Anda di halaman 1dari 175

BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

APAKAH ITU PERTOLONGAN CEMAS ?



Pertolongan Cemas ialah bantuan
yang diberi kepada mangsa, yang
cedera, sebelum kedatangan pakar
atau sebelum hantar ke klinik atau
hospital.
PRINSIP PERTOLONGAN CEMAS.

1. Menyelamatkan Nyawa

2. Mengelakkan keadaan dari menjadi lebih
teruk

3. Memberi kelegaan dan keselesaan
TANGGUNGJAWAB SEORANG
RESPONDER PERTAMA
1. Perkenalkan sendiri
Nama saya ialah!!! Saya dari PBSM / seorang ahli pertolongan cemas, Boleh
saya bantu?
2. Kawal situasi
Jadi seorang pemimpin. Beri saya ruang untuk membantu. Terima Kasih.
3. Nilai dengan terliti
Nilai situasi kemalangan dengan terliti, tempat itu selamat dan minta bantuan
4. Berapa yang cedera
Perkenal pasti berapa orang mangsa.
5. Beri rawatan
Beri rawatan awal, mengikut mana yang paling serius.
6. Pindahan
Buat rancangan untuk memindah mangsa ke hospital secepat mungkin
SIFAT SEORANG
AHLI PERTOLONGAN CEMAS
1. Tajam Pemerhatian
Nampak segala Tanda-tanda dan gejala kecederaan
2. Pantas berikhtiar
Gunakan apa yang sesuai disekeliling anda
3. Tidak Kasar
Jangan tindak kasar dan menyakitkan orang yang cedera
4. Berakal berbudi
Berbudi tinggi dan tidak berlaku kasar
5. Bertimbang rasa
Bersimpati dengan orang yang cedera
6. Sentiasa tersenyum
Senyuman anda memberi keyakinan pesakit
7. Memberi pertolongan
Lakukan setakat mana yang anda mampu sahaja
BERKOMUNIKASI DENGAN MANGSA

A Jangan anda di lihat panik dan tekejut dengan
keadaan kecederaan

B Beritahu apa yang berlaku dan apa anda
hendak buat. Beri keselesaan dan kata-kata
yang positif.

C Dapatkan seberapa banyak maklumat boleh
MEMINTA BANTUAN
Lokasi
Beritahu lokasi yang tepat atau sedekat sebolehnya
Apa yang Berlaku
Kemalangan seperti; Pokok jatuh, kenderaan belangar, Mat Rempit
Berapa Mangsa
Jikalau tahu
Bantuan yang perlu
Ambulan, Helikopter, Bot, alat mengangkat, dll
Lokasi
Ulang lokasi.
NILAI KEADAAN

1. Tanda-Tanda Apa yang anda boleh lihat

2. Aduan Apa Pesakit atau saksi beritahu

3. Sejarah Apa telah berlaku
( Gunakan sarong tangan getah atau plastik
sebelum sentuh mangsa )
1. Tidak bernafas
Beri bantuan pernafasan
2. Pendarahan
Hentikan pendarahan
3. Patah
Kurangkan kesakitan
4. Terbakar
Sejukan segera dan elakkan jangkiti kuman
PENILAIAN
AWAL
Ikuti Langkah DRABC
(Kaedah Lama)
Ikuti Langkah DRCAB
(Kaedah Baru)
Bahaya (D)
Pastikan tidak ada
bahaya kepada
kamu atau mangsa

Seperti; Ular, Dahan kering,
kelapa, Api, Letrik,
kenderaan, Kimia dll.

Tindakan;
Allehkan bahaya atau
pindah mangsa ke
tempat yang selamat
Tindak Belas (R)
Tepukkan bahu dan
bercakap dekat
telinga mangsa
( 1 inci ) dengan
mengatakan
Hello 3X, Are you
OK?
Tindakan; Tidak ada
respon minta bantuan,
Angkat tangan, teriak
Tolong 3X, panggil
ambulan 999
Tekanan (C)
Beri 30 tekanan 1 ke 2 inci (Dewasa)
2 hembusan 30 tekanan 5 pusingan.








Seluran
Penafasan (A)
Naikkan dagu,
donggakkan kepala

Tindakan; Untuk
mengelakkan lidah jatuh
ke belakang dan
menghalang seluran
penafasan.

Pernafasan (B)
Gunakan (3M) Melihat,
Mendengar dan
Merasa. ( Letak pipi 1
inci dari hudung )
Periksa selama 10 Saat.

Tindakan; Tidak bernafas,
beri 2 hembusan, setiap 5
saat. Pastikan dada mangsa
gerak naik dan turun
Angkat Dagu Picit Hidung
Memberi 2 Hembusan
Tanda tanda mangsa pulih ialah;
Batuk, Bernafas atau bergerak.

J ikalau mangsa ADA NADI tetapi TI DAK ADA
PERNAFASAN;

Beri 12 hembusan seminit, 5 saat sekali.

Apabila mangsa pulih, posisikan mangsa
dalam posisi pemulihan dan pastikan
mangsa diperiksa setiap 10 minit.
PENILIAN LANJUTAN
Lihat muka dan bentuk kepala
Periksa dengan terliti
i. sekeliling kepala
ii. Leher dan tulang belakang
Bahu dan tulang selangka
Lengan dan tangan
Dada dan tulang rusuk
Perut
Ponggong
Paha dan kaki



PEMERIKSAAN LANJUTAN
1. Perksa Klevikal
2. Melihat leher
3. Periksa kepala
4. Melihat muka
5, 6, 7. Periksa Mata
8. Periksa Telinga
9. Periksa mulut
10. Cium pernafasan
11. Melihat dada
12. Periksa tulang
rusuk
13. Melihat gerakan
dada
14. Periksa peparu
15. Melihat abdomen
16. Periksa abdomen
17. Periksa vertebra lumbar
18. Periksa pelvis
19. Melihat bahagian
kemaluan
20. Periksa paha dan petis
21. Periksa nadi
22. Periksa daya moto
23. Periksa kepekaan
HEIMLICH
MANEUVER
(Tekanan dada)




Luka terbahagi kepada 2 kategori ;

1. Terbuka

2. Tertutup
1 Terhiris (Incised)


2 Tikaman (Punctured)


3 Terkoyak (Laceration)


4 Tembakan (Shot wound)


1. Lebam (Contusion)
Pukulan yang kuat

2. Haematoma
Pembekuan darah di tisu atau organ

3. Calar Balar (Scratches)
Tersiat


( Anggota terpisah)
Jika ada anggota
yang terpisah, balutkan
dengan kain bebat yang
bersih.

Jika tiada
hentikan pendarahan,
balut dan hantar ke
hospital.
Apa Perlu Dilakukan ?
Langkah Pertama
Masukkan
anggota yang
terpisah ke
dalam beg
plastik atau
bekas yang
sesuai.
Langkah Kedua
Dapatkan lagi sebuah
beg plastik atau bekas
yang bersesuaian
Masukkan ais Jika ada
atau air sejuk.
Masukkan beg plastik
yang berisi anggota
yang terpisah ke dalam
bekas yang
mengandungi ais/air
sejuk
BAWA KE HOSPITAL
DENGAN KADAR
SEGERA BERSAMA
DENGAN MANGSA
Langkah Ketiga
Pendarahan berlaku apabila kecederaan
kepada sistem edaran
1. Salur Nadi
Darah yang keluar memancut mengikut
denyutan jantung dan berwarna merah terang.
2. Pembuluh darah
Darah meleleh keluar.
3. Vena
Darah mengalir keluar pelahan-lahan dan
berwarna merah tua.
1. Buat tekanan secara
langsung


2. Tinggikan kecederaan
daripada paras jantung

Pendarahan yang
banyak menyebabkan
Hipovolimik


1. Bersihkan luka - keluarkan kotoran
2. Hentikan pendarahan tekanan secara
langsung
3. Elakkan jangkiti kuman - bebatkan
4. Rehatkan mangsa
5. Tinggikan kecederaan mengurangkan
pendarahan
6. Beri rawatan renjatan
7. Pastikan mangsa selesa



Seperti kaca, kayu, besi dan lain-lain tertanam di
tisu, selepas kemalangan.

JANGAN KELUARKAN BENDA ITU.
BIAR DI SITU

Benda asing yang tertanam di tisu mesti
dikeluarkan di hospital, kerana rawatan rapi akan
diberi dan periksaan oleh pakar.

1. Benda Asing tertanam dan terkeluar
Guna bulatan cicin di sekeliling dan balut
Hantar ke hospital secepat mungkin.

2. Benda Asing tertanam di tisu dan tidak
terkeluar
Tutup dengan bebat heba-suci dan balut
Hantar ke hospital secepat mungkin.

Tidak akan banyak pendarahan kerana benda yang
tertanam akan halang pendarahan.


1 Biasa berlaku kepada kanak-kanak.

2 Berlaku apabila selsema terlalu Panas
atau sejuk

3 Juga berlaku apabila hidung dihentak
oleh benda keras, waktu senaman,
latihan atau main.


1 Dudukan mangsa
2 Tundukkan kepala kebawah
3 Arah mangsa picit hidung dan bernafas dari
mulut, selama 10 minit.
4 Lepaskan selepas 10 minit. Jikalau masih
berdarah ulang picit lagi selama 10 minutes.
5 Pendarahan akan berhenti selepas kali yang
kedua.
6 Arah mangsa jangan hembus melalui hidung
selama 5 minit.

RANGKA MANUSIA
Sebanyak
206 ruas
tulang di
dalam
tubuh
badan kita
Tulang
vertebra
terdiri
daripada 33
ruas tulang,
iaitu:
7 servikal
12 toraks
5 lumbar
5 sakrum
4 koksiks

Hentakan tepat
Patah kepada tulang yang menerima
hentakan

Hentakan sipi
Patah dibahagian lain selepas hentakan


Patah terbahagi kepada 2 jenis

1. Tertutup
Tulangnya tidak keluar daripada tisu.
Tiada Pendarahan.
Biasa berubah rupa bentuk dan bengkak, kecuali
rusuk, tangan atau kaki.

