Anda di halaman 1dari 20

TRANSFORMASI KURIKULUM DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

1.0 PENGENALAN
Pendidikan awal kanak-kanak merupakan perkara penting untuk membentuk corak
pembelajaran masa hadapan yang lebih baik dan seimbang. Justeru itu, pendidikan awal
kanak-kanak mempunyai sejarah yang panjang dan perkembangannya berterusan sehingga ke
hari ini. Pengetahuan berkaitan sejarah pendidikan awal kanak-kanak dapat membantu
pendidikan dalam melaksanakan amalan-amalan baik dari sejarah lampau dan mengambil kira
pandangan dari tokoh-tokoh kurikulum lampau untuk menghasilkan pembelajaran bermakna
(Mariatul Qatiah Zakaria, 2010). Maka perubahan dalam pendidikan awal kanak-kanak adalah
dipengaruhi oleh perubahan dalam kurikulumnya.
Transformasi bukan hanya berlaku dalam sesebuah organisasi pendidikan tetapi juga
melibatkan transformasi dalam bidang kurikulum. Ini adalah selaras dengan matlamat bahawa
sekolah bukan sekadar tempat untuk menyediakan pelajar-pelajar yang bakal mengisi
kekosongan sesuatu pekerjaan yang khusus sebaliknya ia merupakan satu tempat yang
berfungsi untuk memberikan didikan yang sempurna dan lengkap yang dapat menjamin dan
membolehkan mereka menyumbang kepada kemajuan diri dan masyarakat. Ini bermakna
kurikulum pendidikan mestilah mempunyai wasilah yang dapat memfokuskan kepada proses
memperkembangkan potensi individu daripada pelbagai sudut (Kulanz Salleh, 2008).
Bahkan sejak awal kewujudan sistem pendidikan negara, kurikulum pendidikan juga turut
mengalami berbagai-bagai transformasi atau perubahan. Kini setelah memasuki alaf baru di
abad ke-21, masyarakat dunia telah melalui satu lagi fasa penganjakan paradigma kehidupan.
Ini meliputi penganjakan daripada masyarakat perindustrian kepada masyarakat berinformasi;
penggunaan teknologi manusia kepada penciptaan teknologi tinggi; pemusatan kuasa kepada
pengagihan kuasa; konsep hierarki kepada konsep jaringan; ekonomi tempatan kepada
ekonomi antarabangsa; dan perancangan jangka pendek kepada perancangan jangka panjang
(Iliyas Hashim, 2002).
Maka, dalam konteks transformasi kurikulum membawa maksud proses melakukan satu bentuk
perubahan yang holistik berdasarkan kurikulum persekolahan sedia ada dengan mengambil kira
keperluan-keperluan perubahan kepada aspek asas kurikulum iaitu struktur kandungan,
pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan kurikulum dan pengurusan sekolah
(Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KPSK) & Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR).

2.0 DEFINISI
2.1 Transformasi
Menurut Kamus Dewan edisi Ketiga, transformasi membawa maksud perubahan bentuk sifat,
rupa dan keadaan. Erti kata lain, ia transformasi adalah mengubah bentuk sesuatu kepada
yang lebih baik bagi meningkatkan kualiti dan pencapaian (Artikel Pendidikan : Utusan
Malaysia).
2.2 Kurikulum
Merujuk Kamus Dewan edisi Ketiga, kurikulum bermaksud isi kandungan sesuatu mata
pelajaran di sekolah atau senarai kesemua mata pelajaran di sekolah. Terdapat pelbagai
pendapat definisi tentang kurikulum. Merujuk dalam kajian Micheal Anak Ringgit (2007),
menurut Tyler (1949) menyatakan kurikulum adalah alat berfungsi untuk pendidikan manakala
Taba (1962), kurikulum adalah suatu pelan pembelajaran. Merujuk Stenhouse (1975) pula
kurikulum adalah suatu bentuk spesifikasi mengenai amalan pengajaran dan Tanner & Tanner
(1975) pula kurikulum adalah pengalaman pembelajaran dan hasil pembelajaran yang
dirancang dan dibimbing (Micheal Anak Ringgit, 2007).
Manakala Hirst (1980) dalam T. Subahan Mohd Merah et al. (2007), menyatakan kurikulum
sebagai satu program aktiviti yang disusun oleh guru untuk membolehkan murid-murid
mencapai objektif yang telah dirancang. Manakala David Warwick mentakrifkan kurikulum
sebagai struktur terancang ideal-ideal sesebuah sekolah yang bersesuai dengan keperluan-
keperluan psikologi murid-murid, kemudahan yang sedia ada serta juga keperluan-keperluan
budaya semasa (Rohani Abdullah et al., 2003).
2.3 Pendidikan Awal Kanak-kanak
Awal kanak-kanak ialah istilah yang merujuk kepada tempoh masa kanak-kanak dari masa lahir
hingga ke umur lapan tahun. Mengikut The National Assocition for The Education of Young
Children (NAEYC) atau Pertubuhan Kebangsaan bagi Pendidikan Kanak-Kanak Muda,
pendidikan awal kanak-kanak merujuk kepada segalan program pendidikan yang memberi
layanan, asuhan dan bimbingan kepada kanak-kanak dari lahir hingga ke umur lapan tahun
(Zulkiply Yaakob, 2009).
2.4 Pendidikan Prasekolah
Pendidikan prasekolah adalah untuk kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun. Pendidikan
prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek
perkembangan. Menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan
masuk ke sekolah rendah (Sanaleh Daud, 2009).

