Anda di halaman 1dari 27

EDU 3108

ASAS KEPEMIMPINAN DAN


PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU
Nordin Tahir
JIP, IPG Kampus Ipoh
TAJUK 4
PERINGKAT PERKEMBANGAN GURU
8/1/2011 2 Nordin Tahir
Teori Keprihatian (Fuller, 1969)
Prihatin Diri :
- Apakah pelajar suka saya?
- Bolehkah saya mengajar apabila diselia?
- Apakah yang dikatakan oleh guru lain tentang saya.
- Apakah BBM saya sesuai dengan murid?
Prihatin Terhadap Tugas:
- Fokus kpd cara2 memperbaiki strategi pengajaran serta penguasaan isi
kandungan pelajaran
- Adakah bahan2 yg digunakan sesuai ?
- Adakah masa mencukupi utk menyampaikan isi kandungan ?
- Apakah cara yg paling baik utk saya mengajar topik ini ?
Peringkat Impak :
- Bagaimana cara saya memotivasikan murid saya?
- Apakah cara saya mewujudkan rasa kejayaan dalam kalangan pelajar saya?
- Adakah pelajar saya mempunyai disiplin yang tinggi?
8/1/2011 3 Nordin Tahir
Lima Peringkat Perkembangan
Guru (Trotter, 1986)
Peringkat novis
Peringkat novis lanjutan
Peringkat cekap
Peringkat mahir
Peringkat pakar
8/1/2011 4 Nordin Tahir
Guru Permulaan
Guru yang baru memulakan perkhidmatan selepas tamat
kursus perguruan di IPG atau universiti.
Sosialisasi didefinisikan sebagai proses saling
mempengaruhi antara individu dalam konteks sosial
sekolah selepas penempatan baru.
Guru baru sering berhadapan dengan masalah
sosialisasi.
Fokus isu
- Guru baru sering menghadapi masalah
- Guru Besar dan guru
- Mempelajari peranan sebagai guru di luar bidang tugas
mengajar
- masalah pembelajaran dan disiplin murid
8/1/2011 5 Nordin Tahir
Ciri-ciri kelemahan sosialisasi guru permulaan
- Kurang mahir urus Koku
- Kurang mahir urus aktiviti sukan
- Tidak memahami peraturan dan disiplin sekolah
- Kurang yakin kawal disiplin bilik darjah
- Kurang teori dan amalan latihan
- Tidak cukup kemahiran guna pusat sumber
- Kurang kemahiran sosial
Guru Permulaan
8/1/2011 6 Nordin Tahir
Cabaran Guru Permulaan (Novis)
- Dikatakan pasif, tak kreatif dan imaginative
- Belum mencapai tahap yang dikehendaki pihak
sekolah
- Masalah penyesuaian diri dengan realiti sekolah dan
bilik darjah.
- Mula mengaplikasikan kaedah mengajar
- Memahami fakta, konsep dan perkara asas
pengajaran
- Membentuk kerangka kognitif tugas-tugas guru
- Kurang berupaya menangani tugas harian guru
8/1/2011 7 Nordin Tahir
Menjadi guru cekap :
- Kecekapan profesionalisme
- Kecekapan melaksanakan visi dan prinsip
- Keutuhan peribadi
- Kecekapan menggunakan teknologi maklumat
Ciri-ciri guru cekap :
1) Ciri peribadi bermatlamat, fikiran positif, yakin dan
sabar
2) Ciri mengajar gaya tersendiri, kepakaran, bermotivasi
3) Ciri intelektual suka membaca, mempunyai mental-life
yang segar, mempunyai kesungguhan kendiri dan minda sihat
dan terbuka.
Guru Cekap (Competent)
8/1/2011 8 Nordin Tahir
Prinsip Guru Cekap :
- Do It Right First Time : setiap kerja mesti cekap dan
kurang silap
- Guru mengajar murid belajar : mengajar, membuat
persediaan dan beri murid semangat belajar
bersungguh-sungguh
- Berkongsi visi yang sama
- Bakti disemai bukti dituai
- Penambahbaikan berterusan
- Mencegah masalah lebih utama dari menyelesaikan
masalah - guru perlu proaktif
Guru Cekap (Competent)
8/1/2011 9 Nordin Tahir
Guru Mahir (Expert)
Terbaik dalam bidang - Orang yang memiliki
kemampuan dan keahlian khusus dalam bidang
keguruan sehingga ia mampu melakukan tugas dan
fungsi sebagai guru dengan kemampuan maksima
Menjadi teladan profesionalisme
- Orang yang terdidik dan terlatih dengan baik.