2. Terbuka
Tulang mencederakan tisu,
Keluar daripada tisu.
Pendarahan.


JENIS PATAH TULANG
Patah
Tebu
Patah
Riuk
Patah
Melarat
Patah
Rebung
KEADAAN DAN BENTUK PATAH
1. Melintang
Melintang di tempat hentakan
2. Menyerong
Diserong di tempat yang kena hentak
3. Terpusing
Belaku disekeliling tulang kelihatan seperti Spring
4. Melarat
Melibatkan terputus salur darah
5. Remuk
Remuk di tempat hentakan dan tulang serpih
6. Lesung
Cucuk-menucuk antara satu sama lain
7. Tebu
Tidak terpisah kerana masih lembut seperti kanak-kanak dan bayi.
) PATAH TERBUKA (
( Tanda-tanda ) ( Pengurusan )
1. Tulang dilihat menonjol keluar dari tisu 1. Hentikan pendarahan membalut
2. Sakit di tempat patah 2. Rehatkan mangsa
3. Bengkak 3. Cegah gerak apabila tuap, balut dan
anduh
4. Hilang kekuatan, keupayaan atau pergerakan 4. Tinggikan bahagian patah
5. Berubah rupa bentuk
6. Krepitus/Kebas
7. Kemungkinan renjatan 5. Hantar ke hospital


Perhatikan E S G


( PATAH TERTUTUP )

( Tanda-tanda ) ( Pengurusan )
1. Pendarahan dalaman 1. Rehat mangsa
2. Bengkak 2. Cegah gerak apabila tuap dan anduh
3. Haematoma 3. Tinggikan bahagian patah
4. Sakit tempat patah
5. Kehilangan keupayaan dan pergerakan
6. Berubah rupa bentuk
7. Krepitus/Kebas
8. Kemungkinan renjatan 4. Hantar ke hospital

Perhatikan E S G

Apa itu E S G?

Edaran
Pembulu darah mengisi semula
Sensasi
Pegang dan pastikan mangsa terasa
Gerakkan
Pastikan mangsa boleh gerak jari tangan atau kaki nya

Mengenal pasti balutan tidak terlalu ketat

Kehilangan antara satu atau lebih boleh menjejaskan fungsi, dan boleh menjadi
masaalah serius.

Komplikasi lanjutan berlaku dan mangsa boleh kehilangan anggota yang cedera

Tindakan selanjutnya ialah longarkan balutan dan periksa sekali lagi

Cara Ampu anggota yang patah
Humerus/Radius/Ulna a. Letak tuap atau apa yang ada di anggota yang patah
b. Tuapkan tangan dengan balutan kenyal
c. Dorongkan tangan mengunakan anduh tiga segi atau cara lain

Femur/Tibia/Fibula a. Gerak anggota yang tidak patah ke sebelah kaki yang patah
b. Letak tuap panjang antara dua kaki
c. Letak anduh kecil sedia untuk menatapkan tuap dan kaki
d. Ikat dua kaki bersama
e. Ikat bahagian atas kaki

Selangka a. Tarik bahu kanan dan kiri kebelakang
b. Gunakan anduh kecil atau cara lain untuk menetapkan posisi bahu

Phalanges a. Cegah gerak jari yang tidak patah ke jari yang patah
b. Ikat jari bersama jari patah


KEPADA
JENIS PATAH TULANG BELAKANG
Kompresion - Hentakan dari kiri atau
kanan

Fleksion - Hentakan dari depan

Ektension - Hentakan dari belakang

TANDA-TANDA DAN GEJALA
Sakit di bahagian leher
Satu anak tanga dirupa bentuk biasa
Lembut apabila dirasa dengan terliti
Hilang daya upaya ke tangan atau kaki
Rasa kebas keadaan tidak biasa
Keliru
Susah bernafas
Kecederaan parah selapas kemalangan seperti,
Kemalangan jalanraya, jatuh dari bangunan
diangap kecederaan kepada tulang belakang
PENGURUSAN
Leher dan belakang mesti selaras
Jangan diputar, gerak depan, belakang, kiri
atau kanan
Gunakan kolar, anduh atau lain-lain, dan
pastikan leher dan belakang selaras
Apabila ditetapkan pastikan ia tidak digerak
sehingga di beritahu oleh doktor.
SCOOP STRETCHER
Kulit terbahagi kepada 3 lapisan

1 Epidermis - Luar

2 Dermis - Tengah

3 Hipodermis - Dalam
DAN
Jenis Terbakar

Terbekar dibahagi kepada 2 jenis

1 Luar - Bahagian Epidermis

2 Dalam - Semua bahagian kulit,
iaitu Epidermis, Dermis
dan Hipodermis,
termasuk lemak, saraf
dan otot
Sebab-sebab terbakar


1 Haba Kering Api, Bahan Api Besi Panas, geseran

2 Bahan Kimia Asid, Alkali

3 Letrik Arus Letrik, Kilat dan Petir

4 Gas Oksijen, Nitrojen, Karbon dioksida
Tahap Terbakar
Terdapat 3 tahap terbakar
Tahap 1 Dipermukaan Kulit ( Superficial )
Kecederaan dilihat di bahagian luar
Tahap 2 Pertengahan ( Intermediate )
Mengakibatkan lapisan luar dan tengah.
Kelihatan merah dan lepuh akan muncul
Ini sangat menyakitkan
Tahap 3 Penuh ( Deep Burn )
Mengakibatkan dalam, termasuk lapisan sel membentuk
kulit yang mengandungi folikel bulu roma dan saraf.

