Anda di halaman 1dari 19

15

TOKOH
PERIWAYAT
HADITH

16

TOKOH PERIWAYAT HADITH
Pengenalan Generasi Para Perawi
Para muhaddithin hampir bersetuju bahawa tabaqat merupakan golongan yang sama
dari sudut usia dan perjumpaan dengan guru. Apabila mereka membahagikan perawi
kepada tabaqat yakni generasi maka ia sudah pasti dimaksudkan dengan pembahagian
dari sudut istilah. Ada muhaddithin yang mengatakan bahawa para sahabat sebagai
generasi pertama diikuti dengan para tabiiin dan para perawi sebagai generasi yang
ketiga.
Menurut Ibn Hahar al Asqalani, terdapat 12 pembagian tabaqat yang terdiri daripada
perawi yang namanya pernah tercatat dalam Kitab Sittah iaitu:
Pertama : Para sahabat yang terdiri daripada pelbagai kategori
Kedua : Tabaqat Kibar tabiin, seperti Said bin al Musayyab
Ketiga : Tabaqat Wusta (pertengahan) daripada kalangan tabiin, seperti al
Hasan dan Ibn Sirin
Keempat : Tabaqat selepas tabaqat wusta kebanyakan riwayat tabaqat ini
diambil daipada tabiin juga seperti al Zuhri dan Qatadah.
Kelima :Tabaqat al Sughra daripada kalangan tabiin. Ada di antara
mereka tidak thabit mendengar hadith daripada sahabat.
Keenam :Tabaqat yang hidup sezaman dengan tabaqat kelima tetapi
mereka tidak thabit berjumpa dengan mana mana sahabat seperti Ibn Juraij.
Ketujuh :Tabaqat Kibar tabi al Tabiin seperti Malik bin Anas dan Sufyan al
Thauri.
Kelapan :Tabaqat Wusta (pertengahan) daripada kalangan Tabi al Tabiin
seperti Ibn Uyainah dan Ibn Ulayyah.
Kesembilan :Tabaqat Sughra daripada kalangan tabi al tabiin seperi Abu Daud
al Tyalisi dan al Syafie.
Kesepuluh :Tabaqat Kibar yang mengambil hadith daripada atba al tabiin.
Tetapi mereka tidak sempat berjumpa dengan tabiin seperti Ahmad bin Hanbal
17

Kesebelas :Tabaqat Wusta daripada kalangan tabaqat kesepuluh seperti al
Zuhli dan al Bukhari.
Keduabelas :Tabaqat sighar yang mengambil hadith daripada atba al tabiin
seperti al Tirmizi.

Dengan mengetahui tabaqat tabaqat ini kita dapat menghilangkan kesamaran
dan menghindarkan berlakunya percampuran antara nama dan gelaran berdekatan
dan dapat menolong pengkritik bagi mengenalpasti bentuk bentuk tadlis, intiqa
dan irsal. Maka perlunya disenaraikan beberapa tabaqat yang penting dan
menyebut latar belakang beberapa perawi yang masyur pada setiap tabaqat ini.

Tokoh Perawi Hadith
1. Abu Hurairah (Tabaqat pertama: Para sahabat)
Beliau merupakan sahabat yang paling banyak meriwayatkan hadith berbanding
dengan sahabat yang lain. Seorang perawi hadith iaitu Baqiy bin Mukhallad
telah meriwayatkan hadith sebanyak 5374 daripada Abu Hurairah.
Abu Hurairah digelar sedemikian kerana pada hari baginda Rasulullah
melihat beliau membawa seekor anak kucing kecil. Kemudian, Rasulullah
memberikan gelaran tersebut kepada beliau sebagai tanda kasih sayang
sehinggalah nama sebenar beliau iaitu Abdurrahman bin Sakhr al Dausi yang
berasal daripada keturunan al Azdi jarang disebut. Abu Hurairah telah memeluk
Islam pada tahun 7 Hijrah iaitu pada peperangan Khaibar. Menurut pendapat
yang paling rajih, beliau meninggal dunia di al Aqiq pada tahun 57 Hijrah. Allah
S.W.T telah menerima doa Rasulullah s.a.w supaya dikurniakan hafalan yang
kuat kepada Abu Hurairah. Ini menunjukkan beliau merupakan orang yang
paling banyak menghafal hadith daripada para sahabat. Al Syaikhan dan al
Tirmizi telah meriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa beliau pernah
berkata: Aku mendengar banyak hadith daripada engkau tetapi tidak dapat
mengingatinya. Rasulullah s.a.w berkata kepadanya: Hamparkan kain lepas
18

