Anda di halaman 1dari 2

Ciri-ciri guru yang berkesan seringkali dipersoalkan tentang keberkesanannya oleh semua pihak.

kita sendiri menginginkan seorang guru yang berkesan dan cemerlang untuk mengajar anak-anak kita. Dibawah ada beberapa ciri-ciri guru yang berkesan.

1) Kecekapan Bidang Seseorang guru perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang mendalam tentang bidangnya. Pengetahuan yang mendalam membantu guru mengajar dengan penuh yakin. Guru yang mengetahui bidangnya dengan mendalam juga dapat mengawal kelas dengan baik kerana beliau dapat menggunakan kecekapan itu untuk merancang dan mengajar dengan baik.Selain itu, Guru juga perlu menyedari bahawa tidak semua yang dipelajari di pusat pengajian, dapat memenuhi keperluan di sekolah. Bagaimanapun, guru yang berkesan akan terus menerima tanggungjawab untuk mempelajari perkara yang beliau kurang mahir.

2) Kepelbagaian Kaedah Mengajar Kita juga tahu guru memerlukan kaedah yang belajar yang banyak keran tidak semua pelajar dapat menerima ilmu dengan cara yang sama.Pembelajaran pelajar akan berlaku dengan baik jika guru mengetahui kaedah yang sesuai dengan isi pelajaran. Kaedah pengajaran untuk mengajar teori adalah berbeza daripada kaedah untuk mengajar kemahiran. Oleh itu, guru perlu berkemahiran dalam pelbagai kaedah mengajar.

3) Penglibatan Pelajar dalam Pengajaran Guru yang berkesan sentiasa memikirkan bagaimana hendak melibatkan pelajar dalam pengajarannya. Penglibatan pelajar boleh meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar. Penglibatan ini adalah dalam bentuk aktiviti pembelajaran, penyoalan dan lain-lain. Guru yang berkesan

akan sentiasa sensitif dan prihatin dengan keperluan pelajar.Cara ini dapat menilai sama ada apa yang diajar oleh guru difahami oleh pelajar ataupun tidak.

4) Enthusiasm(Bersemangat) Untuk menjadi seorang guru yang berkesan dan cemerlang memerlukan guru yang berpewatakan yang yakin dan bersemangat.Guru yang bersemangat akan mempamerkan keyakinan dalam perkara yang hendak diajar. Guru berkenaan menunjukkan kesungguhan semasa mengajar melalui nada suara dan gerak geri yang menunjukkan bahawa perkara yang hendak diajar adalah penting dan menarik. Guru juga kelihatan bertenaga dan gembira semasa mengajar akan membuat pelajar tertarik dan bersemangat untuk belajar, disamping akan membuatkan pelajar menghormati guru.

5) Susunan dan Kejelasan Guru yang berkesan menyediakan objektif pengajaran dengan jelas.Sebagai guru bukan mudah untuk menjalankan tugas mengajar pelajar yang berbagai tingkah.Oleh itu, Guru perlu bijak menyusun isi pelajaran dan aktiviti pengajaran mengikut objektif berkenaan. Isi pelajaran juga disampaikan mengikut urutan dan penerangan guru jelas dan boleh difahami oleh pelajar. Ini seterusnya menyumbang kepada pencapaian pelajar yang cemerlang.

Anda mungkin juga menyukai