Chief: Itu bukanya daa.. nanti aku tulis tutupnya.
Ali Baba: ouh... tutupnya.
Chief: (Mantera tutup..buat nada dan bagi pada Ali Baba)
Ali Baba: Terima kasih. Hai.
Chief: Hai.
Ali Baba: (Berlari)
Chief: Haa... reporter. Tapi, jangan kasi tahu lain orang ha.
Ali Baba: Haa.. jangan takutlah. (Pusing belakang, terjatuh)















Babak 6: (Ali Baba curi harta karun)
Ali Baba: (depan gua baca mantera) NYiat nginsung mata kaji
semar ngising!
Ali Baba: (terkejut) ... (masuk gua.. melihat emas)
Emas, emas. aku kaya. aku kaya. (ambil emas)...
(balik, naik basikal.. patah balik, ambil topi trojan)
Untuk mempertahankan diri. hehe..
(balik)

Babak 7 ( Isteri Ali Baba, Norsiah mahu meminjam cupak
daripada Marjina)
Norsiah: (kelam kabut ketuk pintu)
Marjina: Ouh.. makcik Norsiah. Kenapa datang dari pintu
belakang? Ada apa hajat mak incik?
Norsiah: Marjina, saya datang nak pinjam cupak.
Marjina: Ouh.. baiklah, nanti saya beritahu tuan kassin Baba
ya. Silakan masuk mak incik.
Norsiah: Baiklah.

Kassim Baba bersama Aloyah duduk. Marjina datang.
Marjina : Tuan Kassim Baba, Makcik Norsiah mahu berjumpa.
Kassim Baba: (dengan nada marah) Suruh dia pulang daa. Malam-
malam mahu pinjam gandum ka?
Marjina: Bukan-bukan. Dia bukan mahu meminjam gandum tuan.
Tetapi dia hendak meminjam cupak.
Kassim Baba: Suruh dia tunggu! Malam-malam boleh pinjam cupak.
Apa musykil pulak Ali Baba mahu pinjam cupak?

..............................................................


Babak 8 (Kassim Baba

Anda mungkin juga menyukai