engkau itu. Lalu aku pun menghamparkan. Sesudah itu Baginda bercakap
panjang kepadaku dan aku tidak lupa satu pun daripada apa yang dicakapkan
oleh Baginda.
Selain bersifat warak, takwa dan zuhud, Abu Hurairah juga merupakan
seorang yang periang, suka berjenaka dan bergurau senda. Apabila melintasi
sekumpulan kanak kanak, beliau akan mengetawakan mereka. Apabila
berjumpa dengan orang ramai di pecan beliau akan menceritakan sesuatu yang
boleh membuatkan orang terhibur. Apabila keseorangan beliau akan
bersembahyang tahajjud sepanjang malam dalam keadaan kusyuk dan zuhud.
Beliau merupakan pegawai di al Bahrain pada zaman Khalifah Umar al
Khattab. Kemudian, Umar memecatnya daripada jawatan tersebut. Ada riwayat
yang mengatakan bahawa pada zaman pemerintahannya Ali bercadang hendak
melantik beliau sebagai pegawai tetapi Abu Hurairah enggan menerimanya.
Kemudian, pada zaman pemerintahan Muawiyyah, Abu Hurairah dilantik sebagai
gebenor negeri Madinah.
Umar yang bersifat tegas dalam periwayatan hadith Nabi S.A.W tidak
bersetuju dengan Abu Hurairah yang banyak meriwayatkan hadith daripada Nabi
dan berkata kepada beliau: Hendaklaha engkau meninggalkan perbuatan
meriwayatkan hadith atau aku akan menghantar engkau ke bumi Daus,
sehinggalah Abu Hurairah meriwayatkan kepadanya hadith Nabi s.a.w yang
bermaksud: Barang siapa yang membuat angkara dusta ke atas aku, maka
hendaklah ia mengambil tempatnya di dalam neraka di akhirat nanti. Maka
Umar telah membenarkan beliau meriwayatkan hadith Rasulullah.

Syubah bin al Hajaj mengingatkan bahawa Abu Hurairah telah
meriwayatkan hadith daripada Kaab dan Rasulullah s.a.w. Beliau tidak
membezakan antara kedua dua riwayat tersebut dan berdasarkan kepada
inilah Syubah telah menuduh Abu Hurairah sebagai tadlis (melakukan
penyelewangan. Namun demikian Bisy bin Said tidak bersetuju dengan tuduhan
Syubah tentang Abu Hurairah. Beliau menolak dengan sekeras kerasnya
dengan berkata: Hendaklah kamu bertakwa kepada Allah dan menjaga hadith.
19

Demi Allah sebenarnya aku tahu yang kita bersama Abu Hurairah dan beliau
telah meriwayatkan hadith daripada Kaab al Ahbar kemudian membaikinya. Aku
mendengar sebahagiannya yang mana menjadikan hadith Rasulullah s.a.w
darioada Kaab dan hadith Kaab daripada Rasulullah. Ini bermakna sekiranya
wujud tadlis maka ia bukan dilakukan oleh Abu Hurairah sebaliknya dilakukan
oleh orang yang meriwayatkan hadith daripada beliau.
Memadailah dengan pengakuan yang dibuat oleh Imam as Syafie yang
bermaksud: Abu Hurairah adalah antara perawi yang pengingat dibandingkan
dengan perawi yang lain. Salim Abu al Zaaizah gabenor dan jurutulis kepada
Marwan al Hakam pernah meriwayatkan: Bahawa Abu Marwan bin al Hakam
telah menjemput Abu Hurairah dan beliau telah dipersilakan Abu Hurairah untuk
duduk di sebelah katilnya. Abu Marwan mula bertanya kepadanya dan aku mula
mencatatnya. Apabila awal tahun (hadapan) beliau menjemput Abu Hurairah
dan memintanya duduk di balik tabir dan lalu Marwan akan bertanyakan tentang
kitab yang ditulisnya sebelum itu. Beliau tidak menambah atau mengurangkan
sesuatu atau tidak menukarkan kedudukan ayat pun.
Antara sumbangan Abu Hurairah ialah beliau telah meriwayatkan hadith
daripada Nabi s.a.w, Abu Bakar, Umar, Uthman, Ubay bin Kaab, Usamah bin
Zaid, Aisyah dan para sahabat yang lain. Manakala perawi yang meriwayatkan
hadith daripada beliau baik daripada sahabat mahpun tabiin berjumlah seramai
800 orang. Antara sahabat yang telah meriwayatkan hadith daripada Abu
Hurairah ialah Abdullah bin Abbas, Abdullah bin Umar, Jabir bin Abdullah dan
Anas Bin Malik. Tabiin yang meriwayatkan hadith daripada beliau ialah Said bin
al Musayyab, Ibn Sirin, Akramah, Ata, Mujahid dan al Syabi.
Antara sanad beliau yang paling sahih ialah melalui Ibn Syihab al Zuhri
daripada Said bin Musayyab yang diambil daripadanya. Manakal yang paling daif
ialah melaluial Sariy bin Sulaiman daripada Daud bin Yazid al Audi daripada
bapanya Yazid daripada Abu Hurairah.
2. Imam al Bukhari (Atba Atba al Tabiin)
20

