Pembelajaran merupakan proses pemerolehan kebiasaan, pengetahuan
dan sikap. Ia melibatkan cara-cara baru untuk melakukan sesuatu kerja dan bertindak sebagai percubaan-percubaan induvidu mengatasi rintangan untuk menyesuaikan diri dalam suatu situasi baru. Pembelajaran biasanya diertikan sebagai perubahan- perubahan tingkah laku yang progresif. Ia membolehkan induvidu-induvidu tersebut memenuhi minat mereka dan mencapai matlamat tertentu.
Pembelajaran merupakan semua perubahan atau penyesuaian semula tingkah
laku manusia akibat latihan dan pemerolehan pengalaman. Pembelajaran adalah proses yang boleh menghasilkan perubahan pada tingkah laku akibat berlakunya tindak balas terhadap keadaan atau persekitaran. pembelajaran menggalakkan pemerolehan pengetahuan dan kemahiran dan ini dilakukan melalui satu perlakuan dan teknik tertentu yang bersifat saintifik dan sistematik. Dalam proses pembelajaran formal, ia melibatkan pelbagai kegiatan umpamanya memerhati, meninjau, membaca, menyoal, memahami, mengingati, menyemak dan sebagainya.
Kimble (1961) menyebut bahawa pembelajaran ialah perubahan potensi
tingkah laku yang lebih kurang tetap dan yang berlaku akibat latihan yang diteguhkan. Kenyataan ini menggambarkan kepada kita bahawa pembelajaran menghasilkan perubahan tingkah laku pada setiap kali hasil pembelajaran itu diperlihatkan, ia haruslah merupakan tingkah laku yang dapat diperhatikan. Selain itu, perubahan tingkah laku itu bukan sementara sifatnya. Ia harus dikekalkan melalui latihan-latihan yang diteguhkan.
Menurut Robert M. Gagne, pembelajaran adalah perubahan tingkah laku
atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang berlaku disebabkan oleh proses pertumbuhan semula jadi. Hal ini dipersetujui oleh Morgan dan King yang menganggap pembelajaran itu sebagai apa saja tingkah laku yang kekal yang telah diperoleh atau latihan yang telah dijalani. Pemilihan konsep ini adalah berdasarkan kesesuaiannya dalam pengajaran kepelbagaian pelajar yang melibatkan idea atau atucara yang belum lagi diketahui oleh induvidu atau pelajar. Sebarang penggunaan tenaga untuk pembelajaran bahan baru, penyelesaian kepada sesuatu masalah, dapatan terhadap perhubungan-perhubungan baru atau gerak kerja yang berfaedah boleh di anggap sebagai belajar. Dalam sesuatu proses pembelajaran, seseorang itu mungkin mendapat nilai-nilai lain selain yang utama dan dikehendakinya pada masa itu.