Anda di halaman 1dari 46

PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA

Pencapaian dan kemajuan hari


ini adalah proses pengukuhan
dan pemantapan kepada
perkembangan sejarah yang
berkesinambungan
Sejarah menentukan lanskap
pembinaan tamadun negara
Malaysia
K11: PERANAN ISLAM DALAM
PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA
Agama Islam dan Adat Istiadat
Melayu
Bahasa & Kesusasteraan
Melayu
Kedudukan Istimewa Orang
Melayu
Semangat Patriotik

Pengaruh Islam
Menurut Syed Naquib Al-Attas(1972):
Kedatangan Islam ke Alam Melayu mencetuskan era
/ zaman baru yang membawa transformasi secara
menyeluruh yang mencakup jiwa dan rupa
masyarakat Melayu
Kedatangan Islam di kepulauan Melayu-indonesia
harus dilihat sebagai semboyan menegaskan suatu
sistem masyarakat yang berdasarkan beberapa
kebebasan orang perseorangan, keadilan kemuliaan
peribadi insan
1. Agama Islam
Islam adalah agama Persekutuan tetapi
agama lain bebas diamalkan oleh orang
bukan Melayu dan bukan Islam
Perlembagaan membenarkan kerajaan
mengadakan undang-undang mengawal
penyebaran agama dan ajaran selain
Islam di kalangan orang-orang Islam
( Perlembagaan Malaysia,Per.3 )
Agama Islam
Perlembagaan membolehkan kerajaan
Persekutuan dan kerajaan negeri
melaksanakan pembangunan Islam dalam
pelbagai bidang dan melaksanakan
pentadbiran hukum syariah Islam
Yang di Pertuan Agong adalah ketua Agama
Persekutuan dan Sultan / Raja adalah ketua
Agama bagi negeri-negeri
Agama Islam
Islam telah mengangkat martabat bangsa
Melayu Syed Naquib Al-Attas
Islam memantapkan tamadun Melayu
Orang Melayu ialah orang yang mengamalkan
istiadat Melayu, berbahasa Melayu dan
beragama Islam ( Perlembagaan Malaysia ,
Per.160 )