Beliau merupakan seorang imam yang hafiz lagi dhabit. Nama beliau yang
sebenar ialah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim yang dikurniakan gelaran Abu
Abdillah. Beliau telah mula menghafal hadith sebelum umurnya berusia 10 tahun
dan telah mencatat hadith lebih daripada 1000 orang guru. Beliau telah
menghafal sebanyak 100 000 buah hadith sahih dan 200 000 buah hadith yang
tidak sahih. Antara kitab yang paling unggul yang dikarang ialah al Jami al
Sahih. Kitab ini merupakan kitab yang paling sahih selepas al Quran. Beliau
telah membacakan hadith itu sebanyak 70 000 buah hadith. Pengumpulan
hadith hadith tersebut oleh Imam Bukhari telah mengambil masa selama 16
tahun. Para huffaz telah membuat kritikan ke atas sebahagian hadithnya dan
para ulama telah mempertikaikan 110 buah hadith yang dikeluarkan oleh al
Bukhari, 32 buah hadith yang dikeluarkan oleh Muslim manakala yang baki 78
buah hadith dikeluarkan oleh al Bukhari. Ibn Hajar al Asqalani berpendapat:
Kesemua hadith yang dipertikaikan itu bukanlah mempunyai illah qadihah (illah
yang mencacatkan) malahan kebanyakannya mempunyai jawapan yang
mensamarkan muhtamal (mensamarkan). Maka memberi jawapan yang begitu
mudah terhadap hadith hadith yang berkenaan adalah menyimpang.
Sahih al Bukhari mempunyai syarah yang begitu banyak. Sebahagiannya
disebutkan oleh pengarang kitab Kasyf al Zunun sebanyak 82 buah syarah.
Antara syarah syarahnya yang paling utama adalah Fath al Bari oleh Ibn Hajar
al Asqalani, Irsyad al Syari oleh al Qastalani dan Umdah al Qari oleh al Alni.
Karangan al Bukhari juga begitu banyak sekali. Antaranya ialah Tarikh al
Kabir, al Ausat dan al Asghar, Kitab al Kuna, Kitab al Wufdan, Kitab al Adab, AL
Mufrad dan Kitab al Duafa. Al Tirmizi pernah menegaskan: Aku tidak
mengetahui orang yang lebih alim dalam bidang ilal al hadith dan rijalnya selain
al Bukhari. Ibn Khuzamah juga pernah berkata: Aku tidak tahu orang yang
paling alim di bawah bumbung langit ini dalam bidang hadith Rasulullah s.a.w
selain Muhammad Bin Ismail al Bukhari. Muslim bin al Hajjaj pernah
mengunjungi al Bukhari dan megucup dahinya sambil berkata: Beri peluang
kepadaku untuk mengucup kedua dua tapak kakimu wahai ustaz,penghulu
ulama hadith dan pakar hadith dalam bidang ilmu illah.
21