- Guru Berintelek - Guru perlulah menanamkan sifat
ingin tahu, yang akan mendorong diri mempelajari dan
menyesuaikan diri dalam dunia pendidikan yang sering
berubah-ubah (up to date)
Terlibat sepenuhnya dalam kokurikulum
-
8/1/2011 10 Nordin Tahir
Guru mahir perlulah :
- Mahir berkomunikasi - Guru yang mahir berkomunikasi
dengan anak muridnya akan mghasilkan suasana
pembelajaran yang lebih dinamik.
- Dapat memberikan motivasi yang berkesan
- Murid menerima motivasi secara berhemah dan berhikmah.
- Meningkatkan kebolehan penggunaan ICT, mengekalkan
guru berkualiti dengan cara sentiasa aplikasi ICT dalam p & p
dan tahu kemahiran aplikasi Komputer.
Kemahiran guru yang perlu ada :
- Kemahiran penyampaian
- Kemahiran penilaian
- Kemahiran merangsang
- Kemahiran pengurusan bilik darjah
Guru Mahir (Expert)
8/1/2011 11 Nordin Tahir
Guru Pakar (Master)
Definisi Guru Pakar :
- Guru pakar ialah guru yang mempunyai kemahiran,
pengetahuan, dan kepakaran tinggi dalam mata
pelajaran khususnya dalam p & p.
Menyerlahkan diri secara profesionalisme
Idea dan kemahirannya boleh mempengaruhi polisi
pengendalian bilik darjah.
Dianggap sebagai bidang yang berautoriti bercakap
dalam bidang profesionalnya.
8/1/2011 12 Nordin Tahir
Sahsiah guru pakar :
- Sahsiah terpuji
- Berketrampilan
- Berpegang teguh kepada etika perguruan dan etika
perkhidmatan awam
- Peka dan prihatin kepada keperluan pelajar
- Role model kepada warga pendidikan
Pengetahuan guru pakar :
- Menguasai dan menghayati kandungan mata pelajaran
- Menjadi pakar rujuk p & p
- Bijak mengurus masa, bahan dan sumber
- Mampu mengenalpasti keperluan dan masalah pelajar.
Guru Pakar (Master)
8/1/2011 13 Nordin Tahir
Hasil kerja :
- Meningkatkan hasil pembelajaran (learning outcome)
- Memiliki kemahiran komunikasi tinggi dan berupaya
menyampaikan idea dan mesej yang berkesan.
Potensi :
- Berwawasan, proaktif, responsif, inovatif dalam
rangka menjalankan tugas sebagai pendidik.
Sumbangan kepada kemajuan pendidikan negara
- Berupaya menjana idea baru dalam mata pelajaran
atau bidang pengkhususan dan berkongsi idea tersebut
bagi meningkatkan mutu pendidikan negara.
Guru Pakar (Master)
8/1/2011 14 Nordin Tahir
Guru Berkesan (Effective)
Amalan pengajaran-pembelajaran guru yang berkesan bermakna
pengajaran guru tersebut di anggap baik jika guru tersebut berupaya
mempelbagaikan kaedah pengajaran, menyediakan alat bantu
mengajar (ABM), mendalami isi kandungan yang hendak di ajar.
Selain itu, guru juga perlu mengetahui akan kebolehan pelajar
menerima pelajaran, memberi motivasi kepada pelajar supaya
belajar bersungguh-sungguh, dapat mengawal kelakuan pelajar,
mengumpulkan pelajar mengikut kumpulan dan memberi penilaian
atau ujian yang kerap kepada pelajar.
Pengajaranpembelajaran yang berkesan merupakan kebolehan
guru itu sendiri untuk mengajar dengan baik dan berkesan dan
dapat memotivasikan pelajar untuk terus belajar bagi mencapai
kecemerlangan dalam bidang akademik.
8/1/2011 15 Nordin Tahir
Model awal tentang amalan pengajaran guru yang berkesan telah
dikemukakan oleh Carroll (1963, 1989).
Mengikut Caroll (1963), pengajaran yang berkesan di pengaruhi
oleh lima faktor, iaitu sikap (attitude), kebolehan untuk memahami
pengajaran (ability to understand), ketekunan (perseverance),
peluang (opportunity) dan pengajaran yang berkualiti (Quality of
instruction).
Mengikut Carroll lagi, jika sikap pelajar terhadap pelajaran adalah
tinggi, ia mudah untuk memahami pengajaran dan dengan demikian
itu pelajar akan tekun belajar dan akhirnya mudah untuk memahami
sesuatu konsep dan kemahiran.
Begitu juga jika pengajaran guru itu baik maka pelajar akan belajar
dengan mudah.
Guru Berkesan (Effective)
8/1/2011 16 Nordin Tahir
Slavin (1987, 1994) telah membina model pengajaran
berkesan yang baru, yang memberi penekanan hanya
kepada faktor pengajaran guru sahaja.
