Anda di halaman 1dari 2

WASIAT SAIDINA UMAR AL-KHATTAB R.

A
www.iLuvislam.com
NorSaidah
editor : ar-ruhul JADEED

INI ADALAH PETIKAN DARI WASIAT SAIDINA UMAR AL-KHATTAB KEPADA


KETUA TENTERANYA IAITU SAAD BIN ABI WAQAS KETIKA BELIAU
MENGUTUSKANYA UNTUK PEMBUKAAN PARSI.

Sesungguhnya aku memerintahkan kepada kamu wahai Saad … ! Dan juga mereka
yang bersama-sama kamu supaya bertaqwa kepada Allah SWT dalam apa jua
keadaan kerana sesungguhnya bertaqwa kepada Allah SWT adalah sebaik-baik
persiapan untuk mengalahkan pihak musuh dan juga sekuat-kuat tipu daya dalam
peperangan.

Aku memerintahkan kepada kamu dan mereka yang bersama-sama kamu supaya
menjauhikan diri daripada maksiat kerana sesungguhnya dosa-dosa yang dilakukan
oleh tentera Islam adalah lebih aku takuti daripada musuh-musuh Islam.
Sesungguhnya orang-orang Islam telah mendapat pertolongan daripada Allah SWT
disebabkan oleh kemaksiatan yang telah dilakukan oleh pihak musuh, jika bukan
kerana hal itu, nescaya tidak ada bagi orang-orang Islam akan kekuatan.

Jumlah bilangan tentera kita jika mahu dibandingkan dengan pihak musuh adalah
terlalu kecil. Begitu jugalah dengan persiapan serta kelengkapan pertahanan kita jika
hendak dibandingkan dengan pihak musuh, tidaklah kita sekuat mereka. Maka jika
amalan serta tingkah laku kita sama dengan pihak musuh dalam melakukan maksiat,
nescaya kelebihan kekuatan dan kemenangan akan menyebelahi pihak musuh.

Jika kita tidak mendapat pertolongan daripada Allah SWT ke atas musuh-musuh ini,
sudah pasti kita tidak akan dapat menandingi kehebatan mereka. Ketahuilah !!!
Bersama -sama kalian ada malaikat yang menjaga keselamatan dan para malaikat
ini telah mewakili pihak kerajaan Allah SWT untuk menjaga kamu supaya kamu
berasa selamat. Mereka mengetahui apa yang kamu kerjakan maka hendaklah kamu
berasa malu terhadap apa yang ingin kamu lakukan dan janganlah kamu berkata
"Sesungguhnya pihak musuh lebih hina dari kita, mereka tidak akan dapat
menguasai ke atas kita sekalipun kita turut sama melakukan kejahatan". Ucapan
yang sedemikian boleh jadi akan terbalik kepada kita, maka akan datang satu kaum
yang lebih zalim daripada pihak musuh seperti yang telah berlaku kepada kaum Bani
Israel yang mana akhirnya mereka telah dikuasai oleh orang-orang kafir Majusi
(penyembah api).

Sentiasalah kamu memohon pertolongan kepada Allah SWT untuk menghilangkan


penyakit yang ada dalam diri kamu itu, sebagaimana kamu memohon pertolongan
Allah SWT untuk mengalahkan musuh-musuh kamu. Berdoalah untuk diri kamu dan
tidak lupa juga buat diri kami...." (^_-)
sumber:www.halaqah.net

Anda mungkin juga menyukai