Agama Islam
Agama Islam menjadi identiti orang
Melayu, sebati dalam jiwa orang Melayu
bahkan mereka berjuang
mempertahankannya dari dicerobohi
oleh penjajah sejak zaman Portugis
lagi ( El-Muhammady,1976 )
2. Adat Istiadat Melayu
Khususnya berkaitan istana masih
diteruskan seperti istiadat pertabalan
raja-raja / Yang diPertuan Agong,
Persidangan Raja-raja, pengurniaan
darjat kebesaran, perasmian sidang
Parlimen, pemeriksaan perbarisan
kehormat, penyerahan panji-panji
kepada pasukan keselamatan dsbnya
Adat Istiadat Melayu
Raja-raja sebagai penasihat agama
negeri-negeri
Pegawai protokol diraja
Pakaian khas diraja
Alat kebesaran diraja
Alat Muzik diraja
3. Bahasa Melayu
Islam memberi sumbangan besar
terhadap perkembangan Bahasa Melayu
Pemindahan dan perkembangan ilmu
Islam berlaku dengan pesat , dengan
perantaraan Bahasa Melayu.
Istilah-istilah bahasa Arab diterima dan
memperkaya perbendaharaan Bahasa
Melayu
Perkembangan Bahasa Melayu
Bahasa Melayu menjadi salah satu bahasa
umat Islam yang tertinggi bilangan
penuturnya( al-Attas,1984:8)
Elemen Bahasa Melayu yang menerima
pengaruh bahasa Arab dari perspektif filologi
ialah kosa kata,tulisan, sebutan huruf, laras
bahasa,tatabahasa, sintaksis,semantik dan
morfologi.(Awang Sariyan,1996:48)
Perkembangan Bahasa Melayu
Pada peringkat awal, struktur dan
tatabahasa Melayu banyak
menggunakan struktur bahasa Arab
Kaedah mengarang dan nahu Bahasa
Melayu yang disusun oleh Pendeta
Zaaba juga banyak menggunakan nahu
dan tatabahasa Arab sebagai asasnya
Perkembangan Bahasa Melayu
Terdapat 2000 perkataan Arab yang
utama dalam Bahasa Melayu, tidak
termasuk ribuan kata terbitannya(M.A.J
Beg,1979)
Paling banyak ialah perkataan berkaitan
agama dan pentadbiran
Perkembangan Bahasa Melayu
Empat bentuk perkembangan bahasa Arab ke dalam
Bahasa Melayu( Munif,1999):
i.Pemakaian sepenuhnya lafaz dan makna dalam
Bahasa Arab(Iman, Islam, akhirat, ilmu dll)
ii.Pinjaman dengan pengubahsuaian lafaz perkataan
Arab( dunya-dunia,zolim-zalim,tomak-tamak)
iii.Pinjaman dengan pengubahsuaian makna, (umum
kepada khusus umat, jemaah)
iv.Pinjaman dengan pengubahsuaian makna secara
perluasan ( khusus kepada umum)
Perkembangan Bahasa Melayu
Tulisan Jawi digunakan bagi
menghasilkan karya-karya penulis
Melayu sekitar tahun 1750M
Tulisan Jawi adalah menggunakan 28
huruf Hijaiyah Arab dengan tambahan 6
huruf lain yang sesuai dengan sebutan
perkataan Melayu iaitu ca, nya, ga, nga,
pa dan va
Perkembangan Bahasa Melayu
Penggunaan tulisan Rumi yang
diperkenalkan oleh kolonial Inggeris
mengurangkan penggunaan tulisan Jawi
Tulisan Jawi masih dipakai khususnya
dalam ilmu agama .
Tulisan Jawi adalah warisan yang
sangat berharga bagi bangsa Melayu
4. Islam dan Kesusasteraan
Melayu
Kesusasteran Melayu yang asalnya seni
yang didominasi oleh golongan tertentu
menjadi milik seluruh masyarakat
Sastera menjadi media untuk dakwah
Wujud tema-tema baru spt
Tauhid,dakwah,jihad,kenabian,kerjuang
an kemerdekaan, ketokohan,
kepahlawanan dan ketidakadilan sosial
Islam dan Kesusasteraan
Melayu
Pengaruh Islam terhadap perkembangan
kesusasteraan Melayu melalui 3 period:
Period awal( abad 14 - awal abad 15)
Period klasik(separuh abad ke 16
permulaan abad ke 19)
Period moden(pertengahan abd ke 19
sekarang)
Islam dan Kesusasteraan
Melayu
Islam memberi nafas baru dengan
menjadikan kesusasteraan sebagai ilmu
dan karya
Sastera Melayu tidak lagi dibelenggu
oleh dongengan dan khayalan tetapi
mengandungi khazanah kesusasteraan
yang bernilai
Bahasa dan Kesusasteraan
Melayu
Bahasa dan kesusasteraan Melayu
membentuk jati diri dan pentakrif
kebudayaan kebangsaan yang penting
dalamp pembinaan negara bangsa dan
tamadun Malaysia
5. Kedudukan Istimewa orang
Melayu
Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan :
Kedudukan Istimewa orang Melayu termasuk
bumiputera di Sabah dan Sarawak
Perlonggaran syarat kewarganegaraan oleh
pemimpin Melayu ketika penubuhan Malaysia
menegaskan tentang Ketuanan dan
keistimewaan orang Melayu sebagai
penduduk asal negara ini.
6. Semangat Patriotik
Semangat ini membara awal tahun
90an apabila penjajahan Inggeris
menakluk negara ini dan membawa
masuk pekerja dari Cina dan India
Perjuangan awal dipelopori oleh cerdik
pandai Melayu yang mendapat
pendidikan agama
Semangat Patriotik
Membangkitkan kesedaran rakyat
melalui akhbar al-Imam(1906) di
Singapura, Neracha(1911-1915) dan
majalah al-Ikhwan(1926-1931) di Pulau
Pinang.
Antara tokohnya - Sheikh Mohd Tahir
Jalaluddin, Syed Sheikh al-Hadi dll
Semangat Patriotik
Diteruskan oleh cerdik pandai Melayu lulusan Maktab
Perguruan Sultan Idris
Golongan ini bergabung dengan golongan
berpendidikan Inggeris menentang Malayan Union
yang diperkenalkan oleh British Military
Administration pada tahun 1946
Malayan Union bertujuan menghapuskan kedaulatan
raja-raja Melayu, memberikan kerakyatan pd orang
asing dan pendatang
Semangat Patriotik
Perjuangan menentang penjajah
berterusan sehinggalah mencapai
kemerdekaan pada 31 Ogos 1957
Pada 16 September 1963, Malaysia
ditubuhkan dan disertai oleh Singapura,
Sabah dan Sarawak
Semangat Patriotik
Semangat cintakan tanahair dan bangsa dan
bahasa Melayu adalah berasaskan ajaran
Islam yang telah berjaya menyatupadukan
orang Melayu dan menjadi alat penting
sehingga tercapainya kemerdekaan negara
Malaysia
Semangat cintakan tanahair ini juga menjadi
alat penting untuk memajukan negara
K11: PERANAN ISLAM DALAM PEMBINAAN
TAMADUN MALAYSIA
Sistem Pemerintahan
Sistem Ekonomi
Sistem Sosial
Sistem Perundangan
Kesenian dan Kebudayaan
Sistem Pemerintahan
Negara Malaysia adalah lanjutan kewujudan
kerajaan-kerajaan terdahulu
Malaysia adalah sebuah negara bangsa
(nation state) yang berbentuk sebuah
persekutuan. Mempunyai sebuah kerajaan
pusat dan beberapa kerajaan negeri
Sistem kesultanan Melayu dan raja
berperlembagaan adalah lanjutan kesultanan
Melayu Melaka umpamanya
Sistem Pemerintahan
Islam mempengaruhi sifat dan watak
pemeritah/sultan umpamanya mereka
menjadi golongan yang meminati ilmu
Ramai sultan yang mengamalkan
tasawuf dan berdampingan dengan
guru-guru tasawuf
Sistem Pemerintahan
Malaysia adalah sebuah negara demokrasi
berparlimen
Yang diPertuan Agong adalah Ketua Negara
yang menguasai perundangan (legislative),
pemerintahan(executive) dan kehakiman
(judiciary)
Baginda dipilih secara bergilir dari kalangan
raja/sultan yang memerintah mana-mana
sembilan negeri, setiap lima tahun sekali
Sistem Ekonomi
Sistem ekonomi Islam diperkenalkan di
Malaysia ebagai satu peneguhan dalam
proses pembinaan tamadunnya
Alternatif kepada sistem ekonomi
konvensional
Konsep Tanpa Riba dalam semua
urusan perniagaan adalah asas sistem
ekonomi Islam
Sistem Ekonomi
Ekonomi Islam menekankan aspek
penghayatan nilai murni spt jujur,
amanah, tolong menolong, hidup
sederhana, berjimat cermat
Orang Islam digalakkan berniaga
kerana 90% rezeki adalah dari
perniagaan ( maksud Hadis )
Sistem Ekonomi
Ekonomi Islam meliputi semua aspek
urusniaga spt perniagaan, pelaburan, saham,
pajak gadai , pinjaman dll
Penubuhan badan-badan spt LUTH,
BIMB,Takaful,Ar-Rahnu dll menyemarkan
pertumbuhan ekonomi negara
Kaunter-kaunter Islam di tawarkan di semua
bank konvensional untuk kemudahan orang
Islam dan semua rakyat Malaysia
Sistem Perundangan
Catatan awal undang-undang Islam di Tanah Melayu
ialah pada Batu Bersurat Batu
Berang,Terenggan,bertarikh 17 Rejab 702H/
22Februari 1303M
Kandungannya ialah catatan tentang hukum Islam
spt tj pemerintah melaksanakan dan
menguatkuasakan ajaran Islam, pemberian dan
penerimaan hutang, rejam atau hukum sebat ke atas
penzina, hukum menuduh zina dan kesaksamaan
antara semua orang , rakyat bawahan dan golongan
atasan ( Mahmood Zuhdi, 1997)
Sistem Perundangan
Undang-undang Islam dilaksanakan
dalam kesultanan Melayu Melaka
Pengumpulan undang-undang Islam
dilakukan pada masa pemerintahan
Sultan Muzaffar Shah(1446-1456)
Bagaimana pun ia masih banyak
bercampur dengan adat Melayu(Ahmad
Ibrahim dan Ahilemah Junid,1985)
Sistem Perundangan
Pengumpulan ini menjadikan Melaka sebagai
kerajaan Melayu pertama yang menyusun
undang-undang bertulis yang mengandungi
unsur Islam ( Winstedt, 1961)
Untuk menguatkuasakan undang-undang ini
tentunya diadakan institusi tertentu termasuk
para pegawai dan mahkamah(Zainal Abidin
Wahid,1985)
Sistem Perundangan
Menurut Mahmood Zuhdi,1997- Undang-
undang Pahang disusun semasa Sultan Abdul
Ghafur Muhaiyuddin Shah (1592 -1614) di
bawah pengaruh undang-undang Melaka
Undang-undang Johor dan Undang-undang
Tubuh Johor,1895, Undang-undang Kedah,
Undang-undang 99 Perak, Undang-undang
Tubuh Negeri Terengganu,1911, dll

Sistem Perundangan
Menurut Ahmad Ibrahim,1985:
Sumber pembentukan undang-undang
tersebut adalah Al-Quran, al-Sunnah
dan kitab-kitab Fikah karangan para
fuqaha seperti Kitan Minhaj al-Talibin
oleh Imam an-Nawawi(1278M) dan al-
Taqrib oleh Abu Syuja al-
Isfahani(1196M)
Sistem Perundangan
Islam adalah agama Persekutuan
Di peringkat negeri melaksanakan undang-
undang pentadbiran Islam, undang-undang
mahkamah syariah, undang pentadbiran
keluarga Islam, undang undang prosedur
dan keterangan perbicaraan, undang
menyekat kawalan agama bukan Islam di
kalangan orang Islam, undang-undang zakat
dan pentadbirannya, undang-undang sivil dan
jenayah syariah
Sistem Sosial
Islam mengangkat martabat manusia dan
menyamakannya kedudukannya di sisi Allah.
Masyarakat Malaysia hidup saling hormat
menghormati ,bantu membantu antara
pelbagai kaum dan status ekonomi/sosial.
Institusi sosial spt masjid,surau dan
madrasah menjadi pusat ibadat dan aktiviti
kemasyarakatan yang sihat
Sistem Sosial
Ajaran Islam yang menekankan amalan
akhlak mulia dan amal soleh melahirkan
anggota masyarakat yang berbudi bahasa,
sopan santun dan saling menghormati antara
golongan tua-muda, guru-murid,kaya-miskin,
pemimpin-rakyat
Ajaran Islam menegaskan kepentingan hidup
yang harmoni dalam Institusi keluarga dan
jiran tetangga, menjadi amalan hidup semua
rakyat Malaysia
Kesenian dan Kebudayaan
Islam adalah agama yang mementingkan
kebersihan dan keindahan
Semua cabang seni adalah media dakwah
Selain masjid-masjid, bangunan-bangunan
yang mempunyai pengaruh seni bina Islam
dan tempatan menjadi mercu tanda negara
Malaysia khususnya pembinaan bangunan-
bangunan penting diPutrajaya,K.Lumpur dan
ibu negeri yang lain
Kesenian dan kebudayaan
Berlandaskan syariah dan etika Islam
mengekalkan motif alam dalam seni
tampak spt ukiran bunga,daun,
pokok,awan
Menekankan tentang nilai akhlak dalam
setiap karya seni
Islam menolak maksiat, kemunkaran,
khurafat dalam karya seni
Kesenian dan kebudayaan
Seni suara adalah sebagai media dakwah
Pelaksanaan hendaklah mengikut syarak
suasana yang terkawal, pengasingan antara
lelaki dan wanita, tiada arak dan penari
wanita, penghibur wanita, pakaian mendedah
aurat , lirik lagu yang baik dll
Alat muzik yang tidak melalaikan dari
kewajipan spt solat
Kesenian dan kebudayaan
Nasyid - Muzik altenatif yang menerima
pengaruh Islam
Trend baru mesej yang baik, cara
yang sopan dan menghiburkan
Kesimpulan
Islam merupakan elemen penting
mencorakkan bangsa Malaysia yang
bertamadun berilmu, berkemahiran
dan berakhlak mulia
Nilai-nilai mulia dan murni adalah
relevan untuk semua golongan
manusia, keadaan, tempat dan masa

Anda mungkin juga menyukai