Anda di halaman 1dari 2

) Latar belakang kemunculan kerajaan Bani

Abbasiyah.
1. Pada peringkat akhir pemerintahan Bani Umaiyah, golongan Mawali (orang Islam
bukan arab seperti Parsi dan Barbar) merasa didiskrimisikan (tidak dapat jawatan dan
dikenakan cukai yang lebih tinggi).
2. Bani Umaiyah yang mentadbir pula mula mengabaikan ajaran Islam.
3. Kesannya golongan Mawali menyertai gerakan Abbasiyah.
4. Sistem warisan Umaiyah juga telah ditentnag oleh orang Islam Syiah dan Khawarij.
5. akhirnya gerakan Revolusi Abbasiyah berjaya menumbangkan kerajaan Bani
Umaiyah.
6. Gerakan ini dimulakan oleh Ali b. Abdullah secara sulit meneruskan kempen atas
nama Ahlul Bait (keluarga Nabi Muhammad s.a.w) agar mendapat sokongan.
7. Pusat operasi mereka di Khurasan, Kufah dan Humaimah.
8. Pahlawan Besar/Pemimpin terkenalnya ialah Abu Salamah(kufah) dan Abu
Muslim(khurasan).
9. Ketika pemerintahan Abu Jaafar al Mansur pusat pemerintahan kerajaan ini
berpindah dari Damsyik ke Baghdad.
10. Kerajaan ini berakhir apabila ditawan tentera Monggol yang diketuai oleh Hulagu
Khan.
11. Kerajaan ini mengamalkan sistem warisan atau monarki (pemerintahan keturunan
raja).
12. Nama kerajaan ini diambil sempena nama al abbas (bapa saudara Nabi
Muhammad s.a.w).

Langkah meningkatkan patriotism semangat cinta
akan Negara Malaysia
- memberikan penekanan tentang proses pemupukan semangat patriotik dari
bangku sekolah. Perkara ini membolehkan semangat patriotik sebati dalam diri pelajar
seperti kata peribahasa Melayu, melentur buluh, biarlah dari rebungnya

-membuat pengubahsuaian dan memberikan penekanan tentang aspek semangat
patriotik ini dalam kurikulum di sekolah dan di institusi pengajian tinggi. Sekiranya
perkara ini dilakukan, murid-murid akan memahami dan menghayati semangat patriotik
kerana aspek tersebut dipelajari dalam mata pelajaran tertentu
-kempen secara besar-besaran melalui media massa. Kempen-kempen yang
berkaitan dengan semangat patriotik ini akan memberikan kesedaran kepada
masyarakat tentang kepentingan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di
negara kita
-menjalankan aktiviti yang bersesuaian dengan usaha untuk meningkatkan semangat
patriotik dalam kalangan masyarakat agar dapat memupuk semangat ini. Aktiviti
tersebut boleh dijalankan di kampung-kampung dan juga di kawasan perumahan.
-contoh dan teladan daripada pemimpin-pemimpin negara dan pemimpin
masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. Dengan cara itu,
anggota masyarakat akan mencontohi pemimpin-pemimpin mereka yang memiliki
semangat patiotik yang tinggi.
-

Anda mungkin juga menyukai