3.0 KONSEP
3.1 Konsep Transformasi
Transformasi merupakan satu peralihan daripada satu dimensi ke satu dimensi yang lain,
berbeza daripada keadaan senario sedia ada yang sudah berlegar di ruang pemikiran ke satu
ruang yang lain, lebih baik atau lebih sempurna (Kulanz Salleh, 2008). Justeru itu, transformasi
juga boleh disebut sebagai satu bentuk perubahan. Menurut Abdul Rahman Yakub (1970)
dalam Wan Harun Wan Yaacob (2008) menyatakan bahawa berubah dan berkembang dengan
peredaran zaman dan tidak menjadi statik dalam sesuatu masa .
Terdapat pelbagai istilah yang berkait rapat dengan perubahan. Mengikut Mazlan Ismail, (2006)
dalam keadaan biasa perubahan diperkenalkan hasil daripada pengubahsuaian kelakuan yang
lepas untuk menyesuaikannya dengan situasi baru. Sementara Stoner (1989) di dalam Aini
Hayati Mohamed (2001), mentakrifkan perubahan sebagai proses transformasi yang berlaku
kepada organisasi sama ada dirancang ataupun tidak. Pertukaran situasi ini boleh berlaku
terhadap empat aspek iaitu struktur organisasi, produk atau perkhidmatan, teknologi dan
manusia. Keadaan yang sedia wujud digelar status quo. Status quo inilah yang akan bertukar
kepada bentuk situasi yang baru.
Kulanz Salleh (2008) pula melihat perubahan sebagai suatu bentuk peralihan daripada satu
dimensi yang dapat diramalkan kepada dimensi yang lebih baik atau lebih sesuai dengan
persekitaran sesuatu masyarakat. Perubahan ini mungkin berlaku dari beberapa aspek seperti
perubahan falsafah, arah haluan, gerak tuju dan sistem. Manakala menurut Norzilawati Abdul
Halim (2004), dalam permintaan global pada masa kini perubahan dalam bidang pendidikan
diperlukan bagi memastikan ia bersesuaian dengan keperluan semasa supaya selaras pada
peringkat antarabangsa. Di samping itu menjamin mutu pendidikan Malaysia setaraf dengan
negara-negara maju ia juga memenuhi keperluan pendidikan negara serta perkembangan
dalam kurikulum pendidikan.
3.2 Konsep Kurikulum
Kurikulum adalah pengalaman pembelajaran yang dirancang dan dibimbing serta hasil
pembelajaran yang diinginkan, yang dibentuk secara sistematik dengan pembinaan semula ilmu
dan pengalaman, di bawah naungan sekolah bagi pertumbuhan murid dari aspek kecekapan
sosial peribadi secara berterusan dan bersungguh-sungguh (Azizi Ahmad, 2007).
Maka kurikulum boleh dibentuk melalui satu peristiwa yang terancang bertujuan untuk memberi
impak pendidikan kepada pelajar disekolah. Di mana, rancangan yang dibuat untuk
membimbing pembelajaran di sekolah lazimnya termaktub dalam sesuatu dokumen yang
mengandungi pelaksanaannya di dalam bilik darjah seperti yang dialami pelajar dan
dirakamkan oleh pemerhati, pengalaman tersebut berlaku dalam suasana pembelajaran yang
turut mempengaruhi semua yang dipelajari (Azizi Ahmad, 2007).
Menurut Hargreaves (1987) dalam Hansen et al., 2002 merujuk dalam (Rohani Abdullah et al.,
2003) kurikulum juga ditakrifkan sebagai pelajaran yang formal dan pelajaran yang tidak formal.
Di mana, pelajaran yang formal termasuklah kurikulum yang dirancang dan dihasratkan
matlamat, kurikulum yang dilaksanakan berkaitan bagaimana guru menterjemahkan kurikulum
yang dihasratkan kepada amanlan, aktiviti dan susunan dan kurikulum yang tercapai atau yang
diterima, yakni apa yang murid sebenarnya capai melalui pengalaman pendidikan. Manakala
pelajaran yang tidak formal merujuk kepada kurikulum terpendam yakni pendidikan secara tidak
langsung yang berlaku apabila pelajar belajar mengenai kuasa, pujian dan manusia.
Maka secara ringkasnya, konsep kurikulum sekolah adalah sangat luas dan merangkumi bukan
setakat isi kandungan atau pun sukatan pelajaran tetapi juga segala proses pembelajaran yang
berlaku sama ada secara formal atau tidak formal yang boleh memberi pelbagai pengalaman
dan impak kepada minda, emosi dan rohani pelajar di samping mempengaruhi masa depan
pelajar (Kulanz Salleh, 2008).

3.3 Konsep Pendidikan Awal Kanak-kanak
Konsep pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia adalah mengikut dua peringkat berdasarkan
tahap umur kanak-kanak. Peringkat yang pertama ialah Taman Asuhan Kanak-kanak atau
Taska untuk kana-kanak yang bawah umur 4 tahun. Manakala peringkat kedua ialah
Prasekolah atau Tadika untuk kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun (Zulkiply Yaakob,
2009).
Pendidikan awal kanak-kanak adalah penting bagi memenuhi tahap pertumbuhan dan
perkembangan kanak-kanak. Di mana, 90% perkembangan otak secara optimum berlaku
sebelum kanak-kanak mencapai umur 5 tahun. Ini merujuk kepada perkembangan kognitif
pesat semasa peringkat deria motor (2 tahun) hingga peringkat pra-operasi (6 tahun) (Zulkiply
Yaakob, 2009).

3.4 Konsep Kurikulum Prasekolah
Kurikulum Prasekolah merupakan kombinasi perancangan, objektif, pengalaman dan bahan
pengajaran. Bagaimanapun, kurikulum menjadi isu kontroversi dari semasa ke semasa dalam
asuhan dan pendidikan kanak-kanak. Menurut Saayah Abu (2007), antara persoalan yang
timbul semasa merangka kurikulum kanak-kanak adalah:
Kurikulum itu berdasarkan sifat semulajadi kanak-kanak.
Aktiviti permainan diberi penekanan.
Memberi persediaan awal bagi pendidikan formal.

Oleh yang demikian, kurikulum prasekolah boleh didefinisikan sebagai suatu urutan
pengalaman dan pembelajaran yang dirancang dan dilaksanakan secara terancang atau tidak
terancang di dalam atau di luar biliki darjah. Dalam konteks pendidikan awal kanak-kanak
menurut Micheal Anak Ringgit (2007), kurikulum dapat dihuraikan dengan lima jenis definisi
iaitu:
Kurikulum sebagai aktiviti atau pengalaman yang sedang berlaku dalam kalangan kanak-kanak.
Kurikulum sebagai segala pengalaman kanak-kanak yang dirancang dan dikemukakan kepada
prasekolah.
Kurikulum sebagai rancangan pengajaran iaitu menyediakan kesempatan pembelajaran kepada
kanak-kanak bagi mencapai objektif yang spesifik dan pelbagai jenis tujuan menyeluruh.
Kurikulum sebagai isi kandungan mata pelajaran iaitu dokumen bertulis yang melakarkan isi
kandungan yang akan diajar dan cara susunan penyampaian isi.
Kurikulum sebagai program iaitu perancangan yang mengandungi matlamat, objektif, kaedah
pengajaran, aktiviti pembelajaran dan penilaian.