Mengikut Slavin (1994) terdapat empat faktor yang
mempengaruhi pengajaran yang berkesan, iaitu kualiti
pengajaran (quality of instruction), kesesuaian aras
pengajaran (appropriate level of instruction), insentif
(incentive) dan masa (time).
Guru Berkesan (Effective)
8/1/2011 17 Nordin Tahir
Kualiti pengajaran bermaksud keupayaan guru untuk
menyampaikan pengajaran atau konsep atau kemahiran yang
mudah difahami oleh pelajar, mudah diingat dan menyeronokkan
pelajar.
Oleh itu, guru perlu menyampaikan isi pengajaran secara tersusun
dan sistematik (Kallison, 1986); menggunakan bahasa yang jelas
dan mudah (Land, 1987), penerangannya yang jelas, dan memberi
contoh-contoh yang berkaitan (Mayer & Gallini, 1994); penekanan
kepada isi-isi penting dan pelajaran itu cuba di kaitkan pula dengan
pengetahuan dan pengalaman pelajar yang lalu dan yang sedia ada
(King & Menke, 1992); dan menggunakan alat bantu mengajar
(ABM) bagi membantu menerangkan sesuatu konsep (Hiebert,
Wearne & Taber, 1991; Kazna 1991).
Selain itu, objektif pelajaran hendaklah jelas dan khusus, isi
kandungan adalah mencukupi dan pada akhir sesuatu pelajaran,
guru perlu mengadakan penilaian atau peperiksaan.
Guru Berkesan (Effective)
8/1/2011 18 Nordin Tahir
Aras pengajaran yang sesuai bermaksud pengajaran mestilah
sesuai dengan kebolehan dan keupayaan pelajar.
Jika aras pengajaran guru tinggi, pelajar yang lemah tidak dapat
mengikutnya, akhirnya mereka akan ketinggalan dalam
pelajarannya.
Apabila aras pengajaran itu rendah, pelajar-pelajar yang cerdik tidak
akan memberikan tumpuan terhadap pengajaran guru.
Ini akan merugikan pelajar yang cerdik, kerana guru terpaksa
menumpukan lebih banyak masa kepada pelajar yang lemah.
Salah satu cara untuk mengatasinya ialah guru perlu
mengumpulkan pelajar yang cerdik ke dalam satu kumpulan dan
pelajar yang lemah dalam satu kumpulan yang lain berdasarkan
kebolehan dan penguasaan sesuatu kemahiran.
Guru Berkesan (Effective)
8/1/2011 19 Nordin Tahir
Guru juga boleh mengadakan pengajaran secara
individu (Slavin, 1989), namun pengajaran secara
individu tidak dapat menunjukkan kesan yang positif
terhadap pencapaian pelajar (Hartley, 1977; Horak,
1981).
Satu cara pengajaranpembelajaran yang berkesan
ialah melalui pembelajaran secara koperatif (cooperative
learning group), yang mengumpulkan pelajar yang
lemah dengan pelajar yang pandai, dan pelajar yang
cerdik akan membimbing pelajar yang lemah dalam
kumpulannya.
Dengan itu, guru akan dapat mengajar dan memberi
tumpuan sepenuhnya kepada pengajaran.
Guru Berkesan (Effective)
8/1/2011 20 Nordin Tahir
Insentif bermaksud keupayaan guru untuk memberi motivasi
kepada pelajar untuk terus belajar dan menyiapkan kerja-
kerja yang di beri oleh guru.
Terdapat dua cara untuk guru memberikan motivasi kepada
pelajar supaya terus belajar (Slavin, 1994).
Pertama, guru perlu menyediakan pengajaran yang boleh
menarik minat dan menyeronokkan pelajar dengan
mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pelbagai alat Bantu
Mengajar (ABM).
Kedua, guru boleh memberi insentif kepada pelajar dengan
cara memberikan ganjaran atau pujian kepada pelajar yang
dapat menguasai sesuatu kemahiran atau memberi dendaan
kepada pelajar yang tidak dapat menguasai sesuatu
kemahiran.
Guru Berkesan (Effective)
8/1/2011 21 Nordin Tahir
Masa pengajaran-pembelajaran bermaksud masa yang
cukup untuk pelajar mempelajari sesuatu konsep atau
kemahiran.
Pada kebiasaannya, pengajaran guru di pengaruhi oleh
dua faktor masa iaitu masa yang diperuntukan (allocated
time) oleh pihak sekolah kepada guruguru untuk
mengajar sesuatu mata pelajaran, masa tugasan (time
on-task) atau engaged time yang bermaksud masa yang
guru gunakan untuk mengajar dan masa yang pelajar
gunakan untuk belajar bagi mendapatkan ilmu
pengetahuan atau kemahiran.