Dalam perbahasan mengenai al Hadith al Maqlub, ulama Baghdad telah
mengubah sebanyak 100 buah hadith dan mengemukakannya kepada al Bukhari
lalu beliau menyusun semula matan matan hadith berkenaan kepada
sanadnya yang sebenar dan setiap sanad hadith kepada matannya yang
sebenar. Hal ini telah mengkagumkan para ulama terhadap hafalan dan ingatan
Imam al Bukhari. Untuk mencatat dan menghafal hadith, al Bukhari telah keluar
menjelajahi bumi Syam, Mesir, Baghdad, Kufah, Jazirah, Hijaz dan Basrah.
Imam al Bukhari pernah meriwayatkan hadith daripada al Dahdak bin
Mukhlad Abi Asim al Nabil, Makki bin Ibrahim al Hanzali, Ubaidillah bin Musa al
Abasi, Abdul Quddus bin al Hajjaj, Muhammad bin Abdullah al Ansari dan lain
lain. Manakala yang meriwayatkan hadith daripada beliau begitu ramai. Antara
yang termashyur ialah al Tirmizi, Muslim, al Nassai, Ibrahim bin Ishaq al Harri
dan Muhammad bin Ahmad al Dulabi dan orang yang meriwayatkan Sahih
daripada beliau ialah Marsur bin Muhammad al Bazudi yang meninggal dunia
pada tahun 329 Hijrah.
Imam al Bukhari telah dilahirkan pada tahun 194 Hijrah dan meninggal
dunia pada tahun 256 Hijrah di kampung Samarqand yang bernama Khartank.














22




HADITH
PALSU


23

HADITH PALSU (HADITH MAUDHU)
Pengenalan
Sejelek jelek dan seburuk buruk hadith ialah Hadith Maudhu iaitu hadith palsu atau
hadith yang didustakan kepada Rasulullah s.aw. baik dari segi ucapan, perbuatan
mahupun perakuannya. Hadith tersebut dikenal sebagai Maudhu kerana pengakuan
perbuatannya sendiri atau kerana orang yang berkenaan sangat terkenal dustanya dan
pembuat hadith palsu. Maka, para ulama telahpun mengenal pasti dan menyenaraikan
berpuluh puluh bahkan beratus ratus nama orang pembohong dan pembuat hadith
palsu. Justeru, hadith yang diterima daripada mereka dikenali sebagai hadith Maudhu
kecuali apabila ada mutabi atau syahidnya dari riwayat perawi lain yang thiqah.
Susur Galur Hadith Palsu
Pembuatan hadith palsu ini telah pun bermula setelah Rasulullah s.a.w.
meninggal dunia dan berlakunya pergolakan dan pertentangan politik dan kemudian
telah berkembang melalui arus politik, asabiyyah, fanatik mazhan dan lain lain.
Perkara ini telah dilakukan oleh orang Islam sendiri yang lemah imannya dan juga oleh
orang orang munafiqin dan kafir zindik. Pada dasarnya faktor faktor yang
menyebabkan lahirnya Hadith Maudhu itu adalah seperti yang berikut:
1. Politk:
Setelah Rasulullah wafat terjadi perpecahan dalam kalangan umat Islam kerana
terdapat perbezaan pendapat mengenai jabatan Khalifah iaitu tentang siapa
yang lebih berhak menjawat jawatan yang sangat penting itu. Kemudian
golongan jumhur ulama telah melantik Abu Bakar r.a manakala pengikut
pengikut Ali dengan tegas mengatakan bahawa Alilah yang lebih berhak
memegang jawatan itu kerana dialah yang lebih layak dan lebih utama dari orang
orang lain. Hal ini kerana mereka mengatakan perkara ini telah diwasiatkan
oleh Rasulullah s.aw sendiri sebelum baginda wafat. Mereka mengatakan
bahawa melantik orang lain menjadi khalifah bererti merampas hak Ali yang sah.
Bagi menguatkan hujjah hujjah inilah dibuat beberapa hadith yang menyatakan
keutamaan Ali Bin Abi Thalib. Antaranya ialah :
24

a) Apabila kamu melihat Muawiyyah di atas mimbarku, maka bunuhlah dia
Golongan jumhur ulama juga tidak ketinggalan dalam membuat hadith palsu bagi
mempertahankan kedudukan mereka. Di antaranya ialah:
Tidak ada satu pohon pun dalam syurga kecuali tertulis atas tiap tiap daunnya
Tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah, Abu Bakar ash
siddiq, Umar al Faruq dan Uthman zun Nurain).
2. Asabiyyah
Islam sangat menentang semangat asaniyyah dan berjaya menyatukan manusia
daripada gerigi asabiyyaj itu dengan iman dan ukhuwwah. Dalam ajaran Islam,
semua manusia adalah sama dan tidak ada yang lebuh utama melainkan
keimanan dan ketakwaan kepada Allah dan Rasul. Setelah Nabi Muhammad
wafat, semangat asabiyyah jahiliyyah telah timbuk kembali. Pada mulanya
antara golongan Ansar dan Muhajirin kemudian berkembang antara kabilah
Amawiah dan Hasyimiah dan Abbasiah dan kemudiannya antara bangsa Arab
dan bangsa Parsi.
Golongan yang fanatik kepada kabilah Umayyah antaranya membuat
hadith:
a) Orang orang yang kepercayaan itu ada tiga orang: Aku (Muhammad), Jibril
dan Muawiyyah)
Golongan yang fanatik kepada golongan Hasyimiah dan Abbasiah membuat
hadith hadith di antaranya:
b) Akulah kota ilmu dan Ali adalah pintunya
c) Abbas itu ialah orang yang memelihara wasiatku dan ahli warisku
Golongan fanatik Parsi pula antaranya membuat hadith:
d) Bahawasanya Allah itu apabila Dia rela menurunkan wahyu dengan bahasa
Parsi dan apabila Dia murka Dia menurunkan wahyu dengan bahasa Arab.

