Anda di halaman 1dari 1

MAKANAN TRADISI BAJAU : IKAN AMPAP

Masakan ampap merupakan masakan tradisi yang popular dalam kalangan suku kaum Bajau khususnya di Kota Belud, Sabah. Masakan ini menggunakan ikan kecil yang segar dikenali sebagai ikan basung di Sabah. Cara masakannya mudah sahaja. Hanya siang ikan dan bersihkan. Kemudian masukkan dalam periuk, letakkan air tetapi tidak perlu banyak hanya sedikit sahaja asalkan air sama rata dengan ikan. Selepas itu, letak beberapa asam keping, serbuk kunyit atau boleh menggunakan kunyit hidup yang dilumat, garam dan juga serbuk perasa secukupnya. Tidak lupa juga letak beberapa daun kunyit. Daun kunyit ini berfungsi memberi aroma wangi kunyit. Kemudian, rebus dan masak ikan tersebut. Letak cili padi jika mahukan rasa pedas dan letak sedikit minyak masak.

Anda mungkin juga menyukai