Guru Berkesan (Effective)
8/1/2011 22 Nordin Tahir
Tutorial
Nyatakan kemungkinan aspek-aspek keprihatinan anda
sebagai guru dalam tiga tahun pertama pengajaran.
Pada pandangan anda apakah faktor penting yang
menyokong perkembangan guru pada setiap peringkat?
Adakah anda masih menganggap diri anda sebagai
pelajar kaedah pengajaran walaupun merupakan guru
yang bertauliah?
Baca Artikel Beginning elementary teachers developnebt
as teachers if Science. Rumuskan dapatan kajian
tersebut & bincangkan kefahaman baru yang anda
perolehi. Simpan hasil anda dalam portfolio.
8/1/2011 23 Nordin Tahir
Rumuskan semua isi kandungan kuliah dan bahan-
bahan dalam bentuk peta konsep / pengurusan grafik
simpan dalam portfolio.
Baca artikel Change Agents. Rumuskan semua isi
kandungan kuliah dan bahan-bahan dalam bentuk peta
konsep / pengurusan grafik simpan dalam portfolio.
Cari maklumat daripada pelbagai sumber tentang
Program KIA2M. Bincangkan bagaimana guru boleh
berfungsi sebagai agen perubahan dalam proses
melaksanakan program KIA2M tersebut.
Tutorial
8/1/2011 24 Nordin Tahir
Rujukan
Abd. Rahim Abd. Rashid (2007), Profesionalisme Keguruan:
Prospek dan Cabaran, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Abdullah Sani Yahaya (2005), Mengurus Sekolah, Edisi Ke-3,
Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.
Appleton, K. & Kindt, I. (2002) Beginning elementary teachers
development as teachers of science. Journal of Science
Teacher Education, 13(1), 43-61.
Borich, G.D., & Tombari, M.L. (1997). Educational psychology:
A contemporary approach. New York: Longman.
Borich, G. D. (1993). Clearly outstanding: Making each day
count in your classroom. Boston: Allyn & Bacon
8/1/2011 25 Nordin Tahir
Carroll, J. (1963). A model of school learning. Teacher College Record, 64, 723-73.
Carroll J. (1989). The Carroll model: A25 years restrospective and prospective view.
Educational Reseacher, 18, 26-31.
Eugene, C. et al. (1994). The contribution of classroom observation to school effectiveness
research. Dalam E. Reynolds (Ed.), Advances in school effectiveness research and practice
(hlm. 133-149). London: Pergamon.
Fuller, F. F., Parsons, J. S., & Watkins, J. E. (1974), Concerns of Teachers: Research and
Reconceptualization, Paper Presented at The Annual Meeting of The American Education
Association, Chicago, IL.
Havelock, R. G. (1995), The Change Agents Guide, Edisi ke-2, Englewood Cliffs, NJ:
Educational Technology Publications.
Hiebert, J. et al. (1991). Fourth graders gradual constructions of decimal fractions during
instruction using different representation. Elementary School Journal, 97, 301-341.
Kallison, (1986). Effect of lesson organization achievement . American Educational
Research Journal, 23, 337-347.
King, D. & Menke, J. (1992). Providing the instructors note: An effective additional to student
notetaking. Educational Psychologist, 20,33-39.
Kozma, R. (1991). Learning with media. Review of Educational Research; 1, 179-211
Land, M. L. (1987), Vagueness and clarity. Dalam Dunkin (Ed.), International encyclopedia
of teaching and teacher education. N.Y:Pergamon.
8/1/2011 26 Nordin Tahir
Marliave, et al. (1978). Academic learning time and student achievement in the B-C
period for West Laboratory. Educational Research and Development, technical
Note, V-29.
Noran Fauziah Yaakub & Ahmad Mahdzan Ayob (1993), Guru dan Perguruan,
Edisi ke-2, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Omardin Ashaari (1998), Peranan, Tugas dan Tanggungjawab Guru Di Sekolah,
Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Shahril Marzuki (2005), Mengurus Kewangan Sekolah, Kuala Lumpur: PIS
Slavin, R. (1987). A theory of school and classroom organization. Eduational
Psychologist, 22, 89-108.
Slavin, R. (1994). A theory of school and classroom organization. Dalam R. Slavin,
(Ed.), School and Classrooom Organization. Hillsdale, NJ:Erlbaun.
Stringfield, S (1994). A model of elementary school effect. Dalam R. Reynolds,
(Ed.), Advances in school effectiveness research and practice. London: Pergamon.
8/1/2011 27 Nordin Tahir

Anda mungkin juga menyukai