4.0 KONSEP TRANSFORMASI / PERUBAHAN KURIKULUM
Istilah atau konsep perubahan kurikulum bermakna kurikulum itu boleh diubah kepada yang
lebih baik buruk lagi. Ini disebabkan konsep perubahan kurikulum membawa erti yang umum
dan tidak khusus (Razali Arof, 1991). Selain itu, menurut Hendyat Soetopo dan Wasty
Soemanto (1991), perubahan kurikulum ialah inovasi dan perubahan kurikulum merujuk kepada
usaha untuk mengubah dan menyesuaikan matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran
mengikut kepada nilai, budaya, falsafah dan sumber yang digunakan.
Menurut Razali Arof (1991), terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi perubahan
kurikulum. Faktor utama ialah falsafah pendidikan negara yang memainkan peranan yang
penting dalam mencorak sistem pendidikan di sesebuah negara, khususnya di Malaysia.
Falsafah pendidikan kebangsaan kita adalah seperti berikut :
"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmoni dan
seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlaq mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteran
diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara " (PPK, 1988)
Seterusnya ialah faktor kehendak masyarakat. Kurikulum digubal dan dilaksanakan mengikut
kehendak dan desakan masyarakat. Masyarakat juga menentukan samada kurikulum itu sesuai
atau pun tidak dengan kehendak mereka. Namun begitu bukanlah mudah untuk memenuhi
semua tuntutan masyarakat terhadap kurikulum dan sumbangannya pada budaya, lebih-lebih
lagi dalam masyarakat yang kompleks dan mengalami perubahan yang pesat.
Hilda Taba ( 1962 :24) menyatakan :
" It is not an easy task to establish what demands society makes on education and what
contribution education can or should make to culture, especially in a complex society in which
vast and rapid changes are occuring."
Penilaian atau kajian berterusan adalah diperlukan untuk memastikan matlamat dan kehendak
masyarakat terhadap pendidikan benar-benar terlaksana. Misalnya dalam masyarakat industri,
pendidikan harus mempunyai strategi terhadap ciri-ciri ekonomi, politik, sosial dan budaya
masyarakat tersebut. Dalam masyarakat pertanian pula, ciri-ciri kurikulumnya adalah berbeza
(Rohani Mohd Amin, 2001).
Masyarakat mengkehendaki murid-murid mempelajari kemahiran-kemahiran asas seperti
membaca, menulis dan mengira; konsep-konsep asas cara hidup masyarakat dari segi politik,
sosial dan ekonomi; serta teknik-teknik asas untuk menyertai kehidupan sesuatu masyarakat,
seperti mengambil bahagian dalam perbincangan, kepimpinan dan pemikiran kritis dalam suatu
sistem demokratik.
Pelajar sebagai individu mempunyai kehendak dan keperluan asas yang melibatkan kehendak
dan keperluan asas yang melibatkan keselamatan, kasih sayang, bermasyarakat dan kehendak
penyempurnaan kendiri. Kurikulum yang akan dibentuk sewajarnya dapat memberi ilmu
pengetahuan dan kemahiran agar kehendak dan keperluannya sebagai murid dan individu
dapat dipenuhi. Ini bermakna, kurikulum yang dibentuk akan menyediakan segala ilmu
pengetrahuan dan kemahiran yang merangsang perkembangan potensi mereka secara
menyeluruh iaitu merangkmi intelek, jasmani, rohani dan sosial (Ee Ah Meng, 1995).
Perancangan kurikulum yang baik sentiasa mengambil kira keperluan murid serta mampu
memberi faedah secara menyeluruh. Ini bermakna faktor minat dan perkembangan individu
dalam bidang kognitif, psikomotor dan afektif perlu difikirkan semasa membentuk kurikulum
tersebut.
Oleh itu kajian hendaklah dilakukan terhadap keperluan individu, sekurang-kurangnya dari
peringkat bayi hingga remaja. Hasilnya, segala keperluan tersebut dapat diserapkan ke dalam
sistem pendidikan itu dan dilaksanakan di sekolah-sekolah dengan berkesan.

Murid adalah individu yang bakal menjadi sebahagian daripada anggota masyarakat. Oleh itu,
kurikulum haruslah bertanggungjawab menyediakan murid-murid dengan pendidikan yang
berkaitan dengan masyarakat di mana mereka tinggal dan juga bentuk masyarakat yang akan
mereka hadapi kelak.
Faktor ketiga ialah faktor politik. Francis P. Hunkin (1987) dalam bukunya "Curriculum Planning
menyatakan :
"Curriculum Development is also a political process. It requires dealing with people and their
various power bases and their views of what makes for good education"
Wiles Bondi (1989) dalam bukunya `Curriculum Development : A Guide to Practice turut
menjelaskan pengaruh politik dalam pembentukan dan perkembangan sesuatu kurikulum. Ini
jelas menunjukkkan bahawa perkembangan kurikulum dipengaruhi oleh proses politik, kerana
setiap kali pucuk pimpinan sesebuah negara itu bertukar, maka setiap kali itulah kurikulum
pendidikan akan dikaji semula. Kurikulum pendidikan menjadi saluran penting bagi setiap badan
pemerintahanmenguatkan pengaruh mereka. Kerajaan bertanggungjawab menetapkan Dasar
Pendidikan Negara sejajar dengan hasrat pemerintah.
Di Malaysia misalnya, ketika British berkuasa di negara ini, dasar pelajaran hanya bertujuan
menjadikan anak-anak Melayu petani dan nelayan yang lebih baik daripada ibubapa mereka.
Pihak British tidak langsung menitikberatkan perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini.
Apabila negara mencapai kemerdekaan, Dasar Pelajaran Kebangsaan turut berkembang dan
berubah ( Suffean Hussin, 2004). Dasar Pelajaran Kebangsaaan yang termaktub dalam Akta
Pelajaran 1961 menitikberatkan aspek-aspek yang berkaitan dengan perpaduan negara dan
penghasilan tenaga kerja. Melalui kurikulum Pendidikan disalurkan aktiviti-aktiviti yang boleh
membentuk keperibadian dan perwatakan individu yang baik dan oleh membawa ke arah
perpaduan. Sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya yang disyorkan oleh Penyata
Razak 1956 dianggap sebagai salah satu asas sistem pendidikan kebangsaan bagi
mewujudkan perpaduan negara itu.
Perkembangan kurikulum juga dipengaruhi oleh faktor pembangunan negara dan
perkembangan dunia. Negara yang ingin maju dan membangun tidak seharusnya mempunyai
kurikulum yang statik. Oleh itu ia harus diubahsuai mengikut peredaran masa dan kemajuan
sains dan teknologi. Menurut Hilda Taba (1962) :
"Technology has changed and is changing not only the face of the earth and the institutions of
our society, but man itself "
Kenyataan di atas jelas menunjukkan bahawa perkembangan teknologi telah membawa
perubahan yang pesat pada kehidupan manusia di muka bumi ini. Oleh itu perkembangan
kurikulum haruslah sejajar dengan pembangunan negara dan perkembangan dunia.
Kandungan kurikulum pendidikan perlu menitikberatkan mata pelajaran sains dan kemahiran
teknik atau vokasional kerana tenaga kerja yang mahir diperlukan dalam zaman yang
berteknologi dan canggih ini (Ee Ah Meng, 1995).
Faktor perubahan sosial juga menjadi peranan perubahan kurikulum di Negara kita. Selain
menjadi tempat menyalurkan pengetahuan dan melatih kemahiran akademik, sekolah juga
merupakan agen sosial. Melalui pendidikan di sekolah, nilai-nilai sosial yang diperlukan dalam
dan negara diserapkan.
Merujuk kepada penulis Dewan Budaya, artikel yang bertajuk : Hasil Pemodenan Atau Kejutan
Budaya, dewasa ini masalah keruntuhan moral dan jenayah di kalangan remaja dan murid-
murid semakin meningkat. Mereka terdedah dengan masalah penagihan dadah, minum
minuman keras, merokok, pergaulan bebas dan melakukan perkara-perkara jenayah seperti
mencuri, merompak, merogol dan sebagainya. Masalah ini jika tidak dibendung dengan segera,
akan merosak dan menghalang pembangunan Negara ( Abdul Rahim Abdul Rashid, 1998).
Menurut Kamaruddin Husin (1949) dalam Mohammad Nor (1990) menyatakan bahawa negara
telah mewujudkan Falsafah Pendidikan Negara yang bertujuan memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis
dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Dengan itu perkembangan
kurikulum harus sejajar dengan perubahan sosial agar nilai-nilai murni dalam diri individu tidak
pupus ditelan arus pembangunan.
Menurut Razali Arof (1991), mendapati bahawa dalam bidang literature terdapat sekurang-
kurangnya empat jenis perubahan. Perubahan tersebut adalah perubahan bercorak
homeostatik, perubahan perkembangan, perubahan neomobilistik dan perubahan
metamorphistik.

Perubahan homeostatik adalah perubahan yang dibuat tanpa memasukkan elemen-elemen
pembaharuan yang bermakna (Razali Arof, 1991). Perubahan yang dibuat hanyalah pertukaran
atau gentian-gantian yang biasa sahaja. Contohnya ialah guru besar B menggantikan guru
besar A disebabkan guru besar A telah bersara.
Perubahan perkembangan pula bermaksud wujudnya unsur atau elemen perubahan dalam
sesuatu kurikulum itu tetapi perubahan itu adalah bercorak pembaharuan kepada yang lama
dalam konteks bentuk kurikulum. Ini bermakna ciri-ciri dan sifat-sifat kurikulum yang ada masih
dikekalkan. Cuma yang berubah mungkin dari segi teknik yang digunakan ataupun alat-alat
yang digunakan (Razali Arof, 1991). Contohnya perubahan dalam beberapa objektif kurikulum
tersebut disebabkan kaedah yang digunakan untuk memilih atau mengenalpasti objektif-objektif
untuk kurikulum itu adalah tidak tepat.
Perubahan neomobilistik wujud berdasarkan faktor-faktor luaran seperti perkembangan ilmu
dan penemuan teori baru serta prinsip baru. Dengan demikian, idea-idea atau pengetahuan
baru itu sudah tentulah perlu diambil kira atau dimasukkan ke dalam kurikulum yang ada.
Contohnya adalah seperti penemuan bulan yang baru bagi sesebuah planet dan penemuan
rangka manusia yang mengubah pandangan sejarah.
Jenis perubahan metamorphistik wujud disebabkan oleh kemasukan idea-idea baru atau
pengenalan idea-idea baru kepada kurikulum. Perubahan ini membawa perubahan yang sangat
besar kepada sesuatu kurikulum sehingga sekurang-kurangnya sebahagian besar daripada
elemen-elemen dalam kurikulum itu terpaksa ditukar (Razali Arof, 1991). Contohnya pengajaran
Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Ini bermakna kurikulum yang sedia ada perlu
diubah supaya penegasan kepada penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama dapat
menggantikan Bahasa Malaysia (Taib Osman, 1998).

5.0 PANDANGAN TOKOH/PENGKAJI BERKAITAN TRANSFORMASI KURIKULUM
Kurikulum sekolah adalah bidang yang sentiasa berkembang sesuai dengan keperluan dan
tuntutan semasa. Ini bagi memastikan para pelajar disekolah dapat diberikan pengalaman
sewajarnya bagi keperluan menghadapi masa hadapan mereka yang semakin mencabar. Di
samping itu, faktor persekitaran sosial, ekonomi dan politik yang semakin kompleks memainkan
peranan penting yang mendorong kepada perubahan terhadap orientasi sesuatu kurikulum
supaya kurikulum itu sendiri relevan dengan keperluan. Tekanan globalisasi, perubahan
citarasa masyarakat, budaya,politik dan ekonomi adalah antara beberapa faktor dominan yang
dikenal pasti. Sesuatu perubahan terhadap kurikulum juga mencetuskan pelbagai pandangan
dan polimek daripada perkembangan kurikulum itu sendiri (Sufean et al., 2005).
Schwab (1970), mempunyai pandangan yang agak konservatif berkaitan perubahan kurikulum.
Beliau berpendapat, walaupun terdapat pelbagai ramalan dan jangkaan terhadap kurikulum
pada masa hadapan, namun bagi beliau, reka bentuk kurikulum akan terus berkisar kepada
empat elemen penting iaitu pelajar, guru, kandungan subjek dan juga konteks. Dalam erti kata
lain, kurikulum sekolah tidak terkeluar daripada empat elemen berkenaan yang menjadi
landasan, walau apa bentuk perubahan yang akan dilakukan terhadap sesuatu kurikulum itu
sendiri. (Sufean et al., 2005).
Sclectly (1990), pula mencadangkan, perancang perubahan kurikulum perlu menyediakan
rekabentuk (design) yang bersesuaian bagi menghadapi millennium baru kerana keperluan
semasa akan menyaksikan era di mana manusia akan menempuh zaman knowledge workers
yang melibatkan mental work dan bukannya physical work sebagaimana yang berlaku masa
kini. Ini pernah diungkapkan oleh seorang tokoh guturistik, John Naisbitt (1982), yang menyebut
bahawa pada masa hadapan, dunia perindustrian akan tersingkir akibat ledakan teknologi
maklumat yang begitu pantas dan merata. Justeru itu, institusi pendidikan perlu melengkapkan
pelajar dengan kemahiran bersesuaian bagi menghadapi cabaran era tersebut. (Sufean et al.,
(2005).
Hassan Langgulung (1922) berpendapat bahawa idea-idea mengenai hala tuju kurikulum
mestilah mempunyai asas yang kukuh, pandangan yang sepadu dan tanggapan yang
menyeluruh sifatnya. Dalam konteks ini, beliau mengutarakan beberapa kerangka yang berikut :
Asas sejarah yang memberi perspektif pengalaman lampau yang mencakup perkara berkaitan
dengan undang-undang, peraturan dan anspirasi.
Asas sosial yang memberi perspektif pengalaman lampau yang mencakup perkara berkaitan
dengan undang-undang, peraturan dan anspirasi.
Asas sosial yang memberi perspektif budaya di mana kurikulum itu akan bertitik tolak, dan
seterusnya mengembangkan.
Asas ekonomi yang memberi perspektif tenaga manusia dan kewangan dan persiapan bagi
menguasai sumber serta mengatur belanjawannya.
Asas politik yang memberi perspektif ideologi dari mana kurikulum pendidikan itu akan bertitik
tolak bagi mencapai tujuan yang dicita-citakan.
Asas pentadbiran yang memberi perspektif system dan undang-undang, peraturan dan dasar
yang memberi arah kepada proses pelaksanaan.
Asas psikologi yang memberi perspektif tentang pengajaran dan pembelajaran meliputi cara
yang terbaik dalam amalan dan pelaksanaan, penilaian dan pengukuran.
Menurut Sufean et al. (2005), Tyler (1949) yang dianggap sebagai pelopor dalam teori
kurikulum berasaskan sekolah melalui bukunya yang masyur Basic Principles of Curriculum and
Instruction menggariskan bahawa sebarang perancangan kurikulum haruslah menjawab empat
persoalan yang dikenali sebagai Rasional Tyler iaitu :
Apakah tujuan pendidikan yang hendak dicapai oleh sekolah?
Apakah pengalaman-pengalaman pembelajaran yang dapat disediakan di sekolah bagi
mencapai tujuan pendidikan yang telah ditetapkan?
Bagaimanakah pengalaman-pengalaman pembelajaran dapat dikendalikan dengan berkesan?
Bagaimanakah kita dapat menentukan matlamat-matlamat pendidikan telah dapat dicapai?
Dalam erti kata lain, Tyler merumuskan bahawa keperluan kepada perubahan kurikulum yang
hendak dirancang di sekolah seharusnya tidak terkeluar daripada menjawab empat persoalan
iaitu dari segi penentuan matlamat dan objektif, pemilihan kandungan, penentuan strategi
pelaksanaan dan penilaian. Bagi memenuhi keempat-empat persoalan tersebut, Tyler
mencadangkan agar perubahan kurikulum perlu mengambil kira kajian terhadap pelajar sebagai
sumber penentuan matlamat dan objektif kurikulum, kesedaran masyarakat luar sekolah, di
mana pelajar itu berada dan cadangan-cadangan daripada pakar sesuatu subjek. Bagi
menghasilkan rekabentuk kurikulum perlu melepasi penapisan dua aspek utama juga perlu
diteliti dan diberikan pertimbangan sewajarnya iaitu aspek falsafah dan psikologi pembelajaran
(Sufean et al., 2005).
Taba (1962), pula prihatin mengenai peri pentingnya perancang kurikulum melakukan
diagnosis keperluan sebagai langkah awal bagi merancang sesuatu perubahan kurikulum.
Proses tersebut adalah bagi mengenal pasti apakah keperluan yang sepatutnya dipenuhi sama
ada di pihak pelajar, guru, masyarakat, persepsi guru, keperluan logistik, bahan-bahan
penggunaan media, jangkaan masyarakat, persepsi guru, keperluan logistik, bahan-bahan
kurikulum, nilai, falsafah dan sebagainya (Sufean et al., 2005)
Morris (1988) dalam Sufean Hussin (2005), berpendapat terdapat beberapa faktor yang
memberikan impak terhadap keberkesanan pelaksanaan perubahan kurikulum termasuk faktor
intrinsik dan faktor kos. Faktor instriksik merujuk kepada aspek dalaman yang berkaitan dengan
perubahan seperti aspek kualiti, kesahan, kebolehcapaian, ketepatan dan keboleh-laksanaan.
Faktor kos termasuk kos untuk memulakan perubahan dan bagi penerusannya. Aspek lain pula
adalah berkaitan penyenggaraan program, proses pengembangan, model rintis, penyediaan
latihan untuk kakitangan, penyediaan bahan kurikulum, penyediaan kelengkapan makmal dan
penyediaan peralatan teknologi. Perubahan yang melibatkan kos yang tinggi berkemunkinan
memaksa guru untuk mengeluarkan perbelanjaan sendiri bagi menjayakannya, akan menjadi
faktor yang akan menjejaskan kelancaran proses pelaksanaannya.
Havelock (1987) dalam Yusop Hashim (1995), telah mengutarakan beberapa idea bagaimana
sesuatu perubahan atau inovasi dapat diterima dan dilaksanakan guru dengan berkesan. Faktor
utama adalah ciri inovasi dan perubahan itu sendiri. Sekiranya perubahan itu mempunyai
beberapa kelebihan, serasi dengan guru dan tidak menimbulkan kerumitan, ianya agak mudah
diterima. Faktor kedua mengenai darjah kerumitan sesuatu perubahan. Dalam erti kata lain,
penerimaan guru-guru adalah dipengaruhi oleh sejauh mana perubahan atau inovasi itu dapat
difahami dan diaplikasikan. Faktor ketiga menyentuh perubahan itu mudah untuk dicuba.
Sejauh mana perubahan itu mudah untuk dicuba, sama ada secara terhad atau berperingkat-
peringkat oleh guru akan menarik minat dan memberikan keyakinan kepada guru dan pelajar
untuk melaksanakannya.
Watson (1967) dalam Sufian Hussin (2005) telah mencadangkan beberapa langkah bagi
mengatasi beberapa halangan dan mengurangkan kekangan di sekolah. Antara cadangan
Watson adalah guru-guru perlu dipujuk supaya mereka dapat melibatkan diri dengan aktif. Pada
masa yang sama pihak pentadbiran sekolah juga perlu membuat analisis terhadap faktor yang
menghalang pelaksanaan perubahan yang berkesan disekolah.
Hargreaves (1994) dalam Sufian Hussin (2005), mencadangkan guru-guru yang kurang
berminat menerima dan melaksanakan perubahan perlu diberikan keyakinan, meningkatkan
tahap motivasi, memberi mereka kesedaran dan seterusnya memberikan peluang dan
kepercayaan dengan tanggungjawab yang lebih mencabar disekolah. Setiap guru perlu
menyedari peranan dan tanggungjawab mereka sebagai pemangkin perubahan, sekurang-
kurangnya dalam kelas semasa menjalankan pengajaran. Setiap guru juga perlu sama berpadu
dalam bentuk tindakan dan sikap bagi menjana institusi pendidikan yang berwibawa dalam
rangka tugas mereka sebagai pendidik bertanggungjawab, beramanah dan berwibawa.

6.0 SEJARAH PERUBAHAN KURIKULUM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
Bermula zaman sebelum merdeka (1940), pendidikan awal kanak-kanak mula diperkenalkan
oleh Missionari Kristian dengan pendidikan berpengaruh Bristish dengan mengenakan yuran
yang sangat mahal dan kanak-kanak daripada golongan berada sahaja hanya mendapat
pendidikan awal ketika itu. Selepas itu, pada tahun 1969 iaitu zaman selepas merdeka,
Yayasan Asia telah menyumbangkan wang kepada Pertubuhan Pekerja-pekerja Malaysia bagi
mendirikan pusat pendidikan bagi kanak-kanak yang mirip kepada projek Head Start di
Amerika Syarikat. Tadika ini telah ditubuhkan di Negeri Selangor iaitu di Kg. Muniady, Kg.
Manggis dan Kg. Sentosa. Kumpulan sasaran terdiri daripada kanak-kanak yang miskin dari
keturunan Melayu, Cina dan India (Zulkiply Yaakob, 2009).
Pada tahun 1970, perkembangan pesat pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia mula
mengorak langkah dengan memulakan projek rintis sebanyak 13 buah kelas di bawah biayaan
Yayasan Bernard Van Leer. Pada ketika itu, ia lebih dikenali dengan Kindergarten atau Tadika
dan Sekolah Asuhan yang dilaksanakan secara lebih teratur dan hanya diceburi oleh agensi-
agensi kerajaan seperti KEMAS, NGOs dan pihak swasta. Berdasarkan perkara tersebut,
Kementerian Pelajaran telah menggubal satu Kaedah-kaedah Guru/Kaedah-kaedah
(Kindergarten dan Sekolah Asuhan) (Pendaftaran) 1972 Warta Kerajaan P.U (A) 414 untuk
menyatakan prosuder yang mesti dipatuhi mengenai pendaftaran tadika, guru dan ahli-ahli
lembaga pengelolanya. Ini bagi memastikan badan-badan yang mengendalikan prasekolah
mendapat panduan dan bimbingan daripada Kementerian Pelajaran (Pengurusan Kurikulum
Prasekolah, 2008). [On-Line] Diperoleh pada September, 13, 2008 dari World Wide Web :
htpp://saabd.net)
Merujuk Rohaty Mohd Majzub & Abu Bakar Nordin (1989), KEMAS (Kemajuan Masyarakat)
telah membuka 10 buah Tabika di kawasan luar bandar untuk membantu rakyat yang miskin.
Kemas juga telah membuka Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) selaras dengan Falsafah
Baru Pembangunan Luar Bandar. Di mana, program ini memberi perkhidmatan kepada
masyarakat luar bandar, bandar dan pinggir bandar bagi golongan berpendapatan rendah dan
miskin.
Seterusnya, penubuhan pendidikan awal bagi kanak-kanak iaitu prasekolah oleh FELDA, Risda
(1980) dan Majlis Perhubungan Masyarakat (1976). Pada tahun 1972, Pusat Perkembangan
Kurikulum telah menerbitkan Buku Panduan Pendidikan Prasekolah dan telah membuka 12
buah prasekolah percubaan di seluruh Malaysia. Pada tahun yang sama juga, Maktab
Perguruan Ilmu Khas, Cheras telah melatih seramai 137 orang guru sekolah rendah dan guru
KEMAS dalam pendidikan prasekolah untuk mengajar di prasekola (Zulkiply Yaakob, 2009).
Pada tahun 1981, Yayasan Sabah telah menubuhkan Institut Guru-Guru Tadika di Pusat
Perkembangan Kanak-kanak dan mendapatkan khidmat nasihat daripada Universiti Malaya.
Pada Disember 1991, Jemaah Menteri telah bermesyuarat untuk membincangkan mengenai
program prasekolah di Malaysia dan pada 27 Januari 1992, Kementerian Pelajaran Malaysia
telah mula bermesyuarat untuk membincangkan mengenai peluasan prasekolah. Kesan
daripada mesyuarat di atas, maka Akta Pendidikan 1996, telah menyuarakan mengenai
pendidikan prasekolah dalam sistem Pendidikan Kebangsaan. Kesan daripada akta pendidikan
prasekolah, maka pada 6 Jun 2001, Jemaah Menteri bermesyuarat khusus untuk program
peluasan prasekolah. (Zulkiply Yaakob, 2009)
Bagi melaksanakan keputusan tersebut, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengorak
langkah awal bermula pada tahun 2000 dalam menggubal kurikulum prasekolah yang dikenali
sebagai Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. Satu program rintis telah dilaksanakan di 100 buah
sekolah di seluruh negara pada tahun 2002 bagi memastikan keberkesanan kurikulum tersebut
(Zulkiply Yaakob, 2009).

7.0 TRANSFORMASI / PERUBAHAN KURIKULUM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DI
MALAYSIA
Kurikulum kebangsaan perlu dikaji semula bagi memastikan kurikulum yang holistik dan
sentiasa relevan untuk melahirkan modal insan seimbang yang dapat menangani cabaran
semasa dan masa hadapan (Kurikulum Transformasi Prasekolah dan Sekolah Rendah).
Berdasarkan perkara tersebut, terdapat 3 perubahan besar dalam pendidikan awal kanak-kanak
di Malaysia iaitu:
Kurikulum Prasekolah Kebangsaan
Kurikulum Permata
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

7.1 Kurikulum Prasekolah Kebangsaan
Kurikulum prasekolah kebangsaan digubal berlandaskan rukun negara, falsafah pendidikan
kebangsaan dan prinsip pendidikan awal kanak-kanak. Kurikulum prasekolah kebangsaan
menjadi dokumen rujukan standard yang perlu dipatuhi dan diguna pakai oleh semua
prasekolah di seluruh negara. Kurikulum ini digubal buat pertama kali semasa projek imbuhan
dijalankan pada tahun 1973 hingga 1983. Berdasarkan perkembangan kanak-kanak, kurikulum
digubal dengan tujuan untuk memupuk pontensi kanak-kanak secara menyeluruh dan
bersepadu dari segi pembangunan minda dan kreativiti, pemupukan dan amalan nilai yang
berteraskan agama dan moral, pengukuhan dan kestabilan emosi dan penyuburan fizikal
sebagai persediaan untuk hidup bermasyarakat dan menghadapi pendidikan formal sekolah
rendah (Micheal Anak Ringgit, 2007).
Pembangunan kurikulum merupakan satu proses yang dinamik dan berterusan. Maka
penambahbaikan program prasekolah telah membentuk perkembangan sistem pendidikannya
yang tersendiri bertujuan memberi arah tuju kepada perkembangan kanak-kanak dengan
melahirkan modal insan cemerlang kelak (Wan Harun Wan Yaacob, 2008). Berikut merupakan
program penambahbaikan bagi program prasekolah dalam merujuk kepada Kurikulum
Transformasi Prasekolah dan Sekolah Rendah.
Tahun 1986 Buku Panduan Prasekolah Malaysia
Tahun 1993 Garis Panduan Kurikulum Pendidikan Prasekolah Malaysia
Tahun 2003 Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KPK)
Tahun 2010/2011 Kurikulum Transformasi Prasekolah
7.2 Kurikulum PERMATA
Pencetus idea untuk pelaksanaan Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak PERMATA
adalah daripada Datin Paduka Seri Rosmah dan dibentuk oleh 25 individu professional dalam
bidang, kepakaran dan latar belakang antaranya pakar kanak-kanak, ahli akademik, aktivis
wanita dan penyelidikan secara sukarela. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pula diberi
tanggungjawab untuk menyediakan modul pembelajaran dan teknik pengajaran serta kursus
penjagaan kanak-kanak kepada pendidik-pendidik di Pusat Anak PERMATA NEGARA.
Keistimewaan Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA ialah, ia merupakan
satu program yang menekankan program pembelajaran yang holistik dan berbeza dari corak
pembelajaran sedia ada. Diadaptasi dari konsep learning is fun through play dari Pen Green
Centre, Corby, England, anak-anak PERMATA ditekankan untuk belajar melalui
eksperimentasi, eksplorasi dan pengalaman di Pusat Anak PERMATA Negara.
Kurikulum Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) disesuaikan mengikut acuan dan keperluan
kanak-kanak di negara ini walaupun konsep asalnya berpandukan amalan pusat asuhan di luar
negara; dengan memberi penekanan kepada modul pendidikan yang sesuai dengan
perkembangan minda kanak-kanak Malaysia.
Teknik pembelajaran PERMATA ialah dengan merangsang minda kanak-kanak dengan kaedah
meneroka, mencuba dan mengalami melalui aktiviti permainan. Kaedah ini mewujudkan
persekitaran yang sesuai dan menyeronokkan bagi kanak-kanak melalui teknik-teknik kasih
sayang dan belaian, interaksi dan komunikasi, pemikiran dan bacaan, memberi kuasa kepada
kanak-kanak melalui pembelajaran secara bebas, mendorrong kebolehan dan potensi kanak-
kanak, belajar melalui bermain, serta menghayati muzik dan seni, nyanyian dan pantun, tarian
dan lakonan.
7.3 Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
Matlamat Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan adalah untuk meningkatkan kemahiran,
menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar
mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan
tanggungjawab di sekolah rendah kelak. Menurut sumber daripada Kementerian Pelajaran
Malaysia (2009), rekabentuk Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan adalah bercirikan
kurikulum berasaskan standard dan kurikulum berbentuk modular.
Kurikulum berasaskan standard adalah bertujuan ekuiti dan kualiti. Di mana ekuiti bermaksud
semua murid diberi pendidikan yang sama dan kualiti merujuk kepada bahawa semua murid
perlu diberi pendidikan yang berkualiti. Standard Kandungan merupakan pernyataan spesifik
tentang perkara yang patut murid tahu dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan. Ia
merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard Pembelajaran pula merupakan
satu penetapan kriteria @ indikator pencapaian dalam bentuk objektif tingkahlaku (behavioural)
untuk memastikan pencapaian setiap standard kandungan.
Kurikulum berbentuk modular pula merupakan satu kurikulum yang kandungannya
diorganisasikan dan seterusnya disampaikan dalam bentuk bahagian atau unit (dinamakan
modul). 2 jenis modul diwujudkan iaitu:
1. Modul Asas yang terdiri dari komponen bahasa (BM/BI/BC/BT), Pendidikan Islam,
Pendidikan Moral, Permainan Luar dan Matematik.
2. Modul Bertema iaitu modul bersepadu yang merangkumi unsur-unsur dalam keenam-enam
Tunjang dan juga unsur kreatif, kritis dan inovatif. (modul ini dibina menggunakan isu kehidupan
seharian kanak-kanak).

8.0 PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK LUAR NEGARA
8.1 Pendidikan Awal Kanak-kanak di Eropah
Pada penghujung Dunia kedua, seorang guru bernama Loris Malaguzzi dengan bantuan
beberapa orang guru lain dan ibu bapa telah membentuk satu sistem pendidikan untuk kanak-
kanak pada peringkat awal iaitu 4 bulan hingga 6 bulan. Sekolah ini berasaskan prinsip Sosio-
Konstructivis seperti Dewey, Montessori dan Vygotsky. Pada tahun 1919 Bank Street diasaskan
pada 1916 oleh Lucy Sprague Mitchell. Sekolah itu direkabentuk untuk kanak-kanak belajar dan
perencanaan mengajar amalan untuk memelihara pertumbuhan dan pembangunan. Mereka
melihat pertumbuhan kanak-kanak dari aspek fizik, sosial, emosional, dan estetik serta
intelektual. Antara prinsip-prinsipnya ialah menawan giat dengan persekitaran adalah penting
untuk motivasi manusia. Antara ciri-ciri program ialah anak-anak bebas menjalankan sesuatu
kerja,bergerak dan bercakap. Anak-anak bertindak balas terhadap fungsi persekitaran bertulis
label-label, mesej-mesej, carta-carta kerja, dan isyarat-isyarat lain ( Ishak Ramly,2003).

8.2 Pendidikan Awal Kanak-kanak di Amerika Syarikat
Mewujudkan sebuah program yang dinamakan Head Start pada tahun 1965 bertujuan
membantu golongan miskin. Merupakan sebuah program United States Department Health dan
Human Services yang menyediakan pendidikan komprehensif, kesihatan, pemakanan dan
perkhidmatan penglibatan ibu bapa untuk kanak-kanak berpendapatan rendah dan keluarga-
keluarga mereka. Projek ini telah direka bentuk untuk membantu golongan miskin dengan
menyediakan kanak-kanak prasekolah dari keluarga berpendapatan rendah dengan sebuah
program yang akan berasaskan kesihatan yang emosional, sosial, pemakanan dan keperluan
psikologi. Antara program Head Start ialah Early Head Start iaitu memperkenalkan tentang
kesihatan bayo baru lahir, kenalkan kesihatan keluarga dan fungsinya, kuatkan pembangunan
bayi. Migrant And Seasonal Program Branch pula ia mewujudkan perkembangan sihat dalam
zaman kanak-kanak berumur antara tiga hingga lima tahun. Manakala American Indian Alaska
Native Program Branch pula dikhususkan untuk Orang India Amerika dan kanak-kanak Alaska
Native di mana disediakan perkhidmatan seperti penjagaan kesihatan, sosialisasi yang
berunsurkan pendidikan,pemakanan serta perkhidmatan lain bagu meningkatkan kesediaan
kanak-kanak untuk kesekolah (Alice Butler et.al., 2004)
Pada tahun 1960 satu lagi transformasi di dalam sistem pendidikan telah dibangunkan iaitu
High Scope. Ianya merupakan satu kaedah falsafah pendidikan bagi prasekolah,tadika atau
sekolah rendah berdasarkan idea-idea dari Jean Piaget. Menurut Jean Piaget anak-anak
seharusnya terlibat secara aktif dalam pembelajaran kendiri mereka. Mereka belajar dengan
melakukan, sering bekerja dengan memberi bahan-bahan dan melaksanakan sesuatu
mengikut pilihan sendiri. Di dalam satu sekolah High Scope kawasan untuk setiap aktiviti seperi
bermain, seni, menulis, permainan dramatik dan sebagainya hendaklah berbeza. Antara
kandungan kurikulumnya adalah pendekatan terhadap pembelajaran seperti bahasa, mengenali
huruf dan sebagainya (Alice Butler et al., 2004).
8.3 Pendidikan Awal Kanak-Kanak Asia Foundation
Sejak 1954, Asia Foundation telah menunjukkan satu usaha untuk meningkatkan kualiti
pengajian di Asia. Antaranya ialah persediaan awal yang telah disediakan adalah untuk
memajukan pihak university yang utama di Asia, termasuk Chinese Universiti of Hong Kong dan
Ehwa Womans Universiti of Hong Kong dan Ehwa Womans Universiti di Korea, perpustakaan
dan pembangunan kurikulum, peruntukan peralatan yang diperlukan dan biasiswa untuk
pelajar. Sumbangan Asia Foundation telah mempelopori program-program untuk meningkatkan
pendidikan budak-budak perempuan melalui biasiswa dan program-program lain untuk
meningkatkan insentif kepada keluarga untuk memastikan anak-anak gadis mereka di sekolah
(Kimberly Gould Ashizawa, 2006).
Asia Foundation mempunyai satu sejarah panjang menyokong pembangunan sekolah-sekolah
lebih baik dan perubahan kerikulum dalam Asia, terutama dalam kawasan-kawasan lebih
banyak Islam Asia Tenggara. Pertengahan 1980 hampir 80 peratus pondok telah menerima
bantuan sekurang-kurangnya sebahagian daripada kerajaan Thailand. Sepanjang 50 tahun
sejarah, Asia Foundation telah mengambil sendiri bertemu pelbagai keperluan untuk
pengajaran profesional di Asia. Dalam 1980-an, The Asia Foundation menyediakan sokongan
untuk universiti seluruh Thailand untuk membangunkan mahasiswa yang kedua-dua kurikulum
perniagaan dan program-program MBA. Asia Foundation juga mempunyai satu sejarah panjang
membangun program-program latihan bahasa Inggeris yang telah membuktikan amat penting
untuk pembangunan ekonomi dan kapasiti penyelidikan skor bagi Negara Asia. Asia Foundation
menyokong penciptaan Bahasa Inggeris pertama makmal untuk Universiti East Timor yang
merupakan Negara merdeka terbaru (Kimberly Gould Ashizawa, 2006).

9.0 KAJIAN-KAJIAN LEPAS
Dalam kajian Micheal Anak Ringgit (2007), beliau secara ringkasnya dapat diterangkan bahawa
pendekatan yang digunakan dalam pembentukan kurikulum prasekolah daripada dapatan
kajian-kajian lepas membuktikan pembentukan kurikulum prasekolah berjaya dan berfungsi
sepenuhnya jika kementerian dapat menyediakan garis panduan yang lebih berkesan untuk
guru melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran.
Justeru itu, transformasi kurikulum prasekolah hendaklah disusun dengan penuh teliti dengan
mengambil kira semua aspek yang relevan dan proaktif supaya dapat melicinkan proses
pengajaran dan pembelajaran. Reka bentuk sesuatu kurikulum semestinya mampu
menjuruskan pengajaran dan pembelajaran ke arah yang dikehendaki perancangan yang teliti
dan tepat bagi menjamin perkembangan individu dari segi intelek, rohani, emosi dan psikomotor
supaya berlaku kesimbangan sewajarnya.
Manakala dalam kajian Wan Harun Wan Yaacob (2008), menyatakan, perubahan kurikulum
prasekolah dirangka agar lebih relevan dengan perkembangan semasa, agar pendidikan
prasekolah di Malaysia selaras dengan pendidikan antarabangsa. Perubahan ini berlaku bagi
memenuhi tuntutan masyarakat terhadap keperluan pendidikan prasekolah terutama ibu-bapa
dalam memastikan pendidikan awal bagi anak-anak mereka.
Berdasarkan kajian beliau, kajian-kajian lepas yang dirujuk, sistem pendidikan prasekolah
mahupun kurikulum tidak boleh menjadi statik dalam sesuatu masa tetapi ianya mesti berubah
dan berkembang dengan peredaran zaman. Maka, mutu pendidikan prasekolah bergantung
kepada reka bentuk kurikulum yang dirangka dan disediakan.
Manakala dalam kajian Jusni Nasirun (1995), dalam Wawasan 2020 bermatlamatkan
peningkatan berlandaskan produktiviti yang hanya boleh direalisasikan dengan kumpulan
tenaga kerja yang celik teknologi dan berkebolehan berfikir kritikal bagi bersaing dengan
ekonomi global pada abad ke-21. Oleh kerana itulah, sekolah-sekolah bestari yang berbantukan
teknologi dibina. Daripada itu, berlakulah proses transformasi pendidikan dalam perubahan
proses pengajaran dan pembelajaran berlandaskan teknologi terkini setanding peringkat
antarabangsa. Dengan adanya teknologi informasi, sekolah-sekolah tradisional di transformasi
menjadi sekolah-sekolah bestari. Ianya membenarkan pengurusan serta pengawalan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Begitu juga dengan adanya sekolah PERMATA, ia merupakan
salah satu tranformasi kurikulum yang diwujudkan oleh kementerian khusus untuk kanak-kanak.

10.0 KESIMPULAN
Secara kesimpulannya dapat dikatakan bahawa tranformasi merupakan satu perubahan holistik
yang mengambil kira keperluan-keperluan perubahan seperti pedagogi, struktur kandungan
pembelajaran dan lain-lain seterusnya dapat membantu dalam membaik pulih sistem
pendidikan awal kanak-kanak seterusnya sistem pendidikan dalam Malaysia. Dapat dilihat,
sejak awal kewujudan sistem pendidikan negara, kurikulum pendidikan juga turut mengalami
berbagai-bagai transformasi atau perubahan bagi mempertingkatkan modal insan atau generasi
muda Malaysia supaya setanding dengan negara-negara maju yang lain. Kurikulum pendidikan
awal kanak-kanak turut mengalami perubahan besar seperti Kurikulum Prasekolah
Kebangsaan, Kurikulum Permata dan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.


BIBLIOGRAFI
Abdul Rahim Abdul Rashid (1998). Hasil Pemodenan Atau Kejutan Budaya. Artikel Dewan
Budaya, M/s 22-23.
Aini Hayati Mohamed (2001). Pengurusan Perubahan. Kuala Lumpur : Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd.
Alice Butter, Melinda Gish dan Marnie S. Shaul (2004). Head Start.
Azizi Ahmad (2007). Definsi, Konsep dan Model Kurikulum Pendidikan. Jabatan Ilmu
Pendidikan : IPG Kampus Bahasa Antarabangsa.
Ee Ah Meng (1995). Pendidikan Sebagai Satu Proses. Shah Alam : Fajar Bakti.
Hassan Langgulung, (1992). Asas-asas Pendidikan Islam. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Iliyas Haji Hashim (2002). Antara Cabaran dan Harapan Dalam Pengurusan
Kurikulum Sekolah Abad Ke-21 : Pemikiran Dalam Pendidikan. Universiti Malaysia Sabah :
Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial.
Ishak Ramly (2003). Inilah Kurikulum Sekolah. Novinka Books : Universiti Sains Malaysia.
Kamaruddin Hj. Husin (1994). Asas Pendidikan III : Perkembangan dan Perlaksanaan
Kurikulum. Kuala Lumpur : Longman.
Kamus Dewan Edisi Ketiga. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.
Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2009). Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2009). Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan : Dokumen Standard Prasekolah.
Kimberly Gould Ashizawa (2006). The Evolvong Role of American Foundations.
New York : Japan Center for International Exchange.
Mariatul Qatiah Zakaria (2010). Artikel Pendidikan : Program Pendidikan Awal
Berkualiti Kanak-kanak. Utusan Malaysia pada : 18 Mac 2010.
Mazlan Ismail (2006). Pengurusan Perubahan Kurikulum : Kajian kes di dua Buah Sekolah
Menengah Daerah Rompin. Tesis Fakulti Pendidikan : Universiti Malaya.
Micheal Anak Ringgit (2007). Analisis Teori, Falsafah dan Model Pembentukan Kurikulum
Prasekolah. Tesis : Univerisiti Kebangsaan Malaysia.
Mohamed Nor (1990). Asas-Asas Pendidikan: Satu Pengenalan. Kuala Lumpur : Flo Enterprise.
Mohd. Daud Hamzah (1995). Perkembangan Kurikulum Sekolah. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa Pustaka.
Mohd. Daud Hamzah (1995). Penerokaan Teori Kurikulum. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
Pustaka.
Nor Hashimah Hashim dan Yahya Che Lah (2003). Panduan Pendidikan
Prasekolah. Selangor : PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.
Norzilawati Abdul Halim (2004). Artikel Pendidikan : Sistem Pendidikan Perlu Selari Kehendak
Global. Berita Harian pada : 5 Oktober 2004.
Pengurusan Kurikulum Prasekolah, 2008). [On-Line] Diperoleh pada September, 13, 2008 dari
World Wide Web : htpp://saabd.net)
Razali Arof (1991). Penghantar Kurikulum. Kuala Lumpur : Percetakan Watan Sdn. Bhd.
Rohani Abdullah, Nani Menon dan Mohd Sharani Ahmad (2003). Panduan
Kurikulum Prasekolah. Selangor : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Rohani Mohd Amin (2001). Pengaruh Persekitaran Dalam Pembelajaran. Tesis
Sarjana Muda : Universiti Teknologi Malaysia
Rohaty Mohd Majzub & Abu Bakar Nordin (1989). Pendidikan Prasekolah. Petaling Jaya : Fajar
Bakti
Saayah Abu (2007). Menjadi Guru Tabika. Kuala Lumpur : PTS Profesional
Publishing Sdn. Bhd.
Sanaleh Daud (2009). Sektor Pengurusan Akademik : Prasekolah. Jabatan
Pelajaran Negeri Sabah.
Sufean Hussin, Shahril @ Charil Marzuki, Ahmad Zabidi Abdul Razak, Habib Md.
Som dan Alina Ranee (2005). Pentadbiran Dalam Pembangunan
Pendidikan. Universiti Malaya.
T. Subahan Mohd Merah dan Zahara Aziz (2007). Kurikulum dan Pedagogi.
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Taba. H. (1962). Curriculum Development-Theory & Practise. New York : Harcourt, Brace and
World.
Taib Osman (1998). Bahasa Kebangsaan Dan Masa Depan Bangsa Dan Negara.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Transformasi Pendidikan Bermula (2010). Artikel Pendidikan : Utusan Malaysia pada: 12 Jun
2010.
Wan Harun Wan Yaacob (2008). Perkembangan dan Perubahan Kurikulum
Pendidikan Prasekolah. Universiti Sains Malaysia.
Wiles. J. & Bondi. J.(1989). Curriculum Development: A Guide to Practice. Ohio : Merrill
Publishing Company.
Yusop Hashim (1995). Penggunaan Teknologi Dalam Inovasi Pendidikan : Journal Pendidik. 13,
pp. 72 82.
Zulkiply Yaakob (2009). Asas Pendidikan Awal Kanak-kanak. Fakulti Pendidikan :
IPG Kampus Tun Hussein Onn.

Anda mungkin juga menyukai