Pentafsiran awal %
Peraturan 9 (Dewasa) dan 5 (Kanak-kanak dan bayi)
Bahagian Dewasa Kanak2 Bayi

Kepala & Leher 9 20 10
Tangan ; Kanan 9 10 10
Kiri 9 10 10
Badan ; Depan 18 20 20
Belakang 18 20 20
Kaki ; Kanan 18 10 15
Kiri 19 10 15
Kemaluan 01 - -
100 100 100

RAWATAN

1 Pindah mangsa dari puncah kebakara
2 Bantu pernafasan
3 Nilai yang terbakar
4 Tanggalkan pakaian, jikalau tidak lekat di kulit yang terbakar
5 Sejukkan bahagian yang terbakar selama 20 minit, untuk mengurangkan kepanasan.
6 Jikalau klinik atau hospital terlalu jauh, sapuhkan dengan krim menghalang jangkitan
kuman
7 Rawat untuk rejatan
8. Elakkan jangkiti kuman
9 Tentukan mangsa bernafas
10. Tanggalkan barang-barang hiasan seperti jam tangan, cincin, gelang, rantai dll.
11. Hantar ke hospital secepat mungkin
A. Terbakar serius atau terhidu asap boleh menyebabkan sesak pernafasan dan
mengancamkan nyawa
JANGAN TUNGGU. HANTAR KE HOSPITAL DANGAN SERTA MERTA.
B. Terbakar serius tidak akan nampak serius. Tetapi selepas sehari barulah dilihat
berberapa serius kecederaan
Sebab-sebab Melecur
1. Wap Panas
2. Air Panas
3. Minyak Panas
Unsur-unsur lain

1. Radiasi
2. Pencemeran Inframerah
3. Pancaran Lembayung
4. Gelombang Mikro


1. Jangan picahkan kandangan cecair

2. Jikalau klinik atau hospital jauh, sapuhkan
dengan krim menghalang jangkitan kuman

3. Tutup dengan bebat yang basah atau plastik dan
pindah mangsa ke klinik atau hospital secepat
mungkin
RAWATAN



Situasi di mana kekurangan oksijen dalam tisu
badan oleh sebab ;

1 Benda asing tersekat, seperti lidah, makanan,
muntah dan tisu bengkak
2 Tersekat saluran pernafasan, seperti terkejut,
terlindeh
3 Kecederaan kepada paru-paru
4 Sawan
5 Keracunan
6 Tekanan pada dada

TANDA DAN GEJALA

1 Nafas cepat tetapi sesak
2 Nafas Mangsa berbunyi dan tersekat-sekat
3 Kadangkala mulut berbuih
4 Bibir, kuku dan lain-lain bahagisan kulit
berwarna biru
5 Mangsa resah gelisah
6 Jikalau parah mangsa akan pengsan
7 Kemungkinan pernafasan akan berhenti
PENGURUSAN

1 Beri bantuan sewajarnya
2 Buka saluran pernafasan
3 Beri bantuan pernafasan, Jika tdak bernafas
4 Apabila pulih, letak mangsa dalam posisi
pemulihan
5 Periksa pernafasan, nadi dan tahap kesedaran
setiap 10 minit
6 Dapatkan bantuan pakar dengan segera
7 Bersedia bantuan CPR

Keadaan di mana sistem peredaran darah gagal berfungsi
menyebabkan bekalan darah dan zat makanan tidak
sampai ke tisu-tisu oleh sebab ;

Tumpahan darah atau plasma yang banyak
Sangat kesakitan, Terlalu terkejut dan cedera parah
Kehilangan cecair dalam tubuh, seperti cirit birit,
muntah dan sebagainya
Suntikan,sengatan serangga, patukan ular atau
kejutan letrik
Penyakit dan juga sakit jantung
Kekurangan pengaliran darah melalui tubuh kita.
Tanda-tanda dan Gejala

1 Pucat terutama pada kulit, bibir dan kelopak
mata
2 Peluh sejuk
3 Berasa dahaga
4 Nadi cepat tetapi lemah
5 Nafas cepat dan sesak
6 Terasa loya dan hendak muntah
7 Pandangan kabur dan berasa berpusing-pusing
8 Rasa hendak pengsan dan pandangan gelap
PENGURUSAN