3. Fanatik terhadap Mazhab
25

Perbezaan pendapat mengenai hukum hukum fiqh akhirnya telah menimbulkan
fanatik mazhab yang membuta tuli sehinggalah mereka sanggup membuat
hadith hadith palsu.
Golongan yang fanatik kepada mazhab Hanafi membuat hadith hadith
antaranya:
a) Akan ada seorang lelaki dalam umatku yang dipanggil Abu Hanifah an
Numan bin Tabit dan dia adalah suluh umatku

Golongan yang fanatik kepada mazhab Syafie pula membuat hadith:
b) Aku (Muhammad) beriman kepada Jibrail di sisi Kaabah, maka ia
mengeraskan bacaan Basmallah.

Orang yang fanatik kepada mazhab Hanafi pula membuat hadith:
c) Barangsiapa yang mengangkat kedua tangannya, maka tiadalah solat
baginya
4. Golongan zindiq dan munafiq
Ramai orang yang memeluk Islam secara bepura pura disebabkan oleh rasa
takut, mengikut orang ramai atau kerana sesuatu kepentingan sendiri yakni
kepentingan duniawi. Golongan ini terutamanya golongan zindiq dan munafiq
telah memusuhi Islam secara senyap dari dalam. Mereka berusaha merosakkan
Islam dari dalam dengan membuat banyak hadith palsu. Golongan ini dikatakan
telah menghasilakn 14 ribu hadith palsu. Abdul Karim bin al Auja sahaja
mengaku telah membuat empat ribu hadith mengenai halal dan haram.
Antara hadith yang telah mereka buat ialah:
a) (Aku (Muhammad) adalah penyudah segala Nabi, tiada Nabi lagi sesudahku
kecuali jika dikehendaki Allah)
b) (Melihat kepada muka yang cantik itu adalah suatu ibadah)
c) (Bahawasanya Allah takala ia menjadikan huruf huruf, bersujudlah huruf
Ba dan tegak berdirilah huruf Alif)

5. Ahli ahli Bidah
26

Terdapat segolongan yang sesat yang berpendapat dan mengatakan bahawa
hadith hadith boleh dibuat untuk menarik orang untuk beribadat. Mereka
mengatakan berdusta kerana kebaikan dibolehkan. Oleh kerana itu golongan al
Karamiah iaitu pengikut Muhammad bin Karram as Sajistani telah membuat
hadith hadith mengenai targhib dan tarhib dan Fadhailul Akmal. Nuh bin Abi
Maryam dan Ghulam al Ghalil membuat hadith hadith mengenai keutamaan
surah surah dalam al Quran. Justeru, banyak tersebar dalam masyarakat
Islam hadith mengenai keutamaan amal dan berlaku banyak amalan bidah yang
sumbernya bukanlah berasal dari Sunnah Rasulullah.

