Anda di halaman 1dari 4

NURUL FARAH BINTI BUKHARI

PISMP SAINS SEM 5


AMBILAN JANUARI 2012

PERANAN KITA UNTUK MENGURANGKAN PEMBAZIRAN TENAGA DALAM
KEHIDUPAN SEHARIAN

Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan pembaziran
tenaga dalam kehidupan seharian kita. Berikut ialah langkah-langkah yang boleh diambil
untuk mengatasi masalah pembaziran tenaga:
1. Cabut plug soket apabila tidak digunakan.
Peralatan elektrik yang jarang digunakan hendaklah dicabut. Kerana arus elektrik masih
berjalan dan boleh membazirkan tenaga elektrik. Pengecas telefon bimbit atau
peralatan elektronik lain ditutup apabila tidak dicas. Tutup televisyen apabila tidak
ditonton. Jika televisyen berada dalam keadaan standby, arus elektrik masih melaluinya
dan tenaga elektrik yang digunakan bersamaan dengan 75 atau 100 watt lampu mentol
yang menyala secara berterusan.
2. Kawalan suhu.
Suhu di dalam rumah atau bangunan dapat dikawal dengan membuka tingkap rumah.
Dengan itu, udara dari luar dapat memasuki ruangan dalam rumah atau bangunan
untuk menjadi sejuk. Membiarkan udara dari luar masuk ke dalam rumah menjimatkan
tenaga dan kos. Kipas siling merupakan alat alternatif yang berguna dalam memastikan
ruang di dalam rumah sejuk tanpa menggunakan pendingin hawa. Kipas siling
menggunakan tenaga elektrik yang kurang berbanding pendingin hawa.
3. Menggunakan sumber cahaya semula jadi.
Kita dapat mengurangkan pembaziran tenaga dengan menggunakan sumber cahaya
daripada matahari. Cahaya matahari sentiasa digunakan untuk mencerahkan dan
menghangatkan ruang dalam rumah. Penggunaan cat dinding yang berwarna cerah di
dalam rumah juga sedikit sebanyak membantu dalam mengurangkan panas dan
sekaligus mengurangkan penggunaan tenaga elektrik.
4. Elakkan pembaziran makanan dan mulakan membuat bahan berkompos.
Makanan perlu dirancang ketika membeli supaya tidak berlaku pembaziran. Membuat
bahan kompos boleh dilakukan dengan menggunakan buah-buahan dan sayur-sayuran
yang berlebihan atau tidak habis. Bahan tersebut dikompos di atas tanah dan dapat
membantu menghasilkan nutrien yang bagus untuk tanaman.
5. Gunakan produk pencuci yang tidak berbahaya.
Apabila mencuci mangkuk tandas, gunakanlah pencuci yang kurang berbahaya. Hal ini
kerana air yang bercampur dengan bahan pencuci ketika mencuci mangkuk tandas
NURUL FARAH BINTI BUKHARI
PISMP SAINS SEM 5
AMBILAN JANUARI 2012
telah melalui longkang rumah dan seterusnya dibawa ke sungai. Sebelum membeli
produk pencuci, kita perlulah melihat dahulu kandungan yang terdapat pada label
produk. Selain itu, kita juga boleh membuat sendiri bahan pencuci yang mesra alam.
Contohnya dengan menggunakan soda bikarbonat dan cuka. Soda bikarbonat
digunakan untuk mencuci sink, tab mandi, mangkuk tandas dan longkang. Manakala
cuka digunakan untuk mencuci cermin supaya berkilat kembali.
6. Sentiasa menservis kenderaan kita.
Kenderaan merupakan salah satu penyumbang kepada pencemaran alam sama ada
pelepasan asap kenderaan dari ekzos atau ketika memperbaiki kenderaan. Oleh itu,
kita perlu mengikut saranan daripada pihak pengeluaran kereta untuk kerja pembaikan.
Antaranya ialah menukar minyak enjin sentiasa, mengisi angin pada tayar dan sentiasa
menservis kenderaan.
7. Berjalan kaki atau menaiki kenderaan awam.
Kurangkan penggunaan kereta dengan berjalan kaki atau menaiki kenderaan awam ke
sesuatu tempat. Hal ini dapat mengurangkan penggunaan petrol dan pelepasan asap
daripada kenderaan. Selain itu, kita boleh pergi beramai-ramai ke destinasi yang sama
tanpa menaiki kenderaan yang berbeza.
8. Kurangkan penggunaan air.
Kita boleh menggunakan pancuran air ketika mandi. Jangan gunakan paip secara terus
kerana penggunaan air akan banyak. Mandi menggunakan air paip akan membuatkan
kita berasa tidak puas dengan jumlah air dan menyebabkan kita menggunakan air yang
berlebihan. Selain itu, kita juga boleh menggunakan alat yang boleh digunakan berkali-
kali untuk mencuci atau mengelap sesuatu. Kurangkan penggunaan tisu kerana tisu
hanya boleh digunakan sekali sahaja. Gunakan kain buruk atau mop untuk mencuci
sesuatu.
9. Kurangkan penggunaan kertas di rumah.
Benda yang paling banyak kita buang di rumah ialah kertas. Kebanyakan kertas yang
kita tidak gunakan ialah surat khabar. Elakkan pembaziran kertas dengan
menggunakan semula kertas yang terpakai. Contohnya dengan membalut sesuatu,
menyalakan sesuatu, membuat hiasan dan sebagainya.







NURUL FARAH BINTI BUKHARI
PISMP SAINS SEM 5
AMBILAN JANUARI 2012
Apakah yang telah anda pelajari berdasarkan kedua-dua akiviti tersebut?
Saya telah mempelajari untuk melakukan peta minda mengenai tajuk tenaga yang
boleh diperbaharui dan yang tidak boleh diperbaharui. Melalui peta minda ini, saya dapat
mengstrukturkan kandungan dalam tajuk ini dengan sistematik dan tersusun. Peta minda ini
juga membantu saya dalam proses mengajar murid-murid saya. Tanpa peta minda ini,
proses pengajaran saya mungkin berlangsung secara tidak tersusun dan mungkin juga
berlaku kecelaruan atau pertukaran maklumat.
Dalam aktiviti kedua pula saya mendapat pengetahuan baru mengenai langkah
dalam mengurangkan pembaziran tenaga dalam kehidupan harian. Terdapat maklumat-
maklumat baru yang saya dapat seperti mandi dengan menggunakan pancuran air lebih
jimat berbanding air paip secara terus dan menservis kenderaan sentiasa dapat membantu
mengurangkan penggunaan tenaga. Aktiviti ini memantapkan pengetahuan saya dan
membantu dalam membimbing murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Pada bahagian manakah dalam kurikulum sains sekolah rendah yang mengajar tajuk
ini?
Pada mata pelajaran Sains Tahun 5, Tema Menyiasat Daya dan Tenaga, Bidang
Pembelajaran Tenaga. Objektif pembelajaran 1.3 Memahami tenaga yang boleh
diperbaharui dan yang tidak boleh diperbaharui.

Bincangkan bagaimana anda dapat gunakan kedua-dua aktiviti ini dalam pengajaran
dan pembelajaran (P&P) anda?
Bagi aktiviti pertama, iaitu membuat peta minda mengenai tenaga yang boleh
diperbaharui dan yang tidak boleh diperbaharui, dapat digunakan dalam Fasa Penutup.
Guru menyuruh murid membuat peta minda tajuk tersebut supaya dapat mengukuhkan lagi
pemahaman mereka. Murid juga dapat gunakan peta minda tersebut sebagai nota ringkas
untuk mengingat kembali isi tajuk tersebut. Peta minda membantu murid-murid dalam
menyusun isi yang telah dipelajari secara tersusun dan sistematik serta dalam membuat
kesimpulan yang dipelajari pada hari tersebut.
Bagi aktiviti kedua, iaitu peranan kita dalam mengurangkan penggunaan tenaga
dalam kehidupan seharian boleh dilakukan dalam Fasa Aplikasi Idea. Aktiviti ini amat sesuai
dibincangkan dalam fasa ini kerana fasa ini menekankan aktiviti yang dapat
mengaplikasikan pengetahuan baru dalam kehidupan harian murid-murid. Guru
membincangkan peranan kita dalam mengurangkan penggunaan tenaga dalam kehidupan
seharian dengan murid-murid dengan menanyakan setiap murid untuk memberikan satu
langkah atau perbuatan yang dapat membantu mengurangkan penggunaan tenaga. Melalui
NURUL FARAH BINTI BUKHARI
PISMP SAINS SEM 5
AMBILAN JANUARI 2012
aktiviti ini, murid akan sedar tentang pembaziran yang selama ini mereka lakukan dan cuba
untuk mengurangkan pembaziran tenaga yang berlaku di rumah atau di sekeliling mereka.

Apakah peranan guru dalam kedua-dua aktiviti ini?
Peranan guru dalam aktiviti pertama ialah sebagai pemimbing. Guru membimbing
murid dalam membuat peta minda. Guru menjelaskan tajuk utama, iaitu tenaga dan tenaga
terbahagi kepada dua jenis, iaitu tenaga yang boleh diperbaharui dan tenaga yang tidak
boleh diperbaharui. Kemudian, guru membimbing murid dengan menyatakan jenis-jenis
tenaga daripada tenaga yang boleh diperbaharui dan tenaga yang tidak boleh diperbaharui.
Dalam aktiviti kedua, guru juga menjadi pembimbing. Guru membimbing murid dalam
menyatakan peranan mereka dalam mengurangkan penggunaan tenaga dalam kehidupan
seharian mereka. Murid yang tidak mempunyai idea akan dibantu oleh guru sedikit demi
sedikit.

Anda mungkin juga menyukai