1 Baringkan mangsa, tinggikan bahagian kaki
2 Pastikan punca dan sebabnya
3 Miringkan muka mangsa ke kiri atau kanan
4 Longgarkan pakaian yang ketat
5 Hentikan pendarahan
6 Selimutkan, jangan gunakan selimut yang tebal
7 Basahkan bibir, jika haus. Jangan beri minuman
8 Hantar ke hospital dengan segera
POSISI MENGURUS RENJATAN
Tinggikan kaki daripada paras jangung
Baringkan mangsa, kecederaan kepada tulang belakang dan kepala
Mangsa muntah
Susah bernafas
1. Kejutan letrik boleh menyebabkan seseorang
tidak sedar diri

2. Hilang daya pernafasan.

3. Jantung berhenti

4. Terdapat kesan terbakar

5. Kemungkinan kecederaan didalaman
TINDAKAN

1. Pastikan tiada BAHAYA kepada kamu

2. Tutupkan suis besar atau suis berdekatan dengan
kamu secepat mungkin

3. Gunakkan bahan yang bukan pengalir untuk
mengalih mangsa

4. Lebih lama letrik mengalir kepada mangsa
jantung nya akan berhenti


PENGURUSAN
Periksa tahap kesedaran mangsa
TIDAK SEDAR DIRI
1. Baringkan mangsa paras dengan lantai
2. Buka saluran Pernafasan
3. Tidak bernafas beri 2 hembusan
4. Tiada nadi mula dengan tekanan dada serta merta
5. Tidak bernafas, tetapi ada nadi beri 12 hembusan, 5 saat sekali
6. Ada nadi dan pernafasan posisikan mangsa dalam posisi
pemulihan
SEDAR
1. Beri pertolongan Cemas mengikut keadaan terbakar dan
kecederaan


RACUN
DAN
KERACUNAN
Racun didefinasikan sebagai sebarang unsur sama ada
pepejal, cecair atau gas apabila diserap oleh badan dengan apa
cara sekalipun dalam kuantiti tertentu yang reaksi kimianya
akan merosakan struktur tubuh.

1 Melalui mulut sama ada dimakan atau diminum apa jua jenis
racun.
2 Sedutan terjadi melalui hidung atau mulut. Gas beracun dan
juga aerosol dari penyembaran racun makluk perosak.
3 Serapan terjadi pada racun yang boleh diserap melalui kulit
yang melelas atau terluka seperti ubatan topikal dan racun
pertanian seperti parakuat.
4 Suntikan terjadi pada penggunaan dadah atau ubatan secara
suntikan terutamanya penyalahgunaan dadah.

TANDA DAN GEJALA
Sebagai panduan kasar beri perhatian kepada tanda-
tanda brikut;

1. Muntah-muntah
2. Meracau
3. Sawan
4. Sesak Nafas
5. Kesan terbakar
6. Renjatan
7. Pengsan
8. Maut

Pengendalian Secara Am

1 Kenalpasti tahap kesedaran mangsa

2 Periksa pernafasan dan nadi.
i. Ada posisikan mangsa posisi pemulihan
ii Tiada Lakukan pemulihan kardiopulmonari

3 Hantar mangsa ke hospital secepat mungkin



Keracunan melalui mulut

1 Nilai keadaan mangsa sedar atau tidak
2 Mengenalpasti racun yang terminum, jenis korosif atau
kaustik
3 Berikan air, susu atau arang yang diaktivasi.
4 Jangan beri minuman pada mangsa yang tidak sedar atau
sawan
5 Menggeletek anak tekak mangsa supaya muntah.
6 Jangan muntahkan mangsa tidak sedar, sawan,
mengambil racun korosif atau kaustik.
7 Rawatan renjatan.
8 Hantar mangsa ke hospital dengan bekas racun.
Pertolongan Cemas keracunan Gas

1 Pindah mangsa dari tempat gas beracun
2 Letak mangsa di tempat yang lepang dan selamat
3 Nilai kesedaran mangsa
4 Periksa nadi dan pernafasan
i. Ada posisikan mangsa dalam posisi pemulihan
ii Tiada Lakukan pemulihan kardiopulmonari
5 Hantar ke hospital secepat mungkin

Perut memulas kerana jangkitan atau gangguan usus selepas
makan makanan keracunan seperti ;

1 Makanan terdedah tercemar
2 Persedian makanan tidak sempurna
3 Makanan dalam peti sejuk kurang suhu dan sempurna
4 Makanan basi - luput hayat
5 Alergi seperti siput, tenusu, bahan awetan
6 Kesihatan dan kebersihan penyedia makanan atau tukang
masak
TANDA DAN GEJALA

1 Perut memulas dan sakit
2 Cirit birit
3 Loya muntah muntah
4 Pucat cengkung
5 Lemah tubuh kerana kehilangan bendalir
6 Sakit kepala
7 Demam
AMBIL TINDAKAN BERIKUT

1 Kenalpasti punca kesakitan
2 Baringkan mangsa
3 Longgarkan pakaian
4 Tinggikan kaki mangsa
5 Ambil contoh makanan
6 Hantar ke hospital secepat mungkin
Sawan di kelangan kanak-kanak di bawah umur 5
tahun
lazimnya disebabkan oleh suhu badan yang tinggi
akibat
Jangkitan

1 Otot-otot dan kaki serta tangan bergerak-gerak
2 Mata mangsa juling dan memandang keatas
3 Badan mungkin tegang dan kejang
4 Nafas mangsa tertahan-tahan
5 Mulut berbuih
6 Gigi terkancing
RAWATAN

1 Baringkan mangsa dengan keselesaan

2 Pastikan cukup ruang udara

3 Longgarkan pakaian

4 Jelum dengan air sejuk


PITAM merupakan tidak sedar seketika kerana bekalan darah
ke otak tidak mencukupi. Pitam mempunyai ciri istimewa
seperti berikut ;

1 Jatuh pengsan dengan tiba-tiba
2 Pengsan sekejab saja
3 Pulih selepas berberapa minit

Sebab-sebab

1 Ketakutan apabila nampak yang ganjil atau luar biasa
2 Tindak balas saraf terhadap kesakitan
3 Terlalu letih, kelaparan
4 Berdiri tegak terlalu lama
5 Persekitaran yang sesak

TANDA-TANDA

1 Pening-pening
2 Rasa berpusing
3 Loya dan muntah-muntah
4 Gelap mata
5 Jatuh dan pitam
6 Pucat
7 Kulit lembab
8 Denyutan nadi lemah tetapi pantas
Pertolongan Cemas

1 Baringkan mangsa di tempat tuduh berudara

2 Tinggikan kaki dari paras kepala

3 Longgarkan pakaian yang ketat

4 Tenangkan dan beri keselesaan

5 Galakkan tarik nafas
TIDAK SEDAR DIRI adalah keadaan tindak balas saraf terganggu
menyebabkan pengsan. Tahap kesedaran terbahagi kepada 4
Seperti berikut ;

1 Sedar keadaan mamai
2 Ransangan percakapan
3 Ransangan rasa
4 Tidak sedar langsung

Sebab

1 Angin amar
2 Kencing manis
3 Cedera di kepala
4 Sawan

BANTUAN AWAL

1 Tentukan sebab-sebab
2 Longgarkan pakaian yang ketat
3 Buka saluran pernafasan
4 Periksa nadi dan pernafasan
i Ada Posisikan dalam posisi pemulihan
ii Tiada Lakukan pemulihan kardiopulmonari
5 Hantar ke hospital secepat mungkin
TERKEHEL
TERSELIUH
KEJANG
KERENGANGAN
Kecederaan yang berlaku kepada tisu
sambungan dan otot-otot seperti ;.
1 Terkehel Sendi yang terkeluar daripada
kedudukan asalnya, sama ada keluar
langsung atau sebahagian.
2 Terseliuh - Pergerakan sendi menjejaskan
tisu lembut seperti ligamen dan tendon
yang mengakibatkan kedua-dua terkoyak.
3 Kejang Pengecutan otot.
4 Kerengangan Berlebih gunaan serabut
(kekuatan/tenaga)
Kecederaan Tanda dan gejala Bantuan

Terkehel Sakit Mengunakan anduh tiga segi
Sendi berubah rupa
Sakit bila gerak
Mungkin bebas bergerak
Terseliuh Sakit Rehat mangsa
Bengkak Tuaman sejuk
Sakit bila gerak Balut
Gerakkan terhad Tinggikan kecederaan
Kerengangan Sakit
Bengkak
Sakit bila gerak
Kejang Belaku di ; Tolak hujung jari kakinya
betis ke-arah mukanya secara
paha pelahan dan tegas sehingga
mangsa boleh gerak

R - (Rest) Rehat
Duduk atau baringkan mangsa dan beri
keselesaan
I - (Ice) Ais Batu
Ambil ais batu letak dalam plastik atau tuala
dan letak di tempat yang cedera
C - (Compression) Tekanan
Beri tekanan kepada tempat yang cedera
E - (Elevate) Tinggikan
Tinggikan anggota yang cedera supaya darah tidak
edar ke tapak kecederaan

1. Ular digambarkan sebagai binatang yang
mengerunkan.
2. Sebenarnya kebanyakan ular adalah tidak
merbahaya kerana tidak mempunyai bisa.
3. Ular yang merbahaya ialah dari segelintir
jenis sahaja, jika di bandingkan dengan
kebanyakan jenis ular yang ada di darat.
4. Kebanyakan ular laut pula bolehlah
disifatkan sebagai merbahaya.





1. Pastikan ular tidak berada di sana
2. Minta bantuan
3. Rehatkan mangsa, pastikan anggota yang dipatuk separas
dengan jantung nya
4. Jangan gerak anggota yang dipatuk
5. Rendahkan anggota yang dipatuk
6. Buat ikatan atau utusan tali lebih kurang 10 cm jaraknya
disebelah atas dari tempat dipatuk (Jangan buat ikatan pada
sendi)
7. Basuh tepak yang dipatuk
8. Tuapkan tepak yang dipatuk
9. Jikalau boleh dapatkan gambar ular itu
10. Jangan cuba pukul atau matikan ular itu kecuali anda tahu apa
yang anda buat.
11. Sentiasa berkomunikasi dan beri keselesaan kepada mangsa
12. Secepat mungkin hantar mangsa ke klinik atau hospital

1. Kala mempunyai sengat bisa terletak dihujung
ekornya.
2. Kala dan Lipan lazimnya terdapat dicelah-celah
rumput atau daun kering dan pernah juga merayap
masuk ke dalam rumah.
3. Kebanyakan Lebah yang jenis besar, masuk
kedalam rumah juga tetapi gigitannya tidak
merbahaya. Jenis yang bisa boleh menyebabkan
muntah, berkeringat dan mengejangkan otot-otot
sehingga kadang-kadang mengancam pernafasan.
4. Biasanya sengatan atau gigitan binatang-binatang
tersebut menyebabkan kesakitan dan bengkak
selain menimbulkan perasaan ketakutan.
1. Pastikan mangsa dalam keadaan tidak
ketakutan
2. Beri keselesaan dan mengawasi
pernafasannya
3. Balutkan anggota yang terlibat
4. Hantar mangsa ke klinik atau hospital
secepat mungkin untuk mendapatkan
rawatan rapi.

1. Kejadian sengatan tebuan boleh berlaku
dengan ngerinya apabila mangsa
dikerumuni oleh sepuak tebuan yang
keluar dari sarangnya.

2. Kes-kes yang melibatkan beberapa ekor
tebuan tidaklah melerat, hanya
menimbulkan kesakitan dan kebengkakan.
1. Keluarkan sengatan yang terbenam di
kulit dengan penyepit halus

2. Sapukan krim antihistamine, jikalau tiada,
gunakan alkohol pembedahan, larutan
amonia atau larutan soda bikarbonat

3. Hantar mangsa ke klinik atau hospital
1. Ada berbagai jenis ikan seperti ikan
sembilang dan ikan keli yang
mempunyai sengat bisa di sisipnya.

2. Sengatan berlaku apabila mangsa
memegang ikan yang sedang
mengelepar dan ianya menimbulkan
sangat kesakitan berserta kebengkakan.

1. Keluarkan sengat yang terbenam

2. Galakkan berdarah beberapa ketika, untuk
mengeluarkan bisa

3. Balutkan kecederaan

4. Hantar mangsa ke klinik atau hospital
secepat mungkin

Selain daripada ikan, Oborobor juga boleh
mengakibatkan sengatan dan perlu rawatan
serta merta, untuk mengatasi alergi.


Gunakkan ubat salap antihistamine,
sabun dan air garam atau apa yang ada
disekeliling anda.
Sebab-sebab

1 Patukan dan Sengatan
2 Gigitan binatang
3 Reaksi kepada ubat
4 Alegi makanan
TANDA DAN GEJALA
1. Kebengkakan
2. Sesak nafas
3. Loya dan muntah-muntah
4. Bengkak di atas leher
5. Denyutan nadi lemas tetapi pantas
6. Renjatan
7. Tekanan darah rendah
8. Pengsan


RAWATAN
1. Semua mangsa yang terancam anaphylactic reaksi mesti dihantar ke
klinik atau hospital secepat mungkin
2.. Piriton is very effective in reducing the reaction to stings and bites.
In mild cases give Piriton (Chlorpheniramine) orally and monitor
the casualty very closely.
3. Beware rebound phenomena recurrence few hours later
.
Jika mangsa pengsan
1 Buka saluran pernafasan
2 Letak mangsa dalam posisi pemulihan



TUBUH
DALAM SIHAT DAN REHAT
Suhu 37.5 C
Nadi 60 100 / minit
Pernafasan 12 15 / minit
Tekanan Darah
Sistolik 120
Daistolik 80

Bebat adalah proses menutup luka untuk mengelakkan
kekotoran dan mungkin jangkitan kuman.

Ada 3 Jenis bebat ;
1 Medan (Field)
Digunakan oleh Pasukan Keselamatan. Ukurannya besar
tinggi daya penyerapannya dan sucihama

2 Luka (Wound/Compress)
Ukurannya kecil dan diguna untuk luka-luka kecil

3 Hospital (Gauze)
Digunakkan di hospital. Dibuat oleh kain kasa.
Ukurannya 10mm X 10mm tiap satu.

Bebat dibahagikan kepada 2 kategori
1 Kering (Tanpa ubat)
2 Basah (Berubat) biasa diguna oleh hospital

Kegunaan bebat ;
1 Mencegah daripada kotoran
2 Mengelakkan jangiti kuman
3 Mengurangkan pendarahan
4 Membubuh ubat
5 Supaya cepat sumbuh
ADA 3 JENIS KAIN BALUTAN
1. Tiga segi
2. Gulung
3. Kenyal

Kegunaan
Memberi keselesaan
Mengurang kebengkakan
Mengawal pendarahan
Menetapkan bebat di bahagian yang luka.

















Pembalut tiga segi yang beranika jenis
Kegunaan, diperbuat dari kain belacu (Calico)
Berukuran 90cm X 90cm X 130cm.

Dicipta oleh Dr. Mayor dalam tahun 1831

Apabila kain tidak digunakan, hendaklah
dibasuh dan disimpan
Cara-cara balutan
Ada berberapa cara balutan yang biasa diamalkan dengan
mengunakkan Anduh tiga segi
Anduh besar
Anduh tiga segi
Anduh kecil
Anduh terkehel dan patah pergelangan
kaki






Pembalut besar





Pembalut kecil

4



5


6
IKATAN BUKU SILA (Reef Knot)
Mengikat
Membuka
PEMBALUTAN KEPALA
ANDU BESAR
CARA LAIN
PEMBALUTAN TANGAN
PEMBALUTAN TIGA SEGI

PEMBALUT GULUNG
PEMBALUT KENYAL
Ada 3 cara mengunkan balutan gulung dan
Kenyal ;

Muda
(Spiral)
Angka Lapan
(Figure of 8)
Terbalik
(Reverse)
Apabila berlaku kemalangan, salah
satu perkara utama perlu diambil.
Iaitu menentukan sama ada mangsa
perlu di dirawat ditempat kejadian
atau perlu dipindahkan ke tempat lain.
Hal ini bergantung kepada keadaan dan
situasi mangsa dan tempat kemalangan.
Tindakan
1. Bertindak pantas. Jangan panik dan lakukan
perkara yang difikirkan penting
2. Beri rawatan serta merta. Kemungkinan
pemindahan merbahayakan mangsa
3. Tidak digelakkan memindah mangsa
seorang
4. Jangan pindah mangsa sebelum buat
pemeriksaan rapi, terutama di kepala, leher,
dada, perut dan anggota-anggota lain.
MENGANGKAT DENGAN
SELAMAT
Berfikir sebelum mengangkat
Dekat dengan mangsa atau
pengusung
Melutut
Tegak badan tetapi tidak kaku
Menggunakan tenaga kaki untuk
mengangkat mangsa atau
pengusung
Pergerakan lancar dan merapatkan
jarak antara mangsa atau
pengusung
Pemindahan mangsa boleh dilakukan dengan berberapa cara dan teknik.
Bergantung kepada kecederaan yang dialami serta tempat kemalagan
Menopong (Arm support)
Menggendong (Carrying)
Mendukung (Piggy back)
Usungan Bomba (Firemans Lift)
Usungan 4 tangan
Usungan kerusi
Tangan bersilang (Hands clutch)
Tangan disebelah belakang (Hips lift)
Selemut (Blanket stretcher)
Pengusung (Stretcher)

Kaedah Menopang
Crutch Method
Kaedah Mendugung
Cradle Method
Kaedah Menggendong
Piggyback Method
PEMINDAHAN PERSEORANGAN
PEMINDAHAN DUA ORANG
Kaedah Duduk Dua Tangan
PEMINDAHAN DUA ORANG
Kaedah Angkat Depan dan Belakang
JENIS-JENIS PENGUSUNG
PENGUSUNG BIASA
ORTHOPAEDIC / PENGUSUNG SKUUP
PENGUSUNG KANVAS TARIK
PENGUSUNG PAPAN (SPINAL BOARD)
PENGUSUNG PENYELAMAT
KERUSI ANGKAT
ASAS
KERUSI ANGKAT
LANJ UTAN
BUKA DAN TUTUP PENGUSUNG
BUKA / TUTUP PENGUSUNG
KUNCI PELIPAT
PENGUSUNG
PENGUSUNG KANVAS TARIK
1
2
3
4
PENGUSUNG BERSELIMUT
KERUSI ANGKAT
PENGUSUNG SELIMUT
PENGUSUNG 4 ORANG
1. Beritahu mangsa apa yang ada buat. Sentiasa minta kebernaran.
2. Mangsa yang tidak sedar mesti di hormat seperti yang sedar.
3. Jangan membahayakan sendiri dan kumpulan anda. Perhatikan
risiko.
4. Sentiasa bersedia. Tahui kegunaan dan mana berada alat-peralatan
bantuan. Apabila diguna pastikan diletak balik atau diganti
5. Kesan truma kepada mangsa, saksi dan ahli pertolongan cemas
amat serius. Anda perlu perhatikan tidak ada kecederaan fisik
kepada tubuh mereka.
6. Kadangkala bantuan yang diberi dengan sesunguhnya, tetapi
mangsa tidak boleh diselamatkan. Apabila ini berlaku, anda tidak
boleh mengatakan mangsa MATI. Hanya Doktor sahaja yang
boleh mengesahkan mangsa mati. Hormat mangsa dan jangan
tangalkan atau buka apa-apa dari badannya sehingga Doktor atau
Polis mengarahkan.

Selepas melalui skil ini, anda di beri
tanggungjawab baru di rumah, tempat kerja
dan dimana jua anda berada.
Skil ini berangkali boleh menyelamatkan satu
atau dua orang.
Anda diberi kesempatan untuk belajar .
Untuk berkompeten anda mesti sentiasa
membuat latihan dan ulangkaji


JUMPA LAGI SELEPAS 3 TAHUN

Anda mungkin juga menyukai