6. Golongan Sufi yang Keliru/Sesat
Terdapat golongan sufi yang terlibat dengan pembuatan dan mengamalkan
hadith hadith palsu. Antaranya ialah hadith hadith mengenai keutamaan
surah surah al Quran satu persatu yang diriwayatkan dari Ubai bin Kaab.
Muammal bin Ismail telah melakukan satu kajian yang teliti di mana
beliau telah menemui orang yang membuatnya. Kata beliau: Aku telah
diriwayatkan Hadith ini oleh seorang Sheikh, lalu aku bertanya: Sapakah yang
meriwayatkan hadith ini kepada anda? Syeikh itu menjawab: Seorang lelaki di
Madain, dia masih hidup. Aku pergi menemui lelaki itu lalu bertanya: Siapakah
yang meriwayatkan hadith ini kepada anda? Orang itu menjawab: Saya telah
diberitahu oleh seorang Sheikh di Wasith. Aku pergi menemuinya dan bertanya:
Siapakah yang meriwayatkan hadith ini kepada anda? Dia menjawab: Seorang
Sheikh di Abadan. Aku pergi menemuinya Sheikh itu bersama sama dengan
Sheikh dari Basrah tadi. Dia memegang tanganku lalu membawaku masuk ke
dalam sebuah rumah, tiba tiba aku dapati kaum Sufi yang berada dalam rumah
itu dan bersama sama mereka ada seorang Sheikh mereka. Aku bertanya:
Siapakah yang meriwayatkan hadith itu kepada anda? Sheikh itu menjawab:
Tiada sesiapapun yang meriwayatkan hadith itu kepadaku, tetapi kami telah
melihat manusia telah jauh dari al Quran lantas kami buatlah hadith ini untuk
mereka bagi memalingkan hati mereka kepada al Quran.

27

7. Ulama As Su
Ada antara ulama yang dinamakan sebagai ulama As Su iaitu ulama duniawi
yang sanggup menjual agama dengan dunia dengan harga yang murah, suka
mengampu penguasa lalu memutarbelitkan kebenaran dengan membuat hadith
hadith kerana kepentingan dunia di mana bertujuan mendekatkan diri dengan
para penguasa.
Ghiath bin Ibrahim An Nakhaie al Kufi pada suatu hari datang berkunjung
ke istana al Mahdi. Pada waktu itu al Mahdi sedang bermain burung merpati
kerana beliau sangat suka dengan burung burung merpati. Ghiath pun
berkata:
Rasulullah bersabda yang bermaksud:
Tidak ada pertaruahn melainkan pada anak panahm unta atau kuda atau
burung
Hadith yang dibawakan oleh Ghiath tersebut benar tetapi dia menambah
perkataan atau burung dengan tujuan membodek al Mahdi. Al Mahdi yang
memahami maksud Ghiath lalu memberikan Ghiath hadiah dan setelah Ghiath
pergi, al Mahdi berkata: Aku naik saksi atas engkau bahawa engkau adalah
seorang pendusta terhadap Rasul. Dan kemudian berkata: Akulah yang
mendorongnya berbuat demikian. Al Mahdi kemudian menyuruh burung itu
disembelih.

8. Tukang tukang cerita
Penglipur lara banyak mencipta hadith palsu yang mempunyai kisah yang ajaib
dan aneh bagi menarik perhatian orang.

9. Orang orang yang Mencari Rezeki
Hadith hadith juga dibuat bagi melariskan barang barang jualan atau bagi
menarik sumber rezekinya supaya banyak. Antara hadith yang telah dibuat
ialah:
28

Saya mengadu kepada Jibrail kerana tidak kuat bersetubuh, maka ia
menyuruhku supaya memakan bubur Harisah.
Dan termasuk juga orang yang ingin melariksan doa doanya seperti doa
Ukasyah , dia Nifsu Syaban, doa bulan Rejab dan lain lain lagi. Hadith seperti ini
ada dalam risalah megenai doa dan dicampuraduk dan dicetak antara surah surah
al Quran dan hadith palsu.
10. Orang orang yang Mencari Nama
Terdapat segolongan manusia yang ingin mencari nama sebagai perawi hadith
yang banyak meriwayatkan hadith dan hal ini telah mendorong mereka membuat
hadith palsu tanpa menghiraukan akibat dan implikasinya kepada umat Islam
dan Islam sendiri.

Ciri ciri dan Kaedah Menentukan Hadith Palsu
Pakar hadith telah menggariskan suatu kaedah yang sangat teliti bagi membezakan
riwayat yang sahih dengan yang dicipta. Ia mempunyai pelbagai kaedah dan yang
sangat mashyur mempunyai lima kaedah iaitu:
Kaedah Pertama:
Pengakuan yang dibuat oleh seseorang bahawa dialah pereka hadith seperti yang
pernah dilakukan oleh Abu Usmah Nuh bin Abi Maryam. Beliau mengakui beliau telah
mencipta hadith hadith yang berkaitan dengan kelebihan kelebihan surah daripada
al Quran dengan berasaskan sanad Ibn Abbas.

Kaedah Kedua:
Terdapat kesilapan dari sudut struktur ayat atau kecacatan dari sudut makna pada
hadith berkenaan. Hal ini kerana perkara ini tidak mungkin datang daripada Nabi
S.A.W sebagai seorang yang begitu fasih dengan bahasa Arab. Kaedah ini sangat
29

mudah dikesan oleh mereka yang mahir dalam bidang ilmu hadith. Oleh kerana itu,
hadith tersebut boleh dikategorikan sebagai hadith maudu.
Para pengkritik hadith mengutamakan kecacatan dari segi makna daripada kecacatan
dari segi lafaz kerana kerosakan makna sesuatu perkara yang sangat jelas
menunjukkan hadith berkenaan adalah sebagai maudu. Ibn Hajar pernaha berkata:
Asas kecacatan dilihat dari sudut makna. Sekiranya terdapat kecacatan seperti itu
maka menunjukkan hadith berkenaan adalah hadith maudu, walaupun ia tidak disertai
dengan kecacatan dari sudut lafaz.
Kaedah ketiga:
Hadith bertentangan dengan akal fikiran atau pancaindera dan tidak dapat ditafsirkan.
Kaedah keempat:
Makna kepada hadith mempunyai seksaan yang amat berat akibat perbuatan yang kecil
atau mengandungi ganjaran pahala yang sangat besar bagi perbuatan yang kecil.
Contohnya kekal dalam syurga yang mana air sungainya sentiasa mengalir dan
perbuatan sunat atau meninggalkan perbuatan makruh. Contoh lain ialah kekal dalam
neraka hanya kerana meninggalkan perbuatan sunat atau melakukan perbuatan
makruh.

Kaedah kelima:
Pencipta hadith berkenaan terkenal sebagai seorang pendusta dan penglibatannya
terhadap agama tidak ketara Beliau juga tidak segan silu mencipta matan dan sanad
hadith semata mata demi kepentingan peribadi
Ciri ciri lain:
Hadith tersebut bercanggah dengan ajaran al Quran ataupun hadith yang sabt
daripada Rasulullah S.A.W. Contohnya hadith palsu mengenai Anak zina tidak
akan masuk syurga sampai tujuh keturunan yang bercanggah dengan firman
Allah S.W.T : Dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh tiap tiap seorang
30

melainkan orang itulah sahaja yang menanggung dosanya dan seseorang yang
boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa
usahanya sahaja) (AL Anaam :164)
Hadith yang bertentangan dengan logik akal dan nilai nilai keilmuan seperti
hadith palsu dengan lafaz: Bahawasanya bumi ini di atas batu hampar dan batu
hampar di atas tanduk lembu, maka apabila lembu jantan itu menggerakkan
tanduknya bergeraklah batu hampur itu.
Matan hadith berkenaan mencemari sifat sifat Allah yang maha sempurna dari
sebarang bentuk kecacatan dan tidak menyerupai makhluknya seperti hadith
palsu: Bahawasanya Allah S.W.T menciptakan kuda lalu dipacunya kuda itu
hingga berpeluh, maka Dia menciptakan dirinya dari kuda itu
Hadith yang menunjukkan amal ibadah yang melampau dan menyusahkan
contohnya solat tanpa henti semalaman dan memiliki jumlah rakaat ratusan
bahkan mencecah ribuan seperti solat al Raghaaib pada hari Jumaat yang
pertama dalam bulan Rejab.
Hadith yang menunjukkan sifat perkauman serta mencela kaum yang lain seperti
hadith palsu: Rasulullah melihat makanan, lantas baginda bersabda: Milik siapa
ini? Al-Abbas berkata: Milik orang-orang Habsyah, (makanan) milik mereka.
Rasulullah bersabda: Jangan kamu lakukan (berikan), Sesungguhnya mereka
jika lapar akan mencuri dan jika kenyang akan berzina.

Kesan Hadith Palsu kepada Masyarakat
Membicarakan kesan penyebaran hadith palsu kepada masyarakat, Dr.Fauzi dalam
majalah Al Islam keluaran Ogos 2011 menjelaskan bahawa penyebaran hadith palsu ini
boleh membawa kepada kesan yang amat besar kepada umat Islam meliputi semua
asple terutama dari segi akidah, syariat, ibadat dan sebagainya. Sebagai contoh,
banyak hadith palsu yang berkait dengan soal akidah yang bukan berpandukan ajaran
Isalam antaranya hadith yang bermaksud, Sekiranya kamu beriktikad pada sesuatu
batu maka batu itu akan beri manfaat kepada kamu. Jelas terhadap penyelewengan
31

akidah dan mampu merosakkan akidah kerana terdapat ciri ciri penyembahan berhala
dalam hadith ini.
Selain itu, terdapat banyak hadith yang berunsur bidaah dalam ibadat dan kelebihan
kelebihan amalan yang menjadi amalan kebiasaan umat Islam negara kita. Hal ini akan
menjadikan umat Islam menjadi malas untuk melakukan ibadat kerana menumpukan
hari dan bulan bulan tertentu bagi mengharap ganjaran dan pahala yang besar.
Selain itu, hadith palsu boleh menyebabkan umat Islam menjadi lemah dan
mundur kerana ada hadith hadith yang menolak keduniaan. Hal ini akan melemahkan
status umat Islam dan tidak dapat bersaing dengan penganut ajaran lain dalam semua
aspek kehidupan kerana lebih mengutamakan akhirat dan mengabaikan perkara
perkara keduniaan.
Hadith palsu juga melemahkan akal fikiran kerana terlalu mengambil berat
perkara yang tidak ada kepentingan dan faedah kepadanya di samping boleh
merosakkan kepercayaan dan melemahkan apa yang ada dalam al Quran dan hadith
sahih. Paling malang, perkara ini membawa kekeliruan pemikiran kepada umat Islam
yang akhirnya menjurus pada perpecahan umat Islam.
Hadith palsu juga menjatuhkan nilai kewibawaan agaman kerana kandungan
dalam hadith palsu menjadikan Islam sebagai bahan sendaan dan rekaan semata
mata. Ini berlaku apabila rekaan hadith palsu dengan sebenar. Contohnya:
Sesiapa yang solat dhuha sekian rakaat, maka dia diberi pahala sebanyak 70
para nabi.
Hadith ini jelas telah merendah dan menjatuhkan martabat ketinggian para nabi kerana
menyamakan pahala para nabi dengan hanya solat beberapa rakaat sahaja. Hadith
palsu ini menyebabkan manusia akan menyangka bahawa pahalanya sudah banyak
kerana menyamai pahala para nabi dan sudah tentu akan masuk syurga, maka
kesannya umat Islam akan meninggalkan amal ibadah yang lain.
Hadith palsu juga merupakan punca berlakunya percambahan pemikiran sesat
dalam kalangan masyarakat. Banyak hadith palsu yang direka demi penyokong aliran,
32

pegangan, pemimpin dan mazhab seperti golongan syiah. Golongan syiah sangat
terkenal dengan penciptaan hadith hadith palsu dengan kelebihan Ali. Contoh hadith
ialah:
Sesiapa yang suka hidup seperti hidupku, mati seperti matiku dan tinggal di
syurga Adn yang ditanam oleh Tuhanku, maka hendaklah mengangkat Ali selepasku.
Juga mengangkat penggantinga. Hendaklah mengikut para imam selepasku kerana
sesungguhnya asal usulku, direzekikan kefahaman dan ilmu. Celakalah dan
memutuskan hubungan denganku. Semoga Allah tidak memberikan mereka syafaat..
Hadith seperti ini hanya akan mengembangkan fahaman syiah semata mata dalam
kalangan masyarakat.
Seterusnya, kesan hadith palsu ini kepada masyarakat ialah memaling manusia
daripada pelbagai sunnah yang sahih. Hal ini kerana, umat Islam beramal dengan
hadith palsu maka secara tidak langsung hadith sahih dan sunnah nabi ditinggalkan.












33




RUJUKAN
Ali, A. Y. (1989). Silsilah Ulama Tafsir Al Imam Ibni Kathir Ar Razi At Tabari Az
Zamakhsyari Al- Aalussi Al Qurtubi. Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara.
Idris, D. A. (1996). Himpunan Hadis Dha'if dan Maudhu' . Kuala Lumpur: Al Hidayah
Publisher.
Nevawan, T. (2005, September 31). Modul Musthala Hadits. Didapatkan dari
http://alhikmah.ac.id/wp-content/uploads/2011/06/Musthalah-Hadits.pdf
Qathan, M. K. (2006). Cara Mudah Memahami Ilmu - Ilmu Hadith. Kuala Lumpur:
Pustaka Jiwa Sdn.Bhd.
Rahman, A. N. (2011). Hadis Palsu Ramai yang Tertipu! In Majalal Al Islam (pp. 18-21).
Kuala Lumpur: Utusan Karya Sdn.Bhd.
Salih, S. (1996). Ilmu Hadith Satu Pengenalan dan Kajian. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai