Anda di halaman 1dari 3

Terima kasih pengerusi majlis.

Yang Berusaha Pengetua SMJK Yoke Kuan


Encik Chay Kin Siong, Penolong Kanan 1, Puan Yong Lin Thay, Penolong Kanan
HEM, Puan Zaifadzilah, Penolong Kanan Petang, En. Tan Teck Chey, Yang diraikan
Tuan Haji Hashim bin Wadeh, guru-guru dan pelajar-pelajar sekalian. Selamat
petang dan salam sejahtera saya ucapkan.
Pertamanya saya mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang berucap
pada petang ini. Tujuan kita berhimpun dan berkumpul pada petang ini, seperti
mana semua sudah sedia maklum ialah untuk meraikan persaraan seorang guru
kita iaitu En. Tan Teck Chey. Kita sudah sedia maklum setiap yang bermula pasti
akan berakhir. Persaraan memberi pelbagai pengertian bagi setiap penjawat
awam. Walau apa pun tafsirannya, yang jelas ialah persaraan membawa makna
bahawa seseorang penjawat awam itu perlu melepaskan jawatan terakhir yang
disandangnya ketika menghampiri peringkat akhir perkhidmatan. Pada hakikatnya
seseorang pesara akan melangkah ke suatu dunia baru. Tentunya mereka akan
berhadapan dengan suasana dan cabaran yang berbeza dengan keadaan sebelum
bersara.
Walau apa pun bidang yang dipilih untuk diceburi, satu perkara yang nyata
ialah peluang bagi setiap pesara untuk melakukan sesuatu yang berfaedah tanpa
dikongkong oleh masa. Kalau semasa bekerja dahulu terpaksa bertungkus lumus
mengejar masa, sekarang boleh membuat pilihan sendiri dan menentukan sendiri
jadual harian. Walau apa arah tuju yang dipilih, jagalah kesihatan masing-masing.

Justeru itu, persediaan awal seharusnya dibuat bagi memudahkan para
pesara dan bakal pesara menerima hakikat persaraan ini dengan baik dan
meneruskan hidup dengan lebih bersedia dan bermakna. Sebagai penjawat awam
yang patuh kepada peraturan terpaksalah menerima persaraan ini dengan rela
hati dan hati yang terbuka.

Tuan-tuan dan puan-puan serta pelajar-pelajar sekalian,
Seorang guru merupakan manusia yang dipandang mulia kerana tugasnya
mendidik murid-murid tanpa mengenal jemu, gigih, dan yang penting ialah boleh
mangajar tanpa mengira tempat dan siapa yang diajarnya. Semangat tinggi yang
dimiliki oleh setiap guru ini amat dihargai dan disanjung.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat bersara
kepada guru kita iaitu En. Tan Teck Chey. Walau pun kita berat untuk melepaskan
beliau tetapi apalah daya kita kerana ini merupakan persaraan wajib yang perlu
dilalui oleh beliau. Mahu tidak mahu kita semua terpaksa menerima hakikat
bahawa beliau terpaksa berpisah dengan dunia pendidikan dan kita semua perlu
merelakannya.

Tuan-tuan dan puan-puan serta pelajar-pelajar sekalian,
Semoga perpisahan ini akan memberikan kebahagiaan kepada En. Tan Teck
Chey. Jasa dan bakti yang diberikan selama bertugas lebih kurang 30 tahun dalam
dunia pendidikan cukup bermakna dan banyak ilmu telah dicurahkan kepada
murid-murid. Saya mewakili semua ibu bapa mengambil kesempatan ini
mengucapkan jutaan terima kasih di atas khidmat bakti yang telah diberikan
selama ini.
Semoga beliau sentiasa sihat selalu dan meneruskan kehidupan harian
dengan aman dan tenteram. Sekali lagi saya ingin mengucapkan jutaan terima
kasih di atas sumbangan dan tenaga mendidik para pelajar selama ini. Jasa dan
budi tuan akan dikenang